ANAK

ANAK
Episode 31


__ADS_3

Anak


Episod 31


Majlis gilang gemilang diadakan merayakan pernikahan antara Sofia dan Iswandi Zainal. Wajah Iswandi muram berbanding Sofia yang senyum dan kegembiraan. Jauh di hati Iswandi terkenang isteri kesayangannya Jue yang hanya menanti di rumah. Walaupun Iswandi memberitahu Khairul dan Sofia bahawa dia sudah mempunyai isteri tetapi kehendak Khairul dan Sofia tetap memaksa. Tidak tahu apakah tujuan mereka tetapi kerana nasib pekerja kilang dan hutang, Iswandi tiada pilihan.


Jue berzikir sendirian di rumah. Walaupun jauh dihatinya sedih tetapi dia redha. Bilik pengantin sejak dari tengah hari di hiasi dengan penuh kasih sayang. Teringat Jue pada suaminya. Linangan air mata jatuh saat memeluknya mengemas bilik pelamin.


" Sayang ..bie tak rela. Sayang hias bilik ni makin menambah sebak di hati bie. Kita bakal ada anak sayang. Bie tak nak guriskan hati sayang walaupun sikit. "


Teresak-esak Iswandi berkata sambil memeluk Jue dari belakang. Perut Jue yang berusia 3 bulan di usap lembut.


" Bie..sayang redha. Kacak betol suami sayang. Kuatkan semangat ye bie. Bie kene jadi suami yang adil dan penyayang. Tugas bie dah berat. Harus mendidik 2 isteri. Sayang tetap sokong bie dari belakang. "


Jue menahan air mata yang bertakung. Hati isteri mana yang mampu berkongsi kasih. Tapi Jue tidak mahu kerana dirinya, fikiran semua orang kusut. Hanya redha dan iklas yang mampu Jue berikan sebagai balasan kepada keluarga Iswandi.


" Zainal ...papa dan mama tak mampu nak bahagia kan anak sendiri. Abak papa terseksa menangis kerana tersepit. Andai Zainal mahu membatalkan perkahwinan ini, papa akan sokong. Papa tersiksa tengok Zainal macam ni. " Fauzi dan Maria sebak melihat kasih dan cinta anak menantunya.


" Tak apa lah papa. Zainal turuti andai ini takdir. Sayang.. betol ntak nak ikut ke? Bie tak kuat tanpa sayang." Iswandi masih memeluk Jue seeratnya.


" Sayang tak mahu air mata sayang jatuh di majlis bie. Sayang nak berdoa dan ambil peluang muhasabah diri di rumah."


Jue melepaskan tangan Iswandi dan cepat berjalan menuju ke bilik tidur mereka. Setelah terdengar bunyi enjin kenderaan barulah Jue keluar dari bilik. Air matanya perlahan-lahan mengalir jatuh ke pipi.


" Anak mama.. kita kena redha ye. Mama ada kalian berdua."


Perlahan Jue berbisik sambil memegang perut yang ada kembar. Hanya jantina belum lagi dikenal pasti. Perut nya terasa berkeroncong lapar. Jue berjalan ke kedai berhampiran mencari sesiapa yang menjual kuih muih petang.

__ADS_1


" Alamak...time ni la pula dompet nak tertinggal bagai. Kak .. ada buku 3 lima tak. Ah tak pun kuih ni saya tinggalkan dulu nak balik ambik dompet." Kata Pion yang datang dengan niat membeli kuih.


Hampir saja Pion berlalu pergi tetapi di tahan Jue.


" Pakcik, kuih pakcik bawa la balik. Saya bayarkan." Suara lembut Jue membuat Pion mengangkat kepala.


Sebenarnya bukan kerana suara lembut Jue tetapi gelang tasbih milik Pion terasa panas seketika.


" Baik hati awak ni, asal mana?" Tanya Pion lembut.


" Saya asal Sarawak. Berkhawin dengan orang sini pakcik. " Jawab Jue sopan.


"Agama kamu apa?" Tanya Pion lagi.


" Saya mualaf sejak bernikah. " Jue menjawab dengan senyuman.


" Ada hp tak?" Tanya Pion lagi.


" Pakcik tak gatal lagi nak ambik nombor hp kamu. Rakam suara pakcik. Pakcik nak hadiahkan gelang pakcik ni. Usia dia 20 tahun. Sentiasa bersama pakcik. Setiap butir ni satu ayat zikir sekali nafas. Kosong kan hati dan minda waktu berzikir. Yang penting iklas. Boleh dilakukan masa lapang. Ha meh rakam suara pakcik kau yang hensem lagi bergaya ni. " Kata Pion tersengih-sengih.


Aura hitam dari kejauhan memandang Pion yang sedang bercakap dengan Jue. Awalnya Pion tidak perasan wajah Jue tetapi setelah melihat jelmaan iblis yang di tepuknya sewaktu ke masjid terdekat, dia teringat tentang keluarga yang tidur dalam kereta. Itu beerti wanita yang tidur dan hamil itu adalah Jue yang berada dihadapannya.


" Hafal dan selalu jadikan amalan. Nampak tak rumah bumbung warna biru tu dinding cat kuning, ha itulah rumah pakcik. Datang je kalau ada masalah. Makcik kamu best cantik lagi lawa. Kerja dia makan kambing je tak makan orang. Ha hari ni je makcik kamu nak makan kuih. Terima kasih belanja pakcik kuih ni. Gelang ni lepas mandi pakai. Jangan lepas. Kalau terasa panas, baca doa dan zikir jangan tinggal. Ini pesan pakcik. " Cintai Allah sebelum cintai manusia. Kerana Allah tak pernah berubah dan tinggalkan manusia." Pesan Pion. Dia berlalu sambil mengangkat tangan 🤟 pada jelmaan iblis yang tidak berpuas hati.


Setelah memakai gelang di pergelangan tangannya, tubuh Jue terasa ringan dan berhati lapang. Dia tersenyum menikmati kuih muih walaupun jauh dihatinya sebak dan sedih. Azan magrib kedengaran, Jue mengambil wuduk dan bersolat. Setelah solat dia teringat pakcik Pion. Pantas hp di tekan dan satu persatu ayat Pion di ikuti sambil memintal tasbih seperti yang di tunjukkan Pion. Hatinya lapang dan airmatanya mulai tidak mengalir. Redha dan ikhlas kini memenuhi ruang hatinya. Dia berdoa agar Iswandi bahagia bersama pasangannya.


Berlegar-legar iblis belaan arwah Abot yang di arahkan dahulu di atas bumbung rumah. Kelaparannya semakin menjadi jadi. Kerana tidak dapat menganggu Jue, iblis mencari mangsa di sekitar itu. Mangsa iblis kelaparan adalah penagih dadah yang terbaring di bawah jambatan. Dengan rakusnya iblis menghisap darah lelaki yang berkhayal tanpa tahu dirinya semakin lemah dan mulutnya berbuih buih seakan terlebih dos dadah. Mukanya cengkung dan tidak ada setitis pun darah yang tinggal. Iblis kekenyangan sambil memandang tajam bumbung rumah Jue kemudian memandang rumah Pion.

__ADS_1


Bunyi pacuan empat roda kedengaran. Jue turun untuk menyambut ketibaan suami dan madunya.


" Hoiii... Buka lah luas sikit." Dengan kasar Sofia menolak pintu. Dia menyangka Jue adalah orang gaji.


" Jangan kasar dengan isteri aku!!" Suara Iswandi Zainal agak tinggi.


" Oh ni ke wife pertama. Wow ...so kampung. So malam ni malam pertama i kan. Jangan kacau ye..bye ."


Sofia menarik tangan Iswandi dengan manja. Malangnya di tepis lembut. Iswandi datang ke arah Jue memberikan tangan. Makin sakit hati Sofia melihat kedua mertuanya juga bersalaman dengan Jue. Wajah mertua dan suaminya lebih bahagia tersenyum pada Jue.


" Eeee!!! Perempuan kampung ni !! Nanti kau. Kau bahagia sekarang, menunjuk depan aku. Lepas ni jangan panggil aku Sofia kalau tak hancur hidup kau!!"


Penuh amarah dan dendam Sofia berbisik dalam hati.


" Ha.. salam la madu awak. Bukan Zainal tai bagitahu dia dah kawin kan. Kena lah terima madu macam terima Zainal. " Ucap Maria.


" Big no. Is ..kita pindah rumah lain boleh? I tak nak tinggal sebumbung." Sofia merengek.


" Boleh. Tapi malam aku sentiasa di rumah ni. Siang giliran awak. Sebab isteri saya mengandung. Perlukan jagaan saya. " Jawab Iswandi.


Semakin sakit hati Sofia. Niatnya untuk memperbodohkan Iswandi hancur berkecai. Dalam perut Sofia ada janin lelaki lain yang pernah bersamanya. Andai dia melahirkan sama seperti isteri Iswandi, semuanya akan terbongkar. Makin kusut fikiran Sofia saat itu. Pada mulanya mahu saja dia mengugurkan kandungan seperti selalunya tetapi doktor tidak membenarkan lagi dia melakukan aborsi, rahimnya bakal rosak dan mandul seumur hidup. Sofia tidak ada pilihan. Andai dia tidak mempunyai zuriat, bagaimana nasibnya kelak. Kerana tiada pilihan, Khairul dan Sofia memerangkap keluarga Fauzi yang berhutang dengan mereka. Tapi seakan jauh dan susah untuk Sofia menipu Iswandi kelak.


(Update setiap hari Ahad & Rabu)


*Bersambung*


-COMMENT

__ADS_1


-LIKE


-FAVORIT


__ADS_2