
Anak
Episod 21
Selama sebulan pengawai penjara sentiasa bangga dengan kemenangan judi. Terkadang Fikri tidak turun kerja kerana badannya lesu. Tapi tetap gagah setiap malam ke penjara berjumpa Abot dan Doyok. Keistimewaan tidak terhingga diberikan pada mereka sehingga setiap hari banduan dikerahkan mencuci tempat mandi. Malangnya Abot tetap tidak dapat menjejak lantai yang basah. Banduan semakin sihat dan kerana takut ilmu Doyok dan Abot, mereka sering mengaji di waktu malam. Perubahan banduan seakan kejadian positif berlaku dari terpaksa kepada rela.
" Abang.. anak kita semakin teruk gatal². Jom la bawa berubat. Puas dah ubat sapu hospital tapi tak elok. Dia nangis tiap malam abang. " Nurul meluahkan pada suaminya Fikri.
" Eh.. hal anak..rumah ..kau yang urus. Kereta aku dah bagi. Duit tak pernah kurang. Itu pun tak mampu nak buat. Letak budak tu situ. Aku nak kau ni. Jalankan tanggungjawab kau cepat. Kejap lagi aku nak keluar."
Nurul terpaksa mengikut arahan walaupun bayi yang baru setahun menangis kuat. Kulitnya mengelupas. Nurul perasan tubuh suaminya juga teruk mengelupas sehingga mengeluarkan cecair berbau hanyir.
" Tap."
Satu tamparan hinggap di pipi Nurul.
" Kau mengelamun apa tu. Tengah layan aku kan!! Bini macam kayu la kau ni !!"
Nurul terkebil-kebil seketika. Pipinya terasa sakit dan panas ditampar. Nurul hanya mampu bertahan hidup di samping Fikri yang panas baran. Andai bercerai, dia tidak tahu bagaimana menyara kehidupannya dengan anaknya. Dari keluarga miskin hidupnya berubah senang di samping Fikri namun bahagia hanya dua bulan setelah bernikah. Fikri selalu meletakkan tangan padanya.
" Maaf abang.. Nurul fikirkan pasal anak kita. Hati Nurul susah sangat. Maafkan Nurul ye."
__ADS_1
Nurul bersuara sambil menyapu darah yang sedikit mengalir di bibir.
" Nah!! Hidup tahu menyusahkan aku je. Dah la aku nak keluar. Layan aku macam tu pun tak reti!!"
Duit kemenangan judi dicampak ke atas muka Nurul.
" Abang.. izinkan Nurul balik kampung boleh. Nurul nak bawa anak kita berubat."
Nurul ketika itu hanya mengharapkan secebis simpati pada Fikri.
" Lantak kau lah.. yang penting, itu je duit aku bagi. Jangan minta lebih. Pandai pandai la kau pergi balik. Jangan menyusahkan aku. "
" Tuan... Kenapa teruk sangat kulit tuan ni gatal. Sampai berdarah kolar baju kene darah. "
Sapaan Mus pada Fikri hanya seperti angin lalu. Fikri tidak menjawab dan ingin cepat bertemu Abot. Pertaruhan judi malam ini harus menang seperti sebelum ini. Beberapa pegawal penjara lain berjalan seiringan bersama Fikri. Abot sudah tahu pukul berapa Fikri akan datang. Seruan para iblis belaannya sudah menanti dengan lapar. Abot dilayan seperti raja sehingga setiap hari Fikri akan mencari kawannya yang bekerja dimakmal hospital untuk membeli darah sedikit.
" Ha.. Abot.. aku dah sampai. Jangan kalah sudah. Kalau kalah, aku akan tarik semua keistimewaan kau kat sini." Suara Fikri bergema.
" Macam kau pernah kalah. Dah kamu semua tunggu kat situ. Jangan pergi mana mana. Aku nak baca mentera. "
Abot berbohong pada Fikri dan pengawal penjara yang rakut sedangkan tujuannya mahu iblis meratah mereka sikit demi sedikit. Tidak seorang pun tahu iblis memenuhi ruang untuk menjilat dan makan darah mereka sikit demi sedikit. Semua terasa lemah dan semakin gatal.
__ADS_1
Sayup sayup kedengaran bacaan zikir yang pada awalnya dari tirai ke 3 kini semua banduan bersama sama berzikir sehingga suasana penjara meriah dengan bacaan zikir. Iblis terasa panas membahang. Abot menahan telinga yang sakit bila iblis menjerit kesakitan.
" Fikri!! Bawa aku keluar dari sini. Kita buat urusan kat luar !! " Jerit Abot.
Dengan lemah dan penat, Fikri menurut. Puas Fikri menjerit agar banduan berhenti berzikir namun semakin kuat zikir dari mulut bantuan tanpa henti. Di luar penjara, Abot tetap di rantai agar tidak terlepas. Abot duduk dan seakan membaca mentera tetapi yang lemah dan penat hanya Fikri dan beberapa pengawal penjara yang tamak dan rakus.
Nurul bertekad untuk pulang. Tong beras di angkat dan dia menyeluk tangan ke dalam beras mencari plastik yang disorokkan. Hanya dengan cara itu saja duit nafkah dan keperluan selamat. Sudah beberapa kali mereka kehabisan duit kerana sikap Fikri yang gila judi. Nurul cepat menyimpan pakaian dan tekad untuk pulang ke kampung secepatnya. Nurul yakin itu bukan sakit biasa.
"Eeeittttt.... Duppppp"
Pintu hadapan rumah seperti dihempas kuat. Nurul mendukung anak dan membawa beg ke arah pintu. Pintu seakan dikunci dari luar. Tanpa Nurul sedar dan lihat iblis yang terlalu inginkan anaknya tidak mahu mereka keluar dari rumah untuk berubat. Tangisan anak Nurul semakin kuat. Kerana terlalu sebak dan tahu sekelilingnya kini bukan perkara biasa, Nurul mengumpulkan kekuatan berdoa kepada Allah. Tangan Nurul mengenggam tombol pintu tetapi seluruh tubuhnya meremang. Dengan hati yang iklas dan penuh percaya kepada tuhan, akhirnya pintu yang terkunci dapat dibuka. Nurul berlari keluar dengan pantas tanpa menoleh ke belakang.
(Update setiap hari Ahad & Rabu)
*Bersambung*
-COMMENT
-LIKE
-FAVORIT
__ADS_1