
Anak
Episod 12
Mantera dibacakan Abot dengan lantang. Barangsiapa yang berani memarahi Abot pasti akan batuk sehingga sesak nafas. Kali ini, tiada satu pun penghuni penjara berani bersuara. Warden penjara juga tidak berani mengusik Abot. Asalkan Abot berada dalam kurungan sudah memadai bagi polis penjara. Bunyi menyeramkan muncul di segenap ruang penjara. Mata kasar tidak dapat melihat tetapi auranya amat menyeramkan. Abot senyum saat belaan yang paling kuat iaitu genderuo muncul menyembah. Pandangan mata mereka bersatu. Wajah akhir Melati diketahui genderuo.
" Adoii time ni la sengugut nak datang. "
Melati tidak jadi untuk mengambil wuduk. Dia makan dan terus terbaring menahan sengugut yang mencengkam. Lemah lesu menahan kesakitan yang sering menghantuinya setiap bulan. Deruan angin malam itu dari sepoi sepoi bahasa menjadi kuat dan aneh. Hanya kuaters Melati angin amat deras sehingga tingkap terbuka dan selak tingkap patah. Dengan malas Melati bangun untuk menutup tingkap tapi apakan daya, selak patah agak menyukarkan tingkap tertutup.
Saat Melati melangkah meninggalkan tingkap, firasat Melati agak berlainan. Terasa seperti diperhatikan. Meremang bulu roma Melati malam itu. Dia berharap agar semuanya baik baik saja. Melati menutup pintu bilik dan ingin tidur. Lemah menahan sengugut teruk semakin terasa.
" Arrrgghhhh.."
Melati menjerit terkejut saat merasai tangan kasar memegang hujung kakinya.
" Kenapa gelap? Bukan lampu memang aku buka ke?" Melati berbisik sendirian.
Anehnya kuaters warden asrama lain ada lampu. Puas Melati menekan suis tapi sia sia. Melati mencapai telefon bimbit dengan tujuan mencari cahaya lampu suluh menerangi kawasan.
" Supp..."
Sesuatu menarik Melati dengan kuat. Melati tidak sempat melawan dan berbuat apa apa. Seakan ada tenaga yang kuat mampu menariknya dengan laju.
" Ya Allah.. bantu aku. "
Jerit Melati sekuat hati. Malangnya suara Melati sedikit pun tidak terlepas keluar dari kuatersnya.
" Pap.. pap.."
Tubuh Melati di lontar sana sini dengan kuat. Sakit bukan kepalang. Melati cuba untuk bernafas tapi nafasnya makin perlahan.
"Sapp..."
Melati seakan melayang tanpa dapat dilihat apakah yang mencekiknya. Bergetar getar seakan ayam disembelih Melati cuba untuk bernafas.
" Ya Allah andai ini ajalku.. terima lah taubatku. "
Melati sempat mengucap kalimah syahadah sebelum pandangan nya kabur dan jantungnya berhenti bernafas. Walaupun Melati sudah tiada, genderuo masih bersemangat melontarkan tubuh Melati kesana sini tanpa belas kasihan.
__ADS_1
" Bang... Bangun bang.. abang dengar tak bunyi bising rumah cikgu Melati."
Isteri cikgu Zubir tidak sedap hati. Dia memaksa suaminya untuk melihat keadaan Melati. Alangkah terkejutnya mereka melihat darah terlalu banyak di merata tempat. Mengigil cikgu Zubir menghubungi polis. Pagi ahad yang menyedihkan. Kawasan sekolah yang sunyi tanpa murid dipenuhi anggota polis yang menyiasat punca kejadian dan kematian. Hasrat Melati untuk memberitahu Alana tentangnya tidak kesampaian. Sekolah terpaksa ditutup seminggu.
" Bapak.. jom ke sekolah. Kesian Alana. " Pujuk Mia.
" Oo bapak lupa nak bagitahu. Nanti bapak ambik Alana. Dia keluar hospital hari ni. Sekolah tutup sebab cikgu baru meninggal dunia. Sebab kematian pun belum diketahui. " Jawab bapak Mia.
Mia seronok mendengar berita Alana akan pulang kerumah nya. Mia anak tunggal sudah pastinya kesunyian.
*********
Seminggu berlalu.. sekolah dibuka seperti biasa. Hanya Alana yang diam tidak bersuara. Otaknya masih teringat kejadian yang terjadi.
" Alana.. jangan fikirkan sangat. SPM lagi dua minggu. Fokus Alana." Carol yang sering memerhatikan Alana bersuara.
Angguk tanda faham menjawab mereka.
" Benar.. aku kena berusaha. Ini saja bekalan aku untuk mengubah nasib. Lepas SPM aku nak kemana. "
Berbisik hati Alana. Sejak itu Alana giat belajar. Hanya tinggal dua minggu dia menjadi pelajar asrama. Alana yakin, dia boleh berdikari setelah habis sekolah nanti. Mungkin menanam padi seperti mama dan bapaknya.. atau kerja di bandar. Alana tidak memikirkan hal itu tapi biarlah masa menentukan.
Tuhan maha berkuasa. Di akhir nafas Melati sempat berdoa agar Alana sentiasa dilindungi. Abot dan belaannya agak sukar mencari Alana.
************
" Take 5 korang.. makan biskut jom. "
Ajak Mia. Minggu itu mereka tidak pulang ke rumah. Minggu akhir SPM mereka lebih fokus. Pelajar tingkatan lain sudah pun bercuti. Hanya pelajar tingkatan 5 yang tinggal.
" Mia.. banyak sangat dah kau bantu aku. Aku segan. Aku pun tak faham kenapa ketua kampung langsung tak melawat aku. " Luah Alana.
" Fikir yang baik baik saja Alana. Lepas SPM aku hantar kau jenguk dia. Bapak aku tak bagi kau duduk pondok huma. Dia nak kau jadi keluarga kami." Jawab Mia.
" Aipp ini minggu akhir SPM. Dilarang sedih dan beremosi. Korang bayangkan kalau ambil result nanti, orang sana sini bertanya tentang keputusan SPM kita. Malu nak jawab kalau gagal. Bangga kita jawab kalau lulus dengan bagus. " Carol mencelah.
" Tak lulus kawin...ahaha" Agnes mula membuat suasana meriah.
" Macam la ada orang nak dengan kau Agnes. Dah la pendek.. montel. Ha dapat suami tinggi, kau merajuk.. dia letak kau atas almari je tak bagi turun." Christine mengusik.
__ADS_1
" Amboii mulut.. dah tak bayar insuran ke apa. Sependek pendek aku, aku dapat surat cinta ada bedak. Ha...kau ada?" Agnes mula berlagak.
" Ah tetap kau kalah dengan Mia. Surat bedak datang melambak, satu pun dia tak balas. Bukan macam kau. Datang satu surat, tak sampai seminit kau balas balik. Gelojoh sangat. " Usik Christine.
Alana hanya ketawa melihat Agnes di bahan. Hiburan mereka kekal seperti adik beradik.
Kehidupan Alana stabil malangnya selepas SPM barulah Alana faham kenapa ketua kampung tidak pernah datang menjenguknya.
" Berani kau datang sini. Kau pembawa sial. Kerana kau la mak bapak aku sampai patah kaki kemalangan. Berambus kau sekarang!! Aku tak nak tengok muka kau lagi !!"
Suara Sofia lantang dan kuat. Bapak Mia dan Alana akur dengan kehendak tuan rumah.
" Bapak.. boleh tunggu sekejap. Lana nak ambik dua helai baju di pondok huma. Itu saja kenangan Lana dengan arwah mama dan bapak." Perlahan Alana meminta.
" Boleh.. mari kita kesana. "
Kasih sayang pada Alana dicurahkan sama seperti Mia. Terkadang kala sesiapa yang mengenali Alana akan merasa kesian teramat dengan nasibnya. Tetapi sifat dan kebaikan hati Alana mampu mengubah sesiapa saja menjadi sayang.
" Pakcik.. boleh tunggu sekejap, Lana nak tanya kedai depan. Ada atau tidak kerja kosong sementara tunggu keputusan SPM." Pinta Alana.
" kenapa Alana nak kerja. Bapak kan ada." Kata bapak Mia kehairanan.
" Lana duduk rumah pakcik makan minum pun dah syukur. Lana nak simpan duit agar Lana boleh gunakan bila terdesak bapak."
Jawapan Alana di setujui bapak Mia. Rezeki tidak salah alamat. Alana berjaya melamar kerja di sebuah kedai pakaian. Hatinya senang kerana tidak terlalu bergantung pada keluarga Mia kelak. Dia sedar lambat laun orang akan jemu dengan kehadirannya. Lebih baik bersedia sebarang kemungkinan. Rutin harian Alana kini pergi pagi pulang malam. Mia seringkali menunggu kepulangannya untuk makan bersama. Kasih sayang Mia padanya amatlah besar.
" Keputusan SPM dah keluar esok. Aku belanja kau makan ye Mia." Kata Alana bangga sudah berbulan dia memperolehi gaji.
" Simpan. Bapak cakap kalau kita semua lulus dengan baik, dia nak bebaskan kita bercuti di senanjung. Aku nak pergi Genting Highlands, Cameron Highlands, eh semua tempat aku nak pergi. Kau mesti ikut tak kira apa pun keputusan kau dapat. " Jawab Mia tersengih seolah yakin keputusan SPM miliknya memperolehi keputusan yang bagus.
Alana terdiam seketika. Teringat saat bersama mama dan bapaknya bertanya mengenai cita citanya. Sejujurnya Alana tidak tahu apakah yang harus dibuat setelah dapat keputusan. Adakah dia masih menjadi pekerja kedai baju sepanjang hidupnya atau dapat melangkah lebih jauh. Abot tidak pernah berputus asa mengerahkan iblis belaan mencari kedudukan Alana. Dia yakin suatu hari nanti iblis belaannya pasti mampu menghidu lokasi Alana. Setiap malam Abot akan mencuba mencari tetapi tetap gagal. Dari tirai besi yang berbekal lagi 7 tahun, satu penantian dendam kesumat. Dalam hati Abot bertekad tidak akan membiarkan Alana bahagia dalam hidupnya.
(Update setiap hari Ahad & Rabu)
*Bersambung*
-COMMENT
-LIKE
__ADS_1
-FAVORIT