
Anak
Episod 17
" Selamat datang tuan.. "
Tabik hormat diberikan pada inspektor baru. Wajahnya putih mulus dan seakan lembut perwatakannya. Desas desus mengatakan bahawa inspektor itu amat bagus sehingga dinaikkan sebagai Asp polis.
" Sarjan.. awak masuk pejabat saya. " Salah satu sarjan dipilih. Semua akur akan perintah dari inspektor baru.
" Ye tuan.. ada apa apa saya boleh bantu?" Tanya sarjan Nasir.
" Ceritakan apa yang pelik jadi di sini. Yang tak pelik tak payah cerita. Tugas awak hari ni gosip je dengan saya. "
Senyuman Irzan bin Azman agak manis. Selaku Asp polis yang baru, setiap kepincangan harus diketahui dahulu berbanding perkara lain.
" Perkara pelik tu kematian tuan. Tiap malam jumaat akan ada penghuni penjara meninggal dunia. Khabarnya ada dua penghuni penjara menuntut ilmu hitam. Walau dalam penjara iblis mereka tetap ada. Itu khabar angin yang saya dengar tuan. "
Sarjan Nasir membuka cerita. Walaupun pada mulutnya mengatakan hanya khabar angin tetapi kejadian seram yang berlaku padanya ketika bertugas menjaga tahanan pernah terjadi.
" Ok...best tempat ni ada cabaran. " Irzan tersengih-sengih. Akhirnya ada juga tempat yang diingini nya muncul.
Wajah Sarjan Nasir sedikit terkejut dan berubah. Jauh dalam hatinya memikirkan perkara negetif pada Irzan. Adakah Irzan juga penuntut ilmu hitam seperti banduan yang dikenalinya.
" Fauzan.. kau la pula.. pergi la.. eeee akubtak mau dah."
Kedengaran suara agak jelas sehingga ke pejabat Irzan. Irzan keluar dari pejabat ingin tahu apa sebenarnya yang terjadi.
" Kenapa tu?" Spontan Irzan bertanya.
" Tak ada apa apa tuan. "
__ADS_1
Fauzan dan Faiz agak terkejut. Mereka tidak menyangka Asp baru masuk awal dari jangkaan mereka.
" Ala.. cakap je la. Kita ni dalam ni satu keluarga. Kalau anggap kita ni satu tempat kerja.. mana best nak kerja. Jenis saya, kalau dengan manusia, pangkat tolak tepi.. kalau dengan tugas, baru ingat balik pangkat. Ha meh sini cerita.. Nasir.. awak beli teh tarik dengan roti canai kejap. Nah ni duit. Beli lebih sikit. Untuk diorang juga. "
Semua berpandangan sesama sendiri. Adakah benar Irzan baik seperti yang dikatakan atau hanyalah gula gula hari pertama perkenalan. Mereka menurut perintah Irzan tanpa banyak soal.
" Begini tuan, salah satu banduan yang ada mempelajari ilmu hitam jatuh sakit . Tapi kami tak berani nak jenguk. Sebab ada seorang lagi , dia lagi la kuat ilmunya. Seram tuan.. kalau saya pula dijadikan mangsa. Anak isteri saya nak bergantung hidup macam mana lah kalau saya tak ada. " Faiz mula bercerita.
" Alang alang belum lawat kawasan, jom kita melawat penghuni penjara. Nak berkenalan."
Irzan tersengih-sengih menunjukkan gigi.
Dari jauh kelihatan aura hitam yang pekat. Kaki Irzan teguh melangkah. Segenggam tanah tempat dimana dia berdiri diambil. Teringat pelbagai pelajaran yang diturunkan sejak kecil . Ilmu ayah pakcik dan atok bunian menjadi benteng dalam diri Irzan. Dari firasatnya, Irzan tahu ilmu hitam di dalam penjara itu bukan calang-calangnya. Andai tiada ilmu di dada atau sesiapa yang lemah semangat akan menjadi mangsa. Dengan keberanian dan tanggungjawab yang digalas, Irzan mengambil peluang untuk berhadapan dan menambah ilmu seperti ayah dan pakciknya.
Awan gelap seakan mahu Irzan bertarung besar besaran. Tidak sedikitpun terasa hatinya gentar.
" Awak... Awak... Awak... Pergi empat penjuru.. dengar wisel ni kita azan serentak. Benda kalau lama kita gosok bagi baru. "
" Priittttttt"
Wisel di bunyikan. Laungan azannya serentak berkumandang. Entah mengapa Fauzan Faiz dan Nasir menjadi bersemangat dan hilang rasa takut buat pertama kalinya semenjak setengah tahun terdahulu. Gelombang positif dan negetif dapat dirasai Irzan. Ayat ayat AL Quran dibacakan dengan teliti dan lapang dada. Hanya keikhlasan dan hati penuh yakin pada Allah yang tinggal dalam diri mereka. Bulu roma terasa menegak. Kaki dan tangan terasa sejuk bila merasakan diri ringan bersama sama melaungkan azan. Langit-langit mulai terbuka..matahari memancarkan sinar seperti menandakan aura kegelapan benteng kuasa gelap musnah. Tidak nampak dek mata tetapi terasa jelas di hati dan pemandangan alam.
Pintu besar penjara dibuka. Kaki kanan Irzan melangkah masuk. Hentakan kaki Irzan tidak kosong. Penuh dengan ilmu yang diturunkan.
" Celaka!!! Siapa yang berani mengegarkan bentengku !!!"
Abot yang tidur terkejut mendengar gegaran kuat. Hanya Abot yang dapat mendengar dengan kuat sehingga berdesing telinganya. Jeritan makhluk belaan dirinya dan juga dukun Doyok agak bingit. Irzan dengan jelas dapat melihat dan mendengar tetapi tidak ada satu pun penghuni penjara serta penjaga penjara dapat deria itu.
" Aku datang ke sini untuk hapuskan setiap belaan mu. "
Irzan berbisik dalam hati. Tetapi suara itu jelas terdengar ditelinga Abot.
__ADS_1
" Sudah tidak sayangkan nyawa kau ini !!!" Jerit Abot. Suara Abot kuat. Semua orang dalam penjara mendengar nya.
" Apa bising bising tu.. " Irzan muncul di depan besi tempat Abot.
Buntang mata Abot saat seluruh penjaga iblisnya bertempiaran lari sedangkan orang dihadapannya bertubuh kecil dan berwajah mulus.
" Kau siapa!!! Kau bukan lawan ku!!!"
Abot membuntangkan mata.
" Aku polis lah. Kau ingat kau dalam hotel ke. Nasir .. di sebabkan dia ni tak reti hormat orang, kita letak dia kat hotel besi bawah sana. Ha situ hotel baru dia. " Arah Irzan.
Nasir terdiam. Wujud takut memandang Abot. Irzan mengerti bahawa orang mulai takut. Sosok lelaki yang mengembung seakan terkena asid semakin parah.
" Eh buka cepat.. aku nak heret dia ke hotel. Korang uruskan orang yang sakit tu. Hantar ke hospital. Dah jom. "
Irzan cuba untuk berlembut dengan Abot tetapi Abot berkasar. Ilmu sihir bisa ular mamba hitam cuba dilepaskan. Tetapi Abot tersungkur dengan dua tepukan Irzan. Terasa tubuhnya lemah dan tidak bermaya.
" Siapakah dia ini . Mengapa ilmu ku lemah sebegini berhadapan dengan dia."
Abot berbisik dalam hati sebelum pengsan tidak sedarkan diri.
(Update setiap hari Ahad & Rabu)
*Bersambung*
-COMMENT
-LIKE
-FAVORIT
__ADS_1