ANAK

ANAK
Chapter 7


__ADS_3

Anak


Episod. 7


Perlahan Abot membuka kelopak matanya. Beberapa orang berpakaian polis membuka ikatannya. Suara tangisan isteri dan anaknya hanya mampu di pandang. Wajah orang kampung juga seperti tidak tahu apakah yang terjadi. Abot pasrah dibawa pergi. Sejujurnya dendam Abot bukanlah pada Alana tetapi pada Dora ibu Alana yang tergamak memilih Damian abangnya yang tidak mempunyai harta. Kebahagiaan Dora dan Damian semakin dicemburui ramai sehingga apabila Abot berkahwin, dia akan melepaskan amarah sakit hatinya pada isterinya. Peluang untuk menyiksa benih cinta Damian dan Dora kini hanya tersimpan kelak di tirai besi.


Alana sedar dari pengsan. Dia melihat dirinya berada di hospital. Polis yang berada di kawasan berkenaan dimaklumkan. Setiap kejadian diceritakan dengan linangan air mata.


" Alana.. ini makcik bawakan buah buahan. Balik ni tinggal dengan makcik ya." Lembut rambut Alana di usap.


" Semua ic surat beranak, kami akan bantu uruskan. Alana berehat lah. Kami mau pergi beli pakaian mu dan kelengkapan sekolah. " Perlahan ketua kampung berbicara.


Alana hanya mampu mengalirkan air mata tidak tahu menjawab apa. Tiada satu pun kenangan dari rumah itu dapat diselamatkan. Jiwanya perit mengenangkan musibah yang datang bertubi-tubi. Di sebelah katil Alana ada makcik yang baru masuk. Kakinya bengkak dan mengeluarkan nanah sikit demi sedikit. Alana hanya diam tanpa bicara. Saat Alana hampir tidur, sayup sayup telinganya mendengar suara seakan bisikan ibunya. Kelopak matanya sukar dibuka. Hanya terasa seakan dahinya di cium lembut. Alana tidur lena mungkin kerana ubat yang dimakan.


------------------


" Alana.. ini bilik Alana. Kongsi dengan Sofia ya." Pesan Mona.


Alana hanya mampu mengangguk. Satu kampung tahu bagaimana perangai Sofia. Walaupun ibubapa Sofia lemah lembut dan baik hati tetapi semua itu tidak ada pada Sofia. Dirinya juga pernah menjadi mangsa buli Sofia saat sekolah rendah. Sehingga sekarang Sofia semakin menjadi jadi. Penat tubuh Alana dan dia terlelap sekejap.


" Pap"


Satu tamparan hinggap mengejutkan Alana.


" Siapa kau berani masuk bilik aku.. tidur kat katil aku hah!!!! Jijik tahu!!!"


Mata Sofia buntang memandang Alana.


" Apa ni Sofia. Kan mak dah bagitahu semalam. Alana akan tinggal di sini. Kenapa tak faham lagi? " Tanya Mona.

__ADS_1


" Ini bilik aku mak!! Jangan sampai aku yang keluar dari rumah ni. Pindahkan dia ke stor ke reban ayam ke sekarang juga!!" Bergema suara Sofia ketika itu.


" Ha baguslah kamu keluar. Ada pun buat habiskan beras saja. Kalau kau ni ayam ada juga untungnya aku besarkan. Apa untungnya ada anak macam kau Sofia. Kurang ajar dengan ibu yang melahirkan mu. Busukkan nama aku dengan sikapmu. Silakan keluar. Mana tau diluar itu kau lebih bahagia."


Ladin bersuara dari ruang tamu. Sofia geram dan membaling barang barang di biliknya. Alana menjadi takut dan ingin keluar dari rumah itu.


" Pakcik.. barang yang pakcik sedekahkan saya bawa ya. Saya tak mahu tinggal di sini." Perlahan Alana bersuara.


" Kemana kamu mau pergi Alana..pondok rumahmu sudah terbakar. " Mona cuba menghalang.


" Masih ada tempat dimana aku dapat merasai kenangan mama dan bapakku makcik. Dihuma ku masih ada pondok yang selesa untukku. Walaupun jauh tapi tidak mengapa. Aku bahagia." Ucap Alana.


" Jauh dan bahaya tu Alana. Hutan tu. Nanti ada binatang buas macam mana?" Tegur Ladin.


" Tuhan maha kuasa dan penyayang. Lana yakin dia akan menjaga Lana setiap saat. Lana pergi dulu makcik. Jangan risau tentang makanan. Masih banyak sayur dan ubi kayu di sana. Cuma Alana mohon pakcik aturkan sekolah asrama untuk Alana. Disana ada yang memberikan makan minum dan tempat tidur untuk Lana. Lana pergi dulu ya pakcik..makcik.."


Mereka hanya memandang Alana berlalu. Puas hati Sofia seketika. Berita Alana tinggal di pondok huma juga menyebar. Alana belum dapat ke sekolah kerana jahitan perutnya masih belum kering. Setiap pagi ketika orang turun ke huma melalui kawasan pondoknya akan singgah memberikan nasi bungkus daun dan lauk. Alana hanya masak air sungai saja dan tidak perlu berbuat apa apa. Pondok kecil itu terasa damai. Ada kain batik dan baju ibubapanya ditinggalkan di situ. Bau tubuh dari keringat peluh bapak dan mamanya dipeluk melepaskan rindu.


Bunyi nyilu menyebabkan Alana terbangun. Kebiasaannya bunyi unggas selalu menemani tidurnya tapi entah kenapa malam itu teramat sunyi. Alana bangun perlahan memijak lantai pondok. Kayu api tempat memasak dinyalakan. Saat cahaya menerangi pondok, alangkah terkejutnya Alana melihat bebola mata berwarna merah mengintai dari celah atap. Jantung Alana berdegup laju. Ini pengalaman pertamanya berjumpa jelmaan sebegitu. Alana hampir lupa untuk bernafas. Dia tidak tahu harus berbuat apa lagi.


" Berdoa..."


Seakan bisikan halus mengingati nya.


" Krekkk krekkk.."


Jelmaan itu semakin kuat mahu merosakkan atap pondok Alana. Kelihatan kukunya kehitaman dari celah atap. Alana cuba untuk tidak terus takut dan berdoa dalam gementar. Segenap hati dia memohon agar tuhan ada bersamanya saat ini. Mata Alana terpejam kuat. Dia takut untuk membuka dan melihat apa lagi yang bakal terjadi. Tidak henti henti Alana berdoa.


" Dup ...kreesss kressss..."

__ADS_1


Bunyi seakan sesuatu jatuh dan melarikan diri tapi Alana tetap tidak henti berdoa dan tidak mahu membuka mata sehingga dia tidak sedar tertidur dalam keadaan menyandar. Seperti biasa, Lana dalam separa sedar akan merasai kucupan di dahi.


" Lana...ooo Lana.."


Suara memanggil mengejutkan Alana. Ketua kampung datang bersama isterinya melawat. Melihat bumbung Alana yang rosak sedikit, Ladin tidak masuk ke pondok. Dia memanjat untuk membaiki atap pondok.


" Makcik datang mau beritahu.. dokumen yang terbakar sudah di buat baru. Pihak tertentu juga bantu pakcik kamu uruskan bank simpanan bapak kamu. Ada la simpanan mereka. Tapi jangan guna dulu. Pakai bila kamu dah habis sekolah ya. Oh lupa, sudah kami carikan sekolah asrama. Tapi jauh dari kampung kita. Benar benar mahu ke sekolah asrama kamu Alana?" Tanya Mona.


" Ya saya benar benar bersungguh-sungguh makcik. "


Mona tersenyum memandang Alana. Sifat lemah lembut Dora diwarisi Alana. Dalam diam mereka menyiapkan semua kelengkapan untuk Alana. Malam muncul kembali. Kali ini Alana mencari kayu lebih di sebelah siang agar ada bahan bakar untuknya malam ini. Dia berdoa agar tuhan berada bersama nya. Bunyi cengkerik mendodoi matanya.


" Kreekkk krekkk... "


Bunyi kasar dan kuat mencakar lantai dari bawah tanah. Entah mengapa malam itu Lana tidur pulas tanpa sedar.


" Krak... "


Lantai buluh berjaya ditolak ke atas. Tangan gelap dan berbulu cuba untuk merosakkan lantai selebar yang boleh. Bunyi haiwan yang mendodoikan malam juga menyepi di sekitar hutan. Tangan yang berbulu kasar dan berkuku panjang cuba mencapai Alana yang berbaring.


Tiba tiba....


Satu cahaya dari sisi Alana tidur semakin lama semakin terang menyuluh seluruh pondok. Alana tetap tidur lena dan seakan tidak sedar walaupun bunyi lantai yang cuba di rosakkan agak kuat bunyinya. Cahaya kuat itu menyebabkan tangan jelmaan aneh itu berasap dan terbakar. Dengan pantas jelmaan tu menarik tangannya dari celah lantai buluh. Bau busuk kesan terbakar menjadi pekung dalam pondok. Angin pada mulanya hanya sepoi sepoi berembun malam...menjadi kuat dan masuk dari celah celah pondok seakan menolak bau busuk. Tanpa dilihat seakan ada tenaga sesuatu membetulkan lantai buluh semula. Selimut Alana di tarik ke atas dan dahinya di cium. Malam berlalu untuk ke sekian kalinya. Saat Alana membuka mata, badannya terasa segar kerana cukup tidur. Udara segar di hutan terasa dingin dan menyegarkan. Kini hanya harapan untuk belajar kekuatan Alana untuk hidup.


***Bersambung***


-COMMENT


-LIKE

__ADS_1


-FAVORIT


__ADS_2