ANAK

ANAK
Chapter 5


__ADS_3

Anak


Episod 5


---------25 tahun dahulu --------


" Lana... Jangan angkat guni padi tu. Nanti bapak buat. "


Kasih sayang Damian pada anaknya amat kuat. Alana sama seperti isterinya Dora. Lembut baik dan sopan. Mereka bahagia walaupun hanya petani kecil dikampung.


" Lana .. pergi goreng ikan ya.. biar mak dengan bapak angkat guni tu." Walaupun hanya berkain batik, Dora kekal cantik dan pandai menjaga peribadi.


Masakan Alana sedap sama seperti Dora. Terkadang Damian diuji dengan kesabaran tatkala ramai lelaki suka menyimpan perasaan pada Dora. Tetapi bagi Dora kebahagiaan sebenar adalah Damian dan Alana. Dora pernah dihasut agar meninggalkan Damian yang hanya duduk di pondok buluh. Tapi hanya senyuman Dora menjawab setiap orang. Dora tidak suka berdebat baginya berdebat hanya mendatangkan kebencian di hati insan lain.


" Tak lama lagi habis SPM. Lana mau jadi apa. Bapak ada simpan duit sikit untuk Lana belajar. "


Saat makan, Damian suka bertanya.


" Lana mau jadi anak bapak dengan mak sampai bila bila. Itu cita cita Lana. "


Jawapan Alana mencetuskan senyuman Damian.


" Itu bukan cita cita la Lana. Itu kewajipan. Lana mau jadi apa pun bapak tetap sokong. Asalkan Lana jadi orang yang baik baik."


Dora menyuap nasi ke mulut Lana. Dari kecil setiap hari sehingga dewasa, Dora tidak pernah sehari pun lupa menyuap makanan ke mulut Alana. Cinta hatinya itu dirasakan masih kecil seperti dahulu.

__ADS_1


Malang tidak berbau.. dikala mereka balik dari huma menggunakan sampan, air bah muncul tiba tiba. Sampan mereka terbalik saat melanggar tebing. Alana berjuang berenang sekuat hati menyelamatkan diri. Malangnya kedua ibubapanya hanyut di bawa arus sungai yang deras.


" Mama... Bapak !!!!"


Dengan tangisan kuat Alana menjerit sekuat hati. Pedih terasa di perut. Barulah Alana sedar ada kayu menusuk perutnya. Sakit tidak terperi. Setiap langkah mengetakkan perut terasa penuh keseksaan. Atap atap rumah kampung sudah kelihatan tapi pandangan Alana kian kabur. Dia jatuh tidak sedarkan diri.


Alana tersedar memandang lampu dan tirai langsir. Pandangan yang tidak pernah dia lihat sebelumnya. Beberapa orang juga berada bersebelahan katilnya memakai baju yang sama warna dengan nya. Perlahan Alana memegang perut yang dijahit. Wanita berseragam putih melambangkan seorang jururawat menghampiri.


" Dah sedar dik. Kalau nak apa apa..tekan butang ni. Ini ubat tahan sakit. Kalau sakit sangat baru telan. Sakit sikit sikit tak payah dulu. Kejap lagi makan petang. Lepas makan, baru makan ubat ni pula. "


Alana hanya mengangguk perlahan.


" Mama.. bapak.. dimana kalian."


Terasa asing hidupnya tanpa ada peneman kesayangan. Dimana kah mereka. Sehingga malam belum juga kelibat kedua orang tuanya kelihatan melawat. Alana berharap pagi esok ibubapanya akan datang. Hatinya benar benar berharap. Tidur tanpa ciuman ibubapa sangat tidak biasa baginya. Alana memejamkan matanya berimejinasi ibubapanya datang mencium dahinya sebelum tidur. Alana tidak mahu membuka mata dan terus tertidur. Pagi sudah menjelma. Mata Alana sering melihat sesiapa sahaja yang lalu. Dia benar benar berharap ibubapanya cepat datang dan membawanya pulang. Sehingga makanan siang sampai tetap juga tiada kelibat ibubapanya.


Alana memandang aneh. Kenapa bukan ibubapanya tetapi ketua kampung dan isterinya yang datang melawat.


" Mana mama dengan bapak saya makcik?" Soalan itulah yang terdahulu tercetus di mulutnya.


" Sekejap lagi sudah boleh balik. Kita balik dulu ya. "


Isteri ketua kampung sengaja mengelak untuk menjawab. Dia tidak sampai hati untuk memberitahu berita kejadian yang terjadi. Saat mereka dalam perjalanan pulang, ketua kampung dan isterinya hanya mengalih perbualan agar Alana tidak terus menerus bertanya. Cuaca agak mendung saat mereka sampai di hadapan pondok rumah Alana.


" Kenapa orang ramai sangat makcik?"

__ADS_1


Alana merasakan degupan jantungnya berdebar-debar. Ada dua kotak kayu seakan keranda yang sudah siap ada di tepi pondok.


Tidak dapat menunggu lama, Alana cepat turun walaupun perutnya masih sakit. Langkah kaki Alana seakan berat untuk naik ke atas pondok. Hati Alana semakin berdebar melihat dua orang yang bertutup kain putih di tengah pondok. Semua yang berada di situ hanya mampu melihat sayu.


" Makcik.. siapa kah ini?"


Alana agak terkejut melihat mayat wanita dan lelaki yang agak mengembang dan sudah mengeluarkan bau.


" Sabar Alana.. ini lah mama dan bapak kamu. Kami sudah jumpa mayat mereka di sungai kampung lain. Kita kene tanam secepatnya sebab keadaan mereka sudah begini. Tapi kami tetap sabar menanti kamu. " Lembut suara isteri ketua kampung berbicara.


" Mama!!!!!! Bapak !!!!! Jangan lah pergi.. mama!!!! "


Alana meraung sekuat hatinya. Bagaikan mimpi ngeri dalam hidupnya tapi dia harus menempuh dugaan ini. Walaupun mayat ibubapanya sudah membengkak, tapi Alana tetap memeluk mereka penuh kasih sayang. Alana menahan sakit untuk bersama mereka ke kubur perkampungan. Airmata Alana tidak berhenti mengalir.


" Ya tuhan.. andai ini sebuah mimpi , sedarkan lah aku. Aku tidak sanggup ya tuhan. "


Alana berbicara dalam hatinya. Meraung kuat Alana saat tanah di timbus. Malam itu ramai yang mengajak Alana menumpang tidur di rumah mereka tetapi Alana tidak mahu meninggalkan pondok rumahnya. Disitulah tempat cinta mama dan bapaknya bersemai. Disitulah dia membesar penuh kasih dan sayang. Mana mungkin dia mahu meninggalkan. Malam melabuhkan embun.. Alana berbaring di tempat mayat mama dan bapak nya.


" Mama...bapak.. aku keseorangan. Aku rindu kalian. Bagaimana hidupku esok tanpa kalian".


Air mata menemani Alana sehingga tertidur. Bunyi lolongan anjing malam itu kedengaran sayu dan panjang. Api pelita perlahan terpadam tanpa Alana sedar. Alana seakan selesa tidur malam itu seakan ada insan tersayang masih ada bersamanya. Terasa seperti rambutnya diusap lembut dan dahinya seakan dicium lembut. Alana lupa mama dan bapaknya sudah tiada dan sehingga pagi dia tidur dengan lena.


***Bersambung***


-COMMENT

__ADS_1


-LIKE


-FAVORIT


__ADS_2