
Anak
Episode 6
Pagi melabuhkan tirai. Alana bangun dan barulah dia teringat kejadian semalam. Air matanya mengalir lagi. Dengan perut yang masih terasa sakit, Alana ke dapur dan menyalakan kayu api untuk memasak. Beras ditenung lama kerana beras itulah kasih sayang terakhir yang ditinggalkan. Padi sudah habis di tuai. Kedengaran suara orang memanggil. Alana perlahan bergerak membuka pintu. Senyuman isteri ketua kampung datang melawat dan menghantar nasi bungkus daun serta lauk pauk untuknya.
" Kamu jangan bergerak sangat Lana. Nanti susah nak baik luka kamu. " Pesan isteri ketua kampung.
Alana hanya membisu. Hanya air matanya masih tetap mengalir.
" Jangan kamu bersedih Lana, lepas sihat , kamu pergi sekolah. Lagi 2 bulan nak spm. Biaya kamu makcik yang tanggung. Anggap saja kita ini bersaudara. " Rambut Alana di belai lembut.
" Lana.. ooo Lana.. " kedengaran suara garau lelaki.
" ooo kamu Abot. Semalam kenapa kamu tak ada masa kebumikan abang kamu?" Isteri ketua kampung terus bertanya.
" Diam lah kau Mona. Sukati aku la mau datang ke tidak. Sekarang tanah huma sudah aku yang punya. Itu tanah bapak kami. Tanah rumah si Lana ini pun bakal aku ambil. Anak aku yang sulung mau buat rumah. Ini aku datang mau hantar Lana tu ke rumah anak yatim. Lana siapkan barang kau. "
Abot tidak masuk ke pondok malah merokok di bawah rumah.
" Jangan kau keterlaluan. ( Saat itu ada kanak kanak mengayuh basikal.)
" Runyan... Kau tolong minta suamiku ke sini. Cakap hal mustahak." Jerit Mona.
" Kau ini kenapa Mona. Mau masuk campur urusan keluarga kami. Sikit sikit mau kecoh. Alana itu urusan aku. Aku pakcik nya. Kau jaga hal kau!!" Jerit Abot.
" Jangan harap !!! Ini adalah kawasan yang di pertanggungjawabkan suami aku menjaganya. Orang kampung memilih suamiku menjadi ketua di sini. Jadi kau bukan siapa siapa mau aku berdiam diri !!" Jerit Mona.
Perang mulut itu hanya di lihat Alana. Dia sendiri tidak tahu apa akan terjadi kelak.
" Ya tuhan.. aku bermohon padamu. Berikan lah aku kedamaian."
Alana berbisik dalam hatinya. Suara pertengkaran kedengaran sehingga ramai yang datang ke arah pondok Alana.
__ADS_1
" Ada apa tu bising bising " tegur Ladin.
" Ini suamiku.. si Abot mau menghalau Alana dari pondok rumahnya. Sudahlah tanah Huma pun mau diambilnya.. tanah sekecil ini pun tidak mau di tinggalkan. Dia juga tidak berbincang dengan semua penduduk kampung malah membuat keputusan sendiri mahu menghantar Alana ke rumah anak yatim. Alana ini sudab dewasa. Memasak pun dia pandai. Kenapa harus dihalau ke rumah anak yatim. Aku sendiri mau menanggung persekolahan Alana dan tidak pula sesiapa memaksa dia menjaga Alana." Terang Mona.
Bunyi orang berbisik seakan setuju dengan Mona.
" Kejam sungguh hati mu Ladin. Abang mu hanyut.. kau tidak risau mau mencarinya. Lana cedera parah, sekali pun kau tidak bertanya keadaannya. Menguburkan abang mu sendiri juga kau lepas tangan. Tapi baru sehari kejadian kau sudah kesini berbuat masalah. " Ladin bersuara tegas walaupun hatinya mau saja menumbuk muka si Abot.
" Peduli apa aku dengan semua itu. Menyusahkan saja. Sekarang tujuan ku datang mau ambil hak ku saja. Kamu setuju atau tidak bukan masalah bagiku. Mau bela si Lana tu.. terpulang kalian."
Wajah bengkeng Abot kelihatan sombong.
" Begitu angkuh kamu ya. Ini adalah tanah kampung. Sesiapa saja boleh membina rumah. Setiap rumah dalam kampung ini bukan hak sesiapa melainkan tanah bersama. Tanah ini tidak dijual beli malah siapa yang rajin menjadi empunya tanah. Begitu luas lagi kawasan lain, kenapa pondok Alana menjadi sasaran mu?"
Kali ini suara Ladin agak tegas. Semua penduduk juga setuju dengan ucapan Ladin.
" Sukati akulah. Itu kehendakku. Ini rumah abang aku.." jawab Abot.
" Sekarang sudah jadi milik Alana. Pemalas seperti mu hanya mau keuntungan. Pergi kau buka kawasan lain andai mau membina rumah. Tanah huma itu juga semua di sini tau. Sudah di serahkan pada Damian dan Dora sebagai hadiah perkahwinan mereka dari bapakmu. Bahagian mu juga ada malah lebih. Kenapa kau jual pada orang. Bila sudah tiada tanah kau mau ambil hak orang. Sebelum aku melaporkan hal ini lebih besar, lebih baik kau balik dan jangan ganggu Alana lagi. "
" Suamiku . Mana lampu suluh. Aku tidak sedap hati. Mau pergi ke rumah Alana." Kata Mona.
" Benar . Aku juga merasakan. Mari kita ke sana. "
Mereka berjalan berdua ke arah rumah Alana. Mereka tersempak dengan beberapa anak remaja.
" Pakcik.. saya ada nampak pakcik Abot tadi ke arah rumah Alana. " Kata remaja itu.
Tanpa menunggu langkah kaki mereka dipercepatkan. Arahan mengumpul orang juga sempat diberikan pada remaja itu. Benar.. dari luar kelihatan susuk tubuh lelaki menyala api di luar pondok rumah Alana. Api marak cepat kerana pembuatan keseluruhan rumah adalah dari buluh.
" Abot!!!!" Jerit Ladin.
Tergesa gesa Abot berlari meninggalkan lokasi. Ladin memanggil Alana tapi tidak menyahut. Dia cuba membuka pintu pondok tapi api terlalu marak.
__ADS_1
" Ladin.. ketepi !!!"
Musa pemuda paling sasa di kampung tu terus menerobos pintu pondok. Dengan pantas dia mencari Alana. Alana didukung keluar.
" Musa.. bahu mu terkena api.. " Mona panik seketika.
" Celaka betol si Abot. Sanggup dia membakar rumah orang. Lihat Alana juga di ikat. Siapa yang di sini, maklumkan kejadian ini pada polis. Aku saksi kejadian bersama isteriku bahawa pelakunya si Abot. Ada remaja juga melihat dia. Cepat !!" Ladin menahan geram. Baju Alana disedari Mona basah berdarah. Alana juga masih tidak sedarkan diri.
" Kejam betol si Abot tergamak dia mengores luka jahitan Alana. Cepat kita ke hospital." Semua yang ada benar benar panik ketika itu. Tidak ada satu pun harta Alana dapat diselamatkan.
Polis menunggu Alana sedar untuk menceritakan kejadian manakala Abot tidak dijumpai. Penduduk yang tidak puas hati berkerjasama membawa anjing peliharaan masing masing dalam gerakan memburu Abot setelah polis berundur tidak dapat menemukan Abot.
" Agi idup.. agi ngelaban!!! "
Mereka tidak peduli Abot hidup atau mati tetapi mereka harus mencari sehingga dapat. Mereka tidak menyalakan lampu mencari tetapi seakan bergerak perlahan di setiap penjuru akan pemburu. Abot tahu dirinya dalam bahaya dan memilih untuk tidak berada di kawasan tanah lantas memilik untuk memanjat pokok tinggi bersembunyi di situ. Anak dan isteri Abot terkejut dengan berita suaminya tetapi mereka tidak tahu harus melakukan apa lagi. Isterinya juga sering lebam lebam dipukul Abot mana mungkin dia berani menghalang tindakan Abot.
Kedengaran siulan tanda pepecahan pencarian. Abot yang gementar berharap dia tidak ditemukan.
" Celaka betol penduduk kampung ini. Dari dulu sibuk urusan ku!!"
Abot bertambah geram. Sudahlah dia berjanji dengan tauke akan menyerahkan tanah huma itu secepat mungkin. Duitnya pun sudah diambil. Kini semakin sukar untuk mencapai tujuan itu. Abot lupa akan perihal watak seorang pemburu. Itu kerana Abot tidak suka mempelajari ilmu turun temurun peninggalan nenek moyang. Lokasi Abot sudah diketahui anjing belaan orang kampung. 8 ekor anjing mengelilingi pokok dimana Abot bersembunyi. Buntang mata Abot melihat orang ramai menyalakan api di bawah. Asap tebal naik ke atas. Abot hampir lemas menghidu asap tapi dia tetap bertahan. Berjam jam orang kampung bergotong-royong menyalakan api mengelilingi pokok itu dan separuh dari mereka mengawal api agar tidak merebak. Bahang panas dan asap tebal membuatkan Abot pening dan hampir pitam. Dia terpaksa menyerahkan diri.
Api yang marak tiba tiba terpadam saat Abot menurun pokok. Suasana senyap seketika. Abot turun dengan berhati hati. Dia menganggap semua penduduk sudah pulang. Saat kakinya mencecah tanah, sakit tidak terperi di rasai. Tiada seinci tanah pun yang tidak berbara api. Melompat lompat Abot ketika itu. Kawasan gelap menyukarkan Abot untuk mencari tempat memijak. Sesuatu meluncur laju.
" Dup..."
Dada Abot bagaikan ditendang seseorang yang Abot tidak nampak. Tubuh Abot jatuh ke tanah yang masih penuh bara api. Meraung Abot menahan sakit. Baru saja Abot mahu bangun, terasa ada sesuatu berlari dan berdiri di atas dadanya. Hampir putus nyawa Abot ketika itu menahan dada. Abot mengiring untuk bangun di bara api. Sesuatu datang dan memijak belakang nya pula. Hampir putus nyawa Abot menahan panas dan muka sudah melecur. Kaki Abot ditarik dan diikat di pohon yang berduri. Andai bergerak duri duri itu akan terkena Abot. Dalam separa sedar , Abot hanya mampu mendengar pohon pohon seperti dilalui orang dan lama kelamaan menghilang. Suasana kembali sunyi. Dengutan melecur bertambah sakit bila terkena duri. Abot pengsan malam itu.
***Bersambung***
-COMMENT
-LIKE
__ADS_1
-FAVORIT