ANAK

ANAK
Chapter 9


__ADS_3

Anak


Episod 9


Kehidupan 24 jam membesar di asrama banyak menyembuhkan hati Alana. Suatu hari ada guru baru yang masuk menggantikan cikgu yang berpindah. Wajahnya kelihatan bengis saat memperkenalkan diri di pentas perhimpunan. Entah mengapa pandangan mata cikgu tu menuju ke arah Alana yang berbaris jauh di belakang. Awalnya mereka tidak perasan tetapi setelah pelajar berbisik, barulah cikgu baru itu mengalihkan pandangan.


Deringan loceng sekolah membuatkan Alana lemah semangat. Setelah dua minggu, pelajar dibenarkan pulang dan kembali petang ahad. Alana tidak tahu hendak kemana. Untuk menyusahkan ketua kampung juga dia tidak sanggup. Pelajar lain sibuk berkemas untuk pulang. Bunyi loceng dewan makan tidak dihiraukan pelajar. Hanya Alana yang turun membawa tray menuju ke dewan makan dan makan dengan tenang. Setelah kembali ke asrama, tiada lagi wajah kawan kawannya di bilik. Hanya dia yang tersisa. Alana duduk di katil dan termenung sendirian.


"Esok lusa tidak ada yang masak di dewan makan. Pelajar semua sudah pulang. Tidak mengapa lah. Dah memang nasib aku sebegini. Lagipun bukan dekat kalau ketua kampung nak ambik. " Alana memujuk hatinya sendiri.


Mata Alana terasa mengantuk. Dia tertidur lena dan tidak sedar hari sudah bertukar gelap. Alana terkejut dan dengan pantas dia menyalakan lampu. Jantungnya berdegup kencang kerana suasana asrama ketika itu amat berbeza dan menyeramkan. Alana turun ke bawah untuk mandi. Dia mandi secepat yang mungkin dan duduk dibilik. Perutnya terasa lapar tapi tiada lagi bunyi loceng dewan makan. Alana teringat almari Mia yang dipenuhi makanan. Terasa bersalah tapi sekembalinya Mia kelak dia akan berterus terang padanya. Saat almari Mia dibuka, Alana terkejut ada surat nota yang ditinggalkan.


" Alana... Makan je. Tadi lama mak bapak aku tunggu kau. Kau tak balik balik. Jadi kau makan je apa yang ada ni. Lepas ni kalau orang balik, jangan menghilangkan diri. Kau tu saudara kami. Tunggu kami balik tau. Berdoa sebelum tidur. Ni ada duit belanja bapak aku bagi untuk kau. Bye Alana. "


Jatuh gugur air mata Alana ketika itu. Alana menolak almari untuk mengambil cerek elektrik dan menjerang air. Malam itu walaupun hanya meggie dan beberapa keping biskut, Alana terasa amat bersyukur.

__ADS_1


" Tok...tok..."


Alana terkejut mendengar bunyi tapak kaki menaiki tangga. Bulu romanya meremang. Pantas Alana mengambil penyapu dan meletakkan penyapu sebagai penyendal pintu. Pantas Alana menutup lampu bilik. Hanya lampu koridor di luar menerangi ruang bilik. Tingkap bertutup rapat.


" Sherrr.... Sherrr...."


Kedengaran sayup-sayup heretan kaki sampai di lantai tingkat 2. Alana tidak pasti adakah itu heretan kaki atau apa saja. Alana bersembunyi dibawah katil. Dari bawah katil dia teringat botol air suci yang pernah diberikan insan misteri. Mujur tangannya dapat mencapai botol tepi bantal.


Cepat Alana menutup mulutnya bila terasa mahu menjerit. Tombol pintu bilik perlahan dibuka. Kerana agak sukar dibuka, pintu dipusing dengan kasar sehingga suasana yang sunyi kedengaran kuat orang mahu membuka pintu. Suasana sunyi seketika. Alana masih menyorok. Dari tingkap ada lembaga berdiri dihadapan tingkap. Awalnya seperti seseorang sedang berdiri tetapi entah mengapa jelmaan disebalik tingkap itu semakin tinggi. Ada salah satu tingkap yang hilang dibahagian atasnya. Bergegar hati Alana saat melihat ada mata berwarna merah mengintai dari celah tingkap. Perlahan lahan tangannya yang kurus dan berkuku tajam masuk ke dalam tingkap. Tangannya menjadi panjang seakan meraba raba mencari penghadang pintu bilik. Alana berdoa dalam hatinya agar tuhan berada bersamanya.


Penyapu berjaya dijatuhkan jelmaan itu.


Perlahan tangan itu masuk semula ke dalam tingkap dan kelihatan kepala itu juga turun kebawah.


" Sherrrtttt. Shrrrrttttt..."

__ADS_1


Bunyi seretan kini terhenti dihadapan pintu. Pintu dibuka luas. Angin malam menerobos ke ruang bilik. Air mata Alana mula mengalir. Alana memejamkan mata seketika. Saat dia membuka mata alangkah terkejutnya dia.. jelmaan itu meniarap merenungnya dibawah katil. Alana gugup tidak henti berdoa sambil menangis teresak esak. Jelmaan itu merangkak menuju ke bawah katil Alana. Nafas Alana laju saat cemas.


" Mama......"


Alana...menjerit sekuat hatinya saat ketakutan yang amat sangat sebelum pengsan tidak sedarkan diri.


(Update setiap hari Ahad & Rabu)


*Bersambung*


-COMMENT


-LIKE


-FAVORIT

__ADS_1


__ADS_2