ANAK

ANAK
Chapter 20


__ADS_3

Anak


Episod 20


Pintu besi dibuka. Abot merasakan aura baru dalam dirinya. Saat melintasi penghuni penjara, wajahnya ceria dan bahagia. Berita tentang Doyok mengula gulakan pegawai penjara diketahui Abot. Tidak sesekali menyangka bahawa Doyok seorang yang bijak walaupun dia tidak tahu niat sebenar Doyok. Wajah penghuni penjara suram dan muram. Masing masing berharap agar Asp polis yang pernah membantu mereka datang kembali.


" Kau rindu aku tak?" Tanya Abot setelah berbaring di lantai simen sebelah Doyok.


" Aku kesiankan kau. Belaan kau kelaparan ke sana sini cari kau. Apa yang jadi sebenarnya. Aku sampai terencat akal nak cari cara keluarkan kau dari sana." Doyok berbohong.


" Budak polis tu memang nak cari nahas. Asal aku nak seru apa saja, aku tercekik tak bernafas. Sekarang ni aku bebas dari bilik bawah tu. Pertama sekali aku nak pesta besar-besaran dulu. Petang ni kita mandi cari hal. Darah diorang tu aku nak. " Abot tersengih-sengih.


Terbit kasihan Doyok memandang Abot. Suatu hari nanti , Abot akan menyesal ada kuasa hitam dalam dirinya. Dulu dia juga bangga dan merasa gah seperti Abot tetapi setelah iblis berpaling tadah dengan melawan, dirinya menjadi mangsa. Iblis tidak pernah mahu menjadi hamba sebaliknya menunggu saat dan masa ketika lalai, mereka akan cuba menguasai diri kita agar mereka pula yang berkuasa. Doyok suatu ketika dahulu anak kesayangan keluarganya. Hanya kerana ejekan gemok hitam dan semua gadis jijik dengannya, Doyok sedih dan berdendam. Kerana inginkan kebahagiaan seperti yang lain, Doyok berjumpa seseorang yang pelik. Beria ria insan itu mahu menurunkan ilmu kepadanya. Awalnya , apa saja kehendak Doyok seperti mudah didapati termasuk gadis gadis kampung yang cantik dan suci. Semua menjadi milik Doyok. Sesiapa yang cuba menghalang Doyok akan mati kejung keesokan harinya dimakan belaannya mengikut arahan. Malang tidak berbau, saat Doyok kemalangan jalan raya, dia lemah seketika. Belaannya mula merasuki dirinya. Satu persatu keluarganya menjadi makanan jelmaan iblis. Dan paling ngeri, Doyok hanya mampu melihat tubuhnya bergerak sendiri menetap anak abang dan kakaknya yang masih kecil. Mulutnya rakus menjilat darah di serata tempat. Hanya air mata penyesalan yang turun membasahi pipi. Tapi ketika itu Doyok tidak mampu lagi mengawal anggota tubuhnya. Sehingga dia berada di dalam penjara. Nasib Abot pula entah bagaimana. Doyok hanya mahu Abot berada di sisinya untuk kedamaian dan dia berserah akan nasibnya yang pernah menduakan Allah.

__ADS_1


Petang yang dinantikan Abot. Semua penghuni penjara gelisah untuk mandi kerana takut nasib mereka menjadi mangsa Abot. Seringkali itulah yang terjadi saban hari sewaktu Abot bersama mereka. Abot melangkah dengan riak dan sombong. Entah mengapa tubuhnya berbahang sebelum sampai di bilik mandi. Semakin dia memaksa kaki nya melangkah terasa lemah. Kaki Abot mencecah lantai bilik mandi yang basah. Terasa senjatan di setiap sendi tubuhnya.


" Oooo ni mesti sebab Asp haritu buat air mandian kita. Aku ada nampak beberapa polis panjat tangki air atas ni. Syukur ya Allah.. ko hantar kan kami pegawai polis yang baik hati. "


Leman perasan tentang keadaan. Semua penghuni penjara mendapat bisikan dan mengelak hal itu sampai ke pengetahuan Abot dan Doyok. Mereka bersorak gembira mandi dengan tenang. Berharap agar tiada lagi gangguan ilmu hitam Abot mengganggu tubuh mereka. Hanya Abot tidak mampu untuk mandi tetapi Doyok boleh mandi dengan keanehan. Malam muncul tiba, terkumat-kamit Abot memanggil dan menyeru iblis belaannya dengan menjamu darah nya sendiri. Tiada setitis darah pun dapat dicari dr orang lain. Abot mengarahkan iblis seperti biasa menjamah mana mana penghuni asrama yang lemah, anehnya iblis tidak dapat menjilat waima mengusik walau sehelai rambut penghuni penjara sekalipun. Abot kehairanan, mengapa semua orang seakan dilindungi sesuatu.


" Oiii Doyok!! Apa jadi masa polis tu datang hah!!" Geram bukan kepalang Abot malam itu.


" Aku mana tau. Kan aku kene angkut pergi rawatan. Mungkin diorang insaf dah kot.. pergi solat. Kita mana tau."


Iblis kehulu hilir cuba mencari mangsa . Fikri dan beberapa pegawai penjara masuk memeriksa keadaan. Saat itulah iblis yang tidak kelihatan menyerbu Fikri dan pegawai penjara yang lain.


" Oii apa miang sangat aku rasa ni. Ha kau . Cepat bagi aku apa apa..aku nak pergi berjudi lepas ni. " Sambil mengaru Fikri meminta.

__ADS_1


Doyok berbisik pada Abot agar menurut perintah andai tidak Abot akan kembali ke bilik bawah semula. Mentera dibacakan.. bahu Fikri ditepuk-tepuk.


" Kalau tak menang aku malam ni.. siap lah korang berdua." Suara Fikri kedengaran kuat. Setelah kekenyangan para iblis, Abot tersenyum puas. Masih berhasil dia mencari mangsa malam ini.


" Setiap malam kau kene bawa orang datang jumpa aku. Kalau tak tuah kau hilang." Jerit Abot setelah dia teringat. Fikri memandang ke belakang dengan senyuman dan terus berlalu.


(Update setiap hari Ahad & Rabu)


*Bersambung*


-COMMENT


-LIKE

__ADS_1


-FAVORIT


__ADS_2