
Anak
Episod 24
Nafas terasa sempit. Kerongkong menjadi perit seakan ada bara api baru saja membakar laluan anak tekak. Abot membuka mata perlahan-lahan. Iblis iblis belaan nya menyeringai kelaparan dan turut terkurung bersamanya. Pertama kali Abot merasakan deria ketakutannya kembali setelah puluhan tahun. Abot cuba untuk bangun tetapi serangan iblis belaannya menyerang dan Abot pasrah darah dan dirinya dijilat seperti penghuni penjara selama ini. Air mata Abot mengalir menahan jilatan panas gatal dan perit. Kulitnya merekah dan mengalirkan cecair putih dan nanah. Setiap hari Abot seperti insan kelaparan menanti makanan penjara setelah terlalu lapar kehilangan darah. Air yang dihantar bagaikan tidak cukup untuknya. Semakin hari Abot yang gebu semakin kurus. Abot menjadi pendiam dan putus harapan. Segala mantera hafalannya selama ini tidak dapat melepaskan iblisnya keluar dari penjara. Berbaki lagi 7 tahun hidup dalam penjara. Abot tersiksa dan bibit bibit penyesalan terbit dalam hati.
Fikri semakin hari semakin lemah. Belaan Abot yang mengikut Fikri makin menganas. Fikri terlantar di rumah setelah Nurul tidak pulang sejak seminggu. Bantal kecil di hujung katil di tenung. Terbit rindu Fikri pada anaknya. Terkenang kembali perangai dirinya yang tidak pernah memandang anaknya. Terngiang-ngiang suara ketawa bayinya. Lama Fikri memandang pintu bilik. Harapannya agar Nurul cepat kembali. Hatinya menjadi sebak saat teringat kasih sayang Nurul padanya teramat baik sedangkan dirinya tidak menghargai Nurul setelah leka dengan dunia judi dan kawan kawan. Air mata kelakiannya jatuh. Kulit masih terasa perit dan gatal. Puas Fikri mengaru tetapi seakan tiada hasil. Pelbagai ubat sapu diletakkan. Ubat antibiotik menjadi rutin hariannya untuk ditelan namun tidak menunjukkan hasil. Panggilan telefon dari penjara memaki hamunnya kerana menyalahgunakan kuasa hanya mampu di dengar di corong telefon. Semua perbuatannya sebelum ini kini terbukti. Dia juga bakal diberhentikan dari pekerjaan. Suasana suram dirumah bagaikan mengerti kehidupannya bakal berubah. Hujan mulai turun... Fikri kedinginan dan kelaparan tidak mampu untuk bangun waima ke tandas sekalipun. Urat urat tubuhnya seakan tidak mampu mengerakkan lagi ototnya.
*************
" Alhamdulillah.. sihat dah anak puan.."
Perawat perubatan islam berdekatan sekolah tahfiz berjaya merawat bayi Nurul. Tiada lagi tangisan sehingga parau kedengaran. Senyuman anaknya kembali seperti dahulu. Entah mengapa setelah mengetahui punca sakit yang menimpa anaknya, hati Nurul berat untuk kembali kepada Fikri.
Hanya sedikit duit yang mampu Nurul berikan dan di sambut penuh kesyukuran. Nurul melangkah untuk kembali kepada keluarganya dan andai Fikri benar benar mahukan dia dan anaknya, biarlah Fikri sendiri datang menjemput. Dia telahpun meminta izin untuk merawat anaknya, dan langkahnya tidak salah. Kembali ke rumah orang tuanya juga adalah salah satu cara merawat anaknya. Hati Nurul membungkam beberapa hari. Dia tidak menyangka sejauh itu perubahan Fikri. Dulu sewaktu bercinta, Fikri lelaki yang amat baik kelakuannya. Bukan panas baran dan bukan juga kaki judi. Tetapi setelah mula berkawan setelah mendapat kerja, Fikri mengikut dan mula menjelajahi dunia luar. Mula belajar berjudi dari suka suka menjadi ketagihan melampau. Nurul pasrah andai Fikri tidak menjemputnya kembali kerana bagi Nurul cukuplah dia yang tersiksa bukan anaknya.
**********
" Kak M...kau ada dengar tak khabar. Teruk juga gosip kena kat kak Jue." Dilla memulakan perbualan.
" Dengar dan aku tahu sebenarnya siapa punya angkara. Jahat gila la si buffalo ni. Dah la rambut tak berapa nak ada, perut ke depan, eh ada hati hitam pula tu. Cukup pakej jadi buffalo la dia ni. "
Dengan mulut penuh dengan karipap, M membebel tanpa henti.
" Aku pun rasa memang kerja dia. Ada ke cakap Jue nak kat en Zainal tu sebab anak bos. Kaya bagai. Mereka tak tahu cerita disebalik kejadian, boleh la cakap macam macam. Padahal Jue dengan en Zainal tu cuma..." Pantas M menekup mulut Liya.
" Cakap siang pandang-pandang. Ha..kang elok benda berjalan dengan sempurna sampai kita pun melting tengok mereka berdua dah terhenti semua perkara. " M mengingatkan sahabatnya.
__ADS_1
" Ha cakap pasal apa tu sayang.." Meor datang menghampiri M membawa lagi nasi lemak untuk kekasih hatinya.
" Tak cakap sesiapa la. Ada nampak Jue tak abang? " Tanya M. Dilla dan Liya hanya tersenyum. Sejak bercinta dengan Meor, M kelihatan sopan setiap kali bertemu Meor. Hilang perangai gila gilanya.
" Ada..tadi dia dengan puan Maria sarapan kat kedai. Mereka berdua je, bos tak ikut en Iswandi Zainal pun tak ikut. "
Terang Meor sambil menyuapkan nasi lemak ke mulut M. Walaupun sudah kenyang makan karipap, perut M tetap lapar dan menadah kesemua makanan suapan Meor. Bila bercinta, semuanya terasa membahagiakan dan sanggup menelan walaupun kawasan perut M sudah penuh sepenuhnya.
" Cincin ni saya ambik. Ukirkan nama " Wandiana" di cincin tu ye."
Iswandi tersenyum. Hari ini dia bertekad melamar Alana Julie sebagai permaisuri hatinya. Walaupun tahu akan desas desus di kilang, tetapi baginya satu rahmat dan kesyukuran kerana gosip itulah dia dan Jue bertemu dan bersatu. Senyuman Jue selalu menjadi peneman hari harinya. Bila terkenang tentang cerita Jue kehilangan ibubapa dan hidup setelah yatim piatu, ibubapanya menyiasat. Cerita Jue benar dan sejak itu ibubapanya melayan Jue seperti anaknya sendiri. Kelembutan dan ketulusan hati Jue memikat semua orang sehingga bibik dan tukang kebun di rumahnya juga rindu andai Jue lama tidak datang bertandang. Keistimewaan Jue bukanlah kecantikannya tapi keramahan dan cara dia menarik hati sekeliling dengan cara tersendiri membuatkan semua berasa selesa. Tanpa Iswandi sedar, dalam manis mereka bersama. Bencana akan datang menimpa.
" Sayang... "
Iswandi mendekati Jue.
Semakin hari, susah untuk Jue menahan hati. Semakin hari semakin dalam perasaannya pada Iswandi. Dia tahu dia tidak layak tetapi tiada insan di dunia mampu menipu hati. Jujur setiap hari bila bertemu Iswandi, hatinya berdebar dan ceria.
" Malam ni, Bie datang jemput ye. Tunggu Bie ambik Sayang kat rumah. Ada kejutan. " Iswandi tersenyum dan berlalu meninggalkan Jue di tempat mematri bahan kilang.
Jue tidak sempat menolak atau menerima. Dia hanya tersenyum sambil memulakan tugas. Sakit mata Ary melihat pemandangan itu. Niatnya semakin membara. Gosip panas telah menyebar ke syarikat lain dimana Fauzi berhutang. Dia tahu kelemahan syarikat setelah berjumpa bekas pengurus yang diberhentikan kerana rasuah dan menjual komponen dengan harga tinggi sehingga pembeli lari.
Deringan telefon membuatkan Fauzi kemurungan. Maria juga kebingungan. Nasib pekerja kini di tangan mereka. Permintaan en Firdaus mahu hutang dilangsaikan lagi 2 bulan seakan berat sejak penyakit baru saja melanda dunia. Iswandi perasan perubahan kedua ibubapanya dan cuba bertanya. Akhirnya dia juga kemurungan dan puas memikirkan cara bagaimana menyelesaikan masalah kilang dan tunggakan hutang.
" Ting.. ting.. "
Msg masuk ke telefon Fauzi. Semakin tegang wajahnya membaca. Telefon diberikan kepada isterinya. Ketika itu Iswandi juga melihat. Lama Iswandi memejamkan mata dan menarik nafas.
__ADS_1
" Tok tok tok."
Pintu di ketuk. Jue muncul membawakan air. Jam sudah menunjukkan waktu rehat. Melihat wajah semua orang.. Jue serba salah. Maria berjalan ke arah Jue sambil menangis. Semua perkara diceritakan. Hampir gugur jantung Jue. Insan yang dia cintai akan tergadai dengan harus bernikah dengan wanita lain demi kelangsungan kilang.
" Mama tak tau nak buat apa dah. Tengok semua pekerja kita kat bawah ni, rasa berat hati kalau kilang ni tutup. Kita ada simpanan. Tapi macam mana nasib mereka yang mengharap gaji bulanan." Air mata Maria semakin mengalir.
" Bie.. bie sayang Jue tak?"
Tiba tiba Jue bersuara.
" Sayang teramat sehingga bie dah sediakan cincin untuk kita hari ni. 6 december kita berkenalan.. 8 januari bie melamar sayang. Bie nak sayang jadi milik bie. Hati dan perasaan bie semuanya sayang yang bertahta. Walaupun awalnya hanya lakonan tapi takdir kita bukan lakonan. " Semakin sebak Maria mendengar luahan anaknya.
" Kalau bie sayangkan saya seperti yang diucapkan, terima saja permintaan mereka. Bie selamatkan periuk nasi semua orang. Cinta tak semestinya memiliki. Cukuplah sayang menumpang kasih sayang bie. Cinta pertama sayang milik bie. Lupakan sayang. Mama papa.. terima kasih sebab sudi berkongsi kasih. Terasa kedamaian kasih sayang arwah mama dan bapak Jue. Bila kita dah sayang, kita rela berkorban. Saya minta diri dulu. "
Jue berlalu pergi tanpa menanti. Walaupun berat tapi itulah pengorbanan dan bayaran bila mengenali alam percintaan. Esakkan Iswandi memanggil dan masih tidak mampu melepaskan Jue kedengaran. Semua orang memandang hairan tetapi tidak pada Ary. Dia yakin usahanya berhasil.
" Tunggu nasib kau malam ni Jue. Seperti mana aku sakit hati .. seperti itu kau sakit sampai tiada siapa pun di bumi ni mampu memiliki kau. " Wajah puas Ary tersengih seakan gembira bukan kepalang.
(Update setiap hari Ahad & Rabu)
*Bersambung*
-COMMENT
-LIKE
-FAVORIT
__ADS_1