ANAK

ANAK
Episode 22


__ADS_3

Anak


Episod 22


(Maaf semuanya, kerna kebelakangan ini author nya sibuk direal. jdi agak tergantung alur cerita ini. semoga menikmati)


Apabila Allah berkehendak, kun fa ya kun.


Nurul berlari sekuat hatinya kerana merasai ada sesuatu masih mengikut mereka dari belakang. Tidak putus putus Nurul berdoa. Anak yang didukung semakin kuat meraung.


" Huh..."


Terdengar bisikan disebelah telinga kiri. Bayi Nurul terasa sedikit berat. Cecair dari rekahan kulit mula keluar sedikit demi sedikit.


( Dari pandangan mata deria ke 6)


Jelmaan tidak berkulit dan bermata besar mengeluarkan lidah panjang. Larian Nurul tidak mampu meninggalkan jelmaan itu. Dengan waktu yang singkat, jelmaan itu mendarat dalam dukungan Nurul dan menjilat lagi anak Fikri.


" Sluuuurrppp"


Dari celah kulit bayi, kenikmatan nanah dan darah amat menyelerakan. Semakin meronta semakin banyak lendir lendir luka akan keluar. Wajah menyeringai jelmaan tidak berpuas hati terasa bahang panas dari bisikan doa hati Nurul.


" Poooonnnnn"


Nurul terkejut bila dia hampir berlari melepasi jalan raya yang sesak. Hanya selangkah lagi mungkin nyawanya dan bayi berakhir di situ.


" Allahuakbar!!!"


Nurul memeluk bayinya sekuat hati. Jelmaan yang berada dalam dukungan Nurul terpelanting jauh, setelah dengan penuh perasaan Nurul menyebut ayat itu dengan segenap hati walaupun pada ketika itu Nurul menyebut kerana terkejut kerana hampir dilanggar.

__ADS_1


Tubuh Nurul terasa agak ringan berbanding tadi dan meneruskan langkah secepat yang mungkin. Sebuah teksi berhenti di tahan Nurul. Jelmaan dengan pantas cuba mengejar malangnya teksi itu membuka radio dan ketika itu pula suara azan berkumandang menandakan waktu waktu zohor. Iblis jelmaan terpelanting keluar saat baru menjengah masuk ke dalam teksi.


" Assalamualaikum.. adik nak kemana?"


Tanya pemandu teksi.


Alamat disebut sambil mulutnya masih bergetar ketakutan.


" Salah tempat adik nak pergi ni. Nak pakcik hantarkan ke tempat yang betol?"


Tanya pemandu teksi.


Nurul agak terkejut waktu itu. Adakah pakcik teksi itu cuba berbuat sesuatu padanya.


" Jangan takut dik. Pakcik tahu apa yang jadi. Pakcik ni walaupun rabun , pakai cermin mata tapi pancaindera pakcik lain masih sempurna. Apa yang berlaku tadi, masih boleh di perbaiki. Kesian anak adik tu meraung pedih. Sakit dik kene jilat iblis. Gatal, panas dan pedih sekali serentak dirasai. "


" Pakcik..hantarkan saya ke tempat yang pakcik tahu tu. Tapi saya tak cukup duit kalau nak sewa hotel untuk bermalam. Saya ingat nak balik kampung untuk bawa anak berubat."


Jujur Nurul berkata. Hatinya berdebar-debar dengan kejadian yang terjadi dan paling seram dirinya terkunci tanpa ada sekatan dipintu. Walaupun tak nampak dek mata tapi deria rasa sehingga meremang masih dapat dirasai dan bulu roma masih menegak.


" Hal penginapan ke apa semua..letak tepi dulu. Sekarang ni sekali lagi pakcik tanya. Kamu terbuka hati atau keberatan nak pergi berubat kat situ?" Tanya pakcik teksi semula.


Otak Nurul kembali berfungi.


" Kalau tak syirik, saya teramat terbuka hati. Andai ke jalan syirik, biarlah Allah menentukan ujian kami. Saya tak sanggup menduakan Allah pakcik. "


Pakcik teksi berpuas hati dengan jawapan Nurul. Jarang ada manusia menolak pertolongan saat tersedak. Tapi ciri ciri pada Nurul bukan lah mudah diperdayakan walaupun susah sehingga bergadai nyawa.


Pacuan empat roda meluncur laju tanpa Nurul tahu destinasi nya. Iblis yang hilang jejak Nurul dan bayinya berlegar legar disekeliling kawasan mencuba mencari mangsa baru.

__ADS_1


************


" Tuan.. dengar khabar, orang yang tuan kurung kat penjara bawah tu dah dimasukkan semula ke tempat asal. Tak tahu kenapa tapi kita tak ada kuasa kat sana. " kata Faiz


" Kecik punya hal. Nanti saya ke sana. Lagipun kes saya urus tu semua tak ada tertunggak. Sabar jap lagi kita cari hal. Saya nak fikir hal apa kita nak buat. " Irzan tersengih-sengih.


" Fauzan.. serius la kau nampak."


Terdengar perbualan antara Nasir dan Fauzan.


" Serius.. pegawai penjara tu jaga kaw kaw dukun tu. Kaya sekejap je dia. Dengar kata tiap malam menang judi besar besaran. Top nama dia kat merata tempat. " Fauzan menjawab.


" Check mate!!"


Tiba tiba Irzan menepuk meja. Muncul idea jahat tetapi bagus disebalik mendengar perbualan antara Fauzan dan Nasir.


" Faiz.. tolong cari fail kes culik. Saya nak ke penjara jumpa tertuduh. "


Irzan mula memegang dagu sambil tersenyum. Niatnya untuk melumpuhkan kegiatan dukun Abot dan pegawai penjara yang menyalah gunakan kuasa agar kawasan penjara tidak lagi dibawah kuasa iblis. Biarpun banduan pernah berbuat silap, mereka harus mendapat ketenangan menanti hukuman bukannya semakin terjerumus dengan benda khurafat. Pegawai penjara harus menunjukkan teladan yang baik dan membimbing banduan ke arah perubahan positif bukannya semakin hanyut. Fauzan dan Faiz seakan tahu niat Irzan. Mereka teruja untuk ikut bersama Irzan mengorak langkah ke penjara. Semua wajah tidak sabar dan bersinar. Semangat mereka berkobar-kobar dan tidak gentar sejak Asp Irzan bersama mereka.


(Update setiap hari Ahad & Rabu)


*Bersambung*


-COMMENT


-LIKE


-FAVORIT

__ADS_1


__ADS_2