ANAK

ANAK
Episode 26


__ADS_3

Anak


Episod 26


Malaini dengan hati yang risau memperkenalkan Meor pada keluarganya. Wajah bengis abang dan bapaknya mula membuatkan M serba salah.


" Nama kau siapa?"


Suara Aliashfan abang kepada Malaini agak kuat. Melihat saiz badan dan ketinggian Aliashfan, Meor menjadi gugup.


" Nama saya Basri.. panggil Meor. "


Perlahan Meor menuturkan kata kata.


" Datang nak apa?" Sekali lagi Aliashfan bertanya.


" Saya nak meminang Malaini. " Semakin gelisah Meor memandang wajah bengis keluarga M.


" Selagi aku hidup, aku tak izinkan anak aku tukar agama. Kau balik sebelum parang ni singgah kat kepala kau!!" Berdesing suara bapak M ketika itu.


Malaini ketakutan, pantas tangan Meor ditarik keluar dari rumah. Sepanjang perjalanan, Meor dan M senyap tanpa bicara. M buntu untuk memilih. Dia amat menyayangi Meor tapi keluarga juga amat penting untuknya. Air mata M mulai mengalir membasahi pipi. Meor faham keadaan M. Dia berdiam tidak mengeruhkan lagi keadaan. Apa saja keputusan M dia akan terima dengan hati terbuka.


Seminggu bernikah, banyak perkara yang membuatkan Iswandi senyum kegembiraan. Maria seakan terisi dengan kehadiran menantunya. Bersemangat mereka bersama setiap hari, tapi entah kenapa setiap malam keluarga mereka susah melelapkan mata. Seakan mereka diperhatikan sesuatu. Dikala subuh barulah mereka dapat tidur. Jue tidak mahu mengalah, kerana tidak dapat tidur, dia dan Maria kerap kali belajar mengaji sehingga solat subuh.


" Mama pelik la Jue, tiap malam kita gelisah tak dapat tidur. Anehnya papa pun sama.. Zainal pun sama..eh bibik kita pun sama tau"


Maria mulai bersuara.


" Aura pengantin baru agaknya darling.." Fauzi menyampuk Maria dari belakang.

__ADS_1


" Harap macam tu la dear.. "


Jauh dalam hati Maria merasakan ada sesuatu.


Sejujurnya sudah 3 kali peristiwa pelik berlaku di depan matanya. Malam selepas mengaji, dia dan Jue tidur pernah terlelap seketika. Saat separa sedar, dia melihat seakan ada susuk lembaga menyerupai lelaki ingin meraba dada menantunya. Anehnya wajah sebelah lembaga itu seakan dikenali Maria tetapi Maria lupa dimana agaknya dia pernah melihatnya. Seram dan takut punca Maria hilang kewarasan. Dia menutup mata dengan telekung tanpa menyelamatkan menantunya. Nasib Jue sering diselamatkan azan subuh dan Jue akan tersedar ketika jam loceng berbunyi untuk bersolat.


*********


Seminggu dirasakan tetapi bayangan Ary sering hadir dalam mimpinya. Kenangan terburuk sering menerpa saat memejamkan mata. Terkadang susuk tubuh Iswandi yang terbaring disebelah akan berubah kelihatan seperti tubuh Ary. Jue memendamkan semuanya dalam lubuk hatinya. Dia tidak mahu menambah beban keluarga baru yang dibinanya. Cukuplah Iswandi sering kali menyimpan peristiwa hitam dalam hidupnya. Penerimaan Ary padanya dirasakan teramat mulia sehingga Iswandi tidak pernah lupa memeluknya penuh kasih sayang.


Malam itu Iswandi dan kedua mertuanya pulang lewat untuk upacara makan malam bersama en Khairul pemilik hutang yang harus dilunaskan. Jue tahu bakal isteri Iswandi juga turut sama. Hanya Jue tahu wanita itu bernama Sofia. Jue redha dan terbuka hati andai dia bermadukan Sofia tetapi seringkali berita tentang Sofia menjadi buah mulut mertuanya. Dari hasil siasatan, Sofia bukanlah gadis baik baik dan sering bertukar pasangan. Hidup cara moden dan bebas sebagai anak jutawan, adalah perkara biasa bagi Sofia. Jue tidak mampu memberikan penilaian kerana sedar dirinya juga hilang harga diri setelah di ragut Ary. Andai Iswandi mampu menerimanya , Jue yakin Iswandi juga mampu menerima Sofia.


" Bibik, Jue tidur dulu ye. Bibik pun berehat lah. Kalau mereka balik nanti, mereka ada kunci untuk buka rumah. Iswandi dan beritahu tadi suruh kunci pintu dan tingkap." Terang Jue pada bibik.


Dalam separuh lena, antara sedar dan tidur... Jue merasakan sesuatu merayap dipahanya. Tangan kasar dan sejuk seakan asing bagi Jue. Telapak tangan Iswandi tidak berkutil, saat itu Jue cuba untuk bangun. Malangnya tubuhnya seakan kaku. Untuk menggerakkan jari tangan atau pun kaki juga tidak dapat. Terasa dadanya juga diramas kasar. Jue cuba menjerit meminta tolong tetapi suaranya gagal keluar. Jelas kelihatan selimut yang menutupi Jue diselakkan dengan kasar. Takut dan gementar menguasai diri. Bilik yang gelap sukat untuk Jue melihat lebih jelas. Dalam hati Jue menyebut beberapa kali nama Allah meminta pertolongan. Awan gelap yang menutupi awan terbuka, bulan terang mengambang sehingga suasana bilik tidur Jue mendapat sedikit cahaya. Alangkah terkejutnya Jue, wajah hancur sebelah yang menakutkan benar benar berada tidak jauh dari hidungnya. Pantas Jue menutup mata. Telinga nya terasa geli saat ada lidah menjilat kawasan tengkuknya.


" Selamatkan aku ya Allah..." Sekuat hati Jue menjerit tetapi semakin rakus tubuh Jue diterokai.


" Allahuakbar !!!!!!!"


Akhirnya terkeluar suara itu dari rongga mulutnya. Jari dan tubuhnya seakan dilepaskan dari pasungan. Jue bangun secepatnya untuk melarikan diri. Dia sempat melihat jelmaan Ary terapung di atas syiling bilik memandang tajam padanya. Dengan cepat Jue berlari ke arah bilik bibik dalam ketakutan. Buntang mata Jue saat melihat bibik tiada dibiliknya. Degupan jantung Jue semakin laju.


" Slurrrpppp...sluuuupppp"


Bunyi seakan sesuatu menjilat.


Bulu roma Jue mencanak naik. Kakinya perlahan menuju ke arah dapur. Dapur gelap tanpa lampu dan hanya disinari cahaya bulan. Terduduk Jue terkejut melihat bibik sedang bertenggek di atas meja menikmati daging mentah iaitu kucing yang masih berbulu.


" Huuuuurrgggggg"

__ADS_1


Bibik mendengus kasar saat Jue mengganggu selera makannya. Bangkai kucing dicampak ke bawah.


" Dup.."


Bibik melompat dari meja ke bawah. Dengan pantas bibik merangkak ke arah Jue.


Jue panik dan takut. Dia berusaha berlari menyelamatkan diri.


" Tap..."


Kaki Jue di pegang kuat. Jue tersungkur jatuh. Pantas Jue memusingkan badan. Laju tubuh bibik merangkak ke hadapan mukanya dengan mata merah menyala. Jue hampir pengsan ketakutan. Mata Jue sempat melihat ke atas syiling. Lembaga berwajah Ary menyeringai dan melompat ke bawah. Kerana terkejut dan terlampau takut , pandangan gelap dan tidak sedarkan diri. Jue pengsan tanpa tahu apa yang terjadi.


" Eh kenapa Jue tidur kat tepi meja ni?"


Maria kelam kabut masuk melihat keadaan Jue. Tubuhnya panas seakan demam. Iswandi panik setelah masuk ke dalam rumah.


" Dear.. air..." Jerit Maria.


" Arrgghhh"


Kedengaran jeritan suara Fauzi.


Bangkai kucing berdarah ada di dapur. Paling mengejutkan, bibik yang baru seminggu bergayut di dinding dapur seakan cicak. Fauzi berlari ke ruang hadapan sambil menjerit agar semua meninggalkan rumah. Iswandi berusaha mendukung Jue memasuki kereta dan mereka berlalu dengan pantas tanpa arah tujuan.


(Update setiap hari Ahad & Rabu)


*Bersambung*


-COMMENT

__ADS_1


-LIKE


-FAVORIT


__ADS_2