
Anak
Episod 13
(Crazy Update On Monday)
Alana Mia Carol Agnes dan Christina bertemu di sekolah. Semua ceria dan bahagia atas usaha masing2.
" Kuala Lumpur... Kami datang!!"
Jerit Mia kesukaan.
" Untung la kau Mia. Bapak kau orang kaya. Kami semua pun dia nak belanja. " Kata Agnes.
" Sebenarnya bukan sebab kaya ke apa. Andai aku sesat kat KL tu nanti , kita sesat la bersama. Ahahaha." Jawapan Mia boleh diterima.
" Tapi aku kerja. " Pendek jawapan Alana.
" Behenti je dulu. Kita masih ada kehidupan yang indah untuk diterokai." Jawab Mia.
Hati Alana berbelah bagi untuk behenti atau mengikut. Tapi andai tidak ikut, entah bila dia akan merasai naik pesawat dan melihat tempat lain. Jiwa remaja yang masih muda, Alana mengambil peluang untuk ikut. Sepanjang percutian mereka, Alana lalui kehidupan yang tidak pernah sekalipun dirasai. Pemandangan Cameron yang segar dan sedap mata memandang, permainan taman tema Genting Highlands semua itu bagaikan sesuatu yang baru dalam hidupnya. Mereka berjalan jalan sehingga satu kain rentang menarik perhatian Alana.
" Mia.. besarnya kilang tu. Ada permohonan kerjalah. Alang2 semua dokumen memang aku bawa berjalan, boleh tak aku cuba minta kerja. " Tanya Alana.
" Eh.. kau ni. Kita ke sini kan bercuti. Andai betol orang terima kau. Macam mana kau nak kerja. Siapa dengan kau kat sini." Tanya Carol.
Entah mengapa Mia tidak menjawab. Lama dia terdiam.
" Pergilah cuba minta. Kami kat kedai makan tepi tu je. Andai sudah rezeki kau, mana kita tau kan." Mia tiba tiba bersuara.
" Serius la kau ni. Mia tiada sesiapa kat sini. " Agnes seakan risau. Dari jelingan Mia, Agnes terpaksa diam sehingga Alana berjalan memasuki kilang.
" Kau dah kenapa Mia?" Tanya Chris.
" Korang.. kalau benar rezeki Alana kat sini dan berjaya kat sini, kita tak boleh halang. Sampai bila dia nak kerja kat kedai baju. Gaji berapa je. Ini Kuala Lumpur, gaji besar sikit. Ramai orang kita pergi sini kerja. Aku berat hati tapi siapa kita nak sekat rezeki Alana. Jap la aku nak call bapak aku."
Air mata Mia bergenang tapi tetap sabar bercakap dengan bapaknya. Dari corong telefon, bapak Mia juga bersetuju dengan pendapat Mia. Melihat wajah gembira Alana keluar dari kilang, hampir gugur air mata Mia tapi di tahan.
" Ha.. dapat kerja la tu." Mia bersuara berselindung di sebalik kesedihan.
__ADS_1
" Korang, aku dapat kerja. Ada asrama dan pengangkutan kilang ni. Baju apa semua aku bawa. Ini je la yang aku ada. Nampak gayanya aku kene tinggal kat sini. Korang balik la nanti. Terima kasih Mia. Kalau tak kerana percutian kita, aku tak mungkin sampai tempat ni." Riak Alana gembira tanpa tahu kawan kawannya bersedih berpisah dengannya.
" Bila mula kerja?" Pendek soalan Agnes.
" Sekejap lagi aku nak ke asrama pekerja dah. Mia , Agnes , Christina, Carol.... Doakan aku berjaya kat sini. Maaf aku tak ikut korang balik dah. Bagitahu bapak, terima kasih sebab jaga aku dengan elok. " Kata Alana. Dari riak wajah sahabatnya, Alana tahu mereka menahan perasaan.
" Jom ke bank. "
Entah kenapa pada hari itu semua mereka hanya berkata sepatah sepatah. Masing masing sukar untuk berborak dek perasaan yang bercampur baur.
" Ini 2 ribu. Bapak aku suruh bagi. Ni telefon ke2 aku. Kau ambik. Susah ke apa bagitahu je. Bapak aku akan datang ambik kau. Sini surat kau tu. Aku nak ambik alamat tempat kerja kau ni. Nanti dah sampai asrama, kau bg alamat tempat tinggal. Kuatkan hati kau kat tempat orang. Aku tak ada dah tengok kau kat sini. " Mia menahan air mata bimbang Alana berasa bersalah.
" Banyak sangat ni Mia. Aku ada lagi gaji kerja haritu. " Jawab Alana.
" Ambik je kalau kau iklas anggap bapak aku bapak kau juga."
Kata kata Mia membuat Alana terpaksa menerima duit pemberian. Laungan seseorang tanda perpisahan mereka. Alana terpaksa mengikut seseorang ke suatu tempat. Lambaian tangan setelah memasuki van pekerja membuat Mia, Carol , agness dan Christina menangis sebak. Perpisahan mengejut seperti itu tanpa ada sesiapa pun menjangka. Dia berdoa agar semuanya baik baik saja.
Alana tiba di pangsapuri yang dikatakan asrama pekerja. Awalnya Alana risau andai dirinya terkena sendiket pelacuran atau sebagainya.
" Hello M ...turun bawah ambik ini baru punya olang. Kasi duduk itu lumah. Bos suluh."
Pemandu van berbangsa cina amat pelat berbahasa.
" Ooo lupa . Saya Malaini.. nama pendek mala.. paling pendek kak M. Saya kacukan cina india. " Kata M memperkenalkan diri.
" Cantiknya dia ni. Macam pretty zinta. " Bisik hati Alana.
" Kenapa diam...nama awak siapa?" Tanya M.
" Nama saya Alana. Orang sarawak. Saya baru je datang kuala lumpur. Belum kenal tempat. " Jujur Alana menjawab.
" Aiiiyoo banyak berani. Family awak benarkan awak fly sampai sini?" Tanya Mala terkejut.
" Saya anak yatim piatu. " Jawapan Alana membuat Mala tergamam.
Saat membuka pintu rumah, alangkah terkejut nya Alana. Ulat sampah berjalan jalan dihadapan pintu. Rumah tebal dengan debu. Lantainya melekat andai dipijak. Beberapa kali M menguap setelah menunjukkan bilik Alana. Hanya mampu memandang saat itu. Bilik yang tidak terjaga diberikan.
" Lana.. aku tidur dulu. Malam nanti nak kerja balik. Kedai apa semua ada bawah sana. Macam saya tunjuk tadi. Bye. " M menutup pintu biliknya dan terus senyap tanda tertidur.
__ADS_1
Alana terdiam seketika. Beg diletakkan. Deringan telefon mengejutkan Alana. Tertera tulisan " nombor aku juga " bermaksud panggilan dari Mia.
" Hello Lana.. bagi alamat. Aku nak tengok rumah kau dulu. Esok kami dah berangkat balik sarawak." Jelas suara Mia.
" Tapi aku tak tahu alamat tempat ni. Orang yang bawa aku dah masuk tidur. Nanti dia nak kerja. " Jawab Alana.
" Ala.. tengok la tepi dinding ke.. almari ke, mesti ada bil api air. Cepat sikit.. nanti call semula. Aku dah isi topap kau. Boleh call ikut nombor ni. " Kata Mia.
Terasa segan untuk Alana menunjukkan rumah pada kawan kawannya dengan keadaan yang amat kotor begitu, tapi apakan daya esok mereka akan pulang. Tidak memerlukan waktu yang lama untuk 4 sahabat nya datang. Semua mereka menggelangkan kepala.
" Atoh.. dekes rayek."
( Adoii kotor betol)
Agnes merasa jijik dan geli.
" Kan.. orang kita duduk rumah buluh pun bersih je. Ni duduk bandar, hidup dengan ulat sampah.. eee tengok tandas diorang. Memang bertahun tak pernah cuci ni." Christina pula membebel.
" Jom semua.. kita gotong royong. Cakap banyak pun tak ada guna. Alana kene selesa barulah hati kita tenang balik esok. "
Dengan hati yang hiba, mereka bergotong royong membersihkan rumah. Kerana tiada tilam bantal selimut, Mia merasakan dunia terlalu luas bila mereka kehulu hilir mencari kedai menjual barangan tersebut. Kawasan asing yang baru pada mereka amat mustahil untuk tahu lokasi kedai dan sebagainya tetapi kerana usaha dan rajin bertanya, mereka akhirnya dapat melengkapkan keperluan Alana. Tangisan perpisahan gagal ditahan. Mereka berpelukan meratapi perpisahan.
" Alana.. aku tak pernah jumpa insan sekuat kau. Hati kau baik, kau insan paling aku sayang. Semoga kau berjaya kat sini. Ingat kalau ada apa apa, call je. Aku tetap akan ada dengan kau walaupun jauh. " kata Mia.
Alana tidak mampu berkata.. hanya memeluk mereka bersama tangisan.
" Maafkan aku sebab buat keputusan mengejut. Tapi yakinlah aku sayang sangat kamu semua. " Alana teresak-esak meluahkan.
" Kami tidak mampu menghalang Lana untuk terbang jauh walaupun hati kami tidak rela adanya perpisahan. Tapi demi kebahagiaan dan kehidupan Lana, kami akan cuba menerima keputusan. Kenangan dalam hati dan minda akan bersemadi dalam ingatan. Cari duit banyak banyak. Nanti balik kat Sarawak. Rumah sesiapa antara kami memang terbuka luas untuk kamu Alana." Kata Carol sambil menyapu air mata Alana.
" Dah dah.. kita kene ingat setiap pertemuan akan ada perpisahan. Doakan dari jauh adalah hadiah persahabatan yang terbaik. Jom kita balik. Ingat Alana.. kami tetap saudaramu."
Teresak-esak Mia meluahkan . Yang lain gagal bersuara akibat sebak yang mendalam. Malam melabuhkan tirai. Mia dan kawannya menahan teksi untuk balik ke hotel dan akan pulang ke sarawak keesokan harinya. Hanya tiket Alana menjadi kenangan perpisahan mereka.
(Update setiap hari Ahad & Rabu)
*Bersambung*
-COMMENT
__ADS_1
-LIKE
-FAVORIT