ANAK

ANAK
Chapter 4


__ADS_3

Anak


Episod 4


---- cuti pertama Ella ---


Ella termenung dikala cuti. Telefon bimbit didail. Wajah makcik Rokiah bermain di minda.


Ella : assalamualaikum.. makcik sihat??


Kedengaran bunyi batuk di talian.


Rokiah : tak berapa nak elok Ella. Makcik asthma semalam. Ella tak kerja ke hari ni?


Ella: Ella cuti 2 hari. Makcik.. tunggu ye Ella ke sana. Makcik jangan banyak bergerak.


Pantas talian di tutup. Ella bersiap untuk keluar tengah hari itu bersama beberapa helai pakaian dan niat Ella memang akan bermalam di sana. Nota kecil ditulis dan di tinggalkan atas meja jepun ruang tamu. Berharap agar teman serumah tidak panik dengan pemergiannya.


" Pinnnnn..."


Sebuah pacuan empat roda membunyikan hon.


" En Zainal... Ada apa ye?" Soal Ella kehairanan.


" Reti tak buka pintu.. ha masuk. "


Wajah ketat en Zainal membuat Ella seram dan menurut perintah walaupun hatinya was was.


" Ha tunjuk arah jalan."


Perintah en Zainal saat Ella memasuki kenderaan.


" Ehmm tapi saya belum ingat jalan. Ingat nak tahan teksi untuk ke rumah makcik."


Tanpa berkata kata pacuan meluncur laju sehingga sampai di rumah gudang Basri.


Ella teringat bahawa pakcik Basri kenal en Zainal tapi Ella tidak pernah tahu sejauh mana hubungan mereka.


" Zainal... Eh terima kasih ye hantarkan Ella ke sini. Aku nak tinggalkan kakak kamu tak boleh. " Terang Basri.


" Kebetulan jumpa la bang. Kakak dah ke hospital ke?" Tanya Zaina.


" Dah.. ( dummmm)"


Bunyi dalam rumah mengejutkan Zainal dan Basri. Masing2 lupa akan Ella. Pantas mereka masuk ke rumah.


" Ella.. la.. kenapa ni. " Panik Basri melihat Ella jatuh terlentang.


" Ella tergelincir. Nak angkat air ni. Bersihkan lantai. Punca asma debu lantai ni la pakcik. Pakcik.. Ella rendam ayam sikit tadi. Nak buat bubur untuk makcik. Maaf Ella memandai."

__ADS_1


Entah kenapa perasaan Zainal yang selama ini kaku keras dan tidak mempercayai wujudnya insan baik baik kini semakin pudar setelah melihat perwatakan Ella. Sifatnya menjadi tumpuan Zainal.


" Jangan pandang lama sangat Zainal."


Sengaja Basri berbisik di telinga Zainal sehingga mengejutkan lamunan tatapan Zainal pada Ella. Hanya wajah cuak terkejut kelihatan pada wajah Zainal. Entah kenapa hati Zainal ingin tetap berada disitu sedangkan selama ini susah untuk Zainal berada di rumah orang lain untuk waktu yang lama.


Kelam kabut Ella seketika.


"Pakcik.. tolong Ella papah makcik ke bilik air. Waktu solat dah masuk. "


Kata kata Ella membuat Zainal tersentap seketika. Suatu ketika dahulu dia amat menjaga tiang agamanya tapi setelah dia kehilangan isteri tersayang dia seakan menyalahkan takdir. Menjauh kan diri dari sekeliling termasuk agama.


" Mari Zainal kita solat sama sama. " Ajak Basri.


Seakan terpanggil Zainal berjalan tanpa membantah. Sekian lama akhirnya hari itu dia kembali solat. Air wuduk membasahi wajah. Terasa segar dan hiba dihatinya. Sebak terasa di hati. Walaupun sudah lama tapi Zainal masih ingat bagaimana untuk solat.


" Pakcik .. Ella dah masak. Pakcik makan dengan en Zainal ye. Ella nak bagi makcik makan. Nak urut bagi panas sikit badan makcik. "


Ella sedikit pun tidak menunjukkan niat untuk berbicara dengan en Zainal. Kedengaran sayup-sayup suara orang berzikir dari bilik isteri Basri. Ketenangan apakah yang hadir dalam diri Zainal. Tidak pernah terungkap dengan kata-kata. Siapakah gadis muda itu. Kenapa perwatakan Ella sama seperti Alana suatu ketika dulu.


" Aku faham apa yang kau fikirkan Zainal. Aku dah cuba siasat tentang dia juga. Belum tahu asal usulnya. "


Tercetus suara Basri yang mengejutkan lamunan fikiran Zainal. Benar.. Basri juga merasai persamaan antara Ella dan Alana.


*********


" Belum. Mati dah agaknya. "


Spontan Riduan berbicara.


" Semoga masin mulut Along. Dapat la kembali harta kat tangan kita. " Mila muncul keluar dari bilik tidur.


" Dah nak petang baru bangun? Nak kaya macam mana kau ni?" Riduan membebel memandang adik nya.


" Apa nak susah bang. Cari laki kaya je la. Jadi no 4 pun Mila ok je janji kaya. " Mila duduk sambil menyalakan rokok sebatang.


" Kita jumpa dukun nak tak Along. Ala bayar sikit je la. Lepas dia mampus kita senang dah. "


Idea Norman tercetus dek rasa tidak sabar ingin menjual sebahagian tanah. Tapi entah mengapa.. sejak beberapa waktu, Riduan merasa hatinya sunyi. Wajah Ella kerap kali berada di fikiran. Hatinya ingin tahu dimana Ella selamat atau tidak di luar sana. Terbit menyesal membenci Ella tanpa sebab. Seinci dosa Ella pada mereka juga tidak wujud.


" Aku tak sampai hati sampai membunuh orang. Kalau ajal dia tak apa la. Nah ni diari mak. Korang baca la. Serba sedikit korang tahu kenapa aku tak sampai hati."


Riduan berlalu masuk ke bilik. Beberapa hari dia merasakan dirinya sudah terlambat untuk berubah.


*********


Nota Ella di baca 3 sahabat di rumah.


" Baru saja mau ajak keluar makan. No hal la . Jom kita pergi ." Ajak M

__ADS_1


" Sikit jam lah . Mau baring sekejap. " Jawab Silvia.


Mereka berbaring kepenatan pulang kerja. Tanpa sedar jam menunjukkan pukul 10 malam.


" Ayoyo . Rumah gelap sudah. Bangun bangun. " Tubuh m di goyang.


" Eh siapa mandi. Ada bunyi orang mandi. Anita ada baring tidur sini. " Silvia keanehan memandang M.


Perlahan kaki mereka mendekati tandas. Bunyi air dari gayung kedengaran deras. Saat pintu bilik mandi ditolak, tiada kelibat kelihatan melainkan air di dalam baldi yang masih berombak.


" Hantu!!!!"


Silvia terdahulu menjerit ketakutan. Anita yang belum dikejutkan automatik terkejut dan terlebih dahulu berlari ke arah pintu. Sikit saja langkah Anita hampir ke arah penghadang bangunan yang tidak terlalu tinggi. Mujur dia sempat berhenti dan tidak terlajak jatuh ke bawah bangunan. M dan Silvia pucat lesi di sisi Anita.


" Kenapa kamu menjerit. Aku hampir terjun bangunan. " Jerit Anita.


M dan Silvia masih pucat ketakutan. Dompet serta telefon semuanya masih di dalam rumah. Mereka duduk di tangga sementara menenangkan diri. Semua diam tanpa bicara.


" Adakah.. "


Silvia tidak jadi meneruskan kata kata.


" Entahlah.. tapi apa korang fikirkan, itu la aku rasai." Jawab Anita perlahan.


Seorang lelaki menuruni tangga. Mala tidak menunggu lama untuk meminta bantuan. Mujur lelaki itu sudi menemani mereka mengambil dompet dan telefon. Mereka menuju ke kedai makan dalam keadaan semua dalam kegelisahan.


" M.. aku takut."


Bisik Anita.


" Kalau betol apa yang kita fikirkan.. tak mungkin kita takut. Dia pernah sayang kita. Kita yang ada waktu kejadian. Kita yang berusaha. Dah korang bagi aku tenang sekejap. Aku mau fikir macam mana nak selesai kan benda ni. "


Mala hanya merenung jauh memori kejadian. 25 tahun berlalu tapi semua itu masih segar dalam ingatan. Air panas dari matanya mengelegak di kelopak mata. Bayangan senyuman gadis sarawak yang amat cantik dan manis muncul di ingatan. Masih terasa lagi hangat kasih sayang persahabatan mereka. Mereka duduk di kedai makan dan berniat pulang tetapi takut masih terasa.


" Jom balik je. Dia sahabat kita.. jangan takut. Jom." Pujuk M.


Embun malam melabuhkan tirai. Mereka sampai di dalam rumah.


" Alana... Andai benar itu kau, tolong jangan takutkan kami lagi ye. "


Mala bersuara tegas setelah pintu dibuka. Sepanjang malam mereka tidur membuka lampu. Hanya bilik Ella saja tidak berlampu. Dari celah pintu bilik Ella ada bayangan jelmaan melihat mereka tidur bersama di ruang tamu. Jelmaan itu hanya menatap tetapi tidak menganggu. M merasakan mereka di perhatikan dan dengan pantas bangun. Dia menoleh di segenap ruang. Jelmaan perlahan menghilang bimbang M menyedari kehadirannya di situ.


***Bersambung***


-COMMENT


-LIKE


-FAVORIT

__ADS_1


__ADS_2