
Anak
Episod 15
Sudah hampir setengah tahun Alana Julie melalui kehidupan sebagai minah kilang. Liku liku kehidupan yang sama dan berpusing umpama roda tidak pernah membosankan Jue. Baginya kenangan bersama kawan kawan di sarawak menjadi semangat dia berusaha menabung untuk kembali ke sarawak bila cuti kelak. Wajah Mia Carol Agnes dan Christina sentiasa berada di minda. Doa tidak pernah kurang padanya.
*************
" Aku tak sedap hati. Dah setengah tahun kita tak dapat khabar berita Alana. Entah entah benda tak elok jadi." Carol memulakan pembicaraan.
" Mia.. kau janganlah negetif kat Alana. Mustahil dia lupakan kita dengan mudah. Kau lebih kenal Alana kan. " Agnes memujuk Mia yang sering geram setiap kali nama Alana di sebut.
Mia masih membisu. Dia tidak menyangka Alana dengan mudah melupakan dirinya.
" Andai kau la tempat Alana, kau rasa sunyi tak hidup seorang diri? Mustahil la Mia Alana tu lupakan kita. " Christina juga memihak Alana.
" Apalah anak bapak ni bincangkan. Kalau mau tahu jawapan sesuatu perkara tu.. pergi siasat. Bukan sebarangan buat keputusan begini. " Bapak Mia yang sejak setengah tahun dahulu sering kali mendengar hal yang sama.
" Mia nak ke KL bapak boleh?" Spontan Mia bersuara.
" Mestilah boleh. Lagi seminggu kamu berempat cuti kan. Tapi bapak nak kamu dapat dekan di universiti sebagai bayaran tiket. Boleh?" Tersengih-sengih bapak Mia sambil mencabar.
" Ok boleh. Kalau Mia tak dapat dekan, Mia ganti duit bapak bila dapat kerja nanti. " Mia memanjakan wajah.
" Bapak ...kami pun nak pergi.." pujuk Agnes.
" Eh..mestilah kamu ikut. Mia tu satu je anak bapak. Apa apa terjadi, menyesal bapak. Lagipun perempuan berjalan harus berteman. " Jawapan bapak Mia membuat hati semua orang bahagia.
Terbayang wajah Alana yang dahulu tersenyum.
" Mia.. kita bawa pes laksa sarawak, apa saja la yang tidak ada di senanjung nanti pergi sana. Alana mesti rindu buah buahan sarawak makanan sarawak kan." Carol memberikan cadangan.
" Eh.. betol juga kan. Alang-alang musim buah. Buah dabai kita borong. Dia suka buah tu. Buah terap sekali. Nanti aku pergi pasar sehari sebelum kita pergi kl. " Kata Mia.
Bermacam macam idea barangan yang mereka cadangkan untuk bawa sehingga ke salai ikan lumek. Perasaan tidak sabar untuk tahu keadaan Alana kini menebal dan tidak sabar menanti hari penerbangan.
*************
" Jue.. hari ni kilang sibuk. Ada majlis sambut anak bos balik dari luar negara. Aku rasa dia la empunya kilang ni nanti. " Kata Liya setelah mendengar berita dari Dilla.
Sejak sebulan lepas jadual mereka satu rumah kerja dalam syif yang sama setelah bertukar dengan orang lain.
" Betol ke ni kak M. Kita nak buat apa sebenarnya . Tak ada arahan apa apa pun dari pengurus. " Tanya Jue.
__ADS_1
" Ooo kita buat rajin je la. Nak buat apa lagi." Jawab kak M tersengih-sengih.
Sejak Jue dan Liya tinggal serumah dengan kak M dan Dilla, rumah bersih dan teratur. Malah mereka lebih seronok menempuh cuti dengan bersantai dirumah. Masak bersama sama dan bersembang. Kini hubungan rapat mereka amat akrab.
" Ehmm.. tak payah buat buat la kak M. Jue dengan Liya tu lain sikit orangnya. Tangan robot." Sambil tersengih Dilla berkata.
" Ha itu Jue dengan Liya.. ni kak M kau ni.. selagi boleh nak curi tulang selagi tu la curi tulang. Apa ada hal.. aahhaha." Ketawa mengekek Kak M membuat semua yang sedang makan siang memandang.
" Sampai tua la Kak M ni tak kawin. Muka lawa dah. Tapi ketawa tu ha.. seram. Baru je ada yang minat, kene selidik paku kat kepala. Ye lah mana tau pontianak kene paku hidup balik. " Dilla mengusik.
" Hellokkkk sikit eh eh.. kak je yang tak minat nak kahwin. Ok sekarang bagi contoh kat akak. Akak nak korang sebut 1 nama..siapa yang bahagia tanpa sebarang ungkitan lepas kawin. Susah ke senang ke...sama sama hadap. Ha ada?" Tanya kak M.
" Ada... Dora dan Damian. " Pendek jawapan Jue.
" Errkkk siapa tu Jue?" Tanya Liya.
" Arwah ibubapa Jue." Hampir jatuh air mata Jue saat teringat.
" Aku doakan kau pun dapat lelaki yang mencintai kau sepenuh hati macam arwah bapa kau Jue. Kau berhak dapat sebab kau wanita terbaik. " Rambut ikal mayang Jue di usap lembut kak M.
" Alana... "
Sayup-sayup kedengaran namanya disebut. Tapi agak mustahil. Sejak baru masuk sehingga setengah tahun bekerja, nama lamanya tidak pernah ada yang menyebut.
Belum sempat berkata kata...linangan air mata kerinduan gugur. Tidak memperdulikan sesiapa yang berada digerai makan luar kilang, Jue memeluk Mia Carol agnes dan Christina sekuat hatinya.
" Ya tuhan.. aku bertungkus Lumus menabung demi nak balik jumpa korang. Tapi kos sara hidup sini tinggi. Tak sangka korang yang datang cari aku. Duduk sini kita makan."
Jue menyapu air matanya. 4 sahabat duduk dan tidak melepaskan pandangan kerinduan.
" Jue.. ni kawan kau dari sarawak ke?" Tanya Liya.
" Ye.. tapi diorang panggil nama depan aku. Sebab sejak lahir guna nama depan tu. Korang kenalkan . Ni Mia, carol, Christina dan agnes. Yang ni pula, Dilla , Liya dan kak M. Kami satu rumah. "
Bersinar sinar wajah Jue memperkenalkan semua orang.
" Alana.. apa yang jadi. Kenapa setengah tahun kau tak beri khabar berita. Sudah hilang kah kami dihatimu?" Mia melepaskan semua yang terbuku dihati.
" Demi tuhan, aku sehari pun tak pernah lupa korang berempat. Aku kene ragut Mia. Telefon satu satunya penghubung kita hilang termasuk dokumen pengenalan diri. Nombor korang aku tak tulis di buku penyebab aku menyesal sangat. Setiap hari aku berdoa agar korang tak salah faham tentang aku." Hampir jatuh air mata Jue meluahkan.
" Betol.. malam tu kami balik lewat. Kami kejar ot. Malangnya van penuh. Jue ni suruh kami balik dulu. Dia tunggu van kedua. Balik tu, jadi hal dia kene ragut. Teruk juga la kecederaan Jue dulu. Dia tetap pegang beg walaupun terseret. Sekarang baru kami faham benda apa yang penting sangat dari nyawa dia. Lama juga luka dia nak baik. Tapi dia tetap turun kerja. Kerja dia sempurna walaupun dia sakit. " kak M menyampuk untuk menjelaskan situasi.
Mia tergamam tidak menduga. Ternyata dirinya dalam setengah tahun ini sebenarnya berubah. Dia tidam kenal keperibadian kawan baik sendiri dan berfikir negetif pada Alana. Senyuman Carol Agnes dan Christina pada Mia menyebabkan Mia malu sendiri. Tapi mereka tidak berkata apa apa demi menjaga maruah Mia.
__ADS_1
" Kak M.. dilla... Liya.. boleh tak kalau kawan2 saya tinggal kat rumah kita. Kalau diorang duduk hotel, macam mana saya nak tidur situ. " Pinta Jue.
" Pasal apa tak boleh.. boleh je. Tapi tilam bantal selimut kita cukup ke?" Tanya kak M.
" Beli...."
Spontan Mia menjawab. Mereka tersenyum dan mula berborak. Saat mereka hampir masuk kerja, kak M menahan teksi. Untuk mereka. Kunci rumah dan alamat diberikan pada pemandu teksi. Tidak cukup dengan itu. Satu peta kecil di lukiskan agar mereka tahu lorong sehingga ke pangsapuri rumah mereka. Mia berpuas hati melihat kawan kawan Alana yang baru. Mereka ramah dan kelihatan rapat.
" Mia.. kenapa kau tak cakap, kita pernah ke rumah sampah ada ulat tu.. eee macam mana la rumah tu sekarang. Aku ni dah la penat. Mabuk kapal terbang tak hilang lagi, telinga berdesing pun tak hilang lagi, dah nak kene bersihkan rumah.. adoii penat." Keluh Agnes.
" Aku yakin rumah tu paling bersih. Alana korang tahu la rajin dia tahap apa. " Jawab Christina.
Pemandu teksi hanya berdiam diri. Bahasa bidayuh yang mereka sembangkan sedikit pun tidak diketahui. Dalam hati pemandu teksi syak bahawa mereka orang Philippines atau negara lain kerana bahasa yang pelik tidak pernah di dengar telinganya.
" Jue.. ambik barang ni kat stor sekejap. Macam tak cukup dah. " Arah pengurus.
Dari jauh Jue mengangkat tangan tanda ok.
Dari jauh mata Jue melihat makcik cleaner mengurut pinggangnya.
" Makcik Esah.. pinggang tak elok lagi ye. Sini Jue urutkan sekejap. Nanti lega sikit makcik sambung kerja. " Kata Jue.
Tanpa mereka sedari, di sebalik cermin gelap menjadi dinding, ada seseorang memerhati mereka dari dalam ruangan.
" Terima kasih lah Jue. Awak ni baik sungguh la. Dengan makcik pun kamu rapat. Makcik ni cleaner je Jue. Tua pula tu. Badan makcik dah ada bau." Kata makcik Esah.
" Ish.. apa kata macam tu.. ha ni tengok Jue peluk ha.. jangan mengelak . Nak cium banyak kali pipi dia." Makcik Esah ketawa di usik Jue. Terasa seakan arwah anaknya masih hidup bila bersama Jue.
" Wow.. susah nak jumpa gadis macam tu . Siapa tu?" Tanya Iswandi Zainal.
" Oh tu Jue.. pekerja kilang kita. Dah setengah tahun kerja sini. Prestasinya agak baik. Tapi kan bos, nak pesan. Dato dengan Datin pesan banyak kali kan, jangan ada sebarang perasaan dengan pekerja bawahan. Mereka nak bos dengan yang sama taraf saja. " pesan Meor pembantu peribadi Iswandi Zainal.
Entah mengapa melihat keperibadian dan tingkah laku Jue, hatinya berdegup kencang. Bagai ada tarikan kuat. Tidak pernah dia merasakan hal sedemikian. Dirinya yang agak nampak sombong dan panas baran terkadang sukar menarik minat wanita sekeliling. Terkadang dia hanya mencuba bercinta di kala ada wanita yang mengajak tapi agak sukar merasakan keserasian. Tapi kali ini, hanya dengan memandang , pertama kalinya dia sendiri ingin memikat si gadis. Perubahan apakah yang ada dalam dirinya. Wanita seksi dan putih melepak di luar negara tiada tandingannya dengan gadis yang baru saja dilihatnya dalam diam. Iswandi Zainal tersenyum sendirian terkenang gelagat si gadis. Senyumannya, amat manis di mata Iswandi Zainal.
(Update setiap hari Ahad & Rabu)
*Bersambung*
-COMMENT
-LIKE
-FAVORIT
__ADS_1