ANAK

ANAK
Chapter 19


__ADS_3

Anak


Episod 19


Sejak melihat aura kelainan pada Jue, hati Iswandi semakin tertarik. Tetapi disebabkan kejadian itu jugalah nama Jue menjadi buah mulut para pekerja lelaki. Terlalu ramai yang ingin mendekati sehingga wujud lelaki yang amat mendesak.


" Kenapa sombong sangat. Aku serius ni nak jadikan kau buah hati permaisuri dalam hidup."


Ary tidak henti henti memaksa walaupun Jue memberikan pelbagai alasan. Lelaki mata keranjang seperti Ary sudah terkenal dengan kemanisan berbicara. Bukan setakat Jue tetapi M juga diganggu Ary.


" Ya Allah beb.. buffalo tu pun nak cuba nasib kat ko juga ke. Aku ingat aku seorang je dia kejar bagai nak rak. Eee tak kuasa aku. Bukan test aku kot dia tu. Dah la rambut tak berapa ada kat depan. Ha.. aku kan.. dah la mulut tak ada insuran. Ada hati nak kat aku."


M membebel tanpa henti. Jue hanya mampu tersenyum mendengar celoteh M. Sejujurnya dia sendiri tidak berminat membuka hati kepada mana mana lelaki.


" M.. Jue. Cepat sikit jalan tu. Tu mamat buffalo tu dah nak ke sini. " Jerit Dilla.


" Huk aloh... Terdesak betol dia tu. Jadi kasut pun Jue tak mau ke dia ni. Jom la gerak. " Liya menarik tangan Jue di ikuti Mala dari belakang.


" Jue... Jue.. " suara Ary memanggil kuat tetapi M dan Jue berpura pura tidak mendengar.


Iswandi Zainal sudah tahu tentang ramai lelaki ingin kan Jue tapi dia tetap sabar andai masih ada sinar untuknya.


" Awat laju sangat berjalan. Meh la abang belanja makan. "


Buntang mata Jue terkejut. Ary berjaya memintas mereka. Saat itu kebetulan Iswandi Zainal melintas dari hadapan mereka.


" Maaf Ary. Ni kekasih aku. Kami baru je kenal. Maaf sangat-sangat aku kene jaga hati pasangan aku. "


Apabila minda terdesak, Jue tidak sedar dia telah berdiri di samping Iswandi dan tidak sempat meminta izin. Hati iswandi Zainal terkejut seketika tetapi entah mengapa terasa bahagia. Iswandi hanya tersenyum dan mengiakan. Saat itu Jue agak risau andai dia disalah ertikan. Jue meminta diri secepatnya dan berlalu.


" Jue .. kau dah kenapa. Anak bos kot tu. Ikutnya dia pecat kau.. ha tak nampak van kilang dah ko esok. " M membebel.


" Entah.. aku pun pelik ni. Tiba tiba aku bercakap macam tu. Mungkin sebab aku dah terlalu semak dengan Ary. Tapi aku akan cari masa untuk bercakap dengan anak bos tu. Aku akan minta maaf dan terangkan. Nak tak nak.. aku kene cakap aku ni bini orang anak 3. Dia hanya bantu aku untuk jauh dari Ary je. Amacam idea aku? Ok tak?" Tanya Jue.


" Wajib ok. Ahaha.. demi merasai naik van sardin kilang... Ayuh jangan gentar..." Liya menjerit sekuat hati tanpa peduli sekeliling.


Setiap hari mereka masih diganggu kelibat Ary tanpa henti sehingga terbit cemburu di hati Meor.


" Eh Ary..datang sini nak kerja ke cari makwe. Wanita yang aku cinta, kau jangan nak kacau eh. Jangan kacau line aku. Ha M tak reti reti lagi ke sini ke. Awak tu kene jaga hati saya. " Meor bersuara melepaskan apa saja perasaan.


" Eh mamat buta warna ni serius ke memain? " Saat itu M tanpa sedar kakinya melangkah ke arah Meor.

__ADS_1


" Ha.. nampak.. hanya aku je boleh pegang tangan awek aku. Kau ada?"


Tangan Mala di genggam erat. M pula seakan merelakan. Entah mengapa jantung M berdegup laju. Saat Meor tersenyum ke arah Ary, M sempat memerhati.


" Ya ampun.. melting aku dengan senyuman mamat buta warna ni. Hensem siak fake love aku. Ah harap tak jadi fake love ah.. jadi real love je la . Eh tapi.. dia serius ke main main?" M berbisik dalam hatinya.


Apa yang pelik walaupun Ary sudah berlalu, Meor masih tidak melepaskan genggaman tangan M dan M juga melerakan. Tanpa bicara mereka diam. Hampir pecah jantung Meor menahan degupan begitu juga Mala tetapi masing2 seakan faham keadaan saat itu.


" Mulai hari ni kita kekasih tau. Saya serius nak kat awak walaupun saya duda tapi harap awak terima status saya. "


Setelah lama berdiam, Meor memberanikan diri meluahkan.


" Bagi saya masa dulu fikirkan. Saya takut pilihan saya salah. " M menjawab jujur. Hatinya berbelah bagi risau dipermainkan.


" Hi kekasihku. "


Suara seseorang menyapa Jue dari belakang membuat wajah Jue kemerahan. Anak bos benar benar menyapanya dengan teguran sebegitu di awal pagi.


" Ehmm.. maafkan saya bos. Sebenarnya saya nak minta maaf sebab mempergunakan bos haritu. Maaf sekali lagi. Saya isteri orang anak tiga" Gugup Jue meluahkan.


" Tak apa my love.. "


" Errkkk ok.. jadi bos merelakan diri untuk teruskan lakonan?" Tanya Jue.


" Boleh my love. " Jawapan Iswandi Zainal agak mengejutkan Jue.


" Ehmm..saya nak kene panggil bos apa. Yelah kalau depan dia, saya kene panggil bos apa? Maaf saya tak pernah ada pengalaman."


Makin tersenyum Iswandi Zainal saat mendengar pengakuan itu. Akhirnya Jue sendiri yang memecahkan rahsia dirinya tidak pernah ada sesiapa. Baru berbohong tentang status kini gugup dengan penipuan.


" Panggil je apa saja.. saya ok je my love."


Jauh di hati Iswandi semakin suka melihat wajah Jue kemerahan.


" Dia ni dah kenapa..makan ubat gegat ke pagi pagi. Adoii aku nak panggil apa..abang ke.. ehmm dear ke . Bie je.. adoiii otak tolong la bekerjasama.. " Jue berbisik dalam hati. Saat itu Ary benar benar muncul dari lorong.


" Bie dah makan? Sayang sekejap lagi nak ke kedai. Bungkus je bie. "


Spontan mulut Jue menyebut sesuatu yang tidak pernah terlintas dalam fikirannya kepada seorang lelaki.


" Belum.. jom la bie teman. " Jauh dalam hati Iswandi Zainal menerima panggilan itu.

__ADS_1


" Bos..." Hampir tersasul Jue saat itu.


" Ehmm? Balik ni berlatih dan saya nak awak panggil saya bie dan awak sayang. Tak kisah satu kilang ni tahu. Lama lama awak biasa dan kita juga akan jadi pasangan yang ideal. Harap hubungan ni kekal la sampai bila bila. " Iswandi Zainal semakin berani meluahkan.


Jue ketika itu agak blurr dengan keadaan baru. Desas desus tentang mereka mula menyebar. Meor pula sentiasa ulang alik ke lokasi dimana M bekerja. M nampak selesa dengan Meor dan terjalin bibit bibit cinta antara mereka dengan spontan berbanding dengan Jue, dia harus biasakan diri dengan sebutan Bie di mulutnya tanpa tersasul lagi. Entah kenapa seakan jantung Jue berdebar setiap kali berhadapan dengan Iswandi Zainal. Tapi dia sedar dia hanya pekerja kilang biasa. Dia cuba melemparkan perasaan itu sejauh yang mungkin.


" Ingat aku nak putih mata ja ka? Nanti korang. Aku buat ona kat kilang ni. Biar korang sembah kaki aku ni nak aku semula."


Ary geram bukan kepalang. Dua insan yang ingin dimiliki senang senangnya di rampas orang. Ingin saja dia melawan tapi apakan daya, Iswandi Zainal dan Meor lebih tinggi dari pangkatnya. Bermacam macam gosip disebarkan Ary tetapi Meor dan Iswandi mampu menyelesaikan gosip yang tersebar.


" Bos serius ke dengan Jue?" Meor bertanya.


" Kalau boleh aku tak nak sakitkan hati dia. Aku nak jaga hubungan kami." Luah Iswandi Zainal.


Meor hanya berdiam seketika. Dia akui sewaktu hidup dengan arwah isterinya dulu, banyak perkara dia terlepas pandang.


Seminggu berlalu Abot merasakan hidupnya terlalu suram. Hatinya bertambah benci dengan kehidupannya. Dukun Doyok bertambah pulih dari kesan lecur setelah menyerahkan ilmu hitam tetapi kerana ketiadaan Abot, dia akan dibuli memandangkan dia sudah tidak mempunyai ilmu seperti dahulu. Doyok mencari akal bagaimana untuk kembali bersama semula Abot. Hanya dengan Abot hidupnya akan tenang kerana dia pernah menipu Abot, andai Abot berpaling tadah, semua ilmunya akan diambil semula. Muncul ketua pegawai penjara yang terkadang masuk dan terkadang tidak. Sikapnya panas baran dan hobinya berjudi. Kerana sering kalah judi, sikapnya akan memberontak tanpa belas kasihan terhadap penghuni penjara.


" Jangan sesekali kau letakkan tangan mu padaku. Aku tahu bagaimana membuatmu kaya raya. " Doyok mengunakan kelemahan Fikri memancing.


" Ha banyak aku dengar tentang kau. Ha macam mana cepat cakap!" Suara Fikri jelas kedengaran.


" Bawakan Abot kembali ke sini. Kuasa ku dan kuasanya akan bersatu. Kami akan ikut kehendakmu asalkan kehidupan kami di sini di jaga dengan baik." Doyok sekali lagi memancing.


Kerana kerakusan duit dan kemewahan, Fikri bersetuju walaupun kedengaran jeritan penghuni penjara yang tidak mahukan Abot berada di situ.


" Jangan tuan, haritu ada Asp polis ke sini. Dia ambik kes kematian mingguan kat sini. Dia la bagi arahan letakkan Abot di penjara pengasingan. " Salah satu warden penjara bertugas bersuara.


" Dia tu Asp polis. Tugas dia tangkap pesalah. Bawa ke sini.. tamat.. yang kat sini, aku ni yang berkuasa. Tugas kan berbeza. Ha mana pesalah tu. Aku nak jumpa. " Suara Fikri masih tinggi.


Semua yang mendengar menjadi runsing dan terkilan atas apa yang terjadi. Semua benci memandang wajah Doyok. Hanya Doyok yang tersengih-sengih tidak sabar menanti kehadiran Abot kembali bersamanya di tirai penjara itu.


(Update setiap hari Ahad & Rabu)


*Bersambung*


-COMMENT


-LIKE


-FAVORIT

__ADS_1


__ADS_2