
Anak
Episod 14
(Crazy Update On Monday)
Seminggu Alana belajar kehidupan baru menjadi pekerja kilang. Muncul seorang pekerja baru pada hari itu saat Alana bercuti pertama kali. Tapi penat bekerja kilang tidak lah sepenat mengerjakan padi huma dan semua tanaman. Tubuh badan Alana sedikit pun tidak berasa penat.
" Hello.. lu sini turun. Ini olang baru kasi ambik." Pemandu van menghubungi Alana.
Pantas Alana turun menjemput. Wanita bertudung berwajah manis turun.
" Mari .. kita ke rumah. " Alana kekok mahu berkata kata.. tapi dia harus berinteraksi agar orang baru selesa.
" Nama saya Alana. Dari sarawak. Baru seminggu di sini. Ni hari pertama saya cuti. " Alana memperkenalkan diri.
" Nama saya Liya. Asal Pasir Mas Kelantan. Ehmm.. kenapa tak ada tilam disediakan ye. Sebab saya tak ada apa ni. Duit saya dah tak banyak. Saya ingat kalau asrama ada la kemudahan tilam bantal. " Dari riak wajah Liya tergambar kesusahan yang dialami.
" Tak mengapa.. saya kan ada. Tilam saya pun besar.. kita kongsi. Kalau awak sudi , saya terbuka tangan untuk awak. Kita sama sama perantau. " Alana senyum berbicara.
Liya terkejut. Selama ini agak sukar orang menerima dirinya yang agak pendiam dan banyak kisah hidupnya yang pahit dari sebuah persahabatan palsu. Tapi entah mengapa hatinya terasa damai dengan pelawaan Alana yang terasa tulus.
__ADS_1
" Lana.. siapa je ada kat rumah ni?" Tanya Liya setelah makan roti gardenia dan air kosong.
" Bilik sebelah ada kak M dengan Dilla. Dilla orang Terengganu. Cantik baik orangnya. Bilik ni kita berdua. Kak M tu agak tegas orangnya tapi dia baik. Kalau malam malam jangan buat lawak. Dia ketawa mengekek.. seram dengar nanti terbawa ke mimpi. " Alana senyum senyum berbicara.
" Ooo begitu. Diorang kerja siang ye Lana. " Ye kerja malam." Lana menjawab sambil mengumpul baju kotor.
" Eh nama tag kerja lana ni nama panjang.. Alana Julie anak Damian. Sedap nama tu." Puji Liya.
" Kat sarawak orang dah biasa panggil Alana atau Lana. Belum pernah orang panggil nama Julie tu. " Jawab Lana tersengih.
" Kalau macam tu biar saya orang pertama panggil. Tanda persahabatan kita hari ni. Apa kata sebut Jue je. Nak tak?" Tanya Liya meminta izin.
" Saya amat berbesar hati.. cuma mungkin terkekok sikit la. Kalau panggil tak menjawab jangan marah ye Liya. Maklumlah tak pernah nama tu di sebut. "
" Kenapa kene tukar nama ye Liya. Nanti orang kat kilang aneh. " Tanya Lana.
" Kene tukar.. sebab kita bukan kat tempat kita. Kita kene mulakan hidup baru, corakkan dan warnakan kehidupan tu dengan pelbagai agat cantik hasilnya. "
Jawapan Liya agak bernas. Hati Alana juga setuju. Biarlah perkara pahit kisah silam hanya sebagai memori. Langkah dengan berani dan bahagia tujuan Alana Julie kini. Biarlah hanya arwah mama dan bapak yang menyayangi nama Alana serta sahabatnya yang di sarawak. Nama Alana berhak ke atas mereka dan nama Julie berada di bibir insan yang baru hadir dalam hidup nya yang terkini.
Minggu berganti bulan. Semua orang hanya mengenali Alana kini sebagai Jue. Setiap kali di rumah, mereka bahagia seperti adik beradik dengan sifat membebel dan ketawa mengekek kak M, Dilla yang lemah lembut dan Liya yang pandai membuat lawak spontan. Hati Alana Julie terisi dengan kemeriahan kehidupan baru. Dia tidak pernah gagal menghubungi Mia dan sahabatnya di Sarawak. Sehingga kejadian ragut berlaku. Jue kehilangan telefon bimbit satu satunya penghubung dan pelepas kerinduan pada sahabat baiknya di Sarawak. Sedih bukan kepalang. Mia dan kawannya salah faham merasakan Alana sudah berubah dan melupakan mereka. Hanya tuhan yang tahu apa yang terjadi padanya. Terputus hubungan satu penyiksaan di hati Alana Julie.
__ADS_1
**********
Dendam Abot semakin memuncak bila isterinya meminta penceraian. Semua kesalahan di letakkan pada Alana. Benci teramat mendalam sehingga Abot berkenalan dengan salah satu penjenayah lain dan dia adalah pengamal ilmu hitam. Sejak Abot menjaga Doyok dalam penjara, bermacam macam ilmu hitam dipelajari Abot.
" Esok kau tumbuk sesiapa saja sampai berdarah. Cara tu je kita dapat darah segar dalam ni." Perintah Doyok.
" Apa saja asalkan aku boleh menimba ilmu dan semakin hebat." Jawab Abot tersengih.
Rutin penghuni penjara seperti biasa. Hari ini mereka membersihkan sampah dikawasan belakang. Abot mencari mangsa dan berjumpa salah seorang yang boleh dikatakan teramat lemah. Kesalahannya cuma mencuri susu tepung di pasaraya. Abot datang menghampiri dan menumbuk lelaki itu sehingga berdarah. Dengan kasar Abot mengelap darah lelaki itu pada bajunya dan berlalu. Tidak ada seorang pun berani membuka mulut siapa yang memukul lelaki itu malah lelaki itu sendiri takut bersuara. Malam menjelma, Abot menghafal mentera bersungguh-sungguh dan mengunakan darah untuk menyeru semangat. Walaupun tiada api terbakar tetapi keampuhan mentara yang dibakar amat tinggi kerana Abot sebelum ini juga sudah terisi dengan ilmu iblis. Selagi dendam pada Alana tidak tuntas ..selagi itu Abot tetap akan cuba mencari. Sedikit pun dia tidak merasai Alana tu anak buahnya dan anak kepada adik kandungnya Damian. Hatinya masih pedih bila cintanya di tolak Dora sehingga kematian Damian dan Dora sekalipun tidak lenyap kemarahan Abot pada Damian. Baginya andai Damian tidak merampas Dora sudah tentu hatinya bahagia di samping wanita tercantik di kampung itu. Kebahagiaan Damian setelah Alana lahir lebih menyakitkan hati Abot. Setiap malam dia akan terkenang hal hal kemesraan antara suami isteri yang dilakukan Damian dan Dora. Saat benci dan dendam datang, dia akan melepaskan amarah pada isterinya. Tapi kini semua musnah kerana anak Damian lah dia meringkuk dalam penjara, berwajah hodoh dan tinggalkan isteri.
" Kau tunggu Alana. Takkan pernah bahagia hidupmu selepas ini. Macam mana aku menderita kerana bapak mu.. begitu lah kau akan tersiksa."
Bergetar wajah Abot menahan marah. Giginya berbunyi bila dilagakan kerana geram.
(Update setiap hari Ahad & Rabu)
*Bersambung*
-COMMENT
-LIKE
__ADS_1
-FAVORIT