ANAK

ANAK
Episode 30


__ADS_3

Anak


Episod 30


(Hai maaf...kerana dah buat korang tunggu tunggu...Mohon maaf ya...)


Wandiana Julie bahagia dan kerap kali memandang pregnantcy test dua garis. Hatinya teramat gembira dan bersyukur atas nikmat yang diberikan. Iswandi semakin gelisah memikirkan pelbagai hal yang bakal terjadi. Desakan demi desakan dari pihak Khairul bersungguh mahu perkahwinan anaknya diraikan mengikut kehendaknya.


" Bie.. hadiah yang bie bagi ni terlalu besar. Sayang bahagia teramat. Sebagai balasan, sayang ikhlas dimadukan. "


Kata kata dari Jue mengejutkan Fauzi, Maria dan Iswandi Zainal.


" Sayang.. tapi bie tak sanggup nak madukan sayang dalam keadaan sayang perlukan bie. "


Luluh hati Maria mendengar kata kata anak nya.


" Dalam dunia ni kan bie, kita tak boleh pentingkan diri sendiri. Berbahagi kasih adalah melengkapi kelemahan dan kekurangan masing-masing. Andai sayang tak pandai berdandan.. madu pandai. Jadi pasangan bie lengkap. "


Bersinar mata Jue menerangkan. Habis akal Maria mendengar penjelasan Jue. Jauh di hati Fauzi bersyukur, isteri Zainal wanita hebat. Meringankan beban hati semua insan dirumah. Isteri taat dan menantu yang baik. Buat pertama kali Fauzi mengalirkan air mata. Tanpa sedar dia berjalan ke arah menantunya. Pertama kali dia memeluk menantunya menangis tersedu-sedan.


" Papa tak pernah anggap Jue menantu. Tapi anak papa juga. Apa agaknya kebaikan papa dengan mama dah buat sehingga dihadiahkan menantu sebaik Jue. "


Maria turut memeluk Wandiana Julie dengan penuh kasih sayang. Bagi mereka pengorbanan Jue terlalu besar. Datangnya tanpa majlis selayaknya tapi hadirnya memberikan kenikmatan kasih sayang pada semua orang.


*******


" Hello Irzan...ada kat mana. Kakak nak hantar ayam pansuh ni. " Lydia menghubungi anak ayah angkatnya Azman.


" Ada kat pejabat lagi kak. Kak kat mana?" Tanya Irzan.


" Bawah ni..tempat parking kereta. Turunlah." Arah Lydia.


Irzan turun dengan bahagia. Walaupun dia perantau di Sarawak sekurangnya kak Lydia satu satunya keluarga yang dia ada. Kereta Isuzu Dmex hitam milik Lydia memang dikenalinya. Saat sampai, alangkah terkejutnya Irzan, dia disergah dari belakang kenderaan.


" Abah... Paklong!!!!" Menjerit Irzan kesukaan.


" Ha.. ni la ayam pansuh yang kak nak hantar. Makan la sampai kenyang. " Usik Lydia.


" Wah.. kalau ni ayam pansuhnya, saya tak nak lepas ni kak. "


Mereka berpelukan melepaskan kerinduan. Azman dan Budin sengaja memberikan kejutan dengan datang ke sarawak.


" Kenapa datang tak bagitahu. Irzan dah la duduk rumah sewa berkongsi. " Muncung mulut Irzan berkata kata.


" Satu Malaysia ni kita ada hotel. Masuk je free. Nak tinggal sampai reput pun tak ada masalah. Dah namanya kita punya. Eh eh anak ko ni Man..banyak makan semut ke apa. Yang kamu pergi sewa rumah dah kenapa? Bertempek tempek rumah kat sarawak ni kakak kamu ni empunya. Kami pemilik bersama. Pilih je mana satu. Dua tingkat, tak ada tingkat ha.. nak duduk rumah tepi laut pun ada. Adoiii la anak ko ni Man..kalau aku bebel kang, dikatanya aku paklong mulut tokeng ayam. Dari kecik pesan..kat rumah bukan sekolah..udahnya tak puas aku nak membebel. " Budin membebel sambil berusaha untuk turun dari kenderaan. Walaupun dia sudah tua dan berkedut, tetapi lemak ditubuhkan tetap segar menemaninya sepanjang usia.

__ADS_1


" Ala.. biar la dia usaha guna duit gaji dia hidup. Merasa juga la korek tabung hujung bulan macam kita dulu. Kalau asyik senang je tak merasa susah, mana nak merasa nikmat hidup. Sama la macam puasa. Dah lapar dahaga tu, dapat air kosong sejuk pun rasa dapat loteri tau. Ha kau apa tau..kerja kau makan je bang." Jawab Azman.


" Pakcik Pion tak ikut ke ayah?" Tanya Irzan.


" Pakcik Pion ko tak ikut. Cucu dia nak lahir. Lagipun semua ke sini, siapa nak jaga hal ehwal the team kat sana. Kami ni nak berehat juga. Dah tua tua ni, nak holiday la dengan isteri sendiri. " Jawab Azman.


" Eh ibu pun ikut ke.. mana? Kenapa tak jumpa Irzan?" Suara Irzan agak perlahan.


" Dah kamu tengah kerja..buat la kerja. Kang habis kerja pergi je la hotel Waterfront tu ha. Ok la.. kang datang..ayam pansuh ada je kak Lydia kamu bawa. Nak pakai makan malam." Azman tersengih-sengih.


Akhirnya Budin menjejak kaki ke tar jalan. Dia terus masuk ke kenderaan dengan senyap.


" Apak Budin.. kenapa baju basah sangat?" Tanya Lydia.


" Kereta kamu ni memang tak ada belas kasihan. Naik senang turun payah." Balas Budin.


" Eh apak yang tak buka belakang tu sebelum turun. Dah kenapa turun dari tepi. Tak pernah di buat orang Sarawak apak oii..turun dari tepi. " Lydia tersengih-sengih menjawab.


" Apak sebenarnya nak tunjuk terer kat polis perempuan depan sana. Konon nak terjun macam Inspektor Singgam. Tapi malangnya apak turun dah macam si luncai terjun sampan. Dah berpeluh apak kau ni ha. Jom la balik hotel. Apak dah mandi dan tido. " Kata Budin.


" Abah, Irzan datang lewat sikit ye. Ada banduan masuk ward. Nak tengok keadaan dia. Dengar khabar tenat. Ada la juga dengar dia masuk islam kelmarin. " Terang Irzan.


" Ha jom la. Kita pergi sama. Lagipun hal kerja boleh je urus sekarang. Ada kerja tertangguh ke kat pejabat?" Tanya Azman.


" Dah tak ada.. memang niat nak pergi tadi tapi terhenti. Rupanya abah nak datang." Jawab Irzan.


" Tiada apa yang mustahil Irzan.. sekejap ye. "


Lydia berjalan menuju ke katil hujung yang bertentangan tetapi kedudukan agak jauh.


" Selamat tengahari.. boleh saya minta tolong puan?" Lydia menyapa bekas isteri Abot yang membersihkan tubuh suami barunya.


" Boleh.. tapi tolong apa ya?" Lembut Auni bertanya.


" Ikut saya. " Pendek jawapan Lydia.


Auni mengikut Lydia ke arah katil Abot. Susuk kurus Abot gagal dikenali Auni. Wajahnya juga berubah walaupun dia tahu wajah Abot pernah melecur dulu.


" Ini adalah bekas suami puan. Tolong maafkan semua kesalahan masa lalunya puan. Dia dah insaf dan akan pergi meninggalkan kita. " Lydia terpaksa jujur dek kerana masa Abot semakin suntuk.


" Abot.. kau ka ini?" Terpacul ayat itu di bibir Auni.


Abot perlahan membuka matanya. Air matanya mengalir melihat wajah bekas isterinya yang tidak pernah dia hargai.


" Tunggu sini . Tunggu. " Air mata sebak Auni mengalir tanpa diseka. Auni menuju ke tandas dan memimpin tangan kanak kanak ke luar.

__ADS_1


" Mimi.. ini bapak mu. Salam dia sayang." Pinta Auni.


Semakin sebak hati Abot. Pelbagai perkara buruk pernah dia lakukan tetapi Auni tidak berdendam malah mendidik anaknya sebaik mungkin. Mimi tidak membantah malah memeluk Abot tanpa geli. Air mata Abot semakin deras. Terasa pilu kerana selama ini dia tidak pernah memeluk anak nya sejak lahir.


" Sudah lama aku maafkan kamu Abot. Tidak pernah sekalipun aku lupa mengingatkan anak anak siapa bapaknya. Tidak pernah aku ceritakan perkara buruk malah semua yang baik belaka. Andai aku tidak menjadi yang terbaik semasa kita bersama dahulu, aku mohon keampunan. " Kata Auni lagi.


" Syurga tempat mu Auni. Ampunkan aku... ampunkan aku Auni... Mimi.. " walaupun perlahan tapi suara Abot dapat didengari.


Nafasnya tercungap-cungap. Pakcik tua kelihatan cuba turun dari katil.


" Bang.. mari saya tolong. Faham macam mana rasanya kalau nak turun sesuatu benda tapi susah. Nak saya dukung pun larat lagi ." Tegur Budin sambil cepat memapah pakcik tua.


" Nak... Ooo nak.. ingatkan apa yang pakcik ajar haritu. Sebelum apa apa . Ucapakan lagi sebelum ajal. "Kata pakcik tua sambil mengusap kepala Abot.


Doktor dan nurse datang setelah dimaklumkan inspektor Irzan. Suasana di ward seakan sunyi sepi. Tercungap-cungap Abot cuba melafazkan kalimah syahadah. Pakcik tua terbatuk batuk membantu mengajar Abot lagi. Budin turut serta diikuti Azman dan semakin ramai memberikan semangat sehingga ward bergema suara insan melafazkan kalimah syahadah demi Abot. Akhirnya... Abot melafazkan dengan sempurna bersama linangan air mata. Beberapa detik kemudian, mata Abot tertutup rapat. Doktor mengesahkan Abot telah meninggal dunia. Suasana di ward seakan suram. Datang dan perginya Abot adalah sejarah kebesaran Allah dimana hanya dengan percaya dan yakin dengan Allah, sakit yang sukar dapat disembuhkan. Malah perginya Abot juga satu nikmat pada insan seperti Abot yang telah lama menanggung kesakitan.


" Dia beruntung, sempat kenal Allah..sempat bertaubat. Kita yang dah lama kenal Allah, dah tahu baik buruk perintah Allah tapi engkar ni macam mana la akhirnya nanti. " Keluh pakcik tua sambil cuba membetulkan selimut.


" Abang bukan tak sihat. Kuat lagi. Allah masih nak abang teruskan dakwah. Dah kurang umat sanggup berdakwah walaupun semput. " Kata Azman.


Pakcik tua tersenyum sambil mahu menutup matanya.


" Ha..mana dia..bak sini ubat tu. " Suara seorang wanita kedengaran.


" Adik... Papah aku .ha dukung cepat. Sorok aku kat ******..cepat..." Pinta pakcik tua.


Belum sempat Budin mahu membantu, nurse yang teramat cantik muncul. Tertera atas tanda nama nya " Zainab".


" Alahai..tak sempat lari." Keluh pakcik tua.


" Ada hati nak lari ye.. buka mulut makan ubat. Ha... Dia ni. Tu la dulu orang ajak kawin tak mau. Ni tua tua sakit seorang. Ha masuk pula ward Nab kerja. Dating la kita makan ubat. Orang ajak makan nasi minyak tak mau."


Budin yang mengelamun terus mengangkat wajahnya.


" Uuuiiissshh... Untung.. saya wakil gantikan dia boleh. Gagah lagi ni kalau naik pelamin. 7 hari 7 malam pesta nasi minyak pun boleh..ha nak ke?" Budin beria ria bertanya.


" Tunggu awak kurus, datang je ward ni pinang saya ye cik abang .."


Nurse Zainab terus berlalu. Budin Azman Irzan dan Fauzan menguruskan jenazah Abot dan mereka mencari tanah perkuburan islam terdekat untuk pengebumian. Kasih Allah maha besar. Pengebumian Abot amat lancar dan mudah. Mereka kembali ke hotel untuk berehat dan menikmati hari keluarga bersama.


(Update setiap hari Ahad & Rabu)


*Bersambung*


-COMMENT

__ADS_1


-LIKE


-FAVORIT


__ADS_2