ANAK

ANAK
Episode 32


__ADS_3

Anak


Episod 32


Terkadang niat tulus ikhlas setiap insan tidak dihargai. Begitu juga dengan keluarga Fauzi. Kedatangan Sofia bagaikan malapetaka yang tidak pernah terlintas di fikiran. Jue sudah pun hamil 4 bulan ketika itu. Perut Sofia juga semakin membesar sedangkan hanya beberapa kali saja Iswandi menyentuh nya walaupun terpaksa tanpa cinta. Melihat Iswandi tidak berubah malah seakan tahu tentang perubahan dirinya, lantas Sofia bertekad mencari dukun yang dikenali. Ilmu nasi kangkang, itulah yang Sofia pilih demi diri dan hidupnya.


" Dah kau tak payah nak masak. Biar aku je kat dapur. " Tengking Sofia pada pembantu rumah.


Periuk nasi panas di bawa ke bilik stor. Sofia berkemban dan mengangkang di atas periuk. Bacaan yang dihafalnya terus menerus di ucapakan. Titisan keringat dari celah kulit dan ******** memuaskan hati Sofia. Air rendaman seluar dalam sejak dari petang semalam dijadikan air bancuhan sirap selasih. Ketulan ais menambah lagi keindahan mengoda air berkenaan sehingga tiada siapa mampu menolak. Sofia bersiap keluar dari stor. Dia sudah makan makanan dari luar terdahulu agar dia tidak menjamah makanan kelak. Setelah meletakkan semua makanan di atas meja, Sofia berpura pura sudah makan dan mengarahkan bibik memanggil orang lain untuk makan. Tanpa syak-wasangka, bibik memanggil keluarga Fauzi untuk turun makan tengah hari.


Saat hampir tiba di meja makan, gelang pemberian pakcik Pion terasa panas. Jue tidak sedap hati. Teringat akan pesanan pakcik Pion agar terus berzikir.


" Mama, papa,...bie... Jue nak naik atas sekejap. Hati ni terpanggil untuk berzikir. Lepas berzikir nanti Jue makan ye. Tekak ni terasa nak kuih muih je. Kalau paksa makan nasi nanti muntah. Membazir. " Lembut Jue berkata.


Maria hanya tersenyum memandang menantu paling di sayanginya. Iswandi awalnya mahu menemani Jue tapi ajakkan mama dan papanya untuk makan bersama seakan segan ditolak. Dari ruang tamu, Sofia puas memandang panorama indah yang tidak sabar dinantikan. Walaupun dia tidak berpuas hati ketiadaan Jue di meja makan, tetapi Jue bukan lagi saingannya.


Makanan terasa sedap dan nikmat. Habis seperiuk nasi dan tidak sedikit pun lauk dimeja makan yang tersisa.


" Dah makan, datang sini semua.. urut badan aku. " Arah Sofia sambil menguji tahap keberkesanan ilmu nasi kangkang nya.


Seperti lembu dicucuk hidung, insan terawal yang datang adalah Maria.


" Ha si tua. Kau ni la paling melawan dengan aku.( Kepala Maria ditunjal). Urut bahu aku kuat sikit." Maria bagaikan terpukau dan mengurut tidak berhenti.


Fauzi mengurut kaki Sofia manakala Iswandi di suruh Sofia mengurut dadanya. Sofia puas dengan apa yang terjadi. Bibik juga seakan tunduk dengan perintah Sofia. Iblis arahan dari arwah Abot tersenyum. Dinding rumah yang terhalang oleh aura zikir Jue kini rompong dek perbuatan kurafat Sofia. Dengan mudah iblis itu masuk dan tersenyum memandang Sofia. Walaupun Sofia tidak dapat memandang iblis yang ada tetapi Sofia dapat merasakan dirinya bersatu dengan sekutunya. Saat Jue selesai berzikir.. hatinya tidak tenang seketika. Saat mahu melangkah keluar dari bilik, tasbih sekali lagi terasa membahang dan panas. Jue terkejut apabila Iswandi mengetuk kuat pintu.


" Oiii betina!!! Ambik semua barang kau!! Berambus dari sini !! " Mata Iswandi seakan kemerahan dan marah. Dibelakangnya kelihatan Sofia tersenyum puas.


" Bie... Istighfar. Apa salah sayang?" Masih lembut Jue bertanya.


" Kau siapa nak panggil aku sayang!! Kau nak aku tampar??" Berdesing suara Iswandi bergema.


" Maafkan sayang bie.. tapi... Kenapa..."


Belum sempat Jue meneruskan kata kata, satu tamparan hinggap di pipinya. Jue sempat melihat makhluk hitam cuba menerpa arahnya. Cepat Jue bangun dan masuk semula ke dalam bilik. Tetapi pintu ditahan Iswandi.


" Aku kata berambus dari sini !!" Iswandi berkeras berkata.


" Allahuakbar!!!!"


Jue dengan sepenuh tenaga menolak pintu. Aura tasbih memantul sehingga iblis hitam yang mahu menerpa terpelanting jauh. Iswandi memegang kepalanya yang sakit. Sofia dengan cepat berlari menuang sisa sirap selasih untuk diberikan pada Iswandi. Jue gelisah dalam kerisauan. Perutnya terasa menusuk tajam di ari ari.

__ADS_1


" Wahai kembarku..bertahan ye nak. Mama usaha selamatkan kita dari sini. Mama maafkan apa saja perbuatan papa. Itu bukan kehendak papa sayang."


Melihat situasi makin sukar , Jue risau Iswandi akan melakukan hal lebih teruk dari memberinya tamparan di pipi. Jue memandang ke tingkap. Ketukan pintu bertalu talu kedengaran. Matanya melihat bumbung rumah milik pakcik tasbih.


" Aku harus ke sana." Bisik hati Jue.


" Tuppp"


Pintu terbuka setelah di tendang kuat. Jue ketakutan melihat Iswandi seakan singa lapar membawa kayu hoki memasuki bilik. Jue memegang perut dan terus memohon Iswandi tersedar dari pukau. Namun Iswandi semakin ganas. Jue kesana sini mengelak dari terkena kayu hoki. Suara azan bergema menandakan masuknya waktu zohor. Iswandi memegang kepalanya. Terdengar juga jeritan Fauzi , Maria dan pembantu rumah. Sofia panik melihat keadaan semua orang.


Melihat Iswandi kesakitan , Jue bergegas untuk menyelamatkan diri. Tapi Jue berpatah semula.


" Bie... Izinkan sayang pergi.. izinkan... Ampunkan dosa sayang dalam sedar mahupun tidak. "


Airmata Jue mengalir laju. Iswandi masih memegang kepalanya yang berdesing dan sakit. Hanya sedikit memori perbuatannya tadi muncul diminta..


" Pergiiiiiii...." Jerit Iswandi sehingga bergema bilik itu.


Jue cepat keluar dari bilik. Sofia perasan dan cuba menghalang. Dia tidak puas hati Jue tidak dicederakan Iswandi. Jelmaan gelap menghilangkan diri ketika azan. Dengan kekuatan yang ada, Jue dapat melepaskan diri dan menolak Sofia sekuat hati. Jue berlari ke arah pintu utama tanpa membawa apa apa pun. Tidak sempat memakai selipar, tar yang panas terik dipijak dengan berlari demi kandungannya. Dari jauh atap bumbung Pion kelihatan tetapi liku liku jalan tidak sama untuk sampai ke sana. Perit dan sakit di telapak kaki tetap Jue tahan dengan niat hanya satu iaitu meminta bantuan.


Berpusing pusing Jue mencari arah dari jalan. Matanya tetap dapat melihat bumbung rumah Pion. Jauh dalam hatinya berharap tidak sesat dan salah rumah.


"Piiiinnnn..."


" Dik.. kenapa tu? Jalan tengok bawah bukan atas. Dari tadi makcik ikut belakang perhati je gerak geri adik. Meh masuk sini. " Ajak seorang wanita.


" Tak apa makcik.. saya tak tahu nak kemana. Cuma nak ke rumah bumbung tu saja. " Jari Jue menunjukkan atap rumah Pion.


" Masuk je la. "


Suara makcik agak tinggi. Jue terpaksa mengikut kehendak makcik itu kerana melihat raut wajahnya berubah.


" Ha dah sampai." Kata wanita itu.


" Saya tak tahu nama pakcik tu. Tapi saya harus jumpa dia. Betol ke ni rumah dia? Saya takut silap. " Kata Jue.


" Ni rumah saya. Masuk dulu. Minum air ke.. ada je selipar lebih kat rumah ni. Jom masuk." Ajak wanita itu.


Tekak terasa sejuk dan tapak kaki Jue selesa setelah mencuci kaki dia laman hadapan.


" Maaf makcik, tapi saya harus cari pakcik tu secepatnya. " Ucap Jue kerana ingin meneruskan pencarian.

__ADS_1


" Tak payah. Orang yang kamu cari tu nanti ada lah tu. Tak lama tak cepat ..ha ada la tu."


Jawab wanita tu dengan spontan. Entah mengapa wajah wanita itu agak bengis ketika berbicara.


" Assalamualaikum..." Suara lelaki memberikan salam.


" Ha balik pun!! Eee sini cepat . Dah la kurus kering ..tua bangka!! Ada hati cari pucuk muda!!" Liya isteri Pion mencubit sekuat hati perut suaminya.


" Aikkk... Sayang kembali datang bulan ke macam mana . Uuuiiissshh..berita baik ni sayang tak jadi menopause. " Pion tersengih walaupun sakit di cubit.


" Pakcik....."


Jue mengalirkan air mata terus mendekati seakan kanak kanak kecil yang kehilangan mainan.


" Eh.. sampai pun rumah pakcik. Meh duduk. " Ajak Pion.


" Amboiiii berani ye!! Jelaskan!! Ha.. aku kang dia ni. Awal tadi masa dia tunjuk rumah kita ni, itu tak sakit hati sangat. Masa tangan dia tunjuk tu nampak gelang tasbih abang tu, rasa nak gali tanah kubur dah untuk abang. " Wajah Liya menyinga.


" Ish ish sayang.. intan payung abang.. cemburu lagi kat abang ni satu bonus kebahagiaan. Meh sini.. dengar apa punca kejadian. Dah tahu nanti, kalau betol abang tak salah.. abang nak hadiah. Tak banyak pun.. ala sayang kene layan 3 round je. " Pion membuat muka gatal miang dihadapan isterinya.


Setelah kisah diceritakan Jue sambil menangis, Liya memandang wajah Pion. Wajah Pion ceria memandang Liya.


" Adoiii.. sakit pinggang la bang.. nak baring jap." Kata Liya mengelak.


" Eee eeemmm..."


Pion berpura-pura batuk kecik.


Liya perasan dan faham akan makna batuk Pion.


" Jue.. makcik minta maaf sebab tuduh melulu. Maafkan makcik ye nak. " Ucap Liya.


" Maafkan Jue juga makcik. Jue dah tiada tempat lagi nak mengadu. " Ucap Jue.


Pion keluar ke hadapan rumahnya. Membenteng seluruh rumahnya. Pion berbicara dalam hati memberikan berita pada Azman dan Budin. Sehingga kini mereka boleh berinteraksi mengunakan Firasat hati hadiah dari raja naga suatu ketika dahulu. Jawapan Mawi raja naga agak merunsingkan hati Pion. Jauh dia memandang langit. Adakah dia masih boleh dan sempat berkhidmat untuk Allah di usia tuanya. Pion hanya pasrah andai sesuatu terjadi kelak ke atas dirinya tetapi adakah isterinya akan redha kelak?. Walaupun harta Pion masih banyak tetapi harta bukanlah yang di inginkan setiap pasangan dikala tua melainkan berada di sisi pasangan sehingga menutup mata. Mampukah Liya kelak redha andai dia mahu berkhidmat di jalan Allah lagi. Semua itu bukan kebetulan tetapi aturan Allah agar dia dipertemukan dengan wandiana Julie atau nama asalnya . Alana Julie.


(Update setiap hari Ahad & Rabu)


*Bersambung*


-COMMENT

__ADS_1


-LIKE


-FAVORIT


__ADS_2