
Anak
Episod 8
Hari pertama perjalanan ke sekolah asrama. Beberapa hari hujan deras. Pembangunan yang masih mundur menyebabkan jalan raya masih belum berturap. Tanah merah menjadi licin dan terkadang pacuan empat roda mereka tersangkut dan terpaksa turun menolak kereta. Bangunan sekolah tersergam indah di kaki gunung. Kelihatan awan perlahan berarak di kejauhan atas gunung.
" Alana.. ini sekolah kamu. 2 minggu sekali kamu boleh balik. Pakcik akan jemput. Ini duit sekolah kamu. Ini semua pakaian baju agar kamu selesa. Ini beg sekolah. Buku latihan atas tulis semua ada dalam kotak ini. Baldi ini ada sabun cuci baju ubat gigi berus gigi sabun syampoo. Makcik kamu yang sediakan. Dan ini.. kain batik makcik kamu. Pakai untuk mandi. Semua lengkap makcik kamu sediakan. "
Air mata Alana hampir menangis dengan kasih sayang ketua kampung dan isterinya. Bagaimana nanti untuk membalas jaga mereka. Tanpa menangi Alana memeluk erat Ladin.
" Terima kasih... " Sambil tersedu sedan Alana mengucapkan.
Lama mereka menatap satu sama lain, Alana dihantar warden memasuki asrama untuk menunjukkan bilik dan katil. Terdapat tilam dan bantal sudah disediakan. Tilamnya empuk dan selesa. Ada almari khas untuknya menyimpan barang. Tapi Alana tidak mempunyai sarung tilam. Dia hanya diam membisu dikala warden bertanyakan tentang cadar tilam wajib ada untuk menjaga kebersihan tilam yang akan digunakan saban tahun berganti pelajar. Beberapa orang pelajar pulang dari sekolah. Semua senyum memandang Alana pelajar baru.
" Ini Alana teman sebilik kamu. Ajari dia peraturan asrama. Pukul berapa jam ke dewan makan dan sebagainya. " Arah warden.
" Hi.. nama aku Christina.. panggil Chris. Ini pula.. Agnes. Ini Mia.. dan ini Carol. "
Sapa mereka dengan mesra. Mereka berkenalan dan Agnes menyuruh Alana bersiap untuk ke dewan makan.
" Eh kamu tidak ada tray ke?" Tanya Carol.
Alana mengelengkan kepala. Dalam hatinya cukup sedih. Jangan kan tray. Sudu garpu cawan pun dia tidak memiliki. Barangkali makcik tidak tahu semua itu kerana tidak ada anak kampungnya bersekolah asrama.
" Ha.. nasib tray sudu cawan lama aku masih ada. Aku haritu ingat nak buang. Asyik lupa saja. Ada hikmah rupanya. " Mia bersuara kuat.
Alana bersyukur. Dalam hatinya tidak henti henti berterima kasih atas segala kenikmatan yang Allah aturkan.
" Tapi lusuh sikit la tray ni. Jom kita cuci dulu lepas tu kita pergi makan. Ha menu hari ni ikan jeket. Ah mujur aku mmg kaki bawa kicap cili dengan limau ni. Aku buat sekejap. Baru ada aummmm..."
Mia mengeluarkan sesuatu dari almarinya. Rupanya Mia ada almari lain selain itu. Satu almari baju dan satu lagi almari khas untuknya menyimpan makanan. Penuh meggie, biskut dan keropok dalam almari itu. Entah siapakah sebenarnya Mia, Alana belum tahu tentang mereka. Sikap teman asramanya amat menyenangkan hati. Setiap perkataan dan tutur bahasa mereka menjadi satu objek dijadikan hiburan. Mereka gelak ketawa sehingga Alana bersyukur hatinya kian pulih.
" Alana.. jom mandi petang. Lepas ni kita nak study malam. Balik pukul 10. " Arah Carol.
__ADS_1
Satu buku sabun di buka.
" Oittt.. potong dulu sabun tu. Badan awak tu kecik je. Jimat.. sabun basuh baju tu potong dua juga. " Arah Agnes.
Alana mengangguk dan mengikut. Mereka mandi dengan cepat mengejar masa. Semua pakaian dalam dan baju baju Alana kelihatan baju dan masih ada tanda harga.
" Semua baju baru?? " Tanya Mia.
" Ye.. makcik belikan. Baju lama saya semua dah terbakar. " Perlahan Alana menjawab.
" Yang hantar kamu tadi siapa? Bapak kamu ke ? Tanya Agnes yang ada melihat Alana awal kemasukan tengah hari tadi.
" Ketua kampung. Mereka la yang menanggung persekolahan saya. Ibubapa saya sudah meninggal sebulan yang lepas. " Hampir jatuh air mata Alana meluahkan.
Entah mengapa.. kawan2 Alana tidak bersuara sebaliknya mereka mendekati Alana dan bersama sama memeluk Alana. Adakah itu satu tradisi pelajar asrama atau mereka sememangnya sebegitu Alana juga tidak mengerti.
" Sekurangnya kami ini saudara baru mu. Mari kita ke kelas. Nanti kene tangkap lambat study malam sudah kene denda depan umum. " Ajak Carol.
" Huhu .. jom balik."
" Chris.. mandi lagi ke?" Tanya Alana.
" Eh tak la.. kebiasaannya bila balik study, orang cuci muka dan berus gigi. Tapi kami relax dulu. Sebelum tidur nanti baru kami pergi. Sekarang jam kita rendam meggie. Lepas tu pura pura tidur. Cukup masa kita makan meggie dan turun gosok gigi. Kene kencing siap siap. Sebab tandas kan kat bawah. Mana berani nak pergi lagi nanti. "
Penjelasan Chris amat padat. Alana hanya mengikut saja. Tapi Alana tidak mempunyai meggie seperti mereka. Jadi Alana hanya diam mengangguk.
" Nah.. meggie..ni container . Air aku baru panaskan. Lepas tu.. kita sorok balik cerek elektrik ni. Eee kalau ketahuan..boleh kene denda tau. "
Carol menolak semula almari seperti sebelumnya. Cerek disorokkan di belakang almari. Malam itu Alana makan meggie dengan berselera. Terasa nikmat setelah sekian lama dia bersedih.
" Alana.. kamu ada adik beradik?" Tanya Mia.
" Saya berseorangan di dalam dunia. Tiada sesiapa lagi." Pedih hati Alana menjawab.
__ADS_1
" Mulai sekarang kami semua saudara awak. Ingat.. dari sekarang susah senang kita bersama. Esok bapak saya mungkin akan datang. Cepat habiskan makanan. Nanti mak saya marah kalau dia tengok makanan masih banyak. " Kata Mia.
Setelah makan, mereka turun memberus gigi dan kencing. Malam itu agak susah Alana tidur. Perutnya memulas. Dia tidak biasa makan lewat malam. Mahu mengejutkan teman teman, bimbang menganggu. Lampu koridor kelihatan malap. Dari tingkat dua, Alana berjalan menuruni tangga dengan hati yang berdebar-debar. Dia merasakan dirinya diperhatikan. Tapi keadaan memaksa dia untuk terus ke tandas. Kain di ampaian baju bergerak gerak di tiup angin. Alana cepat berjalan ke tandas. Salah satu tandas yang terdekat dimasuki. Tanpa menoleh kiri kanan Alana menyerbu masuk dan melepaskan hajat. Hatinya tetap gelisah. Seakan ada sesuatu saat dia berlari ke dalam tandas tadi. Alana cuba mengabaikan perasaannya tapi agak sukar untuknya melupakan firasat hatinya. Kelegaan terasa setelah selesai tapi jiwa Alana gugup untuk membuka pintu tandas. Bunyi plastik dalam tong sampah kedengaran seperti di carik carik. Seinggat Alana, hanya tong sampah untuk buang tuala wanita disebelah kiri. Dan bunyi itu sememangnya sebelah kiri. Alana jadi gugup. Bagaimana kalau itu binatang buas kerana kedudukan kaki gunung begitu dekat dengan asrama...atau... andai itu jelmaan menakutkan bagaimana. Fikiran Alana bercelaru. Tiba tiba....
" Kreekkkkk...krekkk..."
Sesuatu mencakar pintu tandas Alana. Mulanya perlahan tetapi semakin laju dan bunyinya amat menyeramkan. Alana berdoa pada Allah agar dirinya diselamatkan. Tiada lagi ruang untuk Alana berfikir. Hanya Allah tempatnya mengadu.
" Ha...nah...rasain lo... Gue ini ibu peri.. hahah.."
Kedengaran suara Christina.. Alana berharap agar itu benar benar Chris..
" Chris...itu kau ke?" Tanya Alana.
" Aku la.. aku ni ada super saiya sikit. Kuasa ajaib. Aku tahu sekeliling aku dalam bahaya. Ha nah ini air suci kau pengang. Aku nak masuk tandas takkan nak bawa. Aku pun rasa nak berak. " Jawab Chris sambil senggih.
Syukur tidak terhingga. Entah jelmaan apakah tadi. Tapi mengapa Chris tidak gentar.
" Aku lama lagi.. pergilah kau naik atas dulu. "
Arah Chris. Kerana seram..cepat Alana berlari menaiki tangga. Botol air suci dipegang kuat. Sampai di pintu bilik tangan Alana cepat membuka pintu bilik. Hampir menjerit Alana. Chris, sedang lena dikatil bersebelahan dengannnya. Tapi air suci yang dipengangnya milik siapa. Berkali kali Alana menggosok mata tapi sememangnya itu adalah Christina.
" Kuasa Allah itu nyata. "
Hanya itu yang mampu Alana ucapkan. Botol air suci itu di simpan seeloknya dan Alana berdoa penuh kesyukuran sebelum dia tidur.
***Bersambung***
-COMMENT
-LIKE
-VOTE
__ADS_1
-FAVORIT