
Anak
Episode 18
Semenjak berhubung kembali dengan sahabat yang terpisah, Jue semakin ceria dan bahagia. Jelas terpancar di wajahnya tanpa sedar dirinya diperhatikan oleh insan yang dalam diam mencintainya.
" Jue petang ni teman aku pergi beli tudung baru nak tak? Tudung aku dah banyak tak lawa. " Dilla memuncungkan mulutnya.
" La.. banyak tudung kau ni. Ni kat loker kilang pun banyak ko tinggalkan. Nak buat apa tudung yang dalam loker ni?" Tanya Jue.
🎶 Romancinta.. . Yang kau bawa pergi...hoooo ooo...🎶
Muncul M yang entah dari mana .. wajahnya kemerahan membawa lagu romantika dengan penuh perasaan. Walaupun suaranya agak sumbang tapi pada telinga sahabatnya tetap sedap didengari.
" Ha... M.. Jue.. aku teringin nak tengok korang pakai tudung. Yang Jue aku minta lebih sikit. Pakai makeup dan bertudung. Mesti lain muka dia." Pinta Liya.
" Ha kalau kami pakai dapat apa??" Tanya M.
" Aku belanja makan buffet !!!" Jerit Dilla.
" Aku setuju!!!! " Jerit M.
Demi menjaga hati sahabatnya, Jue menadah muka yang tidak pernah di sentuh alat kosmetik. Pedih mata Jue saat matanya di gesel dengan celak hitam. M pula sememangnya cantik sejak azali. Berhidung mancung dan berlesung pipit serta wajah berisi lebih menambah aura kecantikan. Wajahnya ceria saat ketawa mengekek.
" Jue !!! Adoii pakai anak tudung dulu baru sarung . Tu ha nampak rambut depan terkeluar." Jerit Liya.
Warna tudung unggu disarungkan Dilla pada Jue. Wajahnya nampak lain sehingga Liya Dilla dan Mala tergamam. Warna lembut makeup Dilla amat sempurna di kulit Jue.
__ADS_1
" Cantik kau ni Jue. " Berkali kali Liya memuji.
Deringan loceng bermulanya tugas setelah berehat berbunyi. Mereka bergegas keluar dari bilik persalinan. Kerana ingin cepat mereka terlanggar dua lelaki yang sedang berjalan perlahan.
" Eh sorry encik. Kami nak cepat. Loceng dah bunyi. "
Jue mengangkat wajahnya setelah bangun terjatuh. M membantu Jue untuk cepat bangun.
" Tunggu sekejap, kamu siapa?? Tak pernah tengok pun. " Meor memberikan arahan.
" Oiii mamat buta warna. Kau ni tak habis habis buat hal dengan aku. Orang nak cepat time tu la nak temuramah. " M menjeling.
" Buta warna?? Eh seorang je dalam dunia ni pernah kata aku buta warna.. eh prettg zinta aku ke tu?? Bapak lawa dia bertudung..jap bukan dia non muslim ke.. adoii ni yang buat aku anggau sekejap. " Bisik Meor.
Mata Iswandi Zainal tidak puas memandang wajah Jue. Dia tahu itulah wanita idamannya. Semakin berdebar melihat keayuan wajahnya bertudung. Ingin sekali Iswandi Zainal menyapa tetapi terlalu ramai yang lalu lalang ketika itu. Pantas Zainal ke bilik kawalan. Kamera fokus pada tempat dimana Jue berada. Kerajinan Jue dan keceriaan nya bekerja dapat dilihat. Tanpa sedar, sudah lama Fauzi berdiri di belakang Zainal. Melihat kepada tumpuan anaknya memandang camera, Fauzi dapat meneka siapakah gadis pilihan hati Iswandi Zainal.
****************
" Andai insan ini masih menyeru iblisdan tidak berubah, kau panaskanlah lantai ini. " Pinta Irzan.
Irzan berjalan ke dinding. Mulut Irzan terkumat kamit saat lintasan ayat ayat muncul di fikirannya. Dua tepukan kedengaran. Irzan memandang sekeliling.
" Wahai udara, berhentilah dikau ke sini andai insan ini masih memuja ilmu hitam. Andai dia berhenti, maka muncullah dikau ke sini agar dia bernyawa semula. "
Dari keturunan bapaknya seakan sesuatu keajaiban ada dalam dirinya. Arahan pada alam sekitar seakan difahami dan dituruti andai diperintahkan demi kemuliaan Allah dan andai sebaliknya hanya niat suka suka, alam tidak akan memberikan kerjasama.
Kini tinggallah Abot berseorangan dalam tirai besi itu.
__ADS_1
" Sediakan garam dan limau nipis.. gotong royong pembersihan akan dilakukan petang ini. Semua lantai dikehendaki di cuci dengan sempurna. " Arah Irzan.
" Awak arahkan anggota lain menadah air, saya sendiri nak manjakan penghuni penjara dengan mandikan mereka satu satu." Semua terkejut dengan kata kata Irzan.
Benarkah seorang berpangkat tinggi ingin memandikan pesalah? Semua bermain di minda semua orang.
" Betol ke ni tuan? Tapi mereka ...." Nasir tidak meneruskan ucapan.
" Semua manusia buat kesilapan. Mereka tidak berdosa satu pun pada saya. Ada mereka cubit saya, pukul saya, marah saya? Tak ada kan. Kes mereka dengan orang lain. Jadi kenapa saya nak menilai mereka. Bagi saya, mereka sama je macam saya. Layak disayangi. "
Penghuni penjara yang mendengar tergamam seketika. Walaupun tubuh mereka sudah luka dan bernanah, benarkah insan berpangkat tinggi itu tidak jijik. Bau hamis penjara disebabkan luka tubuh mereka yang gatal dek kerana iblis yang saban hari menjamah menjilat tubuh mereka. Hanya tuhan yang tahu bertapa seksanya menanggung derita gatal yang dirasai.
" Celaka!! Aku dimana!!"
Abot yang tersedar bangun dan terkejut. Kawasan kedengaran amat sunyi. Pintu besi juga tidak seperti penjara atas. Memang tertutup dan tidak dapat melihat orang lain.
Saat Abot menyeru iblisnya datang, Abot melompat bila kawasan dimana dia berdiri panas seperti bara api. Mulut Abot terhenti memanggil. Dan saat itulah lantai kembali sejuk semula. Abot kehairanan. Saat mulut dan otaknya menghafal ayat sihir hitam, tiba tiba terasa otaknya pening, dada nya sempit dan terasa seperti lemas. Tercungap-cungap Abot seketika sehingga tidak mampu meneruskan ayat hafalan sihir. Saat berhenti, terasa udara kembali memenuhi ruang paru paru. Abot menyedut udara dengan cepat dan terbaring kehairanan. Makin bertambah aneh Abot dengan kejadian yang terjadi. Hatinya bertambah geram dan muncul wajah Irzan diikuti Alana Julie dalam minda.
" Alana!!! Disebabkan kau la aku lebih menderita disini!! Kau tunggu saat aku keluar!! Tengok apa nasib kau!!!"
Abot menjerit sekuat hatinya. Namun tiada siapa yang mendengar. Saat makanan dihantar, dari lubang pintu makanan ditolak masuk. Sakit hati bukan kepalang melayari hari sendirian tanpa ada sesiapa lagi disisi.
(Update setiap hari Ahad & Rabu)
*Bersambung*
-COMMENT
__ADS_1
-LIKE
-FAVORIT