
Anak
Episod 29
Semua mata memandang pakcik tua yang perlahan lahan mendatangi Abot.
" Pakcik ni dulu bekas penyanyi rock. Walaupun gigi pakcik tak ada, tapi suara power lagi. Tunggu ye pakcik ambik nafas dulu. Mengah berjalan. ( Padahal kedudukan kerusi bawah kaki katil)
Semua senyap seketika. Baju hospital yang tidak dibutangkan sehingga nampak tulang rangka pakcik tua, tenggelam timbul mengambil nafas. Doktor hanya memerhati.
" Allahuakbar.... Allahhuakhbar....."
Semua terkejut pakcik tua dengan sepenuh tenaga melaungkan azan benar benar ditelinga Abot. Walaupun mengah tapi suara alunan azan pakcik tua amat sempurna dan sebutannya jelas. Terdengar iklas dan mendamaikan hati pendengar. Semua mata kini tertumpu pada Abot. Lukisan tattoo di tangan dan dada Abot seakan bergerak. Imej naga seakan berkeriuk. Timbul niat pesakit yang melihat ingin membantu pakcik tua. Bermula seorang yang melaungkan azan .. bertambah satu lagi dan diikuti yang lain sehingga Abot berkeriuk menahan sakit yang amat dahsyat. Lendir tubuh Abot serta nanah keluar silih berganti saat lukisan tattoo bergerrak ke sana sini. Semua tidak putus asa sehingga Abot sendiri kelihatan berusaha dan masih cuba melafazkan kalimah syahadah. Detik paling mendebarkan apabila lampu lampu di ward seakan terpadam dan terbuka silih berganti. Tingkap tingkap di ward bagaikan dihentak angin kuat. Mereka tidak berhenti. Doktor semakin ramai datang menyaksikan kejadian yang tidak pernah berlaku. Akhirnya, kalimah syahadah yang sempurna dapat dilafazkan Abot.
" Huuuuhhhhhh"
Abot membuka mulut yang teramat luas. Matanya merah berurat menahan sakit melampau. Semua menjauh saat satu asap hitam keluar dari mulut Abot. Lama kejadian itu berlaku sehingga angin entah dari mana teramat kuat sehingga mampu mengerakkan katil. Pesakit lain berdoa mengikut agama masing masing. Pakcik tua tetap melaungkan azan tanpa henti. Akhirnya asap hitam berhenti dan mulut Abot tertutup.
" Alhamdulillah.. berjaya juga pakcik kekalkan suara rock masa muda pakcik. Teknik pernafasan dari perut pakcik masih terserlah. Huh penat.. pakcik nak tido dulu."
Seperti tiada apa yang terjadi pada pakcik. Dia pergi melangkah perlahan-lahan meninggalkan Abot yang pengsan. Doktor dengan pantas memeriksa keadaan Abot tapi pernafasan Abot amat stabil berbanding mula mula Abot tiba. Abot diangkat ke katil pengusung kerana cadar tilam Abot dipenuhi lendir dan nanah yang busuk. Nanah dan lendir yang terlalu banyak sehingga menitik ke lantai. Ramai yang berbisik-bisik di ward menceritakan kejadian yang baru terjadi. Anehnya kulit Abot tidak lagi bernanah hanya kelihatan seperti luka biasa.
" Pakcik.. dah tiba masa makan ubat. Bangun dulu."
Saat itulah pakcik tua akan membuat perangai. Disebabkan perangainya lah pakcik tua yang baru 2 hari menjadi perhatian.
" Injek nak la.. telan ubat tak mau. Ala boleh la. Pakcik dengan ubat belum lagi isytihar adik beradik. Kami musuh sejati misi."
Puas pakcik tua merayu. Dari nurse yang kurus sehingga nurse yang gebu tetap tidak dapat mengoda pakcik tua untuk membuka mulut.
" Tak apa lah pakcik. Kejap lagi dah tukar waktu. Misi Zainab nak masuk. Pakcik tunggu dia la makan ubat ya"
Nurse mengenyitkan mata meninggalkan pakcik tua.
__ADS_1
"Hantu punya misi. Asyik ugut aku je kerja. Mata ooo mata..baik pejam sekarang. Jap lagi si Nab tu datang, tak tido kita seram. "
Pakcik tua membebel dalam hati. Abot masih tidak sedarkan diri. Pakcik tua cuba untuk tidur tapi matanya tetap segar. Nama Zainab nurse ward itu amat memeningkan kepalanya.
*********
Subuh melabuhkan tirai. Beberapa jemaah turun ke Masjid berjalan kaki melintas di kereta Fauzi. Jue masih tidak sedarkan diri dan seluruh keluarga Iswandi masih tidur keletihan.
" Mangkuk mana la tak reti buang sampah . Merata nak buang sampah. Kedai bukan ada kat Masjid. Ada juga segala plastik meggie sekali tepi ni. " Membebel Sufian saat singgah ke masjid terdekat.
Tiba tiba Sufian break mengejut. Gelang tasbih yang dipakainya panas.
" Oiii jebon.. awal pagi kau nak ajak gaduh ke apa. Aku solat dulu , kau tunggu sini. Ke ko dah insaf nak solat berjemaah tapi tak dapat. "
Lembaga hitam yang mengikut kereta Fauzi di tegur Pion. Tepukan tangan Pion membuatkan lembaga hitam dengan pantas meninggalkan kawasan itu. Wajah Pion dipandang bengis.
" Lek ah. Apa pandang pandang.. aku walaupun dah tua, hensem lagi. Kulit ni kalau iron boleh je muda. Aku je tak mau. Berkedut macam ni dengan gigi tak berapa nak ada dah pun ramai awek nak. Ha kau ada?? Tak ada pergi balik. Ada hati nak pergi masjid. Awak tu syaitan. Biol punya syaitan. " Pion membebel sambil masuk ke perkarangan Masjid.
" Tuk tuk tuk.."
Terpisat-pisat Fauzi terkejut dan otaknya segar terkenang kejadian yang terjadi.
" Ni Masjid bang. Kot iye pun takut terlepas solat, jangan tido dalam kereta on Aircond. Bahaya .. ikutnya Aircond bocor, tak ke banyak kerja kami kat masjid pagi ni. Ha agama apa ni. Kalau islam jom turun jemaah."
Pion tersenyum memandang wajah Fauzi yang pucat.
" Kami larikan diri dari..." Fauzi menghentikan niat bercerita. Baginya tiada siapa yang akan percaya kejadian yang berlaku.
" Lari? Bilanya.. bukan naik kereta ke. Alahai.. comel pula perempuan tu baring gitu. Muka macam cina sikit. Kenapa dia tu..demam ke?" Tanya Pion.
Sesungguhnya Pion tahu apa yang terjadi dan dia juga tahu Jue pengsan setelah roh nya hampir diragut iblis.
" Tak tau pakcik. Dari malam tadi cuba kejut tapi tak juga sedar. " Jawab Iswandi Zainal dengan sopan.
__ADS_1
" Isteri kamu ke adik kamu?" Tanya Pion.
" Isteri saya pakcik." Jawab Iswandi.
" Izinkan pakcik starlight dahi dia. Ha gerenti bangun. " Pion ke belakang kereta.
Iswandi mengangguk dalam keberatan. Sudahlah isterinya amat disayangi.. berat untuk sesiapa saja menyakiti isterinya.
" Aiiiiyaaah.. "
Jentikkan tak berapa padu benar benar diantara kening Jue. Jue berkeriut seakan tersedar.
" Ha nampak.. mujur pakcik dah tua. Kalau dulu starlight dahi orang.. tengorak manusia pun berlubang.. ceeewwaaahhhh.. berlagak. Ah jom solat berjemaah. Ha bini awak ni wajib solat selalu. Orang yang berbadan dua ni iblis cukup suka." Kata Pion.
Maria membuntangkan mata terkejut.
" Ye ke ni bang.. menantu saya berisi dah ke. Alhamdulillah..." Maria ceria bukan kepalang.
Jauh di hati Iswandi berbaur perasaan. Ingin menjerit sekuat hati gembira tapi dia berada di kawasan masjid. Dia mencium lama dahi isterinya.
" Tapi... Kegembiraan ini tak kekal lama. Sudah tertulis nasibnya. Pakcik yakin dia mampu menempuh dugaan yang Allah berikan. Berhati-hati dengan sekeliling. Buatlah pilihan bijal dalam hidup. Ah ceramah pagi pagi ni sampai tengah hari tak habis. Wuduk tak ambik lagi.. ah bye..apa apa roger dengan Allah. "
Pion berlalu pergi. Semua mereka turun dari kenderaan dan solat.
Iswandi terdiam seketika selesai solat. Kelibat pakcik tua tadi tidak kelihatan lagi. Motosikal pakcik tadi juga sudah tiada. Apakah maksud disebalik kata kata pakcik itu. Siapakah pakcik itu. Di mana dia tinggal. Ingin sekali Iswandi Zainal mengenali dan ingin tahu lebih lanjut apa yang diperkatakan.
Maria tidak puas memeluk Jue. Jue pula tidak pasti adakah dirinya benar benar hamil. Dari kata kata Maria, hanya ke klinik untuk tahu jawapan semua persoalan. Hanya Fauzi yang terbit kerisauan. Dari perbincangan makan malam bersama Sofia dan Khairul, mereka mahukan majlis nikah besar besaran diadakan. Apakah perasaan menantu kesayangan mereka kelak. Mampukah menantunya menahan ujian disaat dirinya hamil serta dimadukan. Hanya Allah yang tahu perasaan serba salah Fauzi saat itu. Ingin sekali dia membatalkan. Tapi bagaimana dengan nasib pekerja kilangnya kelak. Ramai insan terjejas periuk nasi andai kilangnya ditutup dan dijual. Iswandi seakan tahu apa yang merunsingkan fikiran ayahnya. Jauh di sudut hatinya dia juga serba salah.
(Update setiap hari Ahad & Rabu)
*Bersambung*
-COMMENT
__ADS_1
-LIKE
-FAVORIT