
Anak
Episod 28
(WARNING 18+)
Abot sakit sehingga badan yang sasa bertukar kurus sehingga nampak tulang rangka. Keadaannya terjejas dek kerana puluhan iblis yang kelaparan. Dari kondisinya yang agak serius, Abot dibawa ke hospital. Saat diperiksa, tangan Abot masih digari di kepala katil mengelak dari kejadian pesalah melarikan diri. Ward yang agak sesak terasa damai. Titisan air drip memasuki urat urat Abot yang tampak jelas kerana terlalu kurus. Suara azan dari masjid berdekatan berkumandang. Saat itulah Abot merasakan ruang hospital menjadi tenang. Udara yang memasuki pernafasan seakan cukup. Iblis iblis takut menampakkan diri. Terdengar suara lelaki tua sedang dipapah nurse ke arah katil.
" Pakcik nak solat. Tinggikan katil. Terima kasih nak ." Pakcik tua berkulit berkedut tetap tersenyum walaupun giginya tiada.
" Boleh tak macam ni pakcik?" Tanya jururawat lelaki yang bertugas.
" Boleh dah tu. Pakcik solat duduk ja. Asalkan niat pakcik sampai.. Allah tahu." Senyuman pakcik tetap manis.
Lama Abot memandang wajah pakcik yang bersolat.
" Dah tua umur pakcik. Masih mampu tersenyum. Aku belum capai umur pakcik tapi sukar untuk senyum. Tubuh pakcik hanya sakit tua.. tubuh aku sakit dimamah iblis."
Abot berbisik dalam hatinya tanpa sedar air matanya mengalir jatuh di pipi.
" Bapak..."
Suara kecil kedengaran.
Semakin berjurai air mata Abot. Suara anaknya kedengaran tapi hatinya hancur bila anaknya berlalu tidak menuju padanya tapi pada seorang lelaki yang lain. Tidak lama selepas itu , bekas isterinya berjalan melalui lorong itu. Bekas isterinya tidak tahu Abot ada disitu. Abot mengereng tubuh semata mata ingin melihat bekas isterinya. Hancur hatinya bila melihat kebahagiaan yang sepatutnya miliknya kini jadi milik orang. Wajah isterinya amat ceria. Kulitnya juga cantik dan kelihatan bajunya juga baru. Tidak selekeh seperti hidup dengannya dahulu. Dari kejauhan suami Abot mengucup dahi isterinya ketika sampai malah mereka sama sama berdoa seperti Kristian yang lain. Air mata Abot mengalir tanpa dapat ditahan lagi. Jelmaan iblis mula datang semula. Cecair dari kulit Abot mula keluar semula. Nafasnya tersekat kembali. Ketika itu barulah dia sedar kuasa Allah tiada bandingan di dunia. Kuasa Allah menenangkan dan membahagiakan hidup manusia bukannya menyusahkan. Kelihatan pakcik tua sedaya upaya bangun setelah selesai bersolat.
" Kenak kitak sik nekan bell?"
( Kenapa awak tak tekan loceng?")
Tanya nurse yang melihat.
__ADS_1
" Iboh jak misi. Gik hensem kamek tok. Nikah kinek tok pun dapat"
( Tak payah la nurse. Masih hensem saya ni. Kawan sekarang pun dapat)
Pakcik tua tersenyum.
" Juh kamek nulung kitak. "
( Jom saya tolong awak)
Ucap nurse.
Kaki pakcik tua menuju ke arah Abot.
( Pembaca oii..penat lak aku dua bahasa. Nak translate bagai. Aku guna BM je la. Tapi ni cerita kat sarawak tau. Ha Abot kan kat srwk. Ok sambung. )
" Nak.. kenapa nangis. Muka kamu memang rosak terbakar, tapi kalau senyum mesti manis. Tengok muka saya ni. Berkedut je tapi kalau saya senyum, nurse pun peluk. Tengok bukti ni."
Nurse sempat mencubit pakcik tua yang mengusik. Tapi senyuman pakcik tua tak lekang di wajahnya. Tiada tanda kedukaan walaupun di uji sakit tua. Hidupnya nampak bahagia dimata Abot. Nafas Abot semakin sukar memasuki rongga pernafasan.
" Nak ..agama apa?" Spontan pakcik tua bertanya.
" Saya pagan ( tiada agama)"
Jawab Abot.
" Nak ada agama tak?" Lembut pakcik tua bertanya.
Sesekali Abot memandang arah bekas isterinya dan anak yang nampak bahagia. Setelah lama berfikir akhirnya Abot mengangguk.
" Iklas ke tak?" Pakcik tua tersengih lagi.
__ADS_1
Perlahan kepala Abot mengangguk.
" Kalau agama pakcik . Islam.. kalau nak masuk islam kena lafazkan kalimah syahadah. Bukan lafaz je .kena tahu maksudnya juga. Tapi kalau terpaksa baik jangan. Agama tak boleh di buat mainan " Ucap pakcik tua.
" Saya serahkan diri saya kepada apa yang pakcik percayai. Ketua kita siapa?" Tanya Abot.
" Oh ketua kita Allah. Semua yang awak nampak sekarang dia la ciptakan. Udara yang awak hirup tu pun..ha dia la punya. Free je dia bagi. Nyawa kita pun dia bagi je tak minta balasan" jawab pakcik tua.
" Tapi kita balas dengan setia kan pakcik. Kita balas dengan selalu kene berdoa." Tanya Abot.
" Allah tak minta pun kita buat apa apa. Tapi sebagai manusia agar tak lalai.. ingat pada dia dah satu rahmat dan berterima kasih. Kaya macam mana pun awak, nak bagi harta kat Allah.. eh Allah ada semuanya. Dia tak minta pun. Macam saya .. nurse ni tolong saya . Saya ucap lah terima kasih. Tak pakai duit pun solat ni. Pakai keikhlasan macam nurse ni iklas tolong saya. Eh cakap macam mana pun awak tak faham. Doktor. Ooo doktor . Eh nurse panggil doktor."
Pakcik tua sudah mula nakal kembali. Sejujurnya pakcik dua yang sudah 3 hari berada di ward agak nakal tapi menceriakan suasana.
" Ada apa pakcik.." doktor yang menghampiri tersenyum.
" Doktor belajar pandai dah. Allah bagi tangan dengan otak rawat orang dah.. memang sempurna la kejadian doktor. Sekarang pakcik nak pinjam otak doktor. Tolong operate otak dia ni supaya faham tentang Allah. Pakcik lama dah berdiri. Nurse ni pun lama juga peluk pakcik. Pengantin baru pun dah duduk kat pelamin kalau time time gini. Ha.. habis doktor operate dia bagi faham. Saya islam kan dia."
Tutur kata pakcik tua agak mengejutkan tetapi di fahami. Berkerumun la insan insan yang sudi menjelaskan tentang Allah pada Abot sehingga Abot tidak perasan bekas isterinya sudah pun tiada di ward melawat suaminya. Jiwa Abot tenang setelah tahu tentang kewujudan Allah.
" Tau tak orang yang memang tak kenal Allah lagi selamat dari orang yang kenal Allah tapi buat tak kenal?" Pakcik tua berkata lagi sambil duduk memerhati.
Semua bersetuju dengan kata kata pakcik tua. Air mata Abot mengalir lagi. Saat tiba masa Abot diterangkan maksud kalimah syahadah , Abot kebingungan. Semua mantera iblis mudah dihafalnya tapi kalimah syahadah yang pendek seakan lidah dan otak susah menerimanya. Berpeluh-peluh Abot mencuba tetapi gagal. Pakcik tua dengan sabar mengajar tanpa jemu. Melihat bertapa susahnya Abot mahu melafazkan, pakcik tua meminta nurse memapahnya bangun. Semua kehairanan. Adakah pakcik tua sudah muak menunggu Abot pandai melafazkan kalimah syahadah??
(Update setiap hari Ahad & Rabu)
*Bersambung*
-COMMENT
-LIKE
__ADS_1
-FAVORIT