
Anak
Episod 23
Jejak langkah Asp Irzan terhenti. Kawasan tanah didepan pintu penjara dapat dirasai janggal.
" Sampai bawa keluar pesalah diorang ni. Tak apa... Nanti korang." Bisik Irzan dalam hatinya.
" Fauzan... Faiz.. Nasir... Kita luaskan kawasan. On telefon. Seluar segi empat penjara ni.. pergi paling hujung. Biar tak tinggal satu pun. Dah sampai posisi masing², khabarkan.. kita azan serentak macam haritu. " Arah Irzan.
Dari telefon semua sudah bersedia. Kehadiran mereka dirasai Abot. Malangnya Fikri tiada disitu bersama pengawai penjara yang lain. Yang bertugas semua jenis jujur bekerja.
" Oiiii datang lagi budak tu. Kacau betol lah!!!!"
Abot menjerit sekuat hatinya. Hanya Abot berada di dalam penjara berehat. Banduan lain semuanya melakukan tugas pembersihan.
" Eh tu kan pegawai polis baik tu. Diorang mesti nak tolong kita ni. Jom kita ikut sama. "
Banduan mulai perasaan kedatangan mereka berempat.
" Ha diorang azan.. jom sama sama.. "
Bergemalah suara azan yang kuat berkumandang dari kerjasama beramai ramai. Tanah yang dipijak Irzan terasa semakin lembut dan kembali ke asalnya.
Arahan dari Irzan agar mereka berzikir. Dari pembesar suara telefon Fauzan yang agak dekat dengan kawasan banduan berada kedengaran sayup-sayup tapi dapat didengari.
" Ah jom masing2 berzikir. Sikit seorang jadilah."
Bersemangat banduan ketika itu. Pengawai penjara yang menjaga turut serta dengan banduan.
" Sakit ...adoiiii... Berhenti...berhenti !!!"
Berguling-guling Abot dilantai penjara. Doyok hanya memandang ketakutan.
" Ke....ke...kenapa...hanya aku yang sakit hah!!!"
Abot pelik kerana Doyok tidak terkesan dengan kejadian yang terjadi.
__ADS_1
" Matilah aku.. dia dah tahu rahsia aku!!" Doyok takut bukan kepalang.
Lukisan ditubuh Abot yang di cucuk jarum berdakwat dari darah manusia seakan bergerak merata tempat ditubuhnya. Terkadang kulitnya berombak seakan akan lukisan itu mahu keluar dari kulit Abot. Sakit bukan kepalang..panas membahang sehingga mata Abot kemerahan menahan sakit. Urat hijau Abot membengkak besar dan timbul berurat. Sesuatu seakan menjalar di setiap urat Abot.
" Tolong!!!! Tolong!!!!!"
Abot menjerit sekuat hati seakan jasad dan rohnya terpisah sebelum pengsan akibat menahan sakit melampau.
Doyok menjerit jerit memanggil pengawal penjara tetapi suaranya hanya bergema di dalam penjara sementara penghuni penjara yang lain bersama sama berzikir tanpa ada tanda berhenti. Masing masing seronok dengan alunan zikir mengikut Irzan di telefon.
Irzan berpuas hati dengan kerjasama yang diberikan banduan.
" Tuan.. ada apa yang boleh saya bantu?" Tanya pengawai penjara sebelum terlupa maksud kedatangan Irzan.
" Ha nak jumpa pesalah ni. "
Fail diberikan. Tetapi pengawai penjara itu seakan tahu maksud kedatangan Irzan dan rela bekerjasama. Mereka sendiri tidak mahu menduakan Allah dan menentang Fikri menyalah gunakan kuasa.
" Tuan masuklah.. buat apa tuan nak buat. Lepas tu baru jumpa banduan. Nak jumpa banduan tu cuma alasan je kan tuan. Silakan tuan.. nak buat apa, tuan buatlah. Nak bantuan pun kami akan bantu. " Seorang lagi pengawai penjara menyokong.
" Kita bersihkan luar dulu..baru dalam.. bawa semua banduan ke sel masing-masing. Saya ada kerja nak buat. Ramai ramai saya segan."
Kata Irzan.
Arahan Irzan secepatnya dituruti. Tampak jelas diwajah setiap orang bersyukur akan kehadiran mereka.
" Tolong... Tolong... "
Suara Doyok yang ketakutan kini baru di dengari.
" Terjerit-jerit ni kenapa?"
Pengawai penjara geram dengan kelakuan Doyok.
" Saya nak pindah sel. Biarlah berhimpit pun tak apa asalkan terpisah dengan Abot. Tolonglah. " Doyok merayu rayu sambil mengoncang geriji besi.
Semua penghuni sepakat bersuara tidak mahu Doyok bersama mereka.
__ADS_1
" Bukan dulu kau yang konon berusaha ke lepaskan kawan baik kau kembali ke sini. Hadap je la. Itu baru sikit, dah pengsan kawan baik kau. Ingatkan kuat sangat kuasa dia. " Salah seorang banduan mula mengejek Doyok.
Terbit penyesalan dalam hati Doyok ketika itu. Dia risau andai Abot sedar , apa akan jadi dengan nasibnya.
Bacaan khas dari ajaran Tok Budi dan Tok Man dibacakan. Muncul keris khas seperti kepunyaan bapanya ditangan.
" Allahu Ahad!!!"
Keris dipacakkan ke tanah. Hanya mata insan terpilih dapat melihat aura gegaran dari kuasa yang diberikan Allah. Muncul titisan titisan darah dipermukaan tanah. Pantas Irzan melangkah dan mengorek tanah yang ada titisan darah satu persatu. Setiap bekas darah yang pernah dibeli Fikri untuk tujuan pemujaan kini menjadi bahan bukti. Faiz mengambil gambar dan menyimpan bahan bukti. Langkah Irzan kini ke arah dalam penjara besi banduan. Setiap langkah Irzan tidak kosong. Mulutnya membacakan surah yang patut digunakan sebagai pendinding. Aura kegelapan berkumpul ketakutan dalam sel Abot. Doyok kelihatan masih mengigil ketakutan melihat urat utat ditubuh Abot masih bergerak seumpama ada ular menyusur di dalam tubuh Abot. Tattoo seakan masih hidup dan ingin kembali ke kulit miliknya seperti dahulu. Setiap detik Doyok memeriksa kulitnya agar tidak ada tattoo apa pun yang kembali kepadanya. Terkejut Doyok apabila Irzan tercegat memerhati gelagatnya.
" Dah ketepi. Dari wajah awak, saya tahu awak tak nak pun benda tu. Awak dah betol betol menyesal. Yang seorang ni masih seronok berdamping. Selagi dia tak serik selagi tu dia mencari. Jadi, biarkan dia kat bawah sana. Bukan bilik yang haritu, tapi bilik kosong. Biar dia berteman baik dengan iblis yang dia sayang. Kenal hati budi masing masing. Dan kali ni saya akan pastikan, pengawai penjara yang menduakan Allah tak lepaskan dia lagi. " Kata Asp Irzan.
Beberapa orang membantu membawa Abot ke penjara pengasingan. Irzan tidak menutup apa pun kali ini. Dia hanya membiarkan dan berlalu.
Tangki utama menjadi tarikan Irzan. Dari situlah sumber air untuk masakan, minuman dan mandian serta kegunaan lain.
" Tinggi tu tuan. Bahaya.." tegur Faiz.
" Tinggi apa ke benda. Masa latihan dulu, tak ada masalah pun kita buat semua benda. Mencabar juga. Ha dah.. doakan aku selamat." Jawab Irzan.
Semakin tinggi Irzan memanjat akhirnya sampai ke puncak. Berpusing-pusing Irzan mencari cara bagaimana membuka penutup tangki air. Cuaca panas membuatkan Irzan kebuntuan. Irzan mendongkak ke atas langit-langit. Berharap agar diberikan buah fikiran. Tidak lama kemudian, muncul burung pipit menemani irzan. Ada satu tempat dimana kawasannya agak berkarat. Dengan kunci Irzan mengorek sedikit. Hanya sedikit lubang dapat tembus ke dalam. Irzan bersyukur bukan kepalang. Bait bait ayat dibacakan. Muncul lagi beberapa burung pipit memberikan daun daun. Ya Irzan mengenali daun itu. Itulah daun hutan yang diberi nama , " Hujan panas ". Irzan membacakan ayat lagi dan mengulung daun sekecil yang boleh. Akhirnya beberapa daun berjaya dimasukkan ke dalam tangki utama. Irzan turun dengan berhati-hati dan gembira.
Irzan masuk semula ke dalam sel banduan. Dia masih merasakan air di dalam bilik mandi masih ada kesan positif.
" Dah waktu solat... Jom berjemaah ramai ramai. ". Ajak Irzan. Suaranya lantang dan bergema.
Entah mengapa Doyok insan pertama yang tidak sabar bersolat pada hari itu. Dia menyaksikan sendiri azab dan siksaan menduakan Allah. Dia sendiri pernah merasai akibat dari perbuatan dan kali ini dengan jelasnya bahawa tiada kuasa lain mampu mengalahkan kuasa Allah. Atas permintaan Irzan agar banduan menerima Doyok sebaik mungkin dituruti. Banduan lebih hormat pada Irzan dan berubah sebaik mungkin selepas mengenalinya.
(Update setiap hari Ahad & Rabu)
*Bersambung*
-COMMENT
-LIKE
-FAVORIT
__ADS_1