
Anak
Episod 27
Pacuan roda terus memecut sehingga satu selekoh dimana kawasan terang dari kejauhan. Mereka tiba di sebuah masjid dan mengambil keputusan berehat disitu sambil cuba mengejutkan Jue yang masih pengsan. Puas Iswandi cuba mengejutkan tetapi tiada hasil. Jue tetap pengsan tidak sedarkan diri. Berkerut wajah Maria dan Fauzi memikirkan apa sebenarnya yang terjadi.
*************
Sebelum kejadian.
Setelah Jue masuk ke biliknya, bibik berjalan ke arah biliknya yang tidak jauh dari dapur. Baru saja bibik mahu membuka pintu, lembaga hitam menerpa ke arahnya. Bibik kaku dan pandangannya gelap.
" Kreesss kressss"
Bunyi plastik dimain anak kucing. Bibik yang dirasuk iblis mengeliat membetolkan otot otot. Mata bibik bertukar kemerahan. Perutnya lapar mahu menjamah daging segar. Bibik merangkak perlahan setelah membuka pintu. Kucing seakan terpukau saat melihat mata bibik.
" Warrgghhhhhh"
Kedengaran kucing seakan menjerit tetapi sekejap. Leher kucing dipulas sehingga ke belakang. Seperti anjing mengongong tulang, bibik merangkak membawa bangkai kucing dan melompat ke atas meja. Dengan rakus bibik meratah daging kucing. Nikmat dirasakan amat sempurna dan terlalu lama iblis yang merasuki bibik menahan kelaparan.
Saat sedang enak menikmati daging mentah kucing, iblis menghidu bau nikmat janin baru dan masih segar. Dengan pantas dia merangkak ingin menjamah tetapi agak terlewat kerana ada lagi iblis yang lebih besar menganggu. Lembaga hitam dan jelmaan Ary bergaduh merebut Jue. Jelmaan Ary tewas dikerjakan lembaga hitam yang asalnya adalah suruhan Abot yang mencari keberadaan Jue sejak sekolah lagi. Aura doa dari arwah makcik Jue yang diperkenankan Allah masih ada. Cikgu Melati sempat mendoakan agar Jue di jaga Allah sebaik mungkin sebelum menghembuskan nafas. Lembaga hitam mahu menerkam Jue tetapi terpelanting jauh. Jasad bibik yang digunakan lembaga hitam kepanasan dan memanjat dinding sambil mengeliat memandang Jue dari dapur saat itulah Maria tiba dan membuka pintu. Menyeringai bibik yang di rasuk memandang wajah Fauzi yang ketakutan. Jelmaan hitam dengan pantas merangkak turun ingin mengejar. Pacuan empat roda bergerak meninggalkan halaman rumah tanpa tahu jelmaan bibik merangkak dengan laju mengejar dari belakang. Kawasan yang gelap gelita tidak menghalang bibik yang kerasukan terus merangkak laju sehingga luka tangan dan lutut bibik terkena tar jalan.
__ADS_1
" Dupppp"
" Oiii ko langgar apa? Anjing ke?"
Panik pemandu yang merasakan mereka telah melanggar sesuatu.
" Lari ..lari cepat sudahlah kita ni baru je menghisap. Macam manusia ko langgar tu."
Kerana panik, bibik yang tercedera dan tergolek di tepi jalan tidak mendapat bantuan. Dua remaja bertindak melarikan diri ketakutan. Sementara itu lembaga hitam keluar dari badan bibik dan terus terbang mengekori kereta Fauzi. Lembaga hitam berhenti di hadapan masjid dimana Fauzi memberhentikan kenderaan. Menyeringai lembaga hitam saat tidak berpuas hati.
*************
" Jangan berani telefon aku!! Aku je yang call kau faham!!"
Terngiang-ngiang tengkingan Fikri ditelinga dan minda. Nurul membatalkan niat untuk menghubungi Fikri. Tapi petang itulah kali terakhir nafas Fikri di dunia.
Dengan nafas yang semput serta sakit keseluruhan tubuh, Fikri mencapai pen dan kertas.
" Khas untuk isteri ku Nurul. Abang mohon ampun dan kemaafan. Selama kita berkhawin abang abaikan Nurul dan anak kita. Abang lupa bila kali terakhir abang peluk anak kita. Abang lupa tengok bila dia meniarap. Abang lupa janji abang nak buat sayang bahagia dan sentiasa tersenyum. Maafkan dosa dosa abang sepanjang kita bersama. Nurul isteri yang baik dan penyabar. Syurga tempat mu wahai isteriku. Andai sayang pulang, abang mungkin dah tak ada kat dunia ni. Maafkan abang sayang, susahkan sayang untuk kebumikan suami yang tidak layak macam abang. Terima kasih sebab lahirkan zuriat abang dan jadi isteri abang. Selamat tinggal isteriku.. assalamualaikum.."
Fikri duduk memandang pintu. Sengaja fikri membiarkan pintu tidak berkunci dari dalam. Pandangan mata semakin kabur. Nafas semakin perlahan. Akhirnya Fikri tidak bernafas lagi setelah iblis meratahnya sehabis mungkin. Dari sudut mata lain, bukan satu tetapi lima jelmaan berebut meratah Fikri yang menanti ajal. Akhirnya setelah tiada apa yang tinggal, iblis terbang bergentayangan mencari mangsa baru yang lalai dan rakus.
__ADS_1
Perasaan Nurul semakin gelisah menjelang malam.
" Ayah.. boleh hantar Nurul balik tak. Macam tak sedap hati ni. " Pinta Nurul.
Pak Abu memandang Nurul sayu.
" Ayah tak ada minyak kereta dah Nurul. Duit menoreh getah ayah dah guna beli gas dan beras. Tunggu Fikri ambik ye nak. Ayah tak dapat nak hantar. "
Garis halus dimata Pak Abu jelas menunjukkan kesedihan. Kemiskinan yang tidak pernah jemu ada dalam kehidupannya semakin sulit ditinggalkan sehingga anak meminta bantuan pun dia gagal membantu. Kereta lama Fikri yang ditinggalkan di jaga sempurna tetapi untuk mengisi minyak yang banyak, sejujurnya Pak Abu tidak mampu.
Nurul pasrah setelah memberanikan diri menekan butang telefon. Telefon Fikri tidak berfungsi seperti kebiasaan dia sedang berjudi. Nurul mengambil sejadah dan menenangkan hati nya yang amat gelisah.
(Update setiap hari Ahad & Rabu)
*Bersambung*
-COMMENT
-LIKE
-FAVORIT
__ADS_1