
Anak di
Episod 2
Ella dihantar ke satu kilang yang amat besar pada pandangan Ella.
" Ella.. ha ini pengurus kilang. Kawan lama pakcik dulu. Kerja elok elok ye. Ini duit upah Ella. Gunakan dengan cermat sebelum dapat gaji. Kalau cuti, telefon.. pakcik dengan makcik ambik ye." Basri tersenyum dan berlalu.
" Nama saya Zainal. Mari ikut saya ke asrama awak. Petang ni masuk kerja. "
Wajah Zainal nampak tegas. Sepanjang berjalan Ella perasan tangan Zainal tak henti henti memeriksa setiap sudut tempat. Mereka menaiki kenderaan ke sebuah pangsapuri.
" Tengok tak tempat ni. Dari celah tu jalan kaki sampai sini. Akan ada van ambik. Pukul 5 petang dan jangan lewat. Rm1 bayaran untuk naik van tu. Nah ni rm50. Gunakan untuk tambang je."
Ella hanya diam dan menyambut. Zainal menghubungi seseorang dan tidak lama kemudian, muncul seorang wanita yang agak tua. Ella di arahkan untuk mengikut wanita itu kerana mereka tinggal serumah.
" Ehmm.. kak... Sini ada kedai tak?" Tanya Ella.
" Bawah pangsapuri ni sebelah kiri ada kedai. Panggil aku kak M.. nama betol Mala. Ha.. tu bilik kau. Kau bersihkan lah. Orang dalam rumah ni , lepas balik kerja kalau boleh tak nak buka mata dah. Jadi begini la rumah kita. Janji dapat tidur makan dah la. Ok la akak nak masuk dulu sambung tido." Kak M meninggalkan Ella terkebil-kebil sendirian.
Lama Ella memerhati. Terasa melekit lantai yang dipijak. Baru saja membuka pintu bilik, Ella tergamam. Seakan bilik yang dijadikan sarang haiwan dengan sampah kertas dan botol-botol air. Ella yakin tiada penghuni di bilik itu. Sedalamnya Ella menarik nafas. Beg diletakkan dan dia mencari penyapu dan mop andai ada di rumah itu. Hampir termuntah Ella melihat keadaan tandas yang amat kotor. Dindingnya berlendir berlumut. Malah mangkuk tandas yang hitam berkulat. Sudahlah tandas duduk, bagaimana mereka hendak menggunakan tandas sekotor itu. Ella melihat jam tangan. Tepat pukul 10. Bermakna, dia masih sempat mengemas dan membersihkan. Sukar untuknya solat andai keadaan rumah sebegitu.
" Kak M... Saya pinjam sabun ye." Kata Ella dari luar.
" Ye.. pakai je. Aku nak tidur ni. Jangan kacau ."
Ella hanya tersenyum. Mungkin pekerjaan kilang agak berat sehingga kak M kepenatan.
Ella fokus pada bilik tidur nya dahulu. Kerana tempat tidur dan solat wajib bersih. Malangnya mop tidak dijumpai. Ella turun ke bawah untuk membeli mop. Matanya terlihat tempat pembuangan sampah. Di belakang tempat pembuangan itu ada perabot rosak dan beberapa benda lain. Ella tersenyum dan dia pantas membeli mop. Selesai membersihkan bilik, Ella turun ke bawah. Dia mengambil papan papan dan menyusunnya di bilik. Amat cantik papan itu di susun tapi Ella tidak mempunyai tilam bantal dan selimut. Tapi Ella tetap senyum.. dia yakin dengan dirinya mampu membeli semua itu kelak. Ella meneruskan kegiatan membersihkan tandas dan bilik mandi, dapur dan kemudian ruang tamu. Tangan Ella cekap dan cepat. Tidak terasa penat mengemas rumah berbanding kerja di ladang buah milik arwah nenek angkatnya. Azan kedengaran, Ella cepat mandi dan bersolat. Dia melihat baki duit yang diberikan Pakcik Basri. Teringat di dapur ada gas. Tapi dia tidak berani untuk memakai harta rumah itu sesuka hati. Deringan telefon bimbit berbunyi.
__ADS_1
" Eh.. telefon siapa dalam beg ni?" Ella yakin dia tidak mempunyai telefon.
" Assalamualaikum.. " gugup Ella menjawab.
" Ha.. Ella.. macam mana keadaan kat sana. Jap.. makcik nak tengok Ella. " Kecoh suara Rokiah di telefon.
" Nak tengok.. tapi Ella tak pandai tekan apa apa." Ella jujur menerangkan.
" Tekan macam jawab tadi. Kejap makcik call eh." Rokiah meletakkan telefon.
Ella tersenyum bila melihat wajah makcik Rokiah di telefon. Hatinya menjadi seronok. Sana sini Ella memusingkan badan saat makcik Rokiah ingin melihat bilik. Mujur Ella sempat membersihkan bilik sebelum makcik Rokiah menghubungi.
" Ella.. nanti makcik bagi video.. Ella tengok..lepas tu tekan macam video tu. Makcik nak lokasi. Hantar sekarang dalam 1 jam makcik sampai." Kata Rokiah.
" Jangan lewat ye makcik sebab pukul 5 Ella dah turun kerja."
Ella tersenyum suka seakan terasa kehangatan kasih sayang arwah nenek Maziah pada makcik Rokiah. Ella tidur seketika di lantai menanti waktu berlalu. Deringan telefon mengejutkan Ella. Pantas Ella turun ke bawah pangsapuri mencari kenderaan milik Pakcik Basri.
" Ella.. ambik plastik barang depan sana. Beras tu nanti kita angkut sekali. " Semakin terharu Ella dengan kedua orang tua yang sudi membantunya. Saat pintu dibuka, kak M menegur.
" Ella ni rumah kita kan??" Kak M yang mamai seakan bermimpi.
" Ye kak.. kenapa?" Tanya Ella.
" Bersih semacam rumah baru. Kak ingat kak masuk rumah orang. " Kak M menguis kaki di lantai. Benar lantai itu bersih dan barang tersusun elok.
" Kenapa tanya macam tu nak?" Tanya Rokiah aneh.
" Sebenarnya dah bertahun rumah ni tak dibersihkan. Kami penat kerja. Lagipun tak ada kerjasama. Masa bangun tadi saya terus ke tandas. Tengok tandas bersih berkilat. Jalan ke dapur , singki tu boleh nampak muka dah. Lantai ni.. macam rumah baru dah. " Kak M bersungguh sungguh bercerita.
__ADS_1
" Makcik faham kamu terkejut. Makcik pernah alami. Rumah bersih macam ni malaikat masuk. Jaga lepas ni ye." Pesan makcik Rokiah.
Pandangan mata Basri tidak berapa senang dengan bilik Ella. Entah mengapa dia merasakan aura negetif terlalu kuat di bilik itu. Mungkin itu hanya firasatnya. Dia sibuk menguruskan bilik dan kawasan dalam bilik tempat Ella masak agar tidak bercampur dengan orang lain. Mujur Basri membeli peralatan memasak untuk Ella. Hanya Ella saja yang beragama islam di rumah itu.
" Kami berangkat balik dulu ye Ella. Ni peti sejuk lama kami. Boleh lagi pakai. Makcik dah susun barang dalam tu. Boleh la jimat sementara tunggu gaji nanti. Masak bawa bekal ye."
Rokiah memandang Ella penuh dengan kasih sayang. Entah kenapa dia tertarik dengan perwatakan Ella. Bukan dia saja merasai begitu, Basri juga merasai hal yang sama. Setelah berehat sebentar, Ella mandi dan bersiap untuk turun kerja.
" Tok.. tok..."
Bunyi pintu bilik di ketuk.
" Aku lupa nak bagi pakaian kilang ni kat kau. Mujur kau belum turun ke kilang. Pergi ganti baju. Saiz M ni muat dah dengan kau. " Kata kak M sambil menguap.
" Kak M.. terima kasih."
Dengan pantas Ella menukar pakaian. Dia tergesa-gesa menuruni tangga dan menanti di selekoh yang di tunjukkan encik Zainal. Van behenti saat melihat pakaian seragam Ella.
" Orang baru ye? Ha naik. "
Ella hanya memandang pemandu. Tiada lagi tempat duduk untuknya.
" Berhimpit je lah.. tak nak naik aku tinggal je." Wajah garang pemandu membuat Ella memilih masuk dan menyelit duduk di lantai van. Ella pasrah dengan kehidupan. Hatinya berkobar-kobar untuk memulakan kehidupan baru bermula saat itu.
***Bersambung***
-COMMENT
-LIKE
__ADS_1
-FAVORIT