ANAK

ANAK
Episode 35+Pengumuman update


__ADS_3

Anak


Episod 35


(SEDIKIT PENGUMUMAN DI AKHIR)


Setelah belajar pelbagai ilmu, Amelia sudah mewarisi kekuatan sihir yang kejam dan sadis.


" Kau tunjukkan dari mana teman teman mu dahulu keluar dan masuk!!"


Kepala Lebai Pa ditunjal. Lebai Pa hanya mampu mengangguk dan membawa Amelia menuju ke perkampungan. Kawasan lembah lipan bara yang dahulunya subur setelah kejadian perang kini kembali tandus dan tanahnya merekah. Celahan rekahan mengeluarkan asap nipis dan memualkan. Pokok pokok mati dan berduri tumbuh lagi. Tangan Lebai Pa menunjukkan arah dari anak sungai. Dari kejauhan ada mata yang memerhati mereka. Tubuhnya kecil dan meniarap memerhati gerak geri mereka. Amelia berjalan sendirian menuju ke arah lembah lipan bara dengan senyuman. Wajahnya masih muda seperti dahulu.


" Kembong... Nek kebayan ..aku lapar .."


Trazam berbisik sambil memandang langit. Suara bisikan Trazam kedengaran. Amelia behenti berjalan. Dia ingin mencari arah suara. Kekuatan sihir Amelia seakan aura api keluar dari liang romanya. Kawasan dimana Trazam menyorok di ketahui . Baru saja Amelia mahu menyerang, burung garuda yang besar menyambar Trazam dan membawanya pergi.


" Kamu tahu bahaya disitu..kenapa kamu bersuara?"


Burung garuda dari jelmaan Lang Saidina sempat sampai menyelamatkan Trazam. Hanya esakkan air mata Trazam kedengaran.


" Angin...bawalah suaraku kepada kembong dan nenek kebayan. Bantulah kami nenek kebayan. Aku rindu ayah dan ibuku." Trazam menjerit sekuat hati ketika berada di udara.


Amelia mengikut arah dimana bau manusia kuat terhidu. Pintu antara dunia dan alam lain kini sudah kelihatan. Rumah agam milik keluarga Frediana dan Rahman kelihatan. Tetapi rumah itu sudah dijual. Frediana dan keluarganya berpindah menetap di luar negara untuk melupakan kenangan dan kisah silam. Seorang wanita duduk di tepi parit. Amelia membaca fikirannya. Dengan mudah dia memukau wanita itu.


" Carikan aku sebuah rumah yang selesa. Akan ku bantu kau mendapatkan hak mu." Arah Amelia.


Tidak sempat untuk terkejut. Sofia mengikut kehendak Amelia. Kondo miliknya dahulu dijadikan tempat tinggal Amelia.


"Mulai sekarang, kau anak didikku. Semua dosamu makanan aku. Ahahahah".

__ADS_1


Amelia melepaskan pukau pada Sofia. Mereka berkenalan dan ingin sekali dia hidup bebas tanpa ada lagi hati yang mahu di jaga. Saat merenung dengan siapakah Sofia berdendam, dia melihat wajah wanita lain iaitu Wandiana Julie. Dari situlah dia melihat pelbagai kisah Jue. Dan setelah babak terakhir dia melihat wajah paling dibencinya. Sufian Hakimi..insan yang bersama Lydia suatu ketika dahulu menentangnya. Semakin membuak api dendam Amelia. Dia akan mengunakan Sofia agar Jue meminta bantuan Pion. Maka dengan itu, Lydia juga akan berhadapan dengannya. Amelia tersenyum puas tidak sabar menantikan hari berkenaan. Dihadapan Sofia, Amelia memukau bapa nya, tetapi aneh Sofia tidak kesian malah seronok dengan kekuatan ilmu Amelia. Kemewahan apa saja yang Amelia mahukan dengan mudah didapati.


" Baca dan hafal. Balik buat. Pastikan mereka makan dengan itu, mereka akan jadi orang suruhanmu."


Amelia menyikat rambutnya dan memakai pakaian cantik. Dia tidak sabar lagi mencari pasangan lain dan inginkan kepuasan hidup yang telah lama suram. Biar masa mengantikan apa yang telah hilang.


**********


Pion melihat aura hitam dari lipan bara yang kuat di gate rumahnya. Hentakan kakinya bersama bacaan sekali nafas beserta semangat membuatkan aura hitam menjadi kabus dan perlahan menghilang. Saat masuk ke dalam rumah, wajah isterinya bengis dan muncul kelibat Jue di situ. Mengertilah Pion bahawa musuh lamanya sudah kembali. Hatinya gusar tetapi dia harus memujuk dahulu isterinya demi aib rumah tangga. Setelah selesai, Pion sengaja berdiri di halaman rumahnya, kepulan asap hitam bertukar menjadi susuk tubuh insan yang pernah dikenali. Memakan masa yang lama untuk Pion mengenali dan mengingati dari manakah dia melihat wanita itu. Cuaca yang cerah tiba tiba hujan. Saat itu Pion teringat dengan Piee ( katak perkampungan bunian).


Saat itu barulah dia teringat bahawa susuk itu adalah musuh lama Lydia iaitu Amelia. Wajahnya seakan mengejek Pion. Senyumannya sinis. Awalnya Pion tidak berapa gentar dengan usikkan Amelia, tetapi saat lori cuba melintas di sebelah jelmaan Amelia, lori itu hampir terbabas hanya dengan hentakan kaki Amelia. Pion merasakan mara bahaya yang lebih besar bakal berlaku andai dia berlawan. Pion hanya diam dan terus masuk ke dalam rumah dan berhubung secara hati ke hati dengan para sahabatnya. Sekian lama Mawi tidak menyahut suara hati mereka bertiga setelah berpisah dari pulau puaka tetapi hari berkenaan, raja naga sudi turut menjawab. Adakah Mawi tahu mereka akan menempuh dugaan yang lebih besar dari dahulu? Pion hanya mampu menanti dengan sabar kedatangan teman temannya.


" Aku akan selesaikan apa yang sepatutnya."


Lydia bersuara saat mereka berkumpul di hotel sarawak.


" Ayah.. boleh Irzan ikut?"


Irzan yang menikmati ayam pansuh menyampuk.


" Jangan tanya ayah.. tapi tanya kedua tok. Ilmu Irzan cukup atau tak, ayah tak tahu. Tapi seeloknya Irzan fokus pada kerja Irzan. Zaman dah berlalu nak. Bukan senang nak minta cuti macam zaman ayah dulu. " Jawab Azman berterus terang. Irzan hanya diam membisu.


Melihat Lydia berubah sikap, Budin bersuara.


" Ah ye la.. Lydia ikut ye. Lama dah kita tak bersama sama bagi tendangan kaki katik kat orang yang berpakat dengan iblis ni. Dah la tapak kaki aku tak macam dulu, kali ni merekah pecah kulit kaki aku. Sekali sampai kat muka orang, timbul peta dunia terus. Punya keras kulit tapak kaki aku. Ha.. kita bercuti dulu, bini bini sekalian, andai nyawa kami berakhir di jalan Allah, redha kan. Bukan kami tak sayang tapi kami kena sayang Allah terlebih dahulu." Budin memandang lama wajah Nur dan adik iparnya Suri.


Jelas wajah berkedut di wajah isteri mereka gusar dan risau. Tetapi mereka redha andai suami mereka terpilih sebagai pahlawan di jalan Allah. Doa isteri adalah sebaik-baik tulang rusuk pilihan Allah.


" Jue.. makan..jangan susah hati. Awak tu mengandung. " Pinta Liya.

__ADS_1


" Makcik.. selamatkah suami saya?" Air mata masih bergenang kelihatan jelas di mata Jue.


" Percaya pada Allah. Tak mungkin Allah bagi dugaan lebih dari kemampuan umatnya. Jangan sesekali mengeluh dengan kesakitan dan setiap dugaan Allah berikan. Nanti segan Allah nak bagi ujian. " Pion menyampuk dari belakang. Jue menundukkan wajah.


*********


Tanpa mengetahui apakah ramuan makanan , kerana lapar dahaga keluarga Fauzi dengan rakus menjamah makanan yang diberikan Sofia. Semakin pudar ingatan Iswandi pada Jue. Setiap hari Iswandi di suruh seperti hamba abdi melayan Khay ketika datang ke rumah. Maria dan Fauzi pula di suruh menyerahkan semua harta yang ada.


Amelia datang ketika Iswandi sedang mengurut belakang Khay.


" Wow...aku mahukan laki ini." Amelia tersenyum pada Sofia.


" Ambik lah .. gunakan lah..." Sofia yang sudah nampak perut tetap meneguk arak di meja bar dapur rumahnya.


Iswandi hanya mengikut arahan tanpa sedar dia telah berzina . Amelia puas dengan layanan Iswandi. Luahan istimewa Iswandi padanya tidak pernah Amelia rasai selama ini. Sedangkan Iswandi hanya pernah memberikan layanan istimewa itu hanya pada Jue. Satu satunya isteri yang amat di cintai. Tiap kata Iswandi mendamaikan hati Iswandi. Degupan jantung Amelia mulai laju. Amelia tidak menyangka dalam dendam dia akan jatuh cinta pada Iswandi. Bukan kerana rupa, tetapi kesempurnaan dalam kasih sayang yang diberikan. Tetapi apabila teringat akan kisah silamnya, Amelia cuba menepis bahawa masih ada lelaki yang baik dan penyayang. Setelah puas, Amelia ingin meninggalkan Iswandi. Tetapi entah mengapa, saat Iswandi meluahkan ayat jujur tanpa sedar dalam pukauan membuat hati Amelia luluh. Amelia tahu itu bukan untuknya tetapi pada insan yang masih ada dalam hati Iswandi. Walaupun di pukau tetapi hati Iswandi kuat dengan pegangan cinta.


" Sayang... Bie tak minta sayang untuk jadi cantik dan sempurna. Tapi ketaatan sayang pada bie membuatkan bie gagal untuk menduakan sayang."


Amelia berhenti melangkah. Wajah Iswandi yang pucat lesi di pandang. Kesian tapi timbul perasaan aneh. Dia terharu dan andai benar dialah insan yang bertahta di hati lelaki seperti itu, tidak mungkin dia akan menjadi pendendam.


" Aku tidak pernah merasai cinta yang jujur. Ingin sekali aku merasai cinta yang jujur. Aku ingin!!!!" Amelia terduduk saat dia silap. Masih ada lelaki yang baik di muka bumi.


" Ingat apa niat kedatangan mu..."


Muncul suara ratu sihir bergema dalam bilik. Amelia bangun dan berlalu meninggalkan Iswandi. Sofia sedang berseronok memukul Fauzi dan Maria yang membongkok bongkok seperti anjing. Sementara Khay ketiduran setelah penat melayan nafsu Sofia. Masihkah ada sinar untuk keluarga Fauzi terlepas dari kuasa sihir.


***BERSAMBUNG***


(Sambungan mungkin lama lagi. Mungkin selepas raya. Saya Agak busy dah sekarang. Maaf sangat-sangat. Jangan ditunggu-tunggu cerita ni ye.)

__ADS_1


__ADS_2