
Anak
Episod 25
Airmata kesedihan Jue mengalir. Dilla, Liya dan M seakan kelam kabut meninggalkan kilang mengekori Jue dari belakang. Iswandi berlari cuba menahan tetapi Jue telah pun berlalu menaiki teksi. Hati Iswandi tidak tenang. Dengan pantas M menjerit.
" En Zainal oiii.. kereta kat mana!!!"
Jeritan M mengejutkan Iswandi. Mereka berlari ke kereta malangnya kunci kereta ada pada Meor yang entah ada dimana dalam kilang. Panggilan telefon Meor juga tidak mendapat liputan rangkaian. Puas mereka menunggu teksi akhirnya ada teksi yang behenti. Sampai di rumah flat asrama, Iswandi menerjah masuk. Tapi sayang, tiada kelibat Jue dalam rumah. Sebegitu cepat Jue mengemas barangnya dan meninggalkan rumah.
" Airport!!!"
Giliran Liya pula menjerit. Mereka yakin Jue akan pulang ke Sarawak membawa diri kerana Jue tiada sesiapa. Sekali lagi kerana tiada kenderaan mereka agak sulit menahan teksi.
" Eeee nanti la si Meor ni. Time orang perlu kereta ...ha time tu juga dia ghaib. "
M tidak henti henti membebel. Tiada kelibat Jue di airport. Mereka berpecah mencari tetapi seakan tiada Jue disana. Menjadi persoalan mereka bersama. Dimanakah Jue.
Air mata Iswandi mulai mengalir. Sebak hatinya. Teringat hari bahagia dia bersama Jue. 8 januari hari bahagia mereka berdua. Wajah bahagia dia dengan beraninya mengajak Jue berjumpa malam ini amat dinantikan tetapi lain yang terjadi. Dengan penuh kasih sayang tangan lembut Jue menyapu air mata dipipinya sebelum berlalu pergi masih terasa. Terasa bagaikan separuh dari hidupnya hilang pada hari itu. Pertama kali Jue berani memegang tangannya sambil merayu agar dia menyelamatkan keadaan. Pertama kali Jue meluahkan kata cinta sejujurnya dari lubuk hatinya. Sememangnya indah tapi sementara. Lagu di radio teksi berkumandang bertajuk " bintang." Air mata Iswandi semakin laju mengalir. Dia gelisah dimanakan Jue sebenarnya berada.
*************
Ary dengan pantas membonceng motosikalnya meninggalkan kilang. Dia sampai dahulu di flat dimana Jue tinggal. Dari tangga dia menyorok. Terdengar tapak kaki orang menaiki tangga dengan laju. Ary tersengih-sengih bila tau itu adalah Jue. Mantera dibacakan pada rokok. Saat Jue lalai dengan kesedihan berlinangan air mata, tanpa sedar Ary muncul di sebelah nya. Jue terkejut tapi hembusan asap rokok membuatkan Jue tidak sedar apa yang terjadi.
" Pergi ambik semua barang kau sekarang secepat yang mungkin. Aku nak secepatnya faham!!"
Seperti dipukau, Jue menurut perintah Ary. Dengan pantas dia berlalu dan mengikut Ary menaiki motorsikal dan pergi ke tempat dimana dia akan disorokkan. Sambil membawa motosikal, arahan agar Jue memeluknya dengan erat dituruti. Tangan Jue diusap lembut oleh Ary. Wajah Ary tersenyum kepuasan dan tidak sabar dengan niatnya.
" Padan muka kau Zainal. Nak cantas aku?? Puiiihhhh.. hampas pun kau takkan dapat!!" "
Ary membawa motosikal selaju yang boleh. Mereka tiba di rumah kampung milik orang tuanya.
" Ha.. siapa lagi kau angkut balik ni hah!!"
Mak Ary berteriak kuat.
" Yang ni bakal isteri Ary. Dah mak jangan bising. Tak pasal mak duduk rumah orang tua nanti. "
__ADS_1
Ary membuka pintu bilik dan mengarahkan Jue untuk masuk. Mak Ary hanya mampu menggelengkan kepala memikirkan nasib yang bakal diterima gadis itu. Dari wajahnya, mak Ary tahu gadis itu baik. Malangnya mak Ary risau akan keadaan dirinya yang sudah tua. Jeritan menahan kesakitan kedengaran. Sedih mak Ary mendengar tapi apakan daya. Bunyi tangisan kedengaran tapi wajah puas Ary menandakan dia sudah memiliki Jue setelah keluar bilik.
" Kau kata dia bakal bini kau! Ha bila kau nak bernikah? Esok malam ni? Ha mak panggilkan orang. " Pantas mak Ary bertanya. Melihat dari keadaan Jue dia tahu gadis itu anak dara yang telah dipukau anaknya.
" Sukati mak lah!! Dah Ary nak keluar ni. Jangan biarkan Jue tu keluar. Mak faham tak?" Suara Ary agak tinggi mengingatkan.
" Eh tak payah keluar.. kawin malam ni. Ikut nya ada orang nampak dia masa jemur kain..ha orang baca ayat apa ke.. dia sedar dah tak jadi bini kamu..ha nak?" Tanya mak Ary.
Pertama kalinya Ary takut kehilangan Jue. Malangnya itu adalah pengorbanan ibu Ary pada gadis malang itu. Saat melafazkan kalimah syahadah, Jue tersedar dari pukau. Jue menjerit jerit meminta pertolongan. Semua panik. Ary tidak menyangka, ilmu dukun yang amat tinggi itu dapat hilang sekelip mata. Mendengar cerita dari Jue dan ibu Ary, Ary panik saat semua orang mahu menangkapnya. Kerana terdesak melarikan diri dari tangkapan orang ramai, Ary tidak sedar jalan dihadapannya adalah jalan raya.
" Poooommmmmm..."
Lori yang tidak sempat berhenti melanggar Ary dan dia terpelanting jauh.
" Arrryyyyy!!!!"
Menjerit ibunya yang sempat menyaksikan anaknya terpelanting jauh. Jue yang masih trauma hanya diam membisu. Deringan telefon Jue kuat dan bingit. Salah seorang yang berada di masjid tempat Ary dan Jue bakal bernikah mengangkat telefon .
" Call en Zainal sekarang.. Jue dalam kesusahan!!!"
M menjerit sekuat hati dalam rumah. Mereka baru mendengar khabar dari orang yang mengangkat telefon Jue. En Zainal kelam kabut membawa mereka ke alamat yang diberikan.
Iswandi datang memeluk Jue yang menangis trauma. Mayat Ary dibawa ke hospital tetapi kini Jue merasakan biarlah dia juga menjadi mayat. Tidak mampu lagi meneruskan hidup setelah dirinya musnah sekelip mata oleh Ary.
" Sayang.. apa yang terjadi bukan kehendak sayang. Tok iman.. bolehkah saya bernikah dengan dia?" Tanya Iswandi.
Semua orang bersetuju Jue dan Iswandi bernikah. Mendengar Jue sudah melafazkan kalimah syahadah dalam keadaan sedar dan iklas, akhirnya Jue sah memeluk islam.
" Bie bagi nama baru sayang ye. Wandiana Julie binti Abdullah. Mari sayang..wali hakim dah menanti. Semua ini dah tertulis sayang. Andai perkara ni tak berlaku, mungkin sayang tak bernikah dengan bie. Sayang dah tinggalkan bie. Bie tak sanggup sayang pergi. Tak sanggup sayang. Hari ni hari bahagia kita. Apa yang terjadi , Bie relakan. Bie hanya nak cinta sayang. Itu saja. "
Iswandi menyapu air mata Jue. M , Liya dan Dilla tumpang bahagia atas pernikahan Jue. Deringan telefon dari Iswandi menyampaikan khabar bahawa dirinya sudah bernikah dengan Jue mengejutkan ibubapanya. Dalam gembira ada kerisauan dalam benak fikiran mereka.
" Bie.. terima kasih sudi terima sayang yang dah tak ada apa apa ni. Tapi sayang minta, tolong nikah dengan perempuan yang mampu selamatkan syarikat tu ye. Itu saja permintaan sayang dihari perkahwinan kita. "
Iswandi mengangguk. Setelah pulang, Jue disambut Maria dengan baik. Tetapi kerana trauma pada Ary, Iswandi faham keadaan Jue. Dia hanya berbual mesra sehingga Jue tertidur. Lama Iswandi menatap wajah Jue. Bagaikan mimpi, pada 8 januari, gadis impiannya benar benar miliknya dan tidur di sebelahnya. Tapi, bagaimana cara untuknya merahsiakan pernikahan mereka?. Nasib syarikat kini hanya di tangan Iswandi. Dahi Jue dikucup lembut. Sesekali dia melihat Jue mengingau trauma kejadian yang menimpa. Perlahan Iswandi memeluk menenangkan. Terasa jauh dalam hatinya selesa memeluk isterinya sendiri. Dahi Jue sekali lagi kucup lembut. Jarinya bermain main di bibir Jue yang tidur nyanyak. Akhirnya Iswandi tertidur dengan senyuman.
Pagi itu Jue menangis kelegaan. Dia datang bulan sehari selepas peristiwa dia dan Ary. Iswandi datang dan memeluknya. Dia faham erti tangisan Jue dan bersyukur, benih Ary tidak menjadi penghalang dia memiliki Jue selamanya.
__ADS_1
" Isteri ku Wandiana.. ucapkan alhamdulillah bila ada sesuatu yang baik terjadi. " Bisik Iswandi ditelinganya."
" Bie kenapa beri nama Wandiana?" Tanya Jue.
" Tengok cincin sayang.. bie memang nak memperisterikan sayang. Dah tertulis pun nama tu. Iswandi dan Alana jadi Wandiana. Biar nama kita sentiada bersama sehingga liang lahad sayang. " Ucap Iswandi.
Saat itu baru Jue meneliti cincin perkahwinan nya. Semua yang terjadi semalam agak kelam-kabut. Memori indah diijabkabulkan pun seakan tidak ceria hatinya. Tapi Jue bersyukur jodohnya bukan Ary tetapi Iswandi.
" Bie... Terima kasih kerana selamatkan sayang. " Pertama kali Jue memberanikan diri memeluk Iswandi.
Iswandi memejamkan mata dan mengucapkan syukur tidak terhingga. Deringan telefon dari Mia dan sahabatnya di Sarawak seakan sebuah kejutan. Perkara semalam diceritakan M dengan terperinci. Membebel Mia di corong telefon tetapi sempat mengucapakan selamat pengantin baru. Iswandi meninggalkan Jue dibilik dan turun ke ruang tamu. Wajah sunggul kedua ibubapanya seakan difahami.
" Mama.. papa . Maaf. Bukan niat Zainal nak membelakangkan mama dan papa, tapi Iswandi terlalu tamak. Zainal tak mahu kehilangan Jue. " Iswandi sedaya upaya menutup aib Jue.
" Kami faham, tapi bagaimana dengan masalah kita Zainal. Papa buntu sangat. Kalau tak ada cara lain, kilang kita terpaksa tutup untuk langsaikan hutang. " Ucap Fauzi.
" Papa...mama.. maafkan Jue. Tapi Jue tetap nak abang Iswandi tunaikan janji dia. Nikah kan mereka papa ..mama.. Jue dah bersyukur ada mama papa dan abang Iswandi. Rahsiakan tentang Jue pun tak mengapa. " Pinta Jue yang tiba tiba muncul dari bilik.
" Allahuakbar.. sayang.. Bie tak sanggup duakan sayang. " Iswandi memegang tangan isterinya.
" Bie kene tunaikan janji bie di hari pernikahan kita. Ingat nasib setiap pekerja. Berpuluh tahun kilang tu hasil titik peluh mama dan papa bie. Cinta mereka kat kilang tu sama seperti mana bie lahir dan membesar hasil dari kilang tu. Sayang lebih rela disorokkan dari sayang tengok penderitaan semua orang. Kalau bie tak nak juga, sayang mengundurkan diri. " Ugut Jue.
Tergamam Maria dan Fauzi seketika. Iswandi buntu memikirkan permintaan Jue. Deringan telefon juga membingitkan telinga. Nombor Khairul pemilik hutang tertera. Dari corong telefon dia mahu majlis perkahwinan segera di lakukan. Firasat Maria agak pelik.
" Entah-entah anak dia bunting tak. Nak Zainal tutup aib anak dia." Maria yang sedikit serabut mula bersuara.
" Tak apalah mama.. biarlah Zainal korbankan diri. Asalkan hati Zainal milik Jue seorang. Menantu mama ni bernama Wandiana Julie sekarang. Ajarkan dia solat apa semua ye mama. Biar Zainal uruskan syarikat. "
Jauh di sudut hati Maria sebak dengan ucapan anaknya. Dia ingin kan kebahagiaan anaknya bukan memaksa anaknya mengorbankan diri. Wajah Jue ditatap lama. Dia bersyukur mendapat menantu yang baik. Tapi sanggupkah dia menyorokkan identiti menantu kesayangannya kelak. Jujur hatinya tidak sanggup.
(Update setiap hari Ahad & Rabu)
*Bersambung*
-COMMENT
-LIKE
__ADS_1
-FAVORIT