
"Baiklah Toshio, atok harap kamu guna system dan kuasa dewa ini dengar benar ya ."
"Atok dewa , boleh saya tanya ? Kenapa saya ada kuasa ini ? Adakah dunia dewa dalam bahaya seperti dalam novel yang pernah saya baca ." tanya Toshio dengan tenang tanpa ada sebarang unsur kebencian .
" **Nak dengar cerita , Toshio? "
"Pada zaman dahulu**...."
( Kisah di Alam Dewa )
Dulu kami sebagai dewa hidup dengan sangat aman .Dewa penjaga , dewa tertinggi yang akan menjaga sebuah planet bahkan ada yang menjaga tatasuria , terus menjaga keseimbangan planet tetapi tidak boleh mencampuri tangan diatas segala masalah di sana .
Bahkan jika planet itu hancur pun kami tiada keperluan untuk mencampuri tangan walaupun diperbolehkan kecuali jika ada dewa yang jahat inginkan kuasa sesebuah planet .
Setiap planet memiliki teras kuasanya sendiri yang ada tidak tahu kemana bahkan kami para dewa tertinggi tidak dapat tahu kedudukannya. ...
"Bukan ke dewa tertinggi sangat lemah bahkan banyak yang tidak dapat dilakukannya ?" tanya Toshio.
"Kami para dewa tertinggi mungkin banyak yang tidak dapat dilakukan tetapi kekuatan dewa kami tetap ada .Anggaplah seperti kami hanya malas mahu menggunakan kuasa kepada bumi ."
"Biar atok sambung cerita."
Seperti yang tadi atok kata teras kuasa setiap planet adalah sumber energi kepada planet itu sendiri .Jika tiada teras kuasa , maka kehancuran planet tidak dapat dilindungi lagi kecuali jika para dewa bersatu untuk menggunakan seluruh kuasa mereka untuk melindungi kembali energi teras dengan kuasa dewa mereka sendiri .
Untuk pengetahuan kamu , bumi ini dahulu pernah mengalami teras kuasa yang hilang kerana diambil oleh dewa jahat .Itu mengebabkan bumi dalam kehancuran skala besar .
Tetapi tanpa kompromi ada 2 dewa yang bersatu kuasa untuk memberikan energi mereka sehingga keadaan mereka sangatlah lemah dan perlu berhibernasi untuk masa yang sangat panjang .
Dewa itu ialah atok sendiri , Sang Dewa Bumi dan telahpun memulihkan energi dewa sebanyak 50 peratus tetapi dewa yang satu lagi keadaannya masih tidak diketahui .
Atok rasa ini disebabkan dewa itu menggunakan energi yang jauh lebih banyak daripada yang diperlukan sehingga dewa itu terpecah menjadi reinkarnasi .
Oleh itu , atok mencari di seluruh bumi tidak kira dimana , siapa dan masanya ; atok tetap mencari jiwa reinkarnasi sang dewa sehinggalah atok jumpa kamu .
Kamu memiliki jiwa itu , jiwa reinkarnasi seorang Dewa Cinta .Tetapi jiwa itu sangat lemah dan boleh membahayakan diri kamu .
Oleh itu , atok berikan kamu sushi yang boleh memberikan kamu kuasa .Tetapi bukan itu sahaja , atok memberikan kamu kuasa , kamu memberikan atok jiwa reinkarnasi .
Jiwa reinkarnasi akan diletakkan di dunia dewa untuk diisi kuasa nya jauh lebih cepat .Jadi, sekarang kamu tidak lagi seorang dewa tetapi setengah dewa yang memiliki perasaan kasih dan cinta yang kuat impak dari jiwa Dewa Cinta .
Kamu boleh hidup seperti manusia biasa tanpa berurusan dengan dunia dewa tetapi itu tidak mudah , jadi atok berikan kamu kuasa dari atok sebagai pengganti jiwa itu .Maafkan atok tetapi itu untuk kebaikan kamu .
Atok harap dengan kuasa ini kamu boleh sebarkan benih cinta dan pendamaian pada bumi ini yang sudah kehilangan kuasa dari Dewa Cinta .
Manusia bumi sangat aneh walaupun tiada Dewa Cinta tetapi perasaan cinta mereka masih tetap ada selamanya jadi tugas kamu 70 peratusnya sudah selesai dengan sendirian .
Tetapi tetap gunakanlah kuasa kamu untuk perkara itu .Atok yakin kamu boleh .
"Kamu nampaknya tidak terkejut dengan cerita atok , pelik ? " tanya Atok"
"Jujur susah untuk memproses semua maklumat itu , tetapi Toshio rasa ianya logik akal untuk dipercayai bahkan saya sudah mendapat kuasa ajaib yang dikatakan fiksyen , yang membuktikan segala sesuatu boleh berlaku .Jadi saya tidak pelik , mungkin ." jawab Toshio.
"Baguslah .Jadi atok ingin berikan misi special melalui system boleh ? Atok ingin kamu buat kelab penyiasatan di Universiti Johor kamu untuk menyiasat segala perkara yang dilaporkan seseorang dan kamu perlu merekrut si Intan itu bersama kamu .Untuk ahli lain , atok tidak kisah ."
"Apa ?? Buat Kelab satu hal tetapi kenapa kena masukkan Intan budak kedai iris tu ? "
"Ibu Intan dibunuh oleh seseorang bahkan organisasi yang berkait rapat dengan unsur negatif yang kuat di tempat ini . Musnahkan organisasi itu jadi banyak kejahatan yang dapat dicungkil dsatu per satu .Atok rasa organisasi akan jadi berbahaya di masa hadapan jika tidak cepat dibendung . Rapatkan diri kamu dengan Intan untuk lindunginya dan korek sebanyak mungkin petunjuk dari organisasi itu .Faham ? "
"Susahnya "jawab Toshio .
__ADS_1
"Memang sukar tetapi dengan kuasa kamu bahkan kamu boleh lakukannya dengan mudah dan tidak membahayakan sesiapa .Sampai disini sahajalah , atok pergi dahulu , bye dan ingat percaya pada diri kamu , Toshio ."
Atok itu pergi begitu sahaja dengan segumpal awan yang mengelilinginya dan hilang setelah sekian detik.
"Woi, tak kan terus pergi selepas bagi aku masalah ! Dasar dewa tak guna ! " marah Toshio .
......................
(Bilik Mandi )
Sebelum makan malam , Toshio berendam dahulu di tab mandi untuk tenangkan diri.
"Untuk misi spesial itu macam mana? Aku mungkin ada kuasa dari dewa tapi tetap aku masih manusia yang memiliki kelemahan . Sekarang aku perlu selamatkan Intan bahkan mungkin satu dunia .Aku pun baru kenal dengan dia , sekali sahaja tetapi sudah mahu cari informasi pembunuhan ibunya yang dia sendiri anggap hanyalah kematian normal .Bukan ke semua benda tu tidak masuk akal untuk budak 18 tahun ."
......................
...[Misi Dewa]...
...Cipta kelab penyiasat dan ajak Intan untuk sertai....
...Hadiah: Sihir penyimpanan {storage} dan 1 juta coin...
...Hukuman : Tiada...
...Masa : 3 hari...
......................
Tiba -tiba sebuah notifikasi muncul , yang memaparkan misi spesial yang dikatakan oleh sang dewa tua itu melalui system .
"Jadi ini bentuk system yang aku dan atok dewa buat .Cantik .Tetapi kenapa misinya hanya ini bukan ke misi yang diberi dewa sangat banyak tadi ?"
......................
Tugas Misi special boleh tidak mengikut arahan Sang Dewa kerana Misi Special ada kalanya datang mengikut keadaan dan masa yang berlaku pada Tuan Toshio.
Sama juga dengan misi harian yang ada kalanya misi adalah berulang-ulang bergantung pada rutin Tuan .
Hadiah misi special jauh lebih tinggi berbanding misi harian tetapi tetap menguntungkan Tuan jika diselesaikan kerana coin yang didapat selai boleh ditukar jadi duit nyata turut boleh ditukar kepada peralatan sihir tingkat Dewa .
Boleh check di status system .Hanya perlu cakap ataupun fikir { buka status**}.
......................
"Baiklah, macam best .Mari kita cuba { buka status }"
......................
...Status...
Nama : Danial Toshio
Umur : 18 tahun
Tinggi : 180 cm
Jisim : 57 kg
Ketampanan : 100
__ADS_1
Kelebihan : Penerima kuasa dewa : mata tembus pandang, telepati , sihir dan 'power up' .
Sihir : Unlimited
Mana : Unlimited
Coin : 1,000,000 ( I coin \= RM 1\= 3000 Rupiah)
Shop : ( Sila sebut {buka shop} )
Misi harian : tiada
Misi special : Cipta kelab penyiasat dan ajak Intan untuk sertai.
...Hadiah: Sihir penyimpanan {storage} dan 1 juta coin...
...Hukuman : Tiada...
...Masa : 3 hari...
......................
"Buka shop"
......................
...Shop...
Serangan :
1. Pistol kematian : tiada peluru .Menembak seseorang sehingga membuatnya mati tanpa ada kesan fizikal apabila dicharge .Jika tidak dicharge kesannya hanya membuatkan sasaran dan kawasan sekitarnya pingsan selama 12 jam .
2. Pedang pembelah ruang: Tidak perlu keahlian .Kuat dalam duel . Mampu memotong apa sahaja bahkan ruang dan masa.
3. Tongkat sihir Dewa : meningkatkan kekuatan sihir sebanyak 50 kali lipat dan mengurangkan penggunanan mana sebanyak 70 peratus .
4.Scarlet Twin : Membuatkan pengguna terbang bebas dan mampu menebas secepat cahaya .
5. Sky Sword : Belati kecil yang boleh dilempar dan diterbangkan. Sangat cepat dan mampu menebus lebih dari aatu individu .Max : 3 individu sebelum kembali ke tangan pemilik dengan teleportasi.
6.Bulu Racun : membekukan pergerakan lawan selama lebih 2 jam .Menyerang lawan secara lock target .
Perlindungan :
1.Zirah Keabadian : Apabila dibeli , kekuatan perlindungannya akan diserap oleh tubuh atau Zirah boleh diperlihatkan apabila pengguna menginginkannya .Memberi perlindungan dari sebarang serangan bahkan bom atom boleh ditangkis dengan mudah .
2. Recovery : Menyembuhkan HP , mana dan mampu menghilangkan segala jenis penyakit peminum .Tidak boleh menghidupkan kematian . Rasanya seperti susu strawberi manis .
3. Buku Segel : Memberikan segala maklumat yang diperlukan .Hanya perlu menyebut masalahnya , maka jawapannya akan diberikan .Tulisan hanya boleh dilihat oleh pembeli.
4. Origami : Bersifat lock target .Apabila melekat di tubuh seseorang , maka pembeli dapat mengetahui lokasi dan pergerakkan seseorang dengan tepat .Apabila terkena target , origami tidak akan jatuh atau dirosakkan kecuali apabila diminta oleh pembeli.
5.Barrier : Luas cukup untuk satu bangunan atau infrastuktur. Apabila ada bahaya atau manusia yang memiliki niat yang jahat , pembeli dapat mengetahuinya .Terpulang kepada pembeli untuk menteleportasinya ke luar barrier atau membiarkannya .
[ Terima kasih kerana membaca ]
__ADS_1