
Di office milik Dr. Suzy
" Baiklah Toshio , sekarang tiada siapa yang boleh dengar perbicaraan kita . Apa yang mahu kamu tanyakan ? "
" Saya nak kakak bantu saya sembuhkan penyakit Farah . " ucap Toshio tanpa ragu .
" Kamu tahu jika orang lain yang katakan itu maka kakak akan kata mustahil tapi kakak rasa kamu berbeza bukan ?
Kakak sudah pernah lihat keupayaan kamu untuk sembuhkan penyakit adik kepada kawan kamu ( Rudy , adiknya Intan ) dan melihat kekuatan kamu menumpaskan 2 kes besar sampai keluar berita jadi apabila kamu kata mahu sembuhkan Farah maka kamu past tahu caranya bukan ? "
Toshio kononnya mengambil botol dari beg dan menyerahkan kepada Suzy .
" Ini adalah botol penyembuh kanser pankreas . Kesan botol ini tidak semujarab ubat hari itu jadi perlu diminum beberapa botol untuk pastikan hasilnya terlihat . Minumnya dua botol sehari dan dalam seminggu kanser pankreas yang di tahap 3 akan sembuh .
Dua hari untuk yang tahap 1 , Empat hari untuk tahap 2 ,dan dua minggu untuk tahap 4 . "
" Kakak akan percaya kamu kali ini tapi izinkan kakak untuk buat ujian eksperimen terhadap produk ini dan jika produknya aman barulah kakak akan memberitahu pihak hospital dan seterusnya kerajaan ."
" Bukankah terlalu lama untuk menunggu semua itu selesai ? "
" Itu hanya formalitas sahaja . Setelah selesai ujian eksperimen, kamu boleh berikannya botol itu kepada Farah tapi dengan pengawasan kakak , faham ? Ujian keberkesanan paling lambat akan habis sekitar 24 jam jadi boleh kamu tunggu sehingga waktu itu ."
" 24 jam ? Bukankah itu terlalu cepat ? Saya pernah baca ujian seperti ini srlalu menghabiskan masa selama satu minggu malahan boleh satu bulan jika ubatnya susah terdeteksi ."
" Pertama , kakak adalah pakar dalam spesifikasi kanser dan pembedahan terutama kanser pankreas jadi kakak tahu selok belok untuk jadikannya lebih cepat . Dan yang kedua , ini adalah ubat yang kamu buat jadi pasti aman punya. Toshio kamu ada berapa botol bersama kamu ? "
__ADS_1
" Kakak nak berapa ? "
" Paling kurang 10 botol untuk ujiannya dan banyak lagi untuk bahagian ' formulitas' ."
" Kalau 10 botol saya ada simpan di kereta bahkan saya ada satu kotak besar penuh botol. "
" Baguslah itu . Nanti letakkannya sahaja di office kakak . Sewaktu formalitas itu ada yang kamu ingin katakan ? "
" Terserah kakak dan pastikan mereka tidak tahu sayalah pembuat ubat itu . Anggap sahaja ini ubat dibuat oleh kakak dan tolong patenkannya sebagai hak kakak dan saya secara rahsia. "
" Saya tidak masalah dengan yang pertama itu kerana bahaya jika orang tahu anak berumur 18 tahun boleh buat ubat kanser dan mereka akan mudah percaya keberkesanan ubat itu apabila seorang pakar kanser yang membuatnya tetapi untuk yang kedua itu kenapa perlu dipatenkan ? "
" Saya mahu amankan ubat ini agar tidak disalah guna oleh pihak sesiapapun yang berniat buruk dan mungkin dengan cara ini sahajalah boleh sedikit memberikan petunjuk akan sesuatu ( kes ibu Intan ). "
" Baiklah , kakak tidak akan bertanya lebih banyak lagi tapi ingatlah untuk tidak lakukan sesuatu di luar keahlian kamu , Toshio .Kakak pergi dulu ."
Selepas menghantar kotak yang berisi botol ubat -ubatan kepada Suzy, Toshio menemui Farah Dhiya dan Prof. Divy. Mereka berbual-bual untuk lebih dari satu jam dan kerana sudah masa untuk Farah melakukan pemeriksaan maka mereka berduapun pulang .
" Farah , esok kami datang lagi iya dan esok prof akan ajar kamu secara pribadi . "
" Iya ke prof .Terima kasih .Yeah dapat juga aku belajar . Disini sangat bosan sehingga dapat belajarpun lebih baik . " semangat Farah .
" Saya pun akan datang juga untuk melihat keadaan kamu .Jangan risau tentang universiti dan tidak perlu risau saya bocorkannya kepada yang lain . Anggap ini rahsia kita iya . Bye ."
Didalam kereta .
__ADS_1
" Dari yang aku baca dari dokumen pemberian Tuan Azmi ., hospital ini tempat terakhir yang telah tercatat dimana ibunya berada dan selepas itu langsung tiada khabar . Mungkin jika aku ada sedikit hubungan dengan pihak hospital ini akan ada peluang dan ruang untuk menyiasat perkara itu . "
" Kenapa kamu kata begitu ? Bukankah kamu juga seorang Dewa Cinta ? "
" Wadah ? Macam kau dan aku ke ? "
" Iya. Akupun harap yang sama tapi untuk jaga-jaga kitapun kena bertambah kuat untuk dapat mengamankan jalan di hadapan kita nanti ."
" Aku nak tanya dari dulu lagi tentang misi harian itu .Kenapa jarang didapat dan sesekali sahaja muncul ? Dan kenapa hanya 'masakan' sahaja yang dikira sebagai misi harian ? "
Sebenarnya system .. bukan ... Sebenarnya Saya sebagai Dewa Cinta selalu lupa untuk berikan misi harian dan sayapun agak malas untuk berikannya jadi boleh tidak kita tukar misi harian itu kepada misi yang lain .
" Aku tiada masalah tapi boleh terangkan pengganti misi hariannya dulu baru selepas itu aku putuskan mahu terima atau tidak ."
Advanture in Dungeon
Pemain akan dipindahkan ke dunia dungeon . Setiap lantai akan memberi hadiah coin dan hadiah gadca jika beruntung . Tetapi untuk selesaikan setiap lantai , pemain perlu melawan semua monster yang ada di lantai tersebut .Dunia sebenar akan terhenti masanya untuk anda apabila anda menyeberangi ke dunia dungeon .
Adventures in Trading
__ADS_1
Pemain diharuskan membuka satu bisnes dan kembangkannya menjadi lahang duit . Semakin besar nama syarikat , kenikmatan pengguna dan hubungan diplomatik antar pedagang.