Kuasa Dari Sang Dewa

Kuasa Dari Sang Dewa
Sarapan dan Sahabat


__ADS_3

(Keesokannya)


...[Misi Harian ]...


...1.Memasak sarapan (hadiah mengikut level kesedapan)...


...Hadiah :...


...Level pemula : 100 coin...


...Level Biasa : 500 coin...


...Level Master : 1 000 coin...


...Level Chef : 5 000 coin...


...Level God : 100 000 coin...


...2. Membuat bekal ke sekolah (hadiah juga mengikut level kesedapan )...


...3.. Membantu seseorang yang dalan kesusahan ....


...Hadiah: 5 000 coin...


......................


Belum lagi Toshio memulakan harinya, Toshio perlu menyelesaikan tiga misi harian .


Walaupun Toshio sudah tidak perlu lagi merisaukan masalah kewangan tetapi Toshio tetap bersemangat untuk menyelesaikan misi kerana ingin cepatkan membeki kesemua barangan di Hadiah system


" Untuk masak sarapan , ada peluang aku dapatkan level tinggi sebab sudah sering aku buat sarapan untuk Ummi ayah jadi mari kita buat dengan menu yang paling mudah dan sihat iaitu lempeng


...----------------...


Cara membuat lempeng diet (resepi google) :


...1 biji telur...


...1 sudu serbuk protein...


...1/2 cawan oat...


...1/4 cawan yogurt Yunani biasa...


...1/3 cawan susu...


...1 sudu kecil serbuk penaik...


...1 sudu kecil kayu manis...


...1 sudu kecil ekstrak vanila...

__ADS_1


Cara memasak :


Kisar semua bahan dalam pengisar serbuk tinggi.


***Panaskan wajan dengan api sederhana.


Semburkan wajan panas (atau kuali) dengan semburan memasak, atau cairkan sedikit mentega***.


Untuk penkek bersaiz sempurna, tuangkan 1/4 cawan campuran di atas wajan.


Apabila penkek mula menggelegak di bahagian atas, sudah tiba masanya untuk membalik. Langkah diulang sehingga mendapat jumlah lempeng yang diingini .


...----------------...


Toshio membuat tiga lapis lempeng sempurna dan ditaburi oleh madu organik .Untuk minuman sudah pasti susu berperisa kegemaran Toshio iaitu Susu Strawberi.


...Misi harian 1 (Selesai)...


...Hadiah : 5 000 coin (level chef )...


...Kekurangan: Lempeng ketiga tuan terlalu awal dikeluarkan sehingga teksturnya akan kurang sedikit daripada lempeng pertama dan kedua....


" Yes , aku dapatkan level chef. Tidak sia-sia aku rajin bangun pagi hanya untuk memasak sarapan ummi dan ayah yang balik tengah malam setiap hari.Terima kasih ummi dan ayah ." teringat Toshio kepada ibubapanya yang jauh di perantauan.


Toshio menghabiskan sarapannya dan terus menuju ke bak mandi untuk berendam .Selepas berendam Toshio kembali memasak untuk bekal sekolahnya nanti .


Walaupun tiada system yang memberitahunya tapi Toshio akan tetap membuat bekal terutama yang banyak kerana Toshio tahu Imran dan Hakim tidak bersarapan kerana akan terlajak bangun .


Oleh itu , Toshio yang bagaikan ibu mereka berdua akan membuat bekal setiap seorang dan juga cemilan energi untuk memastikan mereka tidak kelaparan selama tempoh sebelum rehat .


" Menu bento kita adalah telur gulung, sosis , ayam goreng dicabit-cabit , sayur kankung yang dibungkus di dalam plastik dan nasi dengan kaldu jagung .


Untuk cemilan energi pula , kita buat onigiri yang berintikan lebihan ayam goreng tadi ditambah sedikit bumbu lain .


Bento untuk tiga orang sudah selesai , sekarang tinggal masukkannya ke dalam [Storage] dan siap . Mari bersiap untuk ke sekolah dan nanti takut terlambat pula ."


Toshio dengan memakai headphone wireless dan baju sekolah seperti di kdrama yang dibeli oleh umminya terlihat sangat bergaya ditambah gaya rambut yang berbeza iaitu yang diacak-acakkan .


Toshio pergi ke Universiti Johor dengan menaiki bas awam .


Tanpa Toshio sedar kerana terlena dengan muzik yang dipasang di headphone , kehadirannya di bus itu membuatkan dia dengan cepat menjadi topik pembahasan terutama grup-grup pelajar wanita di belakang bus .


(Di Universiti)


Toshio yang dalam perjalanan ke kelasnya dialihkan perhatian dengan larian yang kencang dari si Imran dan Hakim yang menuju ke arah yang sama dengan arah Toshio .


" Terlambat , terlambat , Imran laju sikit kalau tidak kelas kita akan terlambat . " jerit Hakim yang berlari dengan sangat kencang disusul Imran di belakang .


" Penatlah , Hakim ." keluh Imran yang berpeluh tubuh nya.


" Mereka berdua ni memang tak boleh berhenti dari membuat keributan betullah ." keluh Toshio di dalam hatinya .

__ADS_1


Toshio melihat waktu di jam tangannya dan lantas berdiri di tengah jalan sambil mengarahkan tangan kanannya kehadapan.


" Berhenti kalian berdua ." kata Toshio yang sedikit meninggikan suaranya .


(( Toshio ??? )) terkejut mereka berdua.


Mereka pun membrek secara mengejut tapi nasib tiada yang jatuh .


" Toshio , kamu kenapa hadang kami .Kami mahu cepat ni " kata Imran .


" Betul itu ." setuju Hakim .


" Sekarang baru pukul 8.45 jadi kalian ada masa 15 minit lagi sebelum kelas bermula .


Kalau jalan pun , kalian boleh sampai sebelum masanya .Hakim kelas kita bersebelahan sahaja jadi mari jalan bersama ." jelas Toshio .


" Apa baru 8.45 ? Imran tadi dekat jalan kamu kata kita cuma tinggal 5 minit sahaja lagi .Kejap aku tengok telefon ......Betullah cakap Toshio sekarang baharu pukul 8.45 ! Imran jam kau tu dah salah lah !! " bentak Hakim .


" Iyalah , baru pukul 8.45 .Maaf ya , Hakim sebab salah tengok jam yang rosak ni .Kalau tahu baik aku sarapan tadi , aku tadi cuma minum air mineral je .Nak pergi kantin tak ? " ucap Imran yang berasa serba salah .


" Aku pun cuma minum susu sahaja itupun tiada sampai satu cawan .Nak pergi kantin , kantin jauh lah Imran " keluh Hakim .


" Nah , ambillah Onigiri ni .Aku buat sendiri , seorang boleh ambil dua onigiri sahaja. Aku sudah agak kalian akan bangun lambat harini jadi aku sudah siap-siapkannya dari rumah ." ucap Toshio sambil memberikan dua kepal onigiri panas kepada setiap seorang .


"Terimakasih kasih , Toshio Tampan " balas Imran .


" Wahh , inti ayam dengan kentang .Sedapnya , aku berikan lima bintang untuk ini ." teruja Hakim .


...Misi harian 2 dan 3 (Selesai)...


...2. Hadiah : 100 000 coin (level god)...


...Sebab : Makanan sedap apabila dikongsi bersama-sama...


...3. Hadiah: 5 000 coin...


...Coin : 7,858,900...


" One Shoot , Two Kill " kata hati Toshio.


...ΩΩΩΩΩΩΩΩ...


...Terima Kasih kerana membaca...


...Bab selanjutnya akan datang seminggu lagi. Akan diupdate 1 minggu 1 bab .Jika enggak ada kerja gitulah tapi kalau free mungkin lebih dipercepatkan....


...Silakan ditunggu dan komenlah dengan sopan berkaitan novel ini dan idea bagus untuk ditambah baik dan diperbaiki...


...ΩΩΩΩΩΩΩΩ...


[ Terima kasih kerana membaca ]

__ADS_1


__ADS_2