Kuasa Dari Sang Dewa

Kuasa Dari Sang Dewa
Bab 32 : Haiwan atau Syaitan (II)


__ADS_3

Untuk semalaman Toshio tidak tidur kerana membaca kesemuanya salinan file-file yang berjaya dikumpulkan CCTV Lebah Sihir di rumah dan pejabat milik Eldon. Ada juga maklumat berbentuk transaksi kewangan milik Eldon dan kelapan orang-orangnya berjaya dikumpulkan .


Rakaman Jurang Masa mengambil video perbualan Eldon dan beberapa ibubapa pelajar termasuk ayahnya Sam .Semua ibubapa yang terlibat adalah sejak 3 tahun lalu tetapi untuk tahun ini ada 6 orang ibubapa yang terlibat 3 darinya menjadi pemain utama , 2 orang menjadi pemain cadangan dan Lee Pang Yuan menjadi pemain utama kerana ayahnya Sam .Ada juga 3 orang ibubapa yang terlibat dalam pemilihan pemain cadangan yang menyebabkan Sam tidak terpilih kerana alasan ' borang hilang '.


Selain itu , Rakaman Jurang Masa juga mengambil rakaman pengagihan barang kemas hasil rompakan di sebuah tempat dalam bangunan yang menjadi markas mereka semua ,penyeludupan dadah dari negara jiran ke dalam negara dan dari dalam negara ke negara luar .Geng Eldon didapati menjadi pot untuk transaksi dadah beberapa negara luar.


Dikeranakan sudah hampir waktu pagi , Toshio membuat bekal makanan untuknya dan 6 orang yang lain secara cepat iaitu hidangan steak daging dengan sos keju buatan sendiri .Untuk sarapan Toshio membuat roti bakar dengan daging burger sejuk beku untuk dia , Imran dan Hakim beserta air coklat panas .


( Di universiti )


" Imran , Hakim ambillah makanan ini dan jumpa aku di bilik kelab waktu rehat .Tolong datang cepat nanti kerana ini emergency. "


Toshio tidak terus masuk ke dalam kelas tetapi menuju ke bilik kelab .


( Di dalam bilik )


Toshio mengeluarkan semua file-file dan pendrive ke meja besar yang ada disana . Lantas , keluar dan menukarkan password bilik kelab .


Toshio mengeluarkan telefonnya dan masukkan mesej ke dalam Grup Kelab W yang memiliki 5 orang ahli termasuk Prof. Divy .


^^^Toshio : Assalamualaikum semua , waktu rehat nanti tolong datang segera ke bilik kelab kerana ada kecemasan. Prof. Divy pun tolong datang sekali .^^^


^^^Prof .Divy : Baiklah , Toshio .^^^


^^^Intan : Okey^^^


^^^Toshio: Lagi satu untuk keselamatan , saya sudah menukar password pintu kelab untuk memastikan tidak ada perkara tidak terduga berlaku .Jangan risau, nanti password akan diganti semula seperti yang dahulu .^^^


Toshio juga bermesej dengan Tan untuk memintanya dan Ketua Erina datang ke kelab W pada waktu rehat nanti .


( Waktu rehat di luar Bilik W )


" Wow semuanya sudah sampai ." kata Toshio.


Toshio dan Imran yang baharu sampai disusuli oleh Intan , Hakim , Erina , Tan dan Prof.Divy .

__ADS_1


" Toshio sebenarnya ada apa ini sehingga kamu jemput Erina dan Tan ? " tanya prof .


" Saya rasa lebih baik kita masuk dulu baru saya ceritakan ."


Mereka memasuki bilik dan terkejut kerana didalam bilik tersebut dipenuhi dengan banyak kertas-kertas .


" Toshio apa semua ini ? " tanya Erina melihat banyaknya file-file yang bersepah.


" Intan , sila ceritakan apa yang berlaku dengan misi pertama kita itu sehingga cerita pasukan bola keranjang ." kata Toshio.


" Ohh , baiklah .Sebenarnya ....." cerita Intan.


Intan yang menceritakannya segalanya kepada Erina , Tan dan Prof sambil Toshio mengeluarkan bekal dan memberikannya kepada setiap satu orang .Toshio mempersilakan mereka makan sambil mendengar cerita Intan .


Mendengar hal itu , Erina , Tan dan prof terkejut kerana adanya asumsi bahawa Jurulatih Eldon menerima duit rasuah dari ibubapa.


" Adakah kalian ada bukti menuduh Jurulatih Eldon seperti itu ? Jika ada kita boleh gunakannya untuk penjarakan Eldon ." balas prof .


[[[ Kami tiad...]]]


" Kami ada ." jawap Toshio yang mengejutkan seisi bilik .


" Sejak semalam aku mencari bukti adanya keterlibatan Eldon dengan sesuatu yang jauh lebih teruk dari ini kerana ada sesuatu yang buatkan aku marah sehingga mencari siapa Eldon sebenarnya ."


" Sebelum aku mulakan , perlu kalian tahu bahawa ibubapa yang terlibat tidak bersalah sama sekali .Mereka memberikan duit kerana paksaan dari Eldon , jika tidak anak mereka tidak akan dapat bermain dalam pertandingan seterusnya .Eldon sudah lakukannnya dari tiga tahun lalu jadi dia pakar menutup kerja kotor ini dengan memilih beberapa ahli yang benar-benar mahir ."


" Kalian semua sebenarnya selain daripada kes itu , Eldon juga terlibat dalam kes besar lain dari merompak dan menyeludup dadah .Jika kalian tidak percaya lihatlah dalam file ini ada semua bukti keterlibatan Eldon secara langsung mahupun secara tidak langsung dalam beberapa jenayah . Pendrive ini juga memiliki maklumat menerusi video transaksi haram tersebut dan nombor rekening milik Eldon .Kalian baca dan tontonlah .Pendrive itu kalian boleh gunakan pada gajet yang ada di sini sahaja ."


Mereka semua yang mendengar semua itu langsung melihat dan membaca file-file satu persatu sehingga tamat masa rehat .


(Tamat waktu rehat )


DRING!! DRING!!


" Alamak lonceng sudah berbunyi tetapi banyak lagi yang kita belum buka ." kata Imran .

__ADS_1


" Jangan risau , sebabkan ini adalah masalah besar jadi aku sebagai Ketua OSIS membenarkan kalian ponteng kelas .Biar aku telefon pihak atasan dan khabarkanya kepada prof-prof yang mengajar kalian ." balas Erina .


Erina keluar dan membuat panggilan kepada pihak atasan dan membenarkannya .Turut mengabarkannya kepada komuniti guru universiti .


" Kalian semua mari kita sambung buat kerja ." kata Erina .


[[[[[ BAIK ]]]]]


Mereka membaca , menonton video rakaman dan menyusunnya agar mudah untuk disiasat .Ada yang marah tetapi ditenangkan oleh yang lain .


" Toshio , 8 orang yang terlibat ini ...? " tanya Tan .


" Jangan risau , aku sudah tampalkan pada badan mereka chip pelacak jadi mereka tidak dapat larikan diri lagi ."


" Baguslah , Toshio. Mereka semua ini memang perlu diberi pelajaran .Geram aku dengan para syaitan ini ." geram Tan .


" Tapi bagaimana caranya untuk kita tangkap mereka ? Kita tiada kuasa ." balas Imran .


" Kalian semua jangan risau , jangan lupa ayahku adalah ketua polis .Aku sendiri akan memintanya untuk datang ke universiti kita esok untuk membuat mesyuarat ." kata Tan .


" Jika begitu , sekalian sahaja kita buat mesyuarat bersama pihak atasan agar masalah selepas Eldon dipenjara dapat diurus oleh mereka ." kata Erina .


" Jadi , Kalian semua untuk hari ini bahagikan tugas dan buatlah pembentangan untuk esok hari .Pastikan tiada siapa yang tahu tentang masalah ini dan jangan bocorkannya . Tan untuk elakkan keributan yang tidak perlu pastikan ayah kamu dan bawahannya memakai pakaian formal dengan kereta biasa .Kita tidak mahu membuat pelajar cemas ." ucap prof .


[[[[[ Baik , Prof .]]]]]


Mereka semua bersatu membuat pembentangan berupa powerpoint .Hasil akhirnya , pembentangan mereka merangkumi 30 slide dan berkemungkinan akan mengambil masa 1 jam 30 minit untuk selesaikannya .


" Terima semua kerana membantu . Maaf kerana memanggil ketua Erina, Senior Tan dan mengganggu masa pembelajaran Prof Divy ." ucap Toshio.


" Tidak apalah Toshio , masalah ini telah menjadi masalah universiti jadi pastinya kami akan terlibat ." balas Erina .


" Betul itu .Lagipun semua ini tidak akan berlaku jika tidak ada kamu , Toshio. Kesian kamu sudah bekerja semalaman .Pergilah pulang dulu dan berehatlah .Esok kami perlukan tenaga kamu untuk mesyuarat terpenting tahun ini. Sama dengan kalian berenam , berehatlah dan jangan buat kerja untuk hari ini .Kalian esok tidak perlu belajar , jadi berusahalah ya ." ucap Prof .


[[[[[ Baik, Prof ]]]]

__ADS_1


" System adakah pihak universiti dan pihak polis dapat dipercayai untuk selesaikan jenayah ini ? "kata hati Toshio.


[System berani jamin 100 peratus mereka boleh dipercayai dan misi ini 100 peratus akan berjaya .]


__ADS_2