Kuasa Dari Sang Dewa

Kuasa Dari Sang Dewa
Shopping tapi sakit hati yang dapat


__ADS_3

(Di mall )


"Toshio kita mahu pergi ke mana dulu ? " tanya Hakim .


" Macam mana dengan kedai elektronik.Kita beli dulu dari barangan besar baru ke yang kecil- kecil ."


"Baiklah , aku ikut ." jawap Hakim." Toshio nak tanya , kau kenapa tiba-tiba lebih tinggi dan lebih glowing ? Kau ada pakai produk apa ? Bagitahulah aku pun ? "


" Jangan aneh-aneh kau ya .Aku tak pakai produk apa-apa pun lah .Kau pula kenapa tiba-tiba tanya aku soalan macam ni ? Bukan ke kau kutu buku ? "


" Janganlah berahsia .Sebenarnya aku ada kekasih sejak akhir tahun lepas tapi sejak kebelakangan ini , dia macam tidak seperti dulu ; tidak ceria , tidak kelakar bahkan tidak beremosi .Aku takut aku buat dia bosan dengan aku jadi aku naklah cari cara untuk buat dia suka aku lagi .Toshio kau ada idea tak sebab kau kan popular dekat kalangan perempuan , pasti tahu masalahnya ? "


" Apa kau ni ? Pertama , aku tak sangka kau sudah ada kekasih lagi selepas pertengahan bulan tahun lepas , kau putus dengan seseorang sekarang sudah ada yang baharu , hebat betul kau 🐊.Kedua, aku tidak popular , mereka semua dekat untuk tanya soalan kerja sekolah sahaja .Ketiga, kau kenal aku kan , aku tak pernah bercinta atau berasmara-dana dengan sesiapapun .Maaf Hakim tapi aku memang tidak boleh tolong sama sekali sebab aku pun masih jomblo happy ."


" Kalau mereka cuma tanya soalan tak akanlah mereka asik pandang kau je waktu pelajar , meja yang penuh dengan coklat love setiap hari valentine bahkan sampai cikgu pun beri , sentiasa ingin satu kumpulan dengan kau bila ada kerja kumpulan bahkan aku dan Imran yang selalu jadi mangsa persoalan apa yang paling kau suka ?


Kesian aku tengok kau Toshio , muka super tampan tapi otak super lembap bila masuk bidang percintaan .Kau betul-betul buat kaum lelaki sakit hati betul dengan kau tahu tak." kesal Hakim didalam hatinya .


...Misi Utama (2) :...


...Menghabiskan 100 ribu coin system hari ini ....


...Hadiah : Buku Ramuan Dewa dan 3 juta coin ....


...Hukuman : Kehilangan 1/3 coin system...


...Masa: 4 jam...


" Jadi aku boleh mendapatkan dua misi utama sekali gus tapi sekurang-kurangnya hukumannya tidak melampau macam misi pertama tadi .Tapi 100 ribu coin ya ..mari cuba ." kata hati Toshio.


" Mari Hakim , kita kena cepat sikit ."


( Kedai Elektronik)

__ADS_1


Toshio melihat beberapa barangan elektronik manakala Hakim bertanya berkaitan penghantaran barangan kepada pekerja perempuan disana


" Helo puan , kami mahu beli beberapa barangan elektronik dan adakah boleh dibantu untuk dihantarkan ke tempat kami ? " tanya Hakim dengan ramah .


" Kamu ingat apa ? Kedai ini bukan tempat penghantaran sebab kami tidak sediakan perkhidmatan itu Jika mahu sakit , kamu kena bayar lebih." jawap pekerja itu dengan sombong tapi bukan merendahkan .


Toshio yang melihat perbualan itu dari jauh (Toshio tidak dengar inti percakapan mereka ) segera datang untuk membantu Hakim yang terlihat sedikit kesusahan.


" Hakim , ada kenapa ? " tanya Toshio .


" Macam ni Toshio , mereka tidak boleh buat penghantaran tapi jika mahukan sangat kena membayar duit lebih untuknya ? " keluh Hakim .


" Puan , adakah boleh puan buat penghantaran barangan untuk kami ? " tanya Toshio kepada pekerja itu semula dengan ramah .


Tiba-tiba , bagai tersambar petir cinta , pekerja yang tadinya biadap menjadi seperti wanita melayu terakhir apabila melihat wajah Toshio .


" Ohh , tidak adik tampan ,maksud saya tidak tuan . Saya gurau sahaja tadi dengan pelanggan ini .Kami memang menyediakan perkhidmatan penghantaran dan tuan sangat bertuah kerana hari ini sahaja kami menyediakan penghantaran percuma untuk pembelian RM 10 000 ke atas . Adakah tuan mahu ? " jawap pekerja itu dengan ramah , sopan dan ayu .


"Tapi Toshio aku hanya bawa beberapa ribu sahaja jadi takut tidak cukup untuk itu promosi ."


" Jangan risau , kau simpan je duit itu sebab harini biar aku yang belanja semua barangnya ."


" Toshio aku tahu ummi ayah kau tiada di sini tapi bukan bermaksud kau boleh habiskan duit macam itu sahaja ." risau Hakim .


" Duit ini duit aku sendiri dan bukan duit ummi ayah aku .Jadi , jangan risau dan mari kita shopping ." jawap Toshio dengan tenang .


" Baiklah , kami ambil promosinya puan ." kata Hakim .


" Baik 😒" sinis Puan Natasya . " Tuan Toshio , boleh saya ikut tuan untuk memilih barangannya .Nanti barangan yang dipilih akan dialih keluar apabila pembayaran sudah selesai ." tanya Natasya dengan ramah kepada Toshio.


" Manusia bermuka dua " kata hati Hakim .


Mereka berjalan-jalan ke hulur-hilir dan akhirnya membeli pendingin hawa (aircond ) terbaik , peti sejuk mini hitam , televisyen gantung , komputer terbaik (dengan barangan komputer lain ) , dua laptop biasa , satu tablet terkini dari jenama separuh epal (tahukan siapa ) , lampu biasa serta lampu LED dan pintu password nombor .

__ADS_1



Semuanya berharga RM 50 000 (165 Juta). Disebabkan nilainya masih jauh dari matlamatnya jadi Toshio menambahkan kipas siling dan 2 cctv kecil . Menjadikan nilainya sekarang ialah RM 70 000 (231 Juta )



Walaupun pada mulanya Hakim takut apabila mendengar nilai yang besar kerana tidak pasti jika Toshio mampu membayarnya .Hakim bersiap sedia untuk menggunakan kad kreditnya sendiri untuk membayar lebihan hutang pembayaran Toshio nanti .


Tetapi kegusaran itu tidak diperlukan kerana Toshio berjaya melunaskan semua pembayaran itu dengan kad miliknya yang sudah Toshio tukarkan nilai coin kepada nilai digital.


Disebabkan penghantaran barang adalah ke bumbung sekolah maka akan digunakan lori lift besar untuk mengangkutnya .Disebabkan Toshio merasa tidak selesa kerana telah menyusahkan mereka jadi Toshio memberikan RM5 000 (16 Juta) sebagai bayaran untuk penghantaran dan akan dihantar keluar pada pukul 19.00 p.m.


Toshio dan Hakim terus pergi ke kedai seterusnya iaitu kedai panel solar yang akan dihantar pukul 19.00 p.m.juga .Kedai alat tulis dan kedai cat yang menggunakan duit Hakim pula .Tidak lupa membeli makanan cepat saji untuk hadiah yang lain .


...Tahniah , misi utama tuan telah selesai .🎉...


...Hadiah : Buku Ramuan Dewa dan 3 juta coin...


...Coin : 4, 748,900...


Misi Utama yang kedua telah selesai dan mereka pun terus pulang untuk mulaikan projek seterusnya .


(Di Universiti )


" Itu sampai pun mereka ." tunjuk Imran pada kereta yang menuju ke mari .


Toshio dibantu dengan Imran dan Tan mengambil semua barang dan cat dari kereta tetapi hanya Toshio, Tan dan Hakim sahaja yang mengangkutnya ke tingkat atas .Imran sudah kehabisan energi dan hanya naik tanpa membawa beban .


(Di bumbung )


Intan dan Erina yang selesai meletak surat khabar di lantai dan beberapa selotap di dinding , gembira dengan ketibaan Toshio yang baharu sahaja sampai .


[ Terima kasih kerana membaca ]

__ADS_1


__ADS_2