Kuasa Dari Sang Dewa

Kuasa Dari Sang Dewa
Perancangan dan kerjasama


__ADS_3

(Di tangga )


" Kalian- kalian , aku cari design deko yang sesuai untuk bilik kita jadi macam mana dengan deko ni ?"



https://pin.it/3MIPGTP


" Bilik kita lebih besar daripada kebanyakkan bilik di rumah kita bahkan setara dengan ruang tamu .Jadi design deco ini yang paling sesuai ." kata Imran .


" Sini aku tengok , Imran " jawap Hakim. " Designnya memang bagus tapi kurang sesuai dengan kelab bertemakan detektiflah ." jawapnya lagi .


" Mungkin kita kena tukarkan warna perabot dengan warna hitam dan cat dindingnya kita guna wallpaper kayu coklat yang sedikit gelap . Tambahkan LED warna unggu dan hilangkan pokok hiasan biar lebih sesuai ." balas Intan .


" Untuk laptop , televisyen , penghawa dingin dan lain alat elektriknya biar aku yang uruskan . Mungkin kita perlu guna panel solar untuk jana elektrik dekat bilik kita .Sebab hanya menyalurkan ke satu bilik sahaja jadi kos dan saiz panel solarnya dapat dikurangkan. Macam mana ? " turut dibalas Toshio .


" Baiklah , kita dah sepakat .Sekarang mari kita pergi ke bilik stor kelab Drama dan lihat apa barang yang boleh kita gunakan .Harapnya ada sofa hitam ." kata Intan . " Kejap biar saya buat senarai barangan yang kita perlukan nanti .Senang kerja kita nanti ."


" Tapi soalan , Macam mana kita mahu naikkan barang besar ke bumbung .Kita tidak akan angkat sampai Tingkat 4 , bukan ? " tanya Hakim .


😑😑😑😑😑


" Berusaha para jejaka sekalian .Gambare! " semangat Intan kepada ketiga-tiga lelaki didepannya .


(((Habislah kita !! ))) keluh ketiga jejaka tersebut .


...Misi Utama :...


Menghias semula Kelab W dan gunakan sekurang-kurangnya satu skill system ( hanya ada skill [Storage ] dalam misi utama ini .


...Hadiah : Teleportasi (Max) dan 3 juta coin....


...Hukuman : Jogging selama 45 minit ....


...Masa : 32 jam...


Sebuah notifikasi misi utama yang baharu dan perlu diselesaikan mengejutkan Toshio yang kala terleka dengan berbualan berkaitan design decoration.

__ADS_1


" Jogging 45 minit !? System kenapa ada hukuman dan kenapa kena berkaitan dengan sukan ? " kata hati Toshio.


...Hukuman akan ada dan tiada secara acak bergantung kepada keberuntungan Tuan . Hukuman disesuaikan dengan perkara yang paling dibenci tuan .Disebabkan system mengkonfirmasi dari ayat Imran bahawa Tuan benci sukan maka segala hukuman selepas ini akan berkaitan dengan segala jenis sukan ....


Tanpa disedari Imran , dia membuatkan Toshio terpaksa melalui hukuman yang paling dibencinya dan tanpa sedar mendapat tatapan kemarahan dari mata Toshio kerana tidak dapat mengawal amarahnya .


(Di Stor )


Mereka meminta izin dahlu dengan guru pembimbing dan ketua kelab Drama untuk mendapatkan kepastian hak pemilikan barangan stor .Selepas mendapat izin pemilikan sepenuhnya , mereka mula meneroka segala barangan perabotan dan akhirnya menjumpai barangan pilihan mereka .


" Kalian sini-sini , aku jumpa televisyen ."


" Aku pula jumpa kusyen yang sangat lembut ."


" Toshio di sini , saya jumpa karpet bulu warna putih yang sangat cantik."kata Imran , Hakim dan Intan.


Mereka menjumpai pelbagai jenis barangan dan perabotan yang dapat digunakan dan diperbaiki.


Imran dan Hakim bertugas untuk mencari segala barang yang disenaraikan oleh Intan tapi jika mereka menjumpai barang yang boleh digunakan di bilik kelab maka mereka boleh mengambilnya. Intan pula bertugas untuk mencatat segala barangan yang dijumpai oleh Imran dan Hakim.


Tidak tahu mengapa tetapi Toshio tidak diberikan sebarang tugas. Oleh itu , Toshio hanya menjelajahi stor itu tanpa tujuan yang jelas .


" Tidak tapi cuma mencari barangan yang menarik dan pelik di sana-sini ? "kata Toshio yang lagi menyentuh segala barang yang dia jumpai


" Oh ye system , sambil aku cari barang ; boleh tidak terangkan berkaitan [Storage] ? Adakah fungsinya sama seperti yang selalu ada di manga ? Kalau boleh , jadi tidak perlulah aku susah penat naik turun tangga nanti ."


...Betul Tuan , fungsi [Storage] adalah sama persis seperti yang tuan pernah baca . [Storage] mampu menyimpan segala jenis barang dan makhluk hidup dan mereka akan tetap segar didalam ini walaupun disimpan lama .Kapasitinya adalah unlimited jadi Tuan boleh menyimpan semua barang yang ada di dalam stor ini tetapi kekurangnya adalah tuan perlu menyentuh barang itu dengan tangan baharu boleh disimpan ....


" Toshio sini ! Tugas kita sudah selesai .Mari keluar ." lantang Imran .


"Baik." balas Toshio.


...----------------...


"Baiklah semua , dari yang dicatatkan kita memiliki hampir kesemua barang kecuali lampu LED , kerusi komputer , papan whiteboard , lampu biasa dan beberapa decoration tambahan .Ada penambahan ? " kata Intan .


" Saya , saya . Intan boleh saya bawa beberapa barangan figur tak ? " tanya Imran .

__ADS_1


" Kalau kamu tidak kisah maka buatlah tapi kalau rosak jangan marah ." nasihat Intan .


" Baik , jangan risau . Figur itu dalam kotak istimewa jadi tidak akan mudah rosak ."


" Kalau begitu , Intan pula akan bawa beberapa buku- buku yang boleh kita letaj dekat rak nanti ." kata Intan .


" Baiklah kalau begitu Imran dan Intan , kalian berdua bertugas untuk kumpulkan beberapa decoration dan bawa beberapa alatan cat dari stor depan padang ke bumbung .Kami berdua pula akan pergi membeli barangan tambahan yang diperlukan .Macam mana ? " ujar Hakim .


" Tapi Hakim , mana boleh kita biarkan wanita yang uruskan urusan angkat barang ? " bantah Toshio .


" Betul tu , Intan satu-satunya bunga di sini jadi jangan bagi dia kerja berat ." balas Imran .


" Nampaknya kalian ada masalah ? " kata satu suara di belakang mereka iaitu Erina dan disampingnya ada Tan .


" Perlu kami bantu ? " tanya Tan


" Ketua Erina dan Senior Tan , kalian buat apa disini ? " tanya Toshio.


" Kami bosan tidak buat apa-apa harini , jadi kami tengah jalan-jalan dan jumpa kalian di sini tengah berdebat .Ada masalah ? " ujar Erina .


" Sebenarnya , macam ini Erina,Tan ......." ceritalah Toshio kepada mereka berdua .


Three Minutes Later .


" Jadi masalah agihkan tugas lah ni ." perli Erina .


" Mari kita buat macam ni . Imran dan Intan kalian ambil barang kalian dari rumah sambil Toshio dan Hakim pergi beli barang .


Bila Imran dan Intan sudah sampai , Imran dan saya akan uruskan masalah bawa cat manakala Erina dan Intan , kalian pergi ke bumbung dahulu dan kemaskan disana .


Pasangkan surat khabar dibawah dan gunakan solotap untuk buat design cat yang kelab kalian inginkan .Disebabkan ada bahagian yang akan menggunakan wallpaper jadi 2 sisi dinding untuk corak dan wallpaper yang berbeza.


Bila semua sudah berkumpul maka proses catnya akan dimulakan .Tunggu kering dan baharu masukkan perabot dan alatan lain .Boleh ? "


tegas Tan yang bijaksana.


((((( BOLEH!!! ))))) setuju semua .

__ADS_1


Seperti yang dirancangkan oleh Tan dengan teliti , semuanya mengikut segala arahannya dan memulakan operasi Menghias Bilik Kelab W.


[ Terima kasih kerana membaca ]


__ADS_2