Kuasa Dari Sang Dewa

Kuasa Dari Sang Dewa
Bab 55 Pengurusan


__ADS_3

https://pin.it/6smHHNO


Toshio, Alice , beberapa pelayan dan para penghuni berkumpul di cafeteria untuk menikmati makan malam pertama mereka . Makanan untuk hari istimewa ini ialah ayam bakar madu dan salad kubis yang dimasak khas oleh Alice dengan bantuan pelayan di sana .


" Nampaknya , mereka sudah mula membiasakan diri dengan persekitaran dan mula akrab dengan penghuni yang lain .Baguslah itu ." kata Toshio dalam hati memerhatikan keseronokan semua orang .


Selesai makan , Toshio naik ke pentas dan mula memberikan ucapannya untuk pertama kalinya .


" Assalam dan selamat sejahtera semua , perkenalkan nama saya Danial Toshio dan saya adalah pemilik Light House ini serta disebelah saya adalah assistant dan menjabat sebagai ketua Light House ini iaitu Alice . Kami tahu anda semua memiliki masa lalu yang kelam dan sejarah yang memilukan tetapi kehadiran kami disini adalah untuk membantu kalian untuk mencorakkan masa hadapan yang lebih gembira dan nyaman untuk kalian semua ."


" Disini tanpa memilih bangsa dan agama kalian berkumpul dan bersahabat .Disini juga kami menyediakan pelbagai fasilitas yang menarik dan berfungsi untuk memberi dorongan kepada kalian semua . Kalian bebas memilh apa yang ingin kalian lakukan dari memasak , melukis dan sebagainya . Sekarang ini kami memang kekurangan guru untuk beberapa kelas tetapi dalam masa kurang dari seminggu akan kami selesaikannya . Dan kalian perlu ingat bahawa pelayan disini hanyalah bertugas untuk menjaga , mendaftar dan melaporkan aktiviti kalian sahaja jadi mulai esok dari kemas baju sehingga masakan akan disediakan oleh kalian semua sendiri .Sama seperti keadaan kalian di rumah kalian ."


" Anak-anak semua , nanti beritahulah kakak Alice tentang apakah yang kalian minat dan cita-cita kalian agar mudah untuk kami menyediakan sekolah yang sesuai dengan impian kalian semua .Penghuni yang sudah tamat belajar kalian akan diberi dua peluang iaitu mencari pelayanan kalian sendiri ataupun melatih bakat kalian dalam bidang tertentu seperti memasak dan lain-lain agar boleh dijual apabila sesuai dengan piawaian kami .Saya tidak mahu melihat ada orang dewasa yang tidak memenuhi seharian mereka dengan aktiviti yang tidak berfaedah dan cubalah belajarlah sesuatu yang baharu disini .Kalian kumpulkan duit yang cukup dan binalah kehidupan yang baharu di luar sana bersama keluarga tercinta kalian .Bahkan jika kalian meminati game akan kami cuba latih kalian untuk menjadi pemain e-sport yang hebat jadi jangan malu bertanya dan melakukan sesuatu yang baharu .Itu sahaja ucapan dari saya , sekian dan terima kasih ."


Semua penghuni memberikan tepukan yang gemuruh kepada Toshio dan Toshio mempersilakan mereka untuk bersurai .Ada penghuni yang bermain di luar , membaca buku di perpustakaan , berbual-bual santai di caferia dan menonton televisyen bersama-sama .


......................

__ADS_1


Toshio mengumpulkan semua pelayannya di pejabat baharu milik Toshio .


"Terima kasih semua kerana telah sudi berkumpul disini dan menerima lamaran kerja kami yang sangat mendadak. Sebagai tanda terima kasih dari pihak Light House , oleh itu kalian semua akan mendapatkan kenaikan gaji sebanyak RM1500 (5 Juta Rp) untuk pelayan sambilan dan RM3000 (8 Juta Rp) untuk pelayan sepenuh masa ."


[[👏👏👏 ]]


" Terima kasih tuan ."


" Trimas tuan muda ."


Gembira semua pelayan .


[[ Baik , Tuan muda .]]


" Faham Toshio ." jawap Alice .


" Bagus, kalian semua boleh keluar ."

__ADS_1


Semua pelayannya pun keluar kecuali Alice .


" Alice kenapa ? "


" Toshio , berkaitan dengan mencari guru , saya cadang apakata menggunakan kuasa saya sahaja ? "


" Maksud kamu ? "


"Seorang Angel memiliki kekuatan sihir support yang hebat dan salah satu kekuatan Angel ialah [ Boneka Kebolehan ] dimana tuan perlu meletakkan [Kartu Kebolehan ] di dada mereka maka boneka akan mewujudkan dirinya sebagai seorang manusia biasa dan mempunyai bakat yang hebat mengikut kartu yang diletakkan pada badan mereka ."


" Hebat betul kuasa dari seorang angel tetapi saya ada soalan kenapa tidak gunakan [ boneka kebolehan ] untuk mencari pelayan ? "


" [Boneka Kebolehan] memiliki kelemahan yang sangat fatal iaitu tepat jam 10.00 malam maka [ Boneka Kebolehan ] akan kembali kepada wujud bonekanya dan terus masuk di tongkat sihir milik Alice. Maka dari itu , [ Boneka Kebolehan] tidak sesuai untuk semua waktu pelayan terutama untuk shitf malam ."


" Ohh begitu ke . Kalau begitu kamu boleh teruskan dengan [Boneka Kebolehan] itu dan untuk kartunya kamu boleh mengikut borang yabg ditulis para ahli Light House selepas rehat tadi .Dan saya akan memasang barrier di seluruh bangunan ini agar tiada penjahat yang boleh masuk membahayakan orang disini ."


" Arahan diterima ,Toshio. "

__ADS_1


...----------------...


Alice membina 10 boneka dengan pelbagai kemahiran seperti guru seni ,guru muzik ,guru nyanyian, guru masakan , guru renang ,guru teknologi dan lain-lain. Manakala Toshio memasang barrier, Origami ,CCTV lebah sihir dan penggera(alat manusia) di seluruh kawasan Light House . Selesai dengan tugasnya, Toshio meminta izin kepada Alice untuk balik kembali ke rumahnya semula kerana sudah terlalu malam ( jam 2.00 pagi ) dan esoknya Toshio harus ke universiti .


__ADS_2