Kuasa Dari Sang Dewa

Kuasa Dari Sang Dewa
Bab 59


__ADS_3

Selepas menghantar Hakim , Toshio tidak terus menuju ke rumah Imran tetapi singgah sebentar ke kota untuk membeli beberapa baju .


" Toshio, kamu tahu kan yang kamu tidak perlu beli baju . Walaupun saiz aku lebih besar dari kamu tapi tetap kamu boleh pakai bajunya nanti ."


' Aku boleh sahaja pakai baju kau .Tapi aku tidak tahu berapa lama aku akan menginap jadi lebih baik aku beli sendiri pakaian untuk jaga-jaga di masa mendatang . Lagipun , aku kena juga beli buah tangan untuk orang di rumah kamu ."


Toshio membeli 5 t-shirt dan 5 seluar .


Selesai membeli ,Toshio menuju ke mall dan membeli barangan masakan dan beberapa hadiah .


......................


( Sampailah di Rumah Imran )



https://pin.it/wf90l6j


Di rumah Imran , memiliki 4 orang pembantu dengan 2 orang chef ♀️♂️ , seorang pembantu kebersihan♀️ dan seorang pemotong rumput ♂️.Imran adalah anak tunggal jadi apabila ayahnya tiada, hanya dia dan pembantunya sahaja di rumah dan hari ini ayahnya balik lambat sedikit .


" Toshio , letakkan sahaja keretanya di hadapan rumah ini .Aku sudah beritahu yang lain bahawa kamu akan menginap di rumah ini untuk beberapa waktu kedepan ."


Toshio mengikut sahaja apa yang dikatakan oleh Imran dan sebelum mereka membuka pintu kereta ,mereka disambut oleh pembantu Imran .


" Hai Toshio "


" Mak cik Kiah !!! "


Toshio keluar dengan cepat dan terus memeluk Mak cik Kiah dengan erat .


Mak cik Kiah , berumur 47 tahun dan telah berkhidmat di rumah ini bahkan sebelum Imran lahir dan Imran telah anggapnya seperti ibunya sendiri .


Manakala untuk Toshio, setiap kali Toshio datang pasti Mak Cik Kiah akan ajarkannya input yang baharu dari segi masakan , pembersihan dan kerja-kerja rumah lainnya . Sebab itulah , Toshio sangat sayang kepada Mak Cik Kiah yang banyak membantunya .


"Alahai Toshio , sudah lama tidak jumpa kamu sudah jadi lebih kacak iya sekarang ini ."


" Mak cik pun apa kurangnya . Nampak cantik seperti selalu ."


" Kamu ini ada sahajalah .Kamu sudah makan ? Ummi ayah kamu macam mana ? Kamu kenapa terlihat lebih kurus ni .Mari masuk dulu dan nanti ummi masakkan makanan istimewa untuk kamu ." ramah Mak


" Mak tak jemput adikpun 😭" kata Imran dalam hati .


" Kalian pergilah masuk bilik kalian dulu .Toshio kamu pilihlah bilik yang kamu suka di rumah ini ."


" Baik , Mak Cik .Tapi sebelum itu ,ambilah ini hadiah daripada saya ."


" Saya bawakan buah-buahan untuk Mak Cik .Minyak wangi lelaki , ubat jerawat dan jamu untuk yang lain ."


" Terima kasihlah Toshio .Kamu letaklah sahaja di atas meja itu nanti biar mereka ambil sendiri ."


" Dah lah itu Toshio , jom kita tengok bilik kau ."


Imran membawa Toshio ke biliknya , Toshio terus mandi dan keluar menju ke dapur .


" Abang Hadif (32) dan Kak Iman (37) , ada apa-apa yang Toshio boleh tolong ke ? "


Hadif dan Iman merupakan sepasang suami isteri dan kerana beberapa hal tertentu mereka bekerja di bawah Ayah Imran sepenuh masa .Hubungan mereka dengan Toshio juga sangatlah rapat kerana Toshio yang sering berbalas mesej dengan pasangan ini .


"Toshio kamu ke itu ? Kalau mahu kamu boleh bantu gorengkan ayam tepung ini . " kata Kak Iman .

__ADS_1


" Okey ."


.


.


.


" Kalian cadang mahu masak apa ? "


" Ayam goreng tepung , nasi goreng dan sos keju .Untuk minuman , kita buat air lemon tea sahajalah kerana nanti tuan katanya akan datang untuk makan malam sekali dengan kita ."


" Ayah balik ? " terkejut Imran yang mendengar perbicaraan mereka .


" Iya , tadi baru telefon .Mungkin mahu sapa Toshio disini rasanya .Imran uruskanlah meja makan okey ? "


" Okey ."


...----------------...


( Makan Malam )


Ting Tong Ting Tong


" Tunggu !! " kata Mak Cik Kiah.


Mak Cik Kiah membuka pintu dan munculkan wajah ayah Imran iaitu Tuan Azmi .


" Assalam , Tuan Azmi . Mari saya bawakan beg kamu ."


"Kiah , Danial di mana ? " ( Tuan Azmi panggil Toshio , Danial )


" Dia teman Imran di biliknya . Sekarang waktu makan malam jadi saya akan panggil mereka untuk keluar ."


" Kamu masih berhubung dengan bekas kekasih kamu ke ? Dia janda , kamu duda memang siaplah kalau kamu ada apa-apa lagi dengan dia ."


"Alahai Kiah , Kiah .Kamu ini dari dulu sama sahaja .Saya dengan Alya tiada apa-apa hubungan lagilah. Kami cuma berbual-bual berkaitan hal persekolahan Imran. Tidak lebih dan tidak kurang."


" Iyalah ."


Muka Tuan Azmi bertukar sedikir kemerahan walau tidak diperasan oleh Mak Cik Kiah.


.


.


Mak cik memanggil semua orang untuk berkumpul makan malam .


" Assalamualaikum pak cik , pak cik sihat . "


" Waalaikumsalam, pak cik beginilah sahaja dari dahulu sampai sekarang sibuk dengan urusan mahkamah .


" Pak cik tengah selesaikan kes apa sekarang ini ." semangat Toshio .


" Ermmm Ermm , Jangan bercakap tentang hal kerja di meja makan .Nak bercakap nanti sahaja .Faham bukan ? " nasihat Mak Cik Kiah.


.


.

__ADS_1


.


[[Selamat makan !!! ]]


.


.


.


" Kak Iman , biar saya bantu cuci pinggan cawan ." pelawa Toshio


Tidak sempat Toshio mengambil pinggan cawan , tangannya terus ditarik oleh Imran dan diheret ke bilik .


" Alah Toshio , kamu ikut aku sahaja kita buat kerja sekolah minggu ini .Bantu aku dengan pembentangan lusa ." kata Imran .


" Imra..Imran ....Maa..maaf kak Iman .Esok saya tolong ....Saya Janji ..." kata Toshio yang diheret kuat oleh Imran .


" Tidak apa .Berseronoklah ." jawap Kak Iman .


" Sejak berkawan dengan Toshio , Imran sudah sangat banyak berubah bukan Tuan Azmi ? " kata Mak Cik Kiah melihat kerenah anak majikannya .


" Aku memang sangat terhutang budi dengan jasa Danial .Kerana dialah Imran boleh lepaskan kematian ibunya dengan seikhlasnya." jawap Tuan Azmi melihat potret keluarga mereka beberapa tahun dahulu .


......................


( Keesokan harinya , 5.00 pagi )


Toshio bangun awal untuk membuat sarapan seperti biasanya .Abang Hadif , Kak Iman dan Mak Cik Kiah masih belum bangun lagi jadi Toshio perlulah masak dengan lebih berhati-hati agar tidak membangunkan mimpi mereka semua .


" Pagi-pagi ini , mungkin lebih bagus yang simple dan mudah dicerna ."


Toshio melihat ke peti sejuk untuk mengetahui bahan apa sahaja yang ada .


" Ada garlic bread , tin tuna dan keju . Banyak juga bahan yang ada tapi tiga bahan ini mungkin sahaja sudah cukup untuk buat Roti perancis Ikan tuna Cheese."


.


.


.


" Danial , kamu sudah bangun ."


Toshio yang asik dengan aktiviti memasak , tidak sedar bahawa ada orang di belakangnya .


" Ohh pak cik . Pak cik buat apa disini ? " jawap Toshio yang kedatangan Tuan Azmi .


" Pak cik baca Quran di bilik dan menghidu bau masakan yang sangat sedap .Kamu masak apa ? "


" Roti Ikan Tuna Cheese . Saya saluti dan buat bahannya .Nanti bila sudah jam mendakati masa bangun , baru saya masak . "


Tuan Azmi seperti berfikir sejenak .


" Kamu ada masa tidak sekarang ini ? "


" Kenapa pak cik ? "


" Kalau ada masa , pak cik nak bercakap sedikit dengan kamu tentang sesuatu ."

__ADS_1


" Sesuatu ? Kalau begitu , tunggu saya simpan salutan ini dulu baharu nanti saya ikut pak cik ."


" Okey ."


__ADS_2