Kuasa Dari Sang Dewa

Kuasa Dari Sang Dewa
CHAPTER 73 PENGKHIANAT DI SYARIKAT JEWERY ULTRA


__ADS_3

" Kalian semua. Cuba kalian lihat nama syarikat yang membuat transaksi dengan syarikat Puan Rosnah . Aku menjumpai ada satu syarikat yang tidak wujud dan kalau sudah ada satu maka pasti banyak lagi yang ada ."


Intan meminta Chao, Sam dan Lim Park Si untuk menguruskan transaksi syarikat Puan Rosnah manakala Farah , Prof dan Imran menguruskan transaksi syarikat Tuan Thumalasary.


Dan ini keputusannya ;


Di syarikat Puan Rosnah , ada 7 akaun syarikat lain yang langsung tidak wujud .Mereka melakukan traksaksi dalam jumlah yang besar setiap bulannya.


Di syarikat Tuan Thumalasary pula , semua syarikat yang ada adalah syarikat yang sebenarnya .


Untuk lebih kepastian , prof ada menghubungi semua syarikat berkenaan dengan menyatakan bahawa syarikat prof mahu membuat inventasi di dengan syarikat Tuan Thumalasary . Oleh itu , prof seperti mahu mendengar pendapat syarikat tersebut tentang syarikat Tuan Thumalasary kepada syarikat lain .


Mereka pun termakan umpan dengan menyatakan urusan transaksi mereka dalam jumlah yang tepat seperti dalam data yang digodam .


" Dari sini kita dapat lihat bahawa yang mungkin menjadi tersangka yang mengfitnah Tuan Xing adalah Puan Rosnah. " ulas prof.


Sam nampaknya menahan amarah dan hal itu dapat dilihat oleh Intan .


" Sam bersabarlah dulu . Kita masih tidak tahu yang sebenarnya . Kita masih belum buktikan bahawa syarikat tipuan itu ada terlibat atau tidak dengan Syarikat Jewery Ultra."


" Tidak . Memang kedua syarikat ini terlibat ." ucap Toshio yang menghebohlan satu kelab.


" Apa maksud kamu Toshio ? " tanya Farah.


" Aku menggodam nombor syarikat hantu tersebut ditambah dengan jejak digital yang digunakan dan aku akhirnya jumpa dalang disebelakang transaksi ini ."



Nama : Balqis Wati


Umur : 41 tahun


Pekerjaan : Pengurus Kewangan Syarikat Jewery Ultra


" Ini adalah orang dibalik semua transaksi hantu ini ." ucap Toshio.


" Sam kenal orang ini . Dulunya dia adalah orang kanan Puan Rosnah dan nampaknya dia telah menjadi pengurus kewangan sekarang ini . Apa yang Sam ingat , dia orang yang dingin dan sangat mahir dalam nombor. Jika dia dalangnya maka Puan Rosnah pasti terlibat sama . "


" Okey , sekurang-kurangnya kita sudah tahu siapa target utama kita . Tapi apa seterusnya yang kita perlu lakukan ? " pertanyaan Chao membuat yang lain juga berfikir.


" Yang pasti , Imran kamu perlu dapatkan bukti di Syarikat Jewery Ultra secepat mungkin tapi dengan bukti itu kita memang dapat bebaskan Tuan Xing tapi kita tidak akan dapat menangkap dalangnya nanti . Mungkin aku perlu gunakan cara itu ." ucap Toshio .


《 Cara apa itu Toshio ? 》


Toshio menelefon Alice.

__ADS_1


" Helo Alice , sekarang sayq mahu ke syarikat jadi tolong uruskan dokumen-dokumen . Kita mahu berurus niaga dengan sebuah syarikat lagi ."


Toshio meminta kepada Pengetua Alya untuk membenarkan mereka semua keluar universiti awal dan mudah mendapat izin keluar .


Toshio , Sam , Chao, Hakim dan Lim Park Si menaiki kereta Toshio manakala yang lain menaiki kereta prof untuk menuju ke suatu tempat .


( Syarikat Temenggung Kencana SDH BHD .)


" Toshio , kita dimana ini ? "


" Iyalah .Tempat ini sangat megah dan penuh kemewahan . "


" Bank ibu aku pun tidak se epic ini. "


" Tidak prof sangka ada bangunan seperti ini di Johor. "



" Kalian semua , mari kita masuk dulu ."


Hanya mengikuti ucapan Toshio , mereka masuk ke dalam bangunan megah ini . Baharu sahaja masuk , mereka disambut oleh para pekerja yang beratur memberi salam kepada Tuan Toshio.


《 Selamat sejahtera , Tuan Toshio. 》


" Puan Alice berada di pejabat tuan. Beliau pinta anda untuk pergi ke sana apabila telah sampai." jawap seorang pekerja di sana.


" Baiklah .Kalian semua boleh sambung kerja ."


Toshio memandu yang lain menuju pejabat miliknya .


" Toshio , sebenarnya apa benda ini ? " tanya Lim.


" Ini adalah syarikat saya ."


《 Apa ! 》


" Tapi bagaimana ? "


" Sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Syarikat ini ditubuhkan baru-baru ini tapi disebabkan kinerji luar biasa para pekerja , syarikat ini dapat berkembang seperti ini.


Tujuan utama syarikat ini adalah untuk membantu warga-warga yang fakir ataupun homeless untuk memiliki tempat tinggal dan kehidupan yang layak di bawah bumbung Light House . Sekarang kami memiliki cabang di seluruh Malaysia yang berjumlah hampir 40 Light House.


Selain yang itu , kami menguruskan pertanian , perdagangan antarabangsa dan pembangunan. "


" Hebatnya Toshio . Berapa kamu dapat dari syarikat ini ?"

__ADS_1


" Bulan lepas syarikat ini memiliki jualan RM18.9 billion keuntungan : RM5.46 billion , aset: RM355.75 billion dan nilai pasaran : RM73.1 billion. "


" Tunggu bukankah dengan nilai sebesar itu syarikat ini boleh menjadi top five syarikat terkaya di Malaysia ? " tanya Hakim , sang pelajar akaun.


" Syarikat ini bahkan menjadi top 3 syarikat terkaya di Malaysia dan nombor 101 di seluruh dunia . " jawap Alice yang muncul dari hadapan mereka.


" Alice ? "


" Toshio kamu lama sangat jadi Alice pun datanglah untuk melihat kamu ." jawap Alice sambil merangkul tangan Toshio .


Intan dan Farah seperti tergambar petir melihat kelekatan Alice dengan Toshio .


" Alice , kamu jangan seperti itulah .


Kalian semua perkenalkan ini Alice , Assistant saya selaku manager untuk Syarikat Temenggung Kencana ini."


" Hi semua . Kalian kawan kelabnya bukan ? "


" Perkenalkan saya Prof. Divy pembimbing kelab W , ini Intan ketua kelab , Hakim , Imran dan Farah ahli kelab . Manakala ini Sam , Chao dan Lim hanya kawan mereka sahaja ."


《 Selamat Berkenalan , Kakak 》


" Selamat berkenalan juga kalian semua. Mari kita ke bilik mesyuarat untuk uruskan hal Syarikat Emas Gangsa ( Syarikat Puan Rosnah )."


Mereka mengikuti sahaja Alice ke ruang besar di hujung koridor.


( Di bilik Mesyuarat)


" Toshio , ini adalah dokumen syarikat kita . Adakah kamu mahu membuat perjanjian dengan Syarikat Emas Gangsa ? "


Toshio menceritakan segala yang berlaku kepada Alice dan itu membuat Alice memahami situasi semasa.


" Jadi , kamu ingin membuat ' perjanjian umpan' dengan syarikat tersebut .Dengan itu, mungkin kamu dapat menangkap basah kejahatan Puan Rosnah yang sebenarnya ."


" Betul dan untuk itu , saya harap kamu boleh jadi barisan depan membuat perjanjian .


Kamu dan saya akan jadi seperti biasanya kita lakukan dengan syarikat lain manakala Chao dan Lim Park Si akan jadi bodyguard dimana mereka akan memasang alat-alat spy di bilik mesyuarat nanti . Hakim dan jika mahu prof Divy juga akan jadi pemerhati dan pendengar rakaman alat spy "


" Kita memang perlukan bukti untuk sabitkan kesalahan hidung belang itu tapi kamu yakin dengan bukti itu sudah cukup ? "


" Imran , Intan dan Farah akan mencuba untuk mencari bukti yang lain di bangunan Syarikat Temenggung Kencana jadi harapnya dengan itu cukuplah ."


*Toshio kenapa kamu tidak gunakan sistem untuk temukan bukti . Bukankah itu cara paling cepat ?


Ini namanya sensasi detektif . Kamu tahu apa dan lagi jangan terlalu menghandalkan sistem nanti kalau bermasalah habislah aku* .

__ADS_1


__ADS_2