
(Kembali ke cerita asal )
Tanpa disengaja , kepala Toshio dan Intan terlanggar antara satu sama lain dengan kuat .
"Maaf , Maaf , Maaf .Kamu tidak apa-apa .Adakah sakit ?" ucap Toshio yang cemas kerana tahu dialah yang bersalah dalam hal ini.
"Tidak apa-apa ,saya baik " ucap Intan dan secara pelan membuka matanya .
Alangkah terkejutnya Intan apabila mengetahui orang yang melanggarnya sangatlah tampan dan tampan .Menurut Intan , ini adalah kali pertama untuknya melihat jejaka setampan ini yang bahkan mengalahkan pelakon korea bintang atas .
Tanpa sedar pipinya Intan menjadi merah menyala dan terlamun beku seketika .
"Kacaknya ." kata hati Intan melihat sosok dihapannya sehingga hampir berfantasi .
Tetapi kembali ke realiti , Intan mengetahui bukan masanya untuk dia berasmara kerana tanggungjawab yang perlu dia galas belum selesai .
" Gadis , kamu ok ? Kenapa senyap sahaja? Kamu ada sakit dimana-mana ke ?"
"Macam mana ni??? "
" Betul tu , aku kan ada mata tembus. AKTIFKAN PENUH : MATA TEMBUS . " ucap Toshio dalam hatinya .
Tetapi Toshio langsung tidak menjumpai sebarang luka bahkan Sarah mengeluarkan banyak hormon bahagia . Mana tidaknya , Intan bukannya jatuh sakit tetapi jatuh cinta pandang pertama walaupun dipatahkan dengan realiti yang menyedihkan sih.
"AKTIFKAN : TELEPATI"
...****************...
...Nama : Intan Maisarah Binti Mohamad ....
...Umur: 18...
...Tinggi : 165...
...Jisim: 51...
...Kecantikan : 87%...
...Kesihatan: 100 %...
...Kelebihan : Mahir silat ,pelajar jurusan media di Universiti Johor , sangat cantik , berkaliber , pandai berdikari , tidak sombong dan sesuai dijadikan menantu idaman ....
...Kelemahan : Miskin , memiliki 2 adik lelaki , kematian ibu kerana dibunuh...
...Sifat: lemah-lembut , ayu , petah berbicara , cantik ,berhati-hati dan penyayang...
Fikiran : Kosong
......................
"Dibunuh ? Apa maksudnya ? "
"Tunggu Toshio .Ingat kata ummi kau selalu berkata untuk tidak sesekali ikut urusan seseorang kecuali jika diminta . Tetapi kalau urusannya sampai ditulis 'dibunuh' mungkin lain cerita . "
"Tidak-tidak , dengar cakap ummi kau Toshio " tegas hati Toshio yang tidak mahu mencampuri urusan orang lain .
"Tetapi kalau tidak sakit , apa kena pula dengan si Gadis Intan ini ." tanya kembali Toshio .
...****************...
Selepas beberapa saat , akhirnya Intan kembali ke dunia nyatanya .Intan pun sudah boleh berbicara dengan hormal tanpa tersimpul malu seperti k-drama.
" Maafkan saya atas sikap tadi ." tunduk Toshio tanda maafnya .
__ADS_1
"Tak perlu risau , itu tidak sepenuhnya salah kamu .Jadi kamu perlu apa disini ? "
" Nama saya Toshio ,18 tahun dan saya tengah cari iris palsu warna coklat tapi tidak jumpa ."
"Iris palsu warna coklat ? Kenapa kamu perlukannya bukankah kamu tengah pakai iris palsu sekarang dengan warna violet unggu ?"
tanya Intan yang pelik .
"Adakah kamu ingin corak mata coklat tertentu ? "kembali tanya Intan kepada Toshio.
Intan tidak ada masalah dengan lelaki yang pakai iris warna palsu untuk berfesyen kerana sudah biasa dengan isu itu tetapi tidaklah sampai untuk memakai iris palsu yang berwarna sama dengan warna mata asli kecuali inginkan corak mata yang berbeza .
Itupun sangatlah jarang bahkan untuk wanita sekalipun .
"Erhh , macam mana saya mahu terangkan tetapi mata saya aslinya berwarna Violet jadi kamu ada tidak iris warna coklat "
"Apa!!! Mustahil , tidak pernah dicatatkan dalam sejarah warna mata seseorang itu violet .Kamu betul tidak tipu saya ? "
"Sudah agak , memang susah nak terangkan . Tetapi jangan risau saya tidak tipu . Jadi ada tidak iris palsu warna coklat , kalau boleh coraknya yang normal sahaja seperti iris manusia umumnya ."
"Hmmmm "
"Walaupun saya kurang percaya tetapi dari nada kamu tidak cemas dan gelabah .Saya akan percayanya sekarang .Kalau untuk iris palsu , kami baru kesampaian stoknya jadi kamu boleh tunggu sebentar , saya pergi ambil dan perkenalkan saya Intan juga 18 tahun ."
"Salam kenal , Intan . Terima kasih sebab percaya dan baiklah kalau gitu saya tunggu disini ."
( 5 minit kemudian )
" Baiklah , Kami ada tiga kotak iris yang kamu inginkan .Jadi kamu mahukan yang mana ?" tanya Intan .
"Saya mahu yang dikiri itu "
"Harganya 30 ribu ditambah kotak iris , semuanya 60 ribu termasuk diskaun ."
" Tidak masalah , jadi 3 buah iris dan satu kotak untuk iris .Harganya 120 ribu .Adakah mahu secara tunai atau kredit? "
"Tunai .Ini duitnya ." jawap Toshio.
"Saya jual . Kalau ada masalah pada iris mata , kamu boleh datang dan kami akan beri yang baharu semula .Warantinya dalam 1 bulan . Terima kasih kerana telah membeli dan datanglah lagi "
"Baiklah ." ucap Toshio.
Toshio tidak segera pulang tetapi pergi ke tandas mall untuk memasang iris warna baharunya dan alhamdulilah , irisnya pas, tidak pedih dan terlihat seperti iris sebenar .
Tidak sampai di situ , Toshio akhirnya memutuskan untuk berjalan-jalan di mall dan bangunan terdekat untuk membeli-belah menggunakan wang kerjanya sebagai seorang guru tusyen separuh masa.
Dari membeli barang bundle yang harganya sangat murah tetapi berkualiti, barangan elektronik untuk persediaannya di universiti , barang masakan dan kotak kecemasan kerana ingin belajar cara merawat dari program televisyen terbaru yang mendedahkan isu rawatan awal semasa kecederaan .
Tuntas menyelesaikan urusannya , Toshio pun akhirnya memutuskan untuk pulang ke rumah dengan menaiki grab yang merupakan pemandu yang sama dengan sebelum ini iaitu Encik Rajesh.
...****************...
(Di rumah )
"Sekarang aku tahu bahawa kuasa aku adalah nyata dan pesanan Atok Dewa itu adalah mungkin betul .Tapi untuk apa aku ada kuasa ni .Aku tidak mahu menonjol dan berada di atas awal memerhatikan perbuatan manusia ."
"Mungkin aku boleh buat sesuatu kuasa penciptaan sihir ini tapi apa ? Sihir terbang? Teleportasi ? Sihir Elemen ? "
"Mungkin sesuatu yang boleh bantu aku selalu seperti ....betul tu ...system.."
"Dalam novel selalu ada cerita tentang systemyang membantu watak utama dan disebabkan aku yang akan membuatnya jadi tidak perlu aku letakkan program untuk menjadi penguasa atau lain-lain tetapi system yang boleh pandu aku jadi bila aku dibutakan dengan kuasa , system boleh kembalikan kesedaran aku dan bagi hadiah yang aku perlukan untuk sekarang dan masa hadapan .JENIUS KAU TOSHIO .Aku tidak sabar jadi mari mulakan pemprogaman system .
(Buat system)
"Sekarang cuba fikirkan jenis system yang aku selalu baca ."
__ADS_1
System dalam bentuk teknologi ,dengan dominon warna hitam dan biru muda .
Menyimpan segala pengetahuan berkaitan sihir dan kekuatan aku .
Boleh level up tetapi tidak boleh berbentuk manusia dan hanya mengubah daya pengetahuan milik system serta boleh berbual-bual.
Berikan misi harian ataupun misi spesial yang tiada batas waktu tetapi makin lama ditunda maka hadiah yang diterima akan makin berkurang .
Hadiah dalam bentuk sihir baharu dan peralatan sihir baharu yang akan dipilih system secara acak .
"Ini dah bolehlah , tapi kenapa ada yang kurang ."
"Kenapa tidak minta bantuan aku sahaja , anak muda .." ucap dewa .
"Apa? " terkejut Toshio.
Tiba-tiba , rumah Toshio diterangi cahaya yang sangat terang dan mula menghilang dengan munculnya atok Dewa yang dikenal Toshio didalam mimpinya.
"Atok Dewa , kamu buat apa disini? "
" Atok fikir kamu masih dalam dilema dengan kuasa baharu kamu jadi atok ingat untuk menjenguk kamu seketika .Tetapi nampaknya tidak perlu , bukan ? Kamu mungkin ada banyak soalan sekarang tetapi semua itu akan dijawab pada kemudian hari .Sekarang biar atok bantu dengan system kamu ."
"Bolehke ? tapi macam mana ?"
"**System yang kamu buat bagus tapi mungkin akan kurang efesien .Atok akan bagi pengetahuan sihir dan barang sihir yang atok tahu pada system.
Untuk hukuman , tidak perlu diubah tetapi untuk ganjarannya atok akan beri system seperti bank .Setiap selesaikan misi kamu akan dapat coin yang boleh ditukar menjadi duit nyata .
Kuasa menilai dari mata tembus pandang akan dialihkan ke dalam system ini jadi system kamu akan seperti system pada novel fantasi umumnya . Sekarang mata tembus pandang kamu hanya boleh lihat pandangan tembus pandang sahaja tanpa ada sebarang ayat padanya .
Jika kamu ingin lihat informasi seseorang , kamu hanya perku gunakan system .System boleh level up dan meningkatkan ketiga-tiga kuasa yang atok berikan pada kamu .Ada yang mahu ditambah** ?"
"Tidak ada atok .Inipun sudah lebih dari kata cukup. Tapi saya ada soalan kalau system boleh keluarkan coin bukan ke boleh mengganggu sistem perbankan dunia dan akan muncul sangsi apabila ada orang yang boleh dapat duit banyak dalam satu hari tanpa sebarang komitmen yang sah .Nanti takut dituduh menggelapkan duit ataupun rasuah , susah pula nanti ." tanya Toshio.
"Jangan risau , anak muda .Coin system bersambung dengan alam dewa dan memiliki cara kerja yang berbeza dengan didunia kamu .Jadi tidak akan mengganggu kewangan bank dunia kamu . Apabila kamu terima coin , system akan uruskan masalah itu dengan membuatkan manusia lain tidak berfikir ke arah itu dan menganggap duit itu adalah hasil usaha halal kamu .Jadi , tidak perlu risau bukan ? "
"Betulke atok , terima kasih "
[ Terima kasih kerana membaca ]
__ADS_1