Kuasa Dari Sang Dewa

Kuasa Dari Sang Dewa
Siapa Intan ?


__ADS_3

Intan Maisarah.


6 tahun lepas , semasa Intan masih berumur 12 tahun yang ceria dan tangguh di usianya yang dini.


Sebuah berita yang menyabarkan berkaitan jatuhnya kapal terbang persendirian milik ayahnya yang terhempas kerana gangguan teknikal sangat memberi tamparan besar untuknya dikala itu.


Ibunya yang meninggal semasa melahirkan adik lelakinya yang kedua iaitu Rudy.


Ayahnya adalah seorang pengusaha biasa sahaja berkaitan pelancongan dan perlu terbang ke Dubai atas urusan kerja tetapi nahasnya kapal terbang yang dinaikinya untuk pulang meletop di tengah langit dan menumpaskan hampir 47 orang penumpang .


Walaubagaimanapun , disebabkan ibu dan ayahnya adalah anak tunggal maka tiada ahli keluarga terdekat yang datang membantu .


Tetapi tidak terlalu tragis nasibnya Intan apabila memiliki jiran (tetangga) yang sangat prihatin dan baik kepadanya sehingga membantu Intan dalam menampung pembelian barangan seharian dan bahkan ada yang sampai mengumpulkan derma di sekitar taman untuk membayar rumah apartmen rendah milik Intan dan hasilnya Intan tidak perlu risau untuk membayar bil rumah dan lainnya selama 7 bulan.


Sekurang-kurangnya , ini dapat meringankan beban Intan untuk membiayai kehidupan dia dan kedua adik lelakinya iaitu Dior 10 tahun dan Rudy 9 tahun yang masih perlu sekolah dan makan .


Nasib keluarga Intan dan kebaikan jiran di tamannya , menjadi buah mulut para reporter dan akhirnya ramai reporter membuat banyak temu bual dan menarik banyak badan kebajikan negara sehinggalah keluarga Intan dapat kekal dirumah itu selamanya kerana sudah dilunasi hutangnya .


Untuk sekolah adik-adiknya , ada badan kebajikan yang membantu memberikan dana untuk menampung persekolahan adik beradiknya termasuklah persekolahan Intan .


Intan amat berterima kasih dengan pelaporan para reporter yang sangat membantu nasib adik-beradik ini sehingga menimbulkan rasa yakin untuk bercita-cita menjadi seorang reporter.


"Aku mahu jadi reporter .Sebarkan kegembiraan , kejujuran , keberanian dan kebaikan untuk setiap orang yang menonton . Aku akan membantu dengan cara aku sendiri iaitu dengan memberitakan segala berita terkini yang penting dan perlu diketahui oleh rakyat .Suara reporter adalah suara untuk rakyat .Aku akan jadi suara itu. Suara Reporter ."


Itulah azam Intan mulai dari saat itu .


Intan mula belajar berkaitan cara menjadi reporter yang baik dan mengambil jurusan


Tetapi tahun bertukar tahun , Intan yang sudah berumur 18 tahun dan perlu masuk ke Universiti .Malangnya badan kebajikan yang sering membantu Intan , tidak boleh membantu membiayai persekolahan Intan di Universiti Johor kerana kosnya yang agak mahal .

__ADS_1


Oleh itu , Intan perlu mencari idea fikiran untuk dapat membiayai persekolahannya di Universiti Johor.


Akhirnya dengan berbekalkan pengalamannya sebagai Casher di minimarket , Intan memberanikan diri untuk melamar kerja di berbagai-bagai tempat kerja .


Dari yang menjadi jurumasak, jurujual barangan kosmetik , penghantar surat dan tentunya pelayan di kedai EYE FOR U SHOP.


Dengan hati yang cekal dan teguh , Intan berjaya mendaftarkan diri di universiti impiannya dengan mengambil jurusan ilmu hukum kerana percaya reporter yang baik perlu ada banyak skill dan skill yang ingin diambil Intan adalah pengetahuan hukum dan politik .


Walaupun masih dalam tempoh bekerja , Intan berjaya mencapai keputusan yang sangat cemerlang dan diberi kesempatan untuk berucap di orientasi sekolah untuk mendapatkan biasiswa penuh untuk satu semesta jika dapat tepukan dari Conselor Universiti.


Tetapi disebabkan pada hari sebelum orientasi, Intan dengan berat hati perlu melepas peluang keemasan itu kerana adik kecilnya sakit dan perlu dibawa ke hospital .


(Di hospital )


"Rudy ini ubat kamu .Jangan lupa sekalipun untuk habiskannya . Nanti sakit lagi ." kata Intan dengan manis .


"Ta....pi......Kakak hari ni kalau kakak tak berucap nanti macam mana kakak nak sekolah ." tanya Rudy yang terkebil-kebil berkata kerana merasa bersalah untuk sakitnya hari ini .


" Ya ke kakak .Wahh, kakak Rudy memang yang terbaik. "gembira Rudy.


"Sudah -sudah .Mari kita balik . Lepastu terus makan ubat sebab kalau Rudy dah sihat bolehlah kakak sambung kerja esok." balas Intan.


"Kakak tak sekolah ke ? "tanya adiknya


" Esok sampai lusa ada program untuk pilih kelab .Jadi kakak rasa kakak datang hari lusa jelah .Malas nak hadap ahli kelab yang over dalam cari kelab .Lepas tu pasti ada orang-orang yang akan buat hal gila sebab nak banyakan junior masuk .Lebih banyak ahli , lebih banyak bonus duit yang boleh ahli tertinggi kelab dapat . B.O.S.A.N ...bosan faham πŸ˜‘"..balas kembali ayat Rudy dengan muka bosan .


"Fahamm ."


...****************...

__ADS_1


Keesokkannya ,demam panas Rudy sudah sembuh sepenuhnya dan Intan pula dapat sambung kerja di EYE FOR U SHOP dengan mengambil shif pagi dari pukul 9.00 hingga 15.00 petang.


(EYE FOR U SHOP)


"Assalamualaikum, Intan .Datang juga kamu hari ni ya .Macam mana adik kamu si Rudy itu ? Dah sihat ke? "Tanya bos Intan iaitu Puan Umai yang berumur lebih setengah abad .


Umur Puan Umai yang hampir seperti seorang ibu tua membuat hati Intan merasa seperti menyayangi Puan Umai seperti seorang ibu .Dia baik, ramah dan penuh dengan aura positif.


"Rudy sihat tapi masih tak boleh sekolah lagi , takut terinfeksi .Ibu hari ini Intan nak buat apa ? "


" Hari ni kalau ada pelanggan , kamu sahajalah yang layan. Semalam ibu dah suruh si pencuci mall untuk tolong kilatkan lantai kedai kita . Sebab sekarang kita tidak ada lagi pelanggan , pergi belakang sana check stok iris palsu yang baharu kita dapat pagi tadi , kalau tak ada masalah dalam kuantiti dan kualiti , kamu bawa beberapa warna iris palsu untuk letakkan di tempat pameran ." jawap Ibu Umai .


"Banyak amat .Baiklahhhh " ngeluh Intan .


......................


(Di gudang )


"Jumlah set iris ada 50 βœ…, cermin mata untuk lain minus ada 30 βœ…, bulu mata pun cukup ada 30 βœ…dan terakhir pastinya alat terbaru untuk periksa minus mata ada 2 βœ…. "


"Semua stok ada dan kualitinya tidak ada masalah tetapi warna iris palsu hampir 15 set warna hitam coklat natural .Mungkin perlu tambahkan stok untuk iris warna lain terutama yang biru ."


......................


(Kembali ke kedai )


"Ibu , stoknya semua okey tapi mungkin kena beli stok untuk iris biru sebab permintaan pasaran yang selalu laris manis." cakap Intan yang baru sampai ke kedainya .


" Stok tu sampainya esok petang, kapal kargo kena masalah dengan cuaca jadi penebangannya dilambatkan .Nanti biar Ibu yang uruskan itu .Kamu uruskan pelanggan tampan disana , mungkin cari iris palsu sebab sudah hampir 20 minit di sini ." balas Ibu.

__ADS_1


"Baiklah "


[ Terima kasih kerana membaca ]


__ADS_2