Kuasa Dari Sang Dewa

Kuasa Dari Sang Dewa
Bab 51 Siapa Toshio sebenarnya?


__ADS_3

Toshio yang sudah penat mengemas seluruh kawasan atap akhirnya tidur ngengak sehingga jam 11.27 Tengahari dan itupun adalah kerana deringan panggilan dari telefon miliknya.


"Waalaikumsalam Iqhmil . Ada apa kamu telefon sekarang ini ? "


"Hei Toshio ? Kamu baru bangun ke ? Jangan bermalas-malasan dan pergi keluar sana , budak."


" Terima kasih atas nasihat itu orang tua .Sekarang 'budak' ini mahu menanyakan satu soalan .KAU NAK APA !!! "


" Jangalah marah . Sebenarnya , baharu sahaja tadi abang dapat panggilan dari pejabat tanah dan mereka kata bahawa mereka sudah selesai meratakan tanah yang kau beli . Itu sahajalah abang nak kata . Kalau kamu minta abang untuk temankan kamu ke sana, maaf sebab abang ada shift sampai pukul 10 malam .Jadi maaf abang tidak boleh tolong kamu ."


" Iya ke berita ini Iqhmil. Aku sendiri bahkan hampir lupa tentang pembelian tanah itu .Kalau berkaitan shift kamu , Iqhmil tidak perlu risau biar aku yang pergi sendiri . Bekerjalah dengan tekun .Bye ."


"Hmm ."


...----------------...


Toshio membersihkan dirinya untuk bersiap menuju ke pejabat pembinaan kerana bercadang untuk membina tempat untuk kanak-kanak yang kesian sebelum ini mendapatkan tempat teduh .



https://pin.it/1FbdHd9


" System, kamu ada tidak item yang boleh tumbuhkan sebuah bangunan hanya dalam masa sekejap sahaja ? "


.


.


.


" System kenapa kamu tidak balas ucapanku ? System kamu dengar ke ? "


.


.


.


" Kenapa system tidak merespon ? Arhhhhh ."


Toshio yang terlalu fokus memikirkan tentang system tidak sedar bahawa dibawah kakinya muncul sebuah lubang yang memiliki dasar tanpa batas dan akhirnya membuatnya jatuh .


" Anak muda , bangunlah "


Kata satu suara yang familiar di telinga Toshio .Toshio mencuba untuk membuka mata tetapi tidak tahu mengapa ada sesiatu yang membuatnya tidak dapat membuka mata dan tidak sedarkan diri semula .


.


.


.

__ADS_1


Toshio yang tidak sedarkan diri , sudah mula dapat mengembalikan kesedarannya dan perlahan demi perlahan membuka matanya .


" A...atok ? "


"Wahai anak muda , akhirnya kamu bangun juga ."


" Atok , Toshio sudah tidur berapa lama dan tempat ini....bukankah Ruang System yang pernah Toshio datangi ? "


" Benar anak muda , ini adalah Ruang System dan mengikut masa di dunia kamu ,kamu sudah tidur selama 3 jam ."


" 3 Jam !!! "


" Jangan risau Toshio kerana masa di sini dan di dunia mu adalah berbeza .Bahkan jika kamu mahu , Atok boleh buatkan kamu masuk ke dunia kamu 2 bulan yang lalu ."


"Sebenarnya kehadiran Atok kali ini adalah untuk memberitahu kamu sesuatu yang besar telah berlaku di dunia para dewa dan itulah sebabnya kamu tidak boleh memanggil system mahupun tertidur apabila kamu masuk ke ruangan ini ."


" Toshio rasa sebab kenapa Toshio pengsan kali ini walaupun secara asasnya Toshio baik-baik sahaja semasa kali pertama disini adalah kerana Atok tidak menggunakan system sebagai penghubung .Betul kan ? "


"Hahaha . Atok memang tidak salah pilih orang . Tekaan kamu adalah betul dan boleh atok mahu kamu jelaskannya dengan lebih lanjut ."


" Ruangan system ini adalah seperti sebuah rumah dengan system sebagai tuan rumahnya .Atok dan Toshio adalah tetamu yang datang ke rumah ini .Oleh itu , Atok sebagai orang pertama yang nak masuk perlu minta izin kepada tuan rumah( system) apalagi apabila Atok ini ajak orang lain masuk ke rumah ini .Tetapi apabila system tidak berfungsi sama seperti tuan rumah yang sedang sakit .Apabila Atok masuk ke rumahnya dan mengajak seseorang masuk pasti tuan rumah akan mencuba untuk menghalau mereka .Atok ada kuasa dewa jadi tidak terpengaruh tetapi Toshio yang hanya ada serpihan kuasa sahaja tidak dapat menaham tekanan dari tuan rumah dan akhirnya pengsan ."


" Perumpamaan yang bagus , Toshio dan segala yang kamu katakan itu adalah betul ."


" Tetapi Atok kenapa system boleh sakit ( tidak berfungsi) ? "


" Ikut masa di dunia kamu , malam semalam tidak tahu mengapa sebabkan tiba-tiba sahaja buku utama Sang Dewa Cinta terlepas segel yang pertamanya dan menghasilkan impak yang luar biasa besar . Kami para dewa utama mencuba menekan kuasa dari segel pertamanya dan kami akhirnya berhasil .Tetapi nampaknya kesan segel pertama itu telah menidurkan system ."


" Dewa Cinta adalah dewa mahir dalam unsur sihir dan alchemist .Jika dia gunakan salah satu daripada elemen sihir miliknya bahkan dengan kuasa penuh kesemua para dewa , kami hanya mampu bertahan sahaja dan tidak mampu menghentikannya sepenuhnya . Sebab itulah , walaupun hanya segel pertama sahaja dapat menyebabkan hal yang ekstrim. "


" Atok mungkin sudah ambil jiwa Dewa Cinta daripada kamu tetapi kamu masih seorang manusia setengah dewa dan memiliki serpihan dari jiwa Dewa Cinta. Dan disebabkan itulah system yang dibuat oleh kamu sang setengah dewa mendapat impaknya ."


" Kalau begitu , bagaimana Toshio mahu membangunkannya semula ? "


"Ambil ini . "



https://pin.it/2pPe39N


" Buku ? "


" Atok sudah estrak kuasa dari segel pertama itu dan ada satu perkataan sahaja di buku segel pertama itu iaitu [ Berikan kuasa ini kepada tubuhku maka bahaya semesta dapat disegel .] "


"Atok perlu berikan kamu kuasa ini . Adakah kamu terimanya ."


" Tidak . "Toshio yang berfikir panjang akhirnya memberikan jawapannya .


"Kenapa Toshio ? "


" Bawalah aku ke tempat jiwa Dewa Cinta itu tersimpan maka aku akan setuju . "

__ADS_1


"Kenapa Toshio? "


" Ini hanyalah tekaan dari Toshio sahaja jadi boleh ke bawa Toshio ke sana ? "


" Pakailah jubah hitam ini untuk masuk ke sana . Dunia dewa tidak membenarkan selain dewa untuk masuk ke tempat itu .Tetapi dengan jubah ini bereti kamu ada undangan dari dewa utama .Mungkin dalam bahasa dunia kamu ialah hadiah orang dalam ."



https://pin.it/7xvxDDf


( Dunia Dewa : Bilik Jiwa Dewa Cinta )


" Toshio , ini adalah ruangan milik Dewa Cinta dan ditengah-tengah ruangan itulah tersimpannya Jiwa Dewa Cinta ."


" Kalau Toshio betul ,Atok boleh benarkan Toshio untuk menyentuh jiwa ini ? "


" Tiada masalah Toshio , lakukanlah apa yang kamu suka ."


Toshio memegang buku segel pertama di tangan kirinya dan tangan kanannya menyentuh bola jiwa itu . Toshio memfokuskan diri dan tenaga ********** ke kedua belah tangannya .


Tidak lama setelah Toshio berjaya memfokuskan diri sepenuhnya , buku segel pertama terbuka dan bersinar seperti yang sebelum ini ( bab 50 )dan seterusnya bola jiwa Dewa Cinta terus bersinar dengan pelbagai warna yang sangat indah dan menawan .


" ITU !!!! Elemen 7 Warna !!!! "


Atok yang terkejut dengan pelbagai warna yang melingkari jiwa itu tetapi Toshio langsung tidak kehilangan fokusnya dan terus menyalurkan mana miliknya .


Jiwa Dewa Cinta makin bersinar dan membesar seperti mahu meletop .Disebabkan kuasa yang dikeluarkan tersangatlah kuat , penggera bahaya berbunyi dan membuat para dewa di luar terkejut dan bersiap-siaga .


" Bangunlah Dewa Cinta !!!!!!! " jerit Toshio yang menyalurkan semua mana miliknya .


Akhirnya jiwa Dewa Cinta untuk menghasilkan ledakan yang sangat kuat dan membentuk aurora di dunia Toshio . Manakala di dunia dewa bagaikan pancaran sinaran big bang yang luar biasa berwarna.


Toshio yang menggunakan semua mananya jatuh tidak berdaya.


Sebuah hologram bersaiz manusia muncul di hadapan Toshio dan Atok .Serta lagi satu hologram bersaiz gergasi muncul di tengah-tengah kota .


Hologram yang muncul adalah Hologram jiwa dari Dewa Cinta .


" Dewa Cinta !? Bagaimana ? "


" Jangalah kalian semua terkejut .Ini hanyalah serpihan dari jiwa aku dan bukanlah diri aku yang kalian semua kenal ."


"Bangunnya aku disini adalah kerana pasti salah-satu segel buku aku terbuka,bukan ? "


" Buku segel itu hanya akan terbuka apabila syaratnya dipenuhi dan salah-satu syaratnya sudah dipenuhi . Hanya apabila kelima-lima syarat buku segel ini dipenuhi , baharu aku Sang Dewa Cinta dapat bangun dan hanya apabila aku bangun sahajalah dapat mengalahkan Sang Dewa Kebencian , Rai Tula ."


" Janganlah kalian risau kerana itu adalah dulu dan bahkan tanpa bantuan aku sekalipun hari ini , seorang perwaris telah lahir iaitu Raja Danial Toshio yang mampu menghapuskan Rai Tula itu .Kalian semua berikanlah kuasa kalian kepadanya ..."


Toshio yang pingsan di bilik Dewa Cinta yang dipangku oleh paha Atok , tiba-tiba badannya mula bercahaya dan hilang dibalik pancaran silauan cahaya itu .


" Toshio, mana kamu ? "

__ADS_1


Toshio muncul dengan wujud sayap di belakang badannya di tengah-tengah kawasan kota dan membuat semua dewa ketakutan .


__ADS_2