
Toshio tidak lupa memberitahu di telegram Kelab W berkaitan pesta yang akan dianjurkan untuk meraikan ulang tahun Dior ,adik kepada Intan .
Disebabkan yang lain telah mengenal Dior maka mereka pun bersetuju dan bersemangat untuk membantu mempersiapkan pesta kecil-kecilan itu .
Toshio menelefon beberapa restoran untuk membuatkan makanan yang banyak tetapi ditolak dan ditolak di semua restoran kerana permintaan yang terlalu tiba-tiba .
Oleh itu ,Toshio berinisiatif untuk membuat sendiri makanan-makanan dengan bantuan system dan [ Peti Sejuk Chef ] miliknya .
Dengan bantuan system , Toshio mengetahui makanan kesukaan Dior ialah Takoyaki dan tteokbokki .Disebabkan segala bahannya sudah ada di rumah Toshio maka tidak perlulah Toshio keluar di pagi-pagi buta ini .
Toshio bercadang mahu membuat Takoyaki dengan kuah tteokbokki dipadukan dengan keju dan sos cili buatan yang pedas manis agar sesuai dengan tekak kanak-kanak .
[ Peti Sejuk Chef ] juga memiliki fungsi menggandakan makanan maka dari itu Toshio hanya membuat seketul takoyaki dan segelas kuah tteokbokki .Toshio menekan butang ganda 5 agar masakannya dapat dinikmati oleh semua orang .
Selesai menyediakan makanan , Toshio menyimpannya di dalam [ storage ] agar dapat dihidangkan panas-panas apabila malam menjelma . Lantas , Toshio mandi semula dan bersiap untuk berkumpul di Kelab W kerana mahu membuat persiapan untuk malam nanti .
kelas 2 Seni Digital
( Di Bilik W)
Toshio dan yang lain sudah berkumpul untuk berbincang berkaitan pesta hari jadi Dior .
" Intan , Selamat Hari Jadi saya ucapkan kepada Dior ." kata Hakim .
" Saya juga , selamat hari jadi " turut Imran .
" Terima kasih kalian semua .Sebenarnya , saya sendiri mahu meminta maaf kepada kalian kerana mengganggu cuti minggu kalian ."
" Tiada apalah , Intan .Kami berdua setiap hari cuti hanya bermain game ramah pemain sahaja jadi sudah mula bosan .Nasiblah kamu ada kalau tidak perlulah kami bermain game lagi seharian ." kata Imran .
" Kalian berdua masih main game seharian lagi ?! Sudah berberapa kali aku kata jangan main seharian , sekurang-kurangnya kalau nak main pun mainlah paling tinggi 3 jam hanya untuk sehari sahaj.... "
" Toshio , hari ini hari jadi orang lain jadi janganlah membebel lagi ." mengampuk Imran semasa Toshio membebel .
" Sudahlah ,hati ini aku lepaskan kalian .Ingat , Hari ini sahaja ."
Toshio menarik nafas dan mula membahagikan tugasan kepada mereka semua .
" Intan yang kenal adiknya dan Hakim yang kaya , kalian pergilah beli barang-barangan parti dan tolong belikan pinggan serta cawan sekali .Imran yang mahir akan makanan akan membeli makanan dan minuman ringan. Manakala , aku pula akan mula kemas keseluruhan atap ini kerana kita akan berpesta di atas ini ."
" Toshio, boleh ke kamu melakukan kemas-kemas di atap besar ini seorang diri ? " tanya Hakim yang risau akan kawan baiknya kerana tahu bahawa Toshio tidak suka akan aktiviti yang mengeluarkan peluh ( Jangan dicontohi iya kawan-kawan ).
" Jangan risaukan aku , nanti jika kalian sudah selesai maka kalian juga kena membantu mengemas atap ini ."kata Toshio.
" Kalau begitu, baiklah .Kami berdua pergi dulu iya ."
" Bye Toshio dan Imran."
" Bye "
__ADS_1
" Selamat Berjalan ."
.
.
.
...----------------...
...Misi Utama :...
...Membersihkan atap ini tanpa sebarang bantuan dari system...
...Hadiah : 10 Juta Coin...
...Hukuman : Minum dada ayam yang dikisar...
...Masa: 2 Jam...
...----------------...
...Misi Utama :...
...Memberkukuhkan keselamatan di seisi atap...
...Hadiah : 5 Juta Coin....
...Hukuman : Minum dada ayam yang dikisar...
...----------------...
" System kenapa misi yang pertama hadiahnya terlalu besar walau misinya hanya segitu sahaja ? "
...Ada masanya hadiah yang diberi diukur mengikut kekuatan tuan sendiri .System mungkin mengesan bahawa Tuan sukar untuk melakukannya....
" Sama ada itu perli ataupun tuah , akupun tidak tahu ."
Toshio berkeliling di seluruh atap kawasan bangunan kelabnya untuk melihat seberapa banyak yang perlu dia lakukan .Walaupun selepas pembuatan kelab baharu di atap bumbung tetapi tetap kawasan atap ini menjadi tempat yang populer untuk para pelajar makan dan meluahkan perasaan cinta mereka .
Oleh itu , tidak hairan terlalu banyak sampah-sarap di kawasan ini terutama di bahagian barat atap yang menjadi 'pot' untuk pelajar-pelajar berkumpul semasa waktu rehat .

" Mari mulakan misi membersihkan kawasan atap ini !! " semangat Toshio.
Mula-mula Toshio mengambil beg plastik dan mengutip segala sampah-sampah yang berupa kertas-kertas . Toshio mengulang cara yang sama dengan plastik , kaca dan dedaunan .
Setelah selesai mengutip sampah , Toshio menyapu penuh keseluruhan kawasan atap dan menghabiskan masa lebih dari 1 jam .
...Misi Utama Selesai :🎉...
__ADS_1
...Hadiah : 10 Juta coin...
...Coin semasa :...
" Bagus . Misi pertama selesai jadi sekarang mari kita gunakan system pula .Walaupun tempat ini sudah bersih tetapi tetap masih tidak cukup untuk dijadikan tempat untuk berpesta .System aktifkan [ Buku Ramuan Dewa ] dan [ Blacksmith Fire] ."
" Hi , buku ramuan , bantu saya mencari potion yang boleh memulihkan cat di lantai ini seperti baharu sahaja dicat. "
...Ada Tuan tetapi saya perlu ambil beberapa barang kamu dari [Storage ] untuk murnikan potionnya iaitu **********...
" Ambil sahajalah barang itu ...Terima kasih buku ramuan .Sekarang yang kedua , [Blacksmith Fire] mohon tempa tembok-tembok ini menjadi lebih selamat dan berguna ."
...Maaf tuan tetapi tuan perlu berikan arahan penempaan yang lebih jelas untuk saya mulakannya ....
" Ohh begitu ke ? Maaf iya ..Kalau begitu bagaimana jadikan dinding ini berteknologi tinggi dimana mampu mengeluarkan cermin anti pecah di hujung tembok itu yang berketinggian setinggi saya .Untuk elakkan ketahuan , buatnya transparan dan apabila ada manusia ataupun haiwan yang jatuh , dari ketinggian 3 tingkat maka akan ada daya graviti yang menolaknya supaya dapat memperlahankan mereka dan membuat mereka selamat mendarat di atas tanah .Boleh ke ? "
...Tentu boleh , tuan .Perkara seperti itu kecil sahaja untuk saya .Mohon tunggu 24 jam untuk penempaannya selesai ....
" 24 Jam ? Terlalu lama .Saya perlu selesaikan misi jadi tiadakah cara lain yang lebih cepat selain daripada menaikkan level ."
......Cara alternatif adalah dengan membeli [ Tiket Blacksmith] dengan harga 500 ribu untuk 1 tiket .Dapat berpersingkat masa penempaan 100 % tetapi untuk penempaan kurang daripada 36 jam dan hanya dapat dibeli 5 tiket perhari .Adakah tuan yakin mahu membelinya ? ......
" Nantipun aku akan dapat 5 juta coin jadi mari belinya ."
...Pembelian berhasil...
...[ Gelembung Tingkap Transparent ]...
Hanya dapat memberikan sedikit dorongan untuk seseorang yang tergelincir atau memegang hujung tembok dengan bahaya. Tiada yang boleh duduk mahupun baring di atas tembok ini.
...[ Pengubah Gravitasi ] diaktifkan...
Menyelamat seseorang yang jatuh dari ketinggian 3 tingkat keatas dengan daya luar yang kuat maka akan memperlahankan kegravitian di sekitar tubuh mangsa
...----------------...
...Misi Utama Selesai: 🎉...
...Hadiah : 5 Juta coin...
...Coin semasa : 16, 463,900 coin...
...----------------...
" Walaupun agak berani tetapi mari kita cuba dahulu."
Toshio mencuba memanjat tembok itu tetapi langsung tidak boleh . Dia cuba menyentuh ke luar tembok dengan tangannya dan tanpa sedar , dia ditolak ke belakang sesudah sahaja menyentuh benda elastik di luar tembok .
" Wow , nampaknya alat pertama berhasil dan sekarang ....mari lompat ."
Toshio dengan berani berlari dan terus melompat jatuh ke bawah. Walaupun begitu , semakin lama semakin perlahan dia jatuh dan mula percaya dengan [ Pengubah Gravitasi ] .Toshio bahkan mampu memusingkan tubuhnya 360° dan sampai ke tanah dengan selamat .
__ADS_1
" Hebatlah [Blacksmith Fire] 😁😁"
Toshio mengulang-ulang melompat dari atap dan mencuba pelbagai gaya di tengah jatuhan sehinggalah dia berasa penat.