
Nurul membuat panggilan ke balai polis.
" Roy, kamu ada masa tidak sekarang ini? "
" Okey je. Kamu mahu apa, Nurul? "
" Kami jumpa dashcam di kawasan laluan Elizabeth. Boleh bantu kami cari siapa pemilik keretanya? "
" Hantar nombor flat kereta itu dan jangan matikan talian. "
Setelah beberapa detik, pemilik dari kereta itu pun dijumpai yang rupanya merupakan salah satu pekerja dari dobi .
Kerja mereka menjadi lebih mudah apabila pemilik kereta memberi kerjasama yang baik.
" Elizabeth masuk ke jalan nombor 2. Di sana hanya ada kedai-kedai permainan. " ucap Nurul.
" Sekurang-kurangnya, kedai pemainan pasti ada CCTV jadi mari kita cepat. "
Mereka melakukan hal yang sama seperti yang tadi sehingga mereka menjumpai satu masalah besar.
" Maaf puan polis. Rakaman CCTV yang puan inginkan rosak."
" CCTV kami dalam pembaikan jadi tidak boleh menolong anda puan. "
Jawapan yang sama diberikan oleh tiga kedai.
" Rosak? Kalian pasti ini tidak disengajakan ? " tanya Imran.
" Kita hanya tinggal satu kedai sahaja lagi. Kalau ini 'rosak' juga habislah kita. " jawap Hakim.
Mereka memasuki kedai terakhir di distrik tersebut.
" Pelayan, Saya dari pihak kepolisian Johor. Kami perlukan kerjasama dari tuan untuk melihat CCTV di kedai ini. " ucap Nurul menunjukkan kad identitinya.
" Mohon tunggu sebentar, saya memanggil manajer kedai ini. "
..
" Puan, anda boleh masuk ke bilik CCTV tapi hanya dibenarkan tiga orang sahaja termasuk puan. " ucap manajer tersebut.
" Baiklah, Saya, Toshio dan Intan akan masuk. Kalian tunggu sahajalah di sini. "
" Boleh kami main game di sini? " tanya Imran.
" Suka hati kalianlah tapi tetap dalam dalam kumpulan. Jangan berpisah. "
__ADS_1
" Faham, Kak Nurul. "
Di bilik CCTV .
Hanya ada Nurul, Toshio dan Intan. Semua pengawas dan manajer tidak dibenarkan masuk ataupun mendekati bilik tersebut.
"Rakaman CCTV dari jam 2 hingga 3 telah hilang. Ini pasti disengajakan. " ucap Nurul .
" Bagaimana ini? Tadi Intan periksa di kawasan ini tiada kereta yang memiliki dashcam jadi kita tidak boleh guna cara yang sama. "
" Nurul, terus mainkan rakaman di hadapan pintu masuk. Kita perlu cari siapa yang berkemungkinan menjadi dalang dari hilangnya rakaman CCTV ini. "
Benar apa yang dikatakan Toshio, pada esok harinya tepat jam 10 pagi. Dua orang misterius memakai kacamata dan pelitup mata serba hitam masuk ke kedai ini.
" Toshio itu dia. " ucap Intan menunjuk ke arah kata TV pengawasan.
" Bagus. Nurul ikut pergerakan kedua orang itu . Kita perlu anggapnya sebagai suspek. "
Kedua orang itu menuju ke meja pelayan dan menunjukan telefonnya sesaat setelah manajer bersua dengan mereka . Setelah itu, manajer membawa mereka menuju ke bilik CCTV dan selepashampir 30 minit mereka keluar dari sana.
" Toshio, kakak perlu ambil rakaman ini guna pendrive. Tengok di luar jika ada orang. "
" Faham. "
Setelah rakaman berjaya diambil mereka berkumpul dengan Imran dan yang lain nan bermain permainan VR zombie battle dan mesin tarian ( Farah yang menari).
" Tapi kenapa? " tanya Imran.
" Mungkin lebih baik kita cakap diluar. Bahaya di dalam ini. "
Di luar kedai, Nurul menjelaskan apa yang terjadi dan mereka memutuskan untuk membagi tugas.
Farah akan pergi ke kedai permainan pertama, Imran yang ke dua dan kedai ketiga diserahkan kepada Hakim.
Setelah beberapa minit menunggu, bukti dari ketiga kedai berjaya dikumpulkan.
" Pada jam 10 mereka di kedai keempat, 20 minit kemudian di kedai ketiga dan seterusnya . Mereka melakukan hal yang sama. Kedai yang berkata CCTV nya rosak hanyalah sebagai alibi agar kita tidak masuk ke bilik CCTV mereka . " ucap Nurul.
" Kakak akan buat panggilan ke balai polis untuk mereka membuka kertas siasatan akan hal ini "
..
" Tuan, ada polis yang telah melihat kelibat kalian di kamera CCTV. " ucap manager kedai keempat melalui telefon dengan individu yang tidak dikenali.
....
__ADS_1
Misi mereka untuk hari ini selesai sampai di sini sahaja kerana mereka tidak boleh mengganggu pekerjaan polis. Oleh itu, mereka pulang ke kelab untuk menganalisis apa yang terjadi.
" Jadi korang. Sekarang kita mahu buat apa? " tanya Imran.
" Apa kata kita buat papan penyiasatan seperti di televisyen? Lebih mudah untuk kita membuat analisis. "
« Setuju »
( hanya contoh)
" Kita ketahui, Elizabeth telah lari dari rumahnya pada 18 haribulan jam 10 malam. Untuk satu hari, dia menginap di Hotel Trump dan Check out pada 20 haribulan jam 12 tengah hari. Setelah itu khabarnya sudah tidak didengar. " ucap Intan menulis di card.
" Mayatnya telah dijumpai pada 4 petang hari berikutnya. Yang bererti jangka masa dia hilang adalah dari 12 tengah hari di hari pertama hingga 4 petang hari kedua. " disambung pula dengan Farah.
" Buat masa sekarang kita ada suspek yang merupakan dua individu dewasa berpakaian serba tertutup yang pergi ke empat kedai dan masuk ke bilik CCTV. Siapa mereka kita tidak tahu tapi mereka datang pada jam 10 pagi, 6 jam sebelum mayat Elizabeth dijumpai.
Kita jangan lupa dengan anting yang dijumpai berdekatan mayat. Itu adalah bukti sulung kita. " diteruskan dengan Hakim.
" Apa kata kita bahagikan tugas. Imran dan Toshio siasat tentang suspek itu manakala kalian bertiga siasat anting itu. Dimana ada jual, pernah tidak ada kes yang sama dijumpai anting tersebut. " ucap Toshio.
" Toshio, boleh saya pergi ke balai polis melihat hasil foto ditempat kejadian ? " tanya Intan.
" Emm Kak Nurul bagaimana? "
" Jika dapat kebenaran dari Tuan Zheng Ryo maka tiada masalah. Tunggu saya tanya dia dulu. "
Intan mendapat kebenaran untuk melihat bukti yang telah dikumpulkan oleh pihak polis. Ditemani oleh Kak Nurul dan Farah ( saja mahu ikut) mereka berdua menuju ke balai polis.
Prof yang telah habis mengajar, datang ke kelab W untuk membantu Hakim yang ditinggalkan sendirian menyiasat anting.
Beberapa jam meneliti, Toshio dan Imran tidak menjumpai sebarang pertunjuk. Begitu juga dengan Hakim dan Prof yang tidak tahu dari mana anting itu diperoleh kerana tiada satupun pedagang di Malaysia yang menjual barangan tersebut.
" Yang pasti, anting ini tidak dibuat untuk dipasarkan jadi kalau ada kemungkinan pasti dibuatnya sendiri khas untuk kumpulan mereka." ucap Profesor.
" Kalau begitu, kenapa tidak lihat petunjuk kami. " kata Farah yang baharu sahaja sampai bersama Nurul dan Intan.
" Pihak polis yang baik hati benarkan kita mengambil soft copy gambar-gambar sewaktu kejadian . Kalian mahu lihat. " ucap Intan memberikan tas yang penuh dengan gambar soft copy.
« Pasti »
" Sebelum itu, baik kalian dengar ini. Menurut Encik Roy yang urus kes 4 kedai permainan , kedua individu itu adalah tidak diketahui siapa tapi pada jam yang sama mereka datang, ada akaun yang memberikan wang dalam nominal yang sangat besar kepada setiap kedai
. Kami syak itu dari individu yang sama tapi Manager setiap kedai tidak kata apa-apa tentang hal ini. "
__ADS_1
" Kak Nurul, anda ada nombor rekening itu? Saya boleh hack nombornya untuk menjejak lokasi mereka. " ucap Hakim, Sang Hacker Kelab W.
" Semuanya ada dalam tas itu. Carilah sendiri. "