
Di sebuah gedung terbengkalai..
" Master, kita dalam masalah besar. Ada ' serangga ' yang beraninya mengganggu rancangan kita. "
Siapa mereka?
" Sebuah kelab detektif bernama Kelab W di Universiti Johor. Mereka memiliki 5 orang ahli kelab. "
Kelab W? Mereka jugalah yang menangkap pengikut nombor 17 dan 18 . Nampaknya kalau serangga ini tidak diuruskan dengan cepat, kita sendiri yang akan kena racunnya. Kamu panggil pembunuh bayaran kita dan bunuh salah seorang dari mereka . Pastikan jangan tinggalkan sebarang bukti. Pergi sekarang.
" Tuan ingin siapa untuk dibunuh dahulu?"
Siapa-siapa sahaja asal bukan perempuan. Kita memerlukan darah wanita yang masih hidup untuk dijadikan tumbal.
" Baik tuan. "
Setelah pelayannya keluar, Master memerhati gambar yang ditangkap mata-mata iaitu gambar Toshio dan kawan-kawannya.
" Wahai anakku, setelah lama aku mencari akhirnya aku menjumpaimu Intan Maisarah . "
Kamu tahu kamu tidak lagi boleh kembali kepada anak kamu bukan. Kamu telah membunuh isterimu yang merupakan ibu kepada anak kamu hanya untuk membuat perjanjian denganku Sang Dewa Kegelapan.
" Aku hanya membantumu mengembalikan kekuatan sebenar Sang Dewa Kegelapan dan kamu membantuku menjadi manusia yang digeruni oleh seluruh bumi ini. Sebenarnya butuh berapa lagi untuk kekuatanmu kembali ? "
Aku tidak perlu banyak mangsa tapi aku hanya perlu mangsa yang berkualiti. Semua yang kamu bawakan berkualiti rendah jadi lebih sedikit kuasa aku dapat ditingkatkan.
Aku adalah Dewa Kegelapan. Kebencian, ketakutan dan kemarahan adalah makanan aku . Kerana itulah, wanita adalah mangsa terbaik kerana emosi mereka yang sering sahaja tidak stabil. Carikan aku makanan yang memiliki kesemua ini maka akan dengan cepat aku dapat hidup kembali dan dapat dengan cepat perjanjian antara kita dapat dimakbulkan.
" Tempat yang memiliki semua emosi negatif mungkin lebih baik. Ramai orang dan pastinya banyak emosi negatif. Tapi dimana aku boleh jumpa tempat seperti itu? "
....
Kembali kepada Toshio dan kawan-kawannya.
Mereka membahagikan tugas dengan cepat kali ini.
Toshio dan Hakim akan menghack rekening bank suspek.
Intan dan Farah meletakkan bukti-bukti yang dikumpulkan polis di papan penyiasatan mereka dan sedikit menghiasnya menggunakan bahan yang ada di dalam kelab.
Imran , prof dan Nurul mencuba mencari rekod-rekod jenayah dimana pelakunya memiliki kesamaan dengan suspek.
" Toshio, kamu tolong lemahkan penjagaan untuk beberapa minit sambil menunggu aku menerobos masuk ke dalam telefon suspek. "
" Sistem keamanan bank sangat tinggi jika kita mahu hack satu akaun ini. Jadi aku hanya boleh menahannya untuk seketika agar tidak ketahuan . Buat cepat, Hakim. "
"Roger."
__ADS_1
Setelah beberapa minit melawan penjaga, Hakim dan Toshio berjaya mencuri sebanyak mungkin data dari telefon pemilik nombor rekening.
" Kalian semua. Kami sudah dapat maklumat dari pemilik nombor . Kalian lihatlah sendiri . " ucap Hakim.
" Cuba telusuri galeri nya. Mungkin ada gambar pemiliknya. " kata Nurul.
" Di galeri nya tiada sebarang gambar satupun kecuali satu fail yang penuh dengan video. Aku buka iya? "
Arghhh, tolong!!!!
Tolong !!! Panas!!!
Jangan apa-apakan anakku!! Pergilah Setan !!!
Hakim dan yang lain terkejut dengan apa yang mereka lihat iaitu video terakhir mangsa-mangsa di masa pembunuhan mereka dilakukan.
" Ini video yang dibuat pemilik telefon bukan? Mungkinkah ini video yang didownload di platform-platform haram? " tanya Prof yang terkejut dengan video yang ditonton mereka.
" T.. tidak aku rasa. Cuba kalian tengok pula video yang ini. Tarikh video ini diupload sama dengan tarikh disahkannya kematian Elizabeth. " ucap Hakim yang menunjukkan tangannya ke salah satu video
Seperti yang dijangkakan oleh Hakim.
Video itu merupakan video pembunuhan Elizabeth. ( Penulis : Elizabeth dibunuh dahulu, baharu dibakar.)
" Mereka sangat kejam. Kita perlu berikan bukti ini kepada pihak polis. "
" Mungkin lebih baik kita tamatkan untuk hari ini. Terlalu banyak perkara yang berlaku dan kalian perlu berehat . " ucap Prof.
" Betul itu. Serahkan yang ini kepada Kak Nurul. Kalian berehatlah. "
" Jom lah kalian semua. Kita balik. " kata Toshio.
« Kami setuju »
" Lagi satu kalian semua. Kerana Kakak tidak boleh bersama kalian. Boleh tidak kalian tinggal di satu rumah? Bahaya jika salah satu dari kalian terpisah . "
" Kami sudah bincang sebelum ini dan kami setuju untuk tinggal di rumah Toshio. '' ucap Intan.
" Adik-beradik Intan melakukan lawatan sekolah jadi tiada di rumah. Farah, Imran dan Hakim pun sudah mendapatkan kebenaran ibubapa mereka. Jadi untuk beberapa hari ini sehingga kes selesai, mereka akan tinggal di rumah saya. " sambung Toshio.
" Wow, kalian sudah bergerak dua tapak ke hadapan. Kalau begitu, selamat tinggal. Balik lah dengan selamat dan ingat untuk tutup pintu semuanya. "
« Faham, Kak Nurul »
...
Malam pun menjelma. Toshio, Imran dan Hakim tidur di ruang tamu manakala Farah dan Intan tidur di bilik Toshio.
__ADS_1
Toshio tidak mahu ada orang yang tidur di bilik ibubapanya dan bilik tamu di rumah ini semuanya telah lama tidak dikemas sehingga akan ada banyak habuk tetapi dengan semua alasan itu d, dia tiada masalah dengan dua perempuan berusia 18 tahun tidur di biliknya? Memang ada masalah otak si Toshio satu ini.
Tiba-tiba, amaran muncul dari sistem.
...Amaran!!! Amaran!!!...
...Tuan, ada individu yang mencuba merompak masuk ke rumah ini....
Toshio dibuat terbangun mendengar siren dari sistem.
Mereka sudah tahu tempat ini. Mereka pasti bukan calang-calang orang. Sekarang bagaimana keadaan orang tersebut sistem?
...Nama : Qing Yang...
...umur : 41 tahun...
...pekerjaan : Pembunuh bayaran...
...Rekod jenayah : tiada...
Barrier yang telah dipasang tuan dahulu telah diaktifkan. Selagi Barrier itu masih ada, Pembunuh Qing tidak akan dapat menjejakkan kaki di rumah ini.Apa tindakan tuan selanjutnya ?
Boleh kamu kecilkan saiz Barrier?
...Sudah tentu. tapi mahu sekecil apa?...
Cukup untuk cover dari pintu hadapan hingga bumbung. Bagi dia masuk dari pintu hadapan dan pasangkan [ lebah CCTV ] di sudut depan.Dia adalah petunjuk di depan mata. Kita tidak boleh lepaskan peluang ini.
...Barrier telah dikecilkan dan [ Lebah CCTV ] telah dipasang....
Bagus sekarang mari kita mulakan pementasan.
" Imran bangun. Hakim bangun. Ada orang pecah masuk rumah ni. "Toshio mencuba membangunkan dua rakannya yang tidur mati.
" Kejap lah ma. 5 minit lagi- 5 minit lagi. " ucap Hakim mengigau.
" Bangunlah!!! " ucap Toshio menghempaskan bantal di sebelah mereka .
" Astagfirullah. " terkejut Imran membuatnya terbangun.
" Mama, adik bangun sekarang !!! " juga Hakim.
Setelah beberapa saat bangun dari tidur, Toshio menceritakan apa yang berlaku dan menunjukkan rakaman CCTV di luar perkarangan rumah.
" Orang ini ada kena mengena ke dengan ke Elizabeth? "
" Tidak tahu jadi kita kena tanya dia. Hehehhe. " ketawa jahat Toshio
__ADS_1