
( Di Bilik Kerja Azmi )
" Danial , duduklah di mana kamu mahu ."
" Baik pak cik ."
Tuan Azmi mengambil 3 fail di raknya dan memberikan fail tersebut kepada Toshio.
" Danial , kamu lihatlah ini adalah fail-fail kes yang kelab kamu kalahkan dan fail kes semasa kamu menangkap 2 orang untuk tolong seorang atok ."
" Pak cik tahu ? " terkejut Toshio .
" Pak cik adalah Hakim Tertinggi Mahkamah Johor sudah pasti pak cik tahu semuanya .Banyak koneksi , banyak maklumat pastinya ."
Toshio melihat kesemua fail secara cepat yang bahkan tidak sampai 2 minit .
" Pak cik , kes kedua dan ketiga ada hubungkait ke ? " tanya Toshio .
" Kenapa kamu kata begitu , Danial ? "
" Tidak tahulah .Buktinya memang tidak terlalu jelas tetapi saya boleh lihat ada benda yang tidak kena dengan pernyataan boss kilang dan kawan pelatih Eldon .Bagai mereka sembunyikan identitas seseorang yang dibelakang takbir dengan memberikan kesaksian yang menyudutkan mereka dengan sengaja ."
" Kamu memang sama seperti yang pak cik dengar dari dia ."
" Pak cik memang tiada bukti yang mencukupi tetapi dengan pengalaman pak cik memang pasti bahawa ada orang kuat yang bersembunyi di belakang dua kes ini .Sama ada orang yang sama atau tidak , pak cik tidak boleh pastikan." kata Tuan Azmi .
" Toshio rasa dalangnya mungkin orang yang sama sebab kedua kes ini ada kemiripan yang jelas dari segi bahan terlarang , organisasi di Johor dan tempat pengeludupan yang hampir bersebelahan .Kita perlukan lebih banyak bukti untuk pastikannya ." balas Toshio.
" Tunggu Danial , biar pak cik ambil sesuatu dahulu ."
Tuan Azmi mengambil sebuah fail di bawak rak mejanya yang terkunci dengan password nombor .
" Danial , dalam fail ini pula ada tercatat semua kes-kes yang beredar di seluruh Johor dan kesemua rekod penjenayah di Malaysia .Mungkin akan ambil masa tapi pak cik rasa , fail ini boleh membantu untuk kamu mencari dalang kedua kes ini dan dalang pembunuhan ibu Nurul ."
Toshio terkejut mendengar ucapan Tuan Azmi sehingga membuatnya berdiri .
" Bagaimana pak cik tahu ? "
" Jadi betullah , kamu tahu sesuatu tentang benda ini ."
" Pak cik bagaimana pakcik tahu tentang ibu Nurul ? "
" Maafkan pak cik Danial tapi pak cik memang tidak boleh membuat apa-apa .Jika kamu perlukan bantuan jumpalah pak cik tetapi ingatlah untuk sentiasa berjaga-jaga apabila kamu uruskn kes ibu Nurul . Walaupun kamu tahu semuanya , kamu tetap perlu keberanian untuk menyatakan kebenarannya ." kata Tuan Azmi meninggalkan bilik kerjanya .
Fikiran Toshio berpusing-pusing dengan memikirkan seribu satu kemungkinan yang ada sehingga membuat dirinya takut akan langkah kedepannya .
...Tuan , kamu ada system , para dewa dan sahabat sejati di sekeliling kamu .Jadi janganlah takut dan melangkahlah ke hadapan dengan yakin ....
" Tapi bagaimana jika langkah aku membawa kepada kemusnahan . "
...Maka cuba lagi dan cuba dengan cara yang berbeza .Bumi yang kehilangan Dewi Cinta masih boleh memiliki perasaan cinta jadi tidak mustahil kamu yang memiliki semua dukungan tidak memiliki perasan untuk melangkah .Tuan selesaikanlah misi dan jadilah jauh lebih kuat untuk masa depan tuan dan....sahabat tuan ....
" Kamu betul Dewi Cinta .Terima kasih ."
...^^^Sama- sama , tuanku^^^...
...----------------...
...----------------...
( Waktu rehat di universiti )
Toshio dan yang lain 'mengiklankan nombor hotlink merek ke seluruh universiti dengan memberitahu secara bersemuka , memasang poster dan memberi browser kepada beberapa pelajar yang berjalan di sebelah mereka .
__ADS_1
...----------------...
( Waktu balik di Kelab W )
" Intan , kita dapat dua misi baharu .Misinya agak ringan dan mungkin boleh diselesaikan hari ini juga saya rasa ." kata Hakim melihat laptopnya .
" Mari kita tengok misinya ."
......................
...Misi Utama (1) :...
...Mencari dompet penghantar mesej dalam tempoh satu jam ....
...Hadiah : 2 Juta coin ....
...Hukuman : Mandi guna ais batu ....
...Masa : 1 jam ....
......................
...Misi Utama (2) :...
...Membantu menanda 700 soalan ujian milik Prof. Aqilah ....
...Hadiah : 2 Juta coin...
...Hukuman : Mandi guna ais batu...
...Masa : Tiada...
......................
" System , boleh ke saya selesaikan misi pertama ini tanpa saya terlibat dalamnya ? "
...Tentunya boleh Tuan .Misi dari Kelab W adalah misi berkumpulan dan misi berkumpulan adalah misi system .Walau tuan tiada sekalipun , jika misi itu diselesaikan oleh mereka maka tuan tetap akan dapat hadiahnya ....
" Kalau begitu , Intan kami pergi dulu iya ."
" Bye Intan dan Hakim .Jumpa lagi nanti ."
[[ Okey , bye ]]
...----------------...
( Di makmal kimia )
" Assalamualaikum Prof. Aqilah .Kami datang untuk tolong tanda kertas atas permintaan prof di kelab kami ." sapa Toshio.
" Ohh , Toshio dan Imran .Kalian sudah sampai . Mana , Intan dan Hakim kawan kamu itu ? "
" Mereka selesaikan permintaan lagi satu . Jadi jika mereka sudah selesai ,maka mereka akan datang ke sini ." jawap Toshio .
" Begitu ke ... Kalian berdua duduklah di meja itu dan tunggu cikgu ambil kertasnya . Kalian ada pen merah ? "
[[ Kami ada ]]
" Okey tunggu cikgu kejap iya ."
.
.
__ADS_1
.
Prof. Aqilah mengambil kertas jawapan dan menuliskan jawapan objektifnya di papan putih .
" Prof saya ada soalan kenapa tidak guna mesin penanda sahaja .Bukan ke kita ada banyak di universiti ini ? " tanya Imran .
" Semalam semua mesinnya di hantar untuk di kemas kini ke versi yang lebih baharu dan perlukan lebih dari 3 hari untuk pemprograman semula. Ujian ini pun , prof buat hanya untuk suka-suka sahaja bagi melihat perkembangan pelajar jadi tidak diketahui oleh pihak universiti. "
" Kalau kalian faham , bantulah tanda kertas- kertas ini dan prof mahu buat kerangka analisis item pula ."
[ Baik prof ]
.
.
.
.
( 30 minit kemudian )
...Misi Utama (1) Selesai : 🎉...
...Mencari dompet penghantar mesej dalam tempoh satu jam ....
...Hadiah : 2 Juta coin ....
...Coin Semasa : 221, 463,900 coin...
" Intan dan Hakim nampaknya sudah selesai dengan misi mereka . Malangnya. untuk misi kami masih ada 40 peratus lagi yang belum siap .Baik , kami cepat ."
Beberapa minit kemudian , Intan dan Hakim sampai ke makmal kimia dan terus membantu mereka menanda kertas ujian yang tinggal .
.
.
.
...Misi Utama (2) Selesai : 🎉...
...Membantu menanda 300 soalan ujian milik Prof. Aqilah ....
...Hadiah : 2 Juta coin...
...Coin Semasa : 223, 463,900 coin...
" Terima kasihlah , kalian berempat kerana bantu prof . Ini gaji kalian . Tidak boleh tolak , kalian faham ." Prof. Aqilah memberikan RM 20 ( 66 ribu Rp ) setiap seorang .
[ Terima kasih ,prof .]
.
.
.
Mereka semua pulang ke rumah masing-masing dan sama seperti semalam , masih ada beberapa wartawan yang berdiri di hadapan pintu Universiti .
Tetapi tidak seperti semalam kerana Toshio telah mendapat pertolongan dari Pn. Alya dengan membenarkan kereta Toshio masuk ke dalam universiti dan diletakkan ke tempat parking khas .
Sebelum kembali ke rumah Imran, Toshio membeli tembikai - tembikai segar di pasar basah kerana merasa ingin membuat smoothies buah-buahan dan hari ini Smmoothies tembikai .
__ADS_1