Kuasa Dari Sang Dewa

Kuasa Dari Sang Dewa
CHAPTER 74 UMPAN DIBUAT UNTUK DIMAKAN .


__ADS_3

...Tuan , selagi Rai Tula tidak membuat masalah di dunia dewa maka sistem tidak akan bermasalah . Jangan lupa bahawa sistem ialah perwujudan dari Sang Dewa Cinta jadi jangan merendahkan kuasa sistem ....


Toshio tidak mahu berdebat dengan sistem dan hanya mengendahkan ucapan sistem kali ini .


" Alice kita masih ada tidak alat spy itu lagi ? "


" Ada . Kamu mahu apa ? "


"Kami lupa membawa semua alat spy jadi ambilkan 3 cctv mini , 2 alat perakam kecil , 2 alat pelacak dan 4 spy walkie talkies watch ."


" Tunggu sekejap Alice ambilkan."


" Thank you "


Menunggu Alice , Toshio meminta Chao dan Lim Park Si untuk memakai pakaian uniform rasmi seperti pakaian bodyguard umumnya .


" Kalian nanti tolong pasangkan alat perakam kecil ini ke sudut-sudut yang boleh mendengar perbualan kami dengan lebih jelas . Manakala 2 alat pelacak ini pasangkannya ke pakaian Puan Rosnah dan Balqis Wati . Daya lekatannya sanagt kuat jadi tidak akan mudah tertanggal . " ucap Toshio .


" Semua alat ini telah tersambung antara satu sama lain dan berhubung langsung dengan gajet kalian jadi cubalah aktifkannya untuk melihatnya sendiri ." ucap pula Alice.


Mereka telah selesai membuat pemeriksaan alat gajet dan bersedia untuk mulakan misi .


Imran menuju ke Syarikat Jewery Ultra untuk mulakan kerja sekaligus memulakan misi " Pencarian Bukti ' .


Toshio , Alice , Chao dan Lim menuju ke Syarikat Emas Gangsa untuk mulakan misi 'Pemakan Umpan ' .


Manakala Prof , Hakim , Intan , Farah dan Sam masih berada di Syarikat Temenggung Kencana untuk menjadi 'otak ' dalam misi besar ini . Mereka bertugas memantau segala perubahan yang perlaku dan menjadi mata tambahan untuk misi Imran.


⚬⚬


Di Syarikat Emas Gangsa ,


" Helo puan dan tuan , ada mahu apa kehandiran kalian di sini ? " tanya Receptionist.


" Helo saya sudah buat temujanji atas nama Syarikat Temenggung Kencana . " balas Alice .


" Baiklah , biar saya check sebentar.

__ADS_1


Nama anda telah terdaftar pada buku temu janji jadi anda boleh naik ke tingkat 6 dimana anda akan terus dapat melihat bilik mesyuarat . Anda boleh masuk dan nanti Puan Rosnah akan tiba ."


" Saya faham . Terima kasih iya . "


Mereka menaiki lif ke tingkat 6 dan menuju ke bilik mesyuarat . Dikeranakan masih belum ada orang kain disana , mereka pun mula bertindak.


^^^Hakim , hack cctv di sini . Buat seperti cctv ini tidak rosak dengan paparkan gambar bilik ini .^^^


Toshio meminta Hakim melalui walkie talkies watch.


^^^Sudah Toshio . Sekarang mereka yang di bilik cctv diperdaya dengan secebis gambar bilik itu sahaja.^^^


Mendengar itu , Chao dan Lim lantas memasang cctv mini di tempat-tempat yang strategik dan alat perakam di tempat duduk Puan Rosnah.


Tepat setelah mereka selesai dengan urusan itu , kedua individu yang menjadi terdakwa di kes kali ini pun sampai.


^^^Kalian semua , Itulah Puan Rosnah dan Balqis Wati. Merekalah yang telah menfitnah ayah aku .^^^


Sam yang amarah ditenangkan oleh Prof. Divy . Di tempat mesyuarat pula , formalitas antara satu sama lain membuka pintu persembahan .


Toshio dan Alice yang memiliki banyak pengalaman berurusan dengan syarikat lain , kekal tenang dan berwibawa seperti biasa ditambah Toshio adalah CEO Syarikat Temenggung Kencana yang namanya telah dikenali di Malaysia sebagai Cendawan Emas kerana walau tidak lama tumbuh , telah berjaya menguasai pasar .


" Puan Rosnah , saya dengar anda juga memiliki


Syarikat Jewery Ultra sebgai syarikat perkongsian bukan ? "


" Iya tuan . Adakah tuan juga mahu berinventasi ke syarikat tersebut ? "


" Tentu . Syarikat tersebut memiliki permata berharga yang sangat langka dan menakjubkan . Jika saya terlepas berinventasi ke syarikat tersebut rugilah saya . "


Puan Rosnah dan Balqis berpandang antara satu sama lain mendengar hal tersebut .


" Jika tuan mahu berinventasi , mengapa tuan tidak melakukannya terus dengan saya . Saya boleh membantu tuan untuk mempercepat prosesnya . "


" Kalau begitu saya akan berikan 1 million dolar kepada anda dan mohon diinventasikan ke Syarikat Jewery Ultra. Bodyguard , berikan check ini kepada Pn. Rosnah ."


Lim melakukan seperti yang disuruh dan tanpa sedar juga melekatkan dua alat pelacak di pakaian mereka berdua.

__ADS_1


" Saya harap duit ini dapatkan sampai ke syarikat tersebut dengan aman iya ."


" Pastinya kami akan lakukan yang terbaik untuk anda Tuan Toshio . Jika kamu masih ingin berjumpa dengan saya dan berbincang tentang hal ini maka kamu tinggal hubungi terus nombor saya . "


" Terima kasih. Jika tiada apa-apa lagi kami mohon undur diri."


Dibawa sehingga ke lobi , Pn Rosnah dan Balqis melayan Toshio dan Alice dengan baiknya .


Apabila Pn. Rosnah dan Balqis masuk semula ke dalam bilik mesyuarat tadi , segala keburukan mereka akhirnya tertangkap .


" Hahaha , apanya Cendawan Emas ? Mereka masih mentah lagi bahkan dengan mudah ditipu oleh kita."


" Tapi mereka benar-benar kaya . Untuk syarikat kita mereka boleh beri 500 ribu dollar dan syarikat pak tua itu 1 million dolar seperti itu sahaja . " ucap Balqis .


" Kita telah memperdayakan semua bukti ke arah Pak Tua Xing jadi untuk kali ini kita buat sahaja yang sama untuk Tuan Thumalasary. Kita akan penjarakan dia pula dan akhirnya Syarikat Jewery Ultra itu akan 100 peratus menjadi milik aku. "


" Jadi , Balqis perlu buat syarikat palsu lagi ke ? "


" Iyalah . Kamu buat sahaja seperti yang kita lakukan pada Pak Tua Xing . Membuat syarikat hantu , inventasikan duit ke syarikat tersebut , gunakannya untuk diri kita sendiri dan jadi kaya . Bukankah itu hebat ? "


" Kita gunakan sahaja duit yang diberikan kepada syarikat kita sepenuhnya ke syarikat ini dan gunakan duit inventasi Syarikat Jewery Ultra untuk diri kita sendiri .Bagaimana kakak ? Kamu setuju ? "


" Iya adik . Kakak pastinya setuju . Kita bahagikannya 50:50 . Duitnya banyak jadi cukuplah untuk rawat muka aku . Malaysia ni panas jadi muka akan cepat kering dan berjerawat ."


" Betul tu . Dengan duit ini , aku akan beli banyak baju berjenama , beg berjenama dan tunjukkan kepada orang lain bahawa aku adalah orang kaya ."


Umpan telah berjaya dimakan .


( Di Syarikat Jewery Ultra pula )


Imran telah mencari di gudang lama dan bilik data tetapi tidak menemukan sebarang bukti pasti . Sekarang hanya tinggal di stor basement sahaja untuk Imran mencari bantuan .


" Farah dan Intan , stor basement dimana ? "


" Turun lif ke tingkat paling bawah iaitu tingkat 0 disana belok ke kiri dan di pabila ada persimpangan belok kanan dan disana kamu akan dapat jumpa stor yang dicari . " ucap Farah .


Hanya menuruti arahan Farah , Imran sampai ke bilik stor .Mencari dan mencari , mencari dan mencari lagi . Imran masih tidak dapat menjumpai sebarang jawapan .

__ADS_1


Intan yang bertugas menjadi mata Imran , melihat sesorang yang mahu masuk ke bilik stor melalui cctv yang telah direntas .


" Imran sembunyi . Ada mak cik yang menghampiri bilik stor. "


__ADS_2