Kuasa Dari Sang Dewa

Kuasa Dari Sang Dewa
Ayah Sam dan Jurulatih Eldon


__ADS_3

( Beberapa hari sebelum ujian pemilihan pasukan bola keranjang universiti. )


Di sebuah restoran 4 bintang , ayah kepada Sam iaitu Encik Xing Yi tengah menunggu seseorang di sebuah bilik makan yang ditempah khas olehnya . Menunggu selama 15 minit sehinggalah si tidak tahu malu itu sampai (ejekan Xing Yi dalam hatinya kerana marah ) .


" Selamat sejahtera , Tuan Xing Yi .Kamu apa khabar ? Sudah lama menunggu ? " tanya Jurulatih Eldon .


" Tidaklah lama , Saya bahkan baharu habiskan meeting di bangunan sebelah .Ingatnya saya lambat , tapi nasiblah encik pun bukan guru yang tepati masa ." perli Xing Yi dalam diam .


" O..Ohh begitu .Marilah kita terus ke topik kita untuk perjumpaan kali pertama kita ini ? Kenapa mahu jumpa saya ? "


"Senang saya, kamu orang yang pantas fikir .Ini adalah kali pertama kita berjumpa tetapi bukan untuk kali pertamanya anda berjumpa dengan ibubapa pelajar pasukan bola keranjang, bukan ?


Jadi tidaklah perlu saya terangkan tujuan saya lebih lanjut .


Saya nak kamu pastikan anak saya , Sam Jung Xi tidak dapat masuk ke dalam pasukan bola keranjang bahkan menjadi pemain ganti tidak boleh . Faham ? "


" Jangan masukkan anak kamu ? Pelik ? Selalunya ibubapa yang 'beri tips ' kepada saya kerana mahukan anaknya masuk ke dalam pasukan bola keranjang tetapi ini terbalik ? Kamu yakin , encik ? "


" Lakukan sahaja apa yang aku cakap dan jangan banyak tanya . Ambil duit ini RM 10 000 (33 Juta ) dan pastikan anak aku tidak masuk ke pasukan busuk kau itu .Aku pergi dulu ."


Pergilah Encik Xing Yi dengan amarahnya meninggalkan Juralatih Eldon di bilik makan .


" Dasar orang tua tak sedar diri . Nasib kau bagi duit kalau tak jangan harap aku sopan dengan kau .Kalau nak turunkan anak kau itu senang sangatlah dan sekarang marilah sambung makan makanan ni ."


(Imbas kembali tamat )


"Toshio , bagaimana kamu yakin bahawa Jurulatih Eldon dan ayahnya Sam terlibat dalam ' perjanjian haram ' itu ? " tanya Imran .


" Cuma kata hati sahaja , Imran .Buat masa sekarang Imran kamu teruskan jadi peserta bola keranjang dan sedikit demi sedikit dapatkan bukti bahawa Eldon terlibat dalam benda terkutuk ini . "


" Baik , Toshio ! "


" Bagus , kita ketepikan dulu masalah ini dan mari kita selesaikan misi kakak Lee dahulu iaitu dengan meminta sendiri si Sam dan kawannya minta maaf secara langsung kepada Lee Pang Yuan dan Zhoung Yi. Kalian ada buah fikiran ? " tanya Toshio.


"Toshio ,mungkin lebih baik kita beritahu sahaja kepada kedua-dua pihak cerita mereka tapi kita sembunyikan dahulu lah isu rasuah itu daripada pengetahuan mereka ? " tanya Intan .


" Ditolak . Iya akan membawa kepada perkara yang lebih buruk lagi .Kena ada pemicu baharu boleh kita kumpulkan mereka ." lantas Toshio ." Sudahlah , kalian bertiga berbincanglah mengenai caranya kerana aku kena keluar ."

__ADS_1


" Kamu mahu buat apa , Toshio ? " tanya Hakim.


" Waktu rehat tadi , Prof Aqilah ada meminta bantuan aku dalam beberapa hal jadi selamat tinggal .Jangan lupa matikan plak kuasa sebelum kalian semua keluar dan tutuplah pintu dengan rapat .Tata 👋. "


"Iya , ibu ." perli Hakim .


( Di makmal Prof Aqilah )


" Assalamualaikum, Prof. " ucap Toshio yang baharu sahaja sampai .


" Waalaikumsalam, panjang umur kamu Toshio .Baru sahaja prof ingin hubungi kamu ."


" Maaf lambat ,sebentar tadi baharu sahaja ada urusan kelab ."


" Ohh , iyalah .Kamu kan kelab W yang Prof. Divy uruskan .Macam mana kelab sudah ada surat permintaan pertama kalian ? "


" Kami sudah dapat dan tengah jalankannya .Prof, apa yang boleh saya bantu ."


"Hari ini pembantu makmal prof tidak datang jadi boleh tidak kamu bantu saya sediakan bahan makmal untuk esok pagi dan jadilah guru sementara mengajar pelajar kelas kalian kerana esok prof ada 'urusan spesial ' ."


" Asal ada panduan , saya boleh sahaja lakukannya .Masalah kecil sahaja tetapi tidakkah lebih baik untuk ambil pelajar senior untuk jadi guru sementara ? "


Toshio terkejut kerana mendengar nama Sam disebutkan .Ini boleh dijadikan peluang keemasan untuk mendekati Sam secara pribadi , fikir Toshio dengan wajah senyumnya .


" Baiklah , saya tidak akan komen ."


" YEAH , akhirnya ada juga pengganti .Bolehlah cikgu dapatkan SHF edisi terhad Mother of Ultra !! " jerit Prof. Aqilah dengan gembira .


😡


" Wahai professor yang cantik , urusan special itu apa sebenarnya !? " tanya Toshio dengan geram hati .


" Ti...tidak ada apalah , Toshio sayang ..Hehehe.Kamu salah dengar tu ...salah dengar je .Sudah-sudah marilah prof ajarkan eksperimennya hari ini ya ? " berpeluh Prof .Aqilah .


( Keesokkannya)


...MISI UTAMA :...

__ADS_1


...Membantu Prof. Aqilah menjadi guru ganti dan mendapatkan 100% tanda hormat dari kawan kelas tuan ....


...Hadiah : 5 juta coin dan satu Barrier percuma tingkat menengah ....


...Hukuman :Berlatih jenis renang selama 2 jam...


...Masa : Sehingga kelas Prof. Aqilah tamat....


Toshio yang baharu sahaja sampai seperti biasa tidak terus masuk ke kelas tetapi melawat kelas jurusan kewangan untuk menjenguk Si Hakim .


" Assalamualaikum, Hakim ada ? "


" Ohh Toshio, ada itu di mejanya .Pergilah " jawap gadis ketua kelas .


" Terima kasih , ketua ." senyum Toshio.


"Hakim , kau tengah buat apa ? " tanya Toshio kepada Hakim .


" Hi Toshio. Hari ni masuk bab baharu jadi kenalah buat nota dahulu ."


" Begitu . Ambil ini bekal makanan hari ini iaitu spagetti carbonara dengan bakso goreng .Aku juga ada bawa ayam gochujang jadi nanti kita kongsilah dengan yang lain .Ambil juga ini jus lobak segar buatan sendiri dan minumlah sejuk-sejuk biar sedap .Bye ! "


" Perrrh , hebatlah Toshio .Terima kasih ."


" Sama-sama .Dah bye aku nak pergi makmal ."


" Ohh iyalah , kalian masa pertama dengan Prof. Aqilah tetapi bukan ke dia tak datang hari ini ?Katanya ada urusan penting ."


" Hahahaha , urusan itu tersangatlah penting jadi dia sudah beri aku tugas untuk ajar kelas hari ini , jadi selamat tinggal dan jangan lupa minum jus nya . Bye , Hakim ."


" Ehhmm , Bye juga ."


Toshio lantas masuk ke dalam kelasnya selemat mengucapkan selamat tinggal kepada Hakim .


" Bestnya kamu Hakim , dapat kawan yang buat bekal setiap hari bahkan sediakan sarapan untuk kamu dan Si Imran ." kata ketua kelas .


" Ada sahajalah kamu Wan .Tapi betul juga dari sekolah menengah lagi dia sediakan makanan untuk kami .Walaupun dia buatnya setiap hari kami langsung tidak jemu bahkan makin sedap kian hari ." jawap Hakim ." Walaupun boleh sahaja dia tidak lakukannnya tetapi tetap dia buat setiap hari .Dasar Toshio bodoh ." kata Hakim dengan perlahan sambil tersenyum mengimbau kenangan lama.

__ADS_1


[ Terima kasih kerana membaca. Bantu like dan favourite nya ]


__ADS_2