Kuasa Dari Sang Dewa

Kuasa Dari Sang Dewa
CHAPTER 72 SYARIKAT JEWERY ULTRA ( I )


__ADS_3

Dari informasi yang didapatkan oleh Prof. Rivy , polis yang menahan Ayah Sam mengetahui bahawa ayah Sam tidak bersalah . Bukti yang diberikan pihak pendakwa memang kukuh tapi polis juga mengetahui bahawa banyak rakaman cctv syarikat yang 'hilang' dan ' rosak' .


Dari pengalaman polis veteran disana , bukti sebenar ada pada rakaman cctv yang hilang itu dan juga mereka mensyaki bahawa data pengeluaran kewangan syarikat telah diubah suai agar dapat memerangkap atau mengkambing hitamkan Ayah Sam .


Malangnya , mereka tidak dapat jumpa semua itu dan hanya boleh melengahkan masa hukuman Ayah Sam dijatuhkan keatasnya.


Menurut , Ayam Sam sebenarnya dia tidak tahu siapa yang sanggup lakukan hal ini kerana sebelum ini mereka bertiga adalah kawan baik dan selama 5 tahun membangunkan syarikat ini bersama-sama , langsung tiada sebarang masalah yang timbul .


" Begitulah apa yang Ayah Sam dan kepolisian katakan kepada prof. "


" Jika apa yang dikatakan polis itu betul maka kita perlu mencari bukti sebenar yang masih disimpan di dalam syarikat itu ." ulas Farah .


" Tidak silap , aku ada copy struktur bangunan itu . Tunggu biar aku cari ."


Hakim mencari pdf yang telah dicopy-nya sebentar tadi .Selepas beberapa detik, akhirnya dia dapat juga mencari apa yang diingininya


" Ini dia. "


" Ada tiga kemungkinan tempat semua data asli itu dikumpulkan iaitu di stor basement , gudang lama dan bilik data . Kita tidak boleh minta Imran untuk pergi ke sana di hari pertamanya kerja bukan ? "


" Aku harap sangat dia boleh berbaur dengan cepat disana agar misi ini dapat diselesaikan juga dengan pantasnya ." harap Toshio .


( Manakala di SYARIKAT JEWERY ULTRA. )


" Adik Imran , hari ini tugas kamu untuk bersihkan kantor di tingkat 2 , 3 dan buang semua sampah ke paip pipah seperti ini . Paip ini akan disambungkan terus ke tempat sampah tertentu. Kamu pergi cuci , mop dan sapu semua sampah . " ucap Pn. Adawiyah yang merupkan ketua cleaner di syarikat tersebut.


" Baik ,puan ."


" Kamu jangan tegang sangat . Buat macam biasa sahaja dan anggap sahaja sebagai mak cik kamu . Boleh , Imran ? "


" Boleh , mak cik."


Kalau bukan kerana dua orang itu , jangan harap aku akan kerja di tempat ini. Sudahlah pakaian mereka lusuh dan hanya ada perkakasan asas sahaja untuk bersihkan satu syarikat ini . Serius lah . 😾


Di tingkat 2 adalah bahagian Marketing dimana disinilah Mengenal pasti pasaran sasaran dan menganalisis trend pasaran semasa , Mengkaji keperluan dan kehendak pelanggan serta maklumat persaingan. Merangka dan melaksanakan pelan strategik untuk memenuhi permintaan pelanggan.Mengurus aktiviti bagi mempromosi produk, Perancangan acara, organisasi dan pelaksanaan , Memantau perkembangan aktiviti promosi , Berhubung dengan pihak media berkaitan bagi memastikan liputan yang sesuai.


Arghhh


Cepat -cepat


Jangan disitu , kita buat yang disini

__ADS_1


Syarikat ×××× mahu menarik balik 20 peratus iklan kita


Bunyi yang sangat hura-hara di tingkat 2 tapi Imran yang tidak hiraukan dan hanya mencuci tingkap atau menyapu lantai seperti biasa.


" Heh kamu , kamu tahu bagaimana mahu baiki PC yang panas ." tanya seorang pekerja kepada Imran .


" Iya saya tahu . "


" Baguslah , tolong saya . " pekerja itu menarik tangan Imran dan membawanya ke pejabat .


Imran yang pernah diajari oleh Hakim , masih mengingati setiap butir percakapan kawan satunya itu . Dengan menggunakan peralatan syarikat , Imran berjaya sejukkan PC dalam tempoh kurang 30 minit.


" Terima kasihlah iya tolong saya . Ini duitnya ."


" Betul ke ni , tuan ."


" Ambil je ."


" Terima kasih tuan ."


Selepas itu , tanpa sedar ramai pula yang meminta bantuan Imran untuk hal-hal lainnya dan tentunya mereka memberikan duit atas bantuan itu.


" Imran , kamu masih muda tapi banyak yang kamu tahu ."


" Kan ? Dari betulkan elektronik , membuat coding , membaiki catatan dan kemas syarikat . Semua kamu boleh. "


" Terima kasih . Sebenarnya , aku ada kawan yang mahir hal-hal itu semua dan tanpa sedar akupun boleh buat apa yang mereka buat ."


.


.


.


" Hei , korang ada dengar bahawa Tuan Jung ( ayah Sam) ditangkap oleh polis kerana kasus menggelapkan wang syarikat. "


" Aku ada dengar . Beberapa hari lepas ada 3 kereta hitam yang datang menangkap Tuan Jung dan banyak juga barang yang mereka bawa . "


" Kalian percaya ke bahawa Tuan Jung yang menggelapkan wang "


《 Tak mungkin lah 》

__ADS_1


" Dia bos yang sangat ' bos ' . Kadang-kadang garang , disiplin , suka membebel dan lainnya tapi sebenarnya dia bos yang bagus . Kebanyakkan aduan kita diterima olehnya dan selang beberapa hari pasti akan pengubahsuaian di sistem syarikat ."


" Betul itu . Syarikat kita walaupun syarikat yang megah tapi kebanyakkan pekerjaan menggunakan teknologi lama . Kalian tidak rasa ke bahawa ada orang yang memanipulasi semua data dan membuat Tuan Jung menjadi terdakwa. "


" Aku ada dengar Puan Rosnah bulan lepas ada beli kapal persiar mewah tapi kapal itu adalah kepenuhnya dari bank syarikat solo Puan Rosnah "


" Tuan Thumalasary tiada hal besar baru-baru ini tapi dia juga patut dicurigai sebab selalu watak sampingan seperti dia yang akan menjadi villain di sinetron-sinetron ."


Imran mendapatkan beberapa maklumat apabila mendengar perbualan hangat mereka .


( Esok harinya )


Imran menceritakan semula apa yang dibualkan oleh karyawan- karyawan di Syarikat Jewery Ultra kepada Toshio dan yang lain.


" Imran , hari ini cuba kamu menyelinap masuk ke tiga tempat ini dan cari data syarikat , kemasukan kewangan serta pita cctv lama. Itu mungkin akan menjadi kunci kita kali ini." arah Toshio.


" Toshio , boleh tidak kamu siasat juga syarikat ketiga-tiga peneraju syarikat tersebut . Ada kemungkinan ada diantara syarikat tersebut yang menjadi jambatan transaksi haram berlaku . "


" Tentu . Nanti aku dan Hakim akan siasat hal tersebut. "


" Kami berdua pula buat apa Toshio ? " tanya Farah mewakili juga Intan .


" Farah , kamu perlu menonton camera cctv dan mengikuti langkah Puan Rosnah dan Tuan Thumalasary. Beritahu jika ada hal yang mencurigakan manakala Intan , kamu akan bantu Imran untuk mengelinap masuk ke tiga kawasan ini . Gunakanlah cctv dan alat spy kita untuk lindungi Imran daripada ketahuan ."


" Kita perlu lakukannya segera kerana aku dengar dari prod hukuman Ayah Sam akan dibacakan 5 hari lagi . Jangan buang masa dsn terus lakukannya . " ucap Intan yang berbual dengan prof semalam .


Kerana belum masa pulang lagi dan sekarang tiada kelas maka mereka berkumpul semula di kelab W .


Toshio mencari maklumat berkaitan syarikat Tuan Thumalasary dan Hakim menggodam syarikat Puan Rosnah.


Hairan . Kenapa sangat mudah aku melepasi sistem keamana syarikat Tuan Thumalasary . Nak kata dia tak ada hacker , aku yakin dia ada. Mungkin lebih baik aku hati-hati kerana sungai yang tenang jangan sangka tiada buaya.


Kurang lima minit , Toshio berjaya menghack keseluruhan syarikat dan memindahkan data syarikat tanpa takut


Tidak kurang dari Toshio , Hakim berjaya juga menghack keseluruhan syarikat 3 minit lebih lambat .


Kerana terlalu banyak data mereka meminta bantuan Prof. Divy , Sam , Chao dan Lim Park Si yang tengah tiada kerja .( OSIS ada mesyuarakat )


Lama juga mereka semua mencari jawapan sehinggalah Farah memikirkan inisiatif lain untuk melihat transaksi kewangan syarikat dengan syarikat lain .


Farah dibuat terkejut kerana dia telah menjumpai jawapannya.

__ADS_1


__ADS_2