Kuasa Dari Sang Dewa

Kuasa Dari Sang Dewa
CHAPTER 76 BAHAYA DI BALIK SYARIKAT JEWELRY ULTRA


__ADS_3

" Toshio , sebenarnya apa yang berlaku? " tanya Intan dengan suara yang perlahan .


" Maaf tapi untuk hal ini lebih baik kalian tidak ketahui . Final Boss yang perlu ditewaskan oleh diriku ini .


Kalian boleh sambung buat kerja ini dan jika mahu balik , balik sahaja . Di bawah ada grab syarikat dimana kamu boleh gunakannya untuk balik ke rumah kalian .


Maaf aku tak boleh tolong hari ini , aku ada hal yang perlu diselesaikan .Bye. "


Toshio hanya meninggalkan mereka dengan seribu satu soalan dan menuju ke dunia dewa bersama Alice .


( Di Dunia Dewa )


Kehadiran Toshio tentunya mengejutkan Atok dan Dewi Keseimbangan , Iqah .


" Anak muda , kamu buat apa disini ? Tidak biasanya kamu datang kemari . " tanya Atok .


" Atok , kami jumpa buku ini di dunia bumi . Lebih baik kalian tahu perkara ini . "


Toshio menyerahkan buku Repetitor mondial kepada mereka berdua dan reaksi yang sama seperti yang Alice tunjukkan .


" Toshio , buku ini merupakan buku dalam bahasa dewa . " ucap Dewi Iqah.


" Cubalah kalian baca isi didalam buku itu . "


Kehidupan di dunia dewa , sistem dunia dewa , pertarungan antara dewa kegelapan melawan dewa bumi dan dewa cinta dan cara membangkitkan dewa kegelapan sepenuhnya .


Atok dan Dewi Iqah berpandangan antara satu sama lain dan nampaknya mereka memiliki kekhawatiran yang sama .


" Tidak ku sangka , dia juga sudah kembali . Walau tidak dalam bentuk asal , tapi kehitaman hati dan kegilaan akal fikirannya masih akan menjadi bahana di bumi ." ucap Atok.


" Beta akan membuat perjumpaan antara dewa tertinggi dan berbincang mengenainya . Toshio boleh kamu ikut bersama beta dan atok ke sidang itu ? "


" Tentu . "


Pertemuaan antara dewa tertinggi pun bermula . Persidangan yang berlangsung selama 2 jam itu akhirnya menemukan titik jawapan .


Mereka akan mengarahkan Malaikat-malaikat kecil untuk meninjau seluruh pelusuk bumi . Mereka akan mencari jejak dewa kegelapan apabila menjumpai sebarang aura kegelapan .


Dalam masa yang sama , para petinggi akan membuat persiapan untuk melawan dewa kegelapan dan meminta Toshio untuk meningkatkan kekuatannya secepat mungkin .


" Toshio , jika kamu ada informasi lagi tentang Dewa Kegelapan segeralah beritahu kami . Jangan membuat hal yang bahaya seorang diri kerana walau apapun kita masih tidak tahu sebesar mana kekuatan dia sebenarnya yang telah bangkit . "


" Baiklah Atok . "

__ADS_1


...----------------...


Toshio kembali ke rumahnya semula ( Alice ingin tinggal di Dunia Dewa untuk sementara waktu ) .


" Tidak ku sangka , dewa yang pernah membuat kehancuran beratus-ratus tahun dahulu telah kembali untuk menanam benih kemusnahan semula di dunia ini. Tapi siapa sebenarnya yang menjadi induk kepada dewa kejahatan itu ? "


...Tuan perlu bertambah kuat dan mengaktifkan semua kelima-lima syarat segel untuk dapatkan kembali kuasa ....


" Bukankah buku itu diperlukan untuk melindungi Dunia Dewa dari Rai Tula ? "


...Buku itu adalah untuk kembalikan semula kuasa saya , Sang Dewa Cinta dan membangunkan saya dari tidur yang lama . Kalau saya dapat bangun , saya boleh mengaktifkan segel untuk memenjarakannya di tempat yang sepatutnya ....


" Yakin mahu segelnya sahaja dan tidak musnahkannya terus ? Bukankah bahaya akan tetap ada di masa akan datang ? "


...Kami para dewa melakukan tugas di bawah kuasa Sang Dewi Keseimbangan , Ratu Iqah dan selagi tiada tindakan yang membahayakan alam sekitar maka kami tidak boleh membunuh seorang dewa . Keseimbangan tetap perlu dijaga....


" Untuk minggu ini aku akan fokus untuk selesaikan kes Tuan Xing ini dulu dan setelah itu baru yang lain . "


...


( Esoknya)


" Kami sudah menganalisis dokumen yang dihantarkan oleh kalian maka dengan itu penyiasat terhadap Rosnah dan Balqis akan dilakukan secepat mungkin. Jika kalian mahu, kalian boleh berada di sini untuk melihat bagaimana kami menyoal-siasat mereka berdua ? "


Dengan segera, Rosnah dan Balqis dipanggil oleh pihak kepolisian untuk diambil keterangan dan nampaknya soal siasat berlangsung dengan sangat pantas seperti tiada perlawanan dari pihak Rosnah.


" Kenapa mereka seperti redha akan perkara ini? " pelik Toshio.


" Betul bukan? Saya pun rasa mereka tidak melawan sebarang tuduhan yang dikemukakan." ulas juga Intan.


Mengapa ini boleh berlaku ? Mari kita lihat kejadian semasa Rosnah dan Balqis diberitahu untuk pergi ke balai polis .


Master, Pengikut nombor 17 dan 18 telah dipanggil oleh pihak polis untuk pergi ke balai polis. Apa yang kita perlu lakukan ?


Wahai pelayan, adakah perkara seperti ini perlu diberitahu ke aku ? Mereka hanyalah boneka Sang Dewa. Mereka berkhidmat dan tunduk kepada Sang Dewa . Seperti boneka-boneka yang lain, jika rosak dan tidak berguna hanya tinggal buang sahaja.Jika mereka tidak mahu dibuang, kita hanya tinggal buang keluarga dan akal sihat mereka sahaja bukan?Tapi bagaimana pula pihak polis boleh tahu bahawa pengikut nombor 17 dan 18 bersalah ? Kita sudah kunci mulut semua masyarakat di sekitar kita dengan posion dan mengikat benang kuning di seluruh bangunan itu agar tiada siapa yang boleh menceroboh masuk mengambil bukti-bukti yang ada . Kamu siasat perkara ini dan pastikan tiada sesiapa yang boleh mengganggu kebangkitannya sebentar sahaja nanti.


Mengikut perintah tuan .


Ancaman besar akan tiba melanda Toshio dan kawan-kawannya jika kehadiran 'master' tidak dihalang secepat mungkin.


Sekarang di bilik soal siasat, tanpa sebarang gertakan Puan Rosnah dan Balqis mengaku bersalah beserta dengan itu Tuan Xing terbebas dari sebarang tuduhan ke atasnya.


...Misi Utama telah selesai : 🎉...

__ADS_1


...Bantu selamatkan Ayah Sam daripada difitnah...


...Hadiah : 10 Juta coin....


...Coin semasa : 60 146,390 coin ....


...----------------...


...----------------...


Setelah beberapa hari berurusan dengan pihak mahkamah. Keputusan rasmi telahpun keluar.


Puan Rosnah dijatuhkan hukuman 20 tahun penjara beserta denda RM100 ribu manakalah Puan Balqis 3/4 dari hukuman Puan Rosnah .


Tuan Xing yang telah dinyatakan bebas dari sebarang pertuduhan dan keadaan telahpun damai untuk beberapa masa.


Beberapa hari kemudian,


" Tuan Xing, mengapa tuan ingin bersua dengan saya? " ucap Toshio yang telah mendapat undangan dari Tuan Xing untuk berjumpa di tempat pertama mereka pernah bertemu.


" Pertama sekali, pak cik ingin berterima kasih kerana telah membantu pak cik dalam masalah kali ini tapi bertemunya kita di sini bukan untuk perkara tersebut.


Kamu mungkin telah tahu bahawa pakcik akan membawa isteri pakcik tuk berjumpa dengan Sam. "


" Tapi kenapa tuan tidak lakukannya ? "


" Malangnya, semasa pak cik pergi ke rumah isteri pak cik, rumahnya telahpun dijual dan kerana itu pakcik bertemu sendiri dengan saudari jauh dari isteri pakcik dan mendengar sesuatu yang amat mendukacitakan .


Bekas Isteriku beserta suaminya telah meninggal dunia beberapa bulan lepas. "


" Kemalangan ? "


" Kereta bertemu kereta tapi yang peliknya walaupun kereta milik isteriku telah terbakar tapi mayat mahupun tulang-belulang tidak dijumpai. "


" Tapi sijil kematian telah dibuat? "


" Iya. Pak cik ingin menyiat perkara ini tapi tiba-tiba sahaja terlibat dengan masalah Pecah amanah ini dan selepas pak cik balik. Semua dokumen hasil siasat yang pakcik kumpulan telahpun hilang . Dokumen yang disimpan di rumah mahupun pejabat telah lesap tanpa sebarang bukti yang ditinggalkan . "


" Jadi tuan ingin kami siasat akan hal ini? "


" Tidak Toshio. Terlalu berbahaya untuk kalian menyiasat hal ini. Orang dibalik semua ini sangat mahir dalam bidangnya. Cuma pak cik harap kamu dapat merahsiakan hal ini dari diketahui oleh Sam dan cubalah untuk berhati-hati dalam menguruskan kes-kes seperti ini . "


" Rahsia pakcik akan aman di tangan saya. "

__ADS_1


__ADS_2