
(Di Makmal )
Toshio sedari awal mendatangi makmal membaca semula manual sembari menunggu kedatangan Sam dan tidak bersilang Sam pun mula memunculkan dirinya .
" Hi "
" Hi , saya Toshio yang akan jadi pengganti guru hari ini. "
" Perkenalkan diri saya Sam dari jurusan sains sukan .Ada apa-apa yang perlu saya bantu ? "
" Baiklah , Senior bantu saya sediakan radas dan bahan kimia untuk eksperimen hari ini .Ikut sahaja seperti yang di dalam buku ini ."
" Kalau begitu kamu bacakan senarainya dan senior akan ambilkan barang ." jawap Sam .
" Setuju ."
Walaupun baharu sahaja berjumpa tetapi mereka langsung menjumpai keserasian bersama .
" 3 botol serbuk kuprum , rak paling bawah"
" Ada . "
"Ketulan zink ."
"Asid hidroklorik."
" Kita akan buat 7 pasukan jadi ambil barang seterusnya dalam jumlah tujuh ."
" Faham ."
" Spatula .Dalam meja bawah singku."
" Salur kaca .Letak di meja yang lain untuk biarkan mereka pasang sendiri ."
"Etanol ."
" Bongkah kayu ."
" Yang terakhir , air suling ."
Selesai sudah pengambilan bahan dan radas .Sekarang mereka berdua berehat sambil menunggu yang lain sampai dalam pukul 9.15 .
" Toshio, untuk pelajar baharu kamu sangat cepat dan hebat .Aku kagum ."
" Jangan puji sangat , ujian sebenar adalah selepas ini .Sam saya mahu tanya kamu suka bola keranjang sebab semalam Prof kata kamu tidak datang sebab berlatih bola keranjang ."
" Suka ? Aku cintakan bola keranjang kau tahu .Setiap hari aku akan selalu main bola keranjang .Bahkan selepas sekolah habis , aku akan berlatih sendiri di dataran kosong di sebelah taman sampai malam ."
" Kamu tidak masuk pasukan bola keranjang ? "
" Pernah daftar tapi tidak terpilih .Skill aku mungkin masih kurang jadi kena berlatih setiap balik sekolah berkali-kali .Sedih bukan ? "
" Tidaklah .Jika tidak mampu berlari maka berjalan , jika tidak mampu berjalan maka merangkak .Mungkin kamu akan sampai tujuan lambat tetapi berjalanan menuju tujuan itu akan menjadikan kamu jauh lebih kuat daripada yang menang kerana berlari .Kamu sudah ada tujuan maka berusaha untuk sampai disana dengan cara kamu sendiri ."
" Wow , kali pertama ada yang berikan kata seperti itu .Rasanya .Sangat Hebat .Terima kasih ,Toshio ."
"Sama-sama ."
" Dia budak baik ." kata hati Toshio.
( Masuknya semua pelajar kelas Toshio ke dalam makmal .)
" Selamat sejahtera semua , hari ini kalian sendiri tahu bahawa Prof. Aqilah tidak dapat hadir maka dari itu yang akan menjadi guru kalian adalah saya , Danial Toshio guru pembimbing sementara dan Sam Jung Xi , pembantu makmal [senior] .Mohon kerjasama ."
__ADS_1
" Saya Sam Jung Xi , Senior dalam bidang sains makmal akan membantu kalian semua menguruskan ekperimen untuk hari ini .Mohon kerjasama ya semua ." ujar Sam .
[Mohon kerjasama.] jawap semua pelajar.
" Terima kasih semua . Mula- mula , bahagikan kumpulan kepada 7 kumpulan dimana setiap kumpulan memiliki 4 ahli .Sebaiknya setiap kumpulan memiliki 2 lelaki dan 2 perempuan .Sekarang bergeraklah ke meja kumpulan kalian sendiri ." kata Toshio.
Tidak sampai tiga minit semuanya sudah memiliki pasukan dengan ahli yang terdiri daripada lelaki dan perempuan .
" Bagus .Ekperimen hari ini ialah menentukan formula emperik kuprum (II) oksida .Senior Sam boleh tolong ambilkan bahan kita ? "
" Baiklah ."
" Semuanya dengarkan arahan ini dengan terperinci .Selepas ini , kalian semua akan lakukannya bersama ."
Toshio mendemonstrasikan cara menjalankan ekperimen secara gambaran kasar yang membuat kagum pelajar-pelajar kerana mereka langsung tidak mengantuk malahan semangat menjalankan ekperimen berbeza semasa Prof .Aqilah mengetuai mereka .
...[ 40% TANDA HORMAT ]...
" Itu sahaja demonstrasi saya .Ada soalan ? "
" Saya !" balas ketua kelas .
" Cikgu Toshio , Apa fungsi asid hidroklorik? "
" Asid hidroklorik dan ketulan zink berfungsi membebaskan gas H20 .Gas ini akan menurunkan kuprum (II) oksida kepada kuprum dan air .Dari situ barulah kita boleh tahu berapa jisim kuprum untuk membuat formula emperik nanti . Faham , Farah ? "
" Faham , cikgu ."
" Dengan kata lain , asid hidroklorik membantu menguraikan kuprum (II) oksida kepada kuprum .Pastikan kalian semua berhati-hati agar gas nya tidak keluar kerana bahaya untuk kesihatan anda sendiri dengan memastikan tiub gabus menutup tabung uji dengan ketat ." balas Sam .
[ Baik , senior .]
...[ 50% TANDA HORMAT ]...
" Kumpulan Iqram , masukkan serbuk kuprum itu banyak sedikit .Nak senangkan masuk , gunakan pencukil gigi sahaja pun boleh ."
" Ohh ,baik Toshio. "
...[ 70% TANDA HORMAT ]...
" Matikan etanol dengan gunakan penutupnya dan pastikan dulu bahan bakarnya ada jika tidak ada ambil di meja berlabel minyak etanol ." kata Toshio.
.
.
.
.
" Imran lihat kamu punya kuprum itu sudah berubah warna jadi cepatlah matikan etanolnya ."
.
.
.
.
" Cikgu , kenapa saya punya kuprum belum bertukar warna ? "
" Cuba tambahkan asid hidroklorik ia akan membebaskan gas hidrogen lebih banyak ." jawap Toshio.
__ADS_1
...[ 100 % TANDA HORMAT ]...
...Tahniah , misi utama tuan telah selesai .🎉...
...Hadiah : 5 juta coin dan satu Barrier percuma tingkat menengah ....
...Coin: 15,858,900 coin...
.
.
.
" Terima kasih semua kerana memberi kerjasama untuk harini .Pastikan disiapkan laporan eksperimen dan hantarnya pada meja Prof.Aqilah rehat esok ."
" Senior juga ucapkan terima kasih kerana kalian berasa selesa dengan senior kalian .Terima kasih , semua ." kata Sam .
" Ketua. "
" TERIMA KASIH , CIKGU ."
[Terima kasih , cikgu ! ]
"Sama-sama kalian boleh balik ke kelas ."
.
.
.
"Senior , terima kasih ya kerana membantu saya ."
" Aku yang patutnya berterima kasih .Seronok juga kadang-kala jadi guru inu sebenarnya . Sudahlah , saya mahu kembali ke kelas dulu ya ."
" Baiklah , Senior. Jumpa lagi ."
" Jumpa lain , Toshio ." senyum Sam .
(Rehat )
" Toshio, bagaimana dengan Sam tadi ? " tanya Intan yang sambil makan .
" Menurut saya , dia baik dan tidak terlihat sebagai budak nakal .Saya lebih pening lagi memikirkan bagaimana kita mahu tamatkan kes ini nanti ." sedih Toshio .
" Begitu .Jika kita lepaskan dia , tidak adil untuk Lee Pang Yuan tetapi jika kita memberitahu semua , tidak adil untuk Sam ." balas Hakim .
Penjelasan : Imran terlibat dalam sesi bola keranjang jadi tidak dapat makab bersama-sama mereka .
" Sebenarnya aku sudah lama memikirkannya tetapi mungkin akan beresiko ." kata Toshio ." Buat masa sekarang , kita cuba pastikan Sam tidak lagi membuli Lee Pang Yuan dengan bantuan kawan-kawan Sam .
Pada masa yang sama , kita mencari bukti adanya rasuah di pengurusan pasukan bola keranjang .
Dengan bantuan dari OSIS , kes ini pasti akan diselidiki oleh pihak sekolah dan pihak polis .
Tetapi sebelum kita memberikan bahan bukti , kita kena 'berbincang' dengan ibubapa yang terlibat termasuk ayahnya Sam supaya kes ini jauh lebih mudah ."
"Jadi begitu .Jika Ibubapa pelajar memberikan kesaksian maka Jurulatih Eldon akan senang ditangkap .Tetapi adakah ibubapa mereka akan berani memberi kesaksian kerana jika mereka memberi tahu bahawa mereka turut terlibat maka anak-anaknya akan menanggung malu dan tidak dapat bermain lagi, ibubapa mana yang mahukan perkara itu berlaku ." kata Intan .
"Jika mereka berani bermain rasuah maka mereka sepatutnya berani menerima akibatnya .Tetapi untuk kurangkan masalah , kita mungkin boleh berbincang dengan pihak yang terlibat nanti terutama pihak sekolah dan pihak polis. " jawap Toshio .
[ Terima kasih kerana membaca. Bantu like dan favourite nya ]
__ADS_1