Kuasa Dari Sang Dewa

Kuasa Dari Sang Dewa
Zhoung Yi


__ADS_3

" Selamat , ahli-ahli Kelab W .Tidak perlu sehingga waktu pulang , kalian bahkan sudah berjaya menyelesaikan teka-teki ku yang sangat penuh jebakan otak ."


" Tetapi aku sendiri tidak mengangka bahawa kamu terutama kamu Toshio dapat memerhatikan input sekecil apapun yang bahkan hanya dalam sekilas mata ."


" Sebenarnya saya pun terkejut bahawa anda memang berada di belakang pintu kelas tetapi mungkin kali-kali anda cubalah jangan memakai banyak gelang emas di lengan anda .Bisingnya sampai ke dalam boleh dengar ." jawap Toshio.


" Wow , sangat bagus pendengaran kamu Toshio .Tetapi cikgu ada soalan , bagaimana kamu tahu saya adalah guru pembimbing kamu hanya dengan petunjuk NADA ? Universiti ini ada ramai professor wanita yang mengajar jurusan muzik jadi tidak mungkin kamu hanya memilih secara acak , bukan ? "


" Jawapannya mudah. Semuanya adalah kerana bau minyak wangi .Pertama , sampul suratnya memiliki bau minyak wangi lavender dari jenama QK yang merupakan bau minyak wangi Erina .Tetapi berbeza dengan bau minyak wangi yang di surat ada bau asing iaitu bau minyak wangi yang sering digunakan oleh orang India .Itulah kenapa Professor Divyaseri yang saya pilih . "


" Kamu memang hebat , Toshio ."


"Hmmm , Mungkin kelab kamu akan sangat membantu dikian hari untuk universiti ini . Saya kembali perkenalkan diri , Saya Professor Divyaseri seorang guru muzik dan kimia .


Kalian boleh memanggil saya Prof sahaja pun saya tidak kisah .Intan , Toshio, Imran dan Hakim ; kalian sekarang adalah dibawah tanggungjawab saya jadi jika ingin membuat sesuatu sila beritahu saya dahulu dan jangan sesekali bertindak seorang diri apabila membuat misi sebab ia terlalu berbahaya , faham ? "


[[[[ Faham , Prof ]]]]


" Erina terima kasih untuk kali ini kerana telah membantu Prof , nanti prof belanja makanan ."


"Selain itu , ambil surat ini ketua Intan ."


Prof memberikan sepucuk surat dan menyerahkannya kepada Intan .


" Duit? " hairan Intan .


" Jangan lupa , kalian adalah kelab yang baharu dibuat jadi pastinya universiti akan memberikan dana untuk membantu kelab pemula seperti kalian tapi mungkin sedikit terlambat penyerahannya untuk kelab kalian .


Tapi tidak apalah , kalian boleh gunakan untuk membantu aktiviti kalian akan datang .Simpannya dan sekarang pulanglah ke kelas kalian , jam rehat sudah tamat ." jawap prof .


[[[[ Baik .]]]]


...****************...


(Keesokannya , waktu rehat )


" Imran , kamu pergi sahajalah ke kelab dengan yang lain sebab aku ada ingin bertanya soalan tentang pelajaran hari ni dengan Prof Aqilah ." jelas Toshio.


" Ok ." jawap Imran .


(Di bumbung )


" Kalian rasa hari ini kita dapat tidak surat permintaan yang sebenar ? " tanya Hakim .


" Tidak tahulah , Hakim .Harapnya adalah ."


" Tolonglah ada ! Aku nak juga berlagak macam detektif ."


[[ Hahahhhh , kamu ni Imran .]]


..............................

__ADS_1


Mereka semua dikejutkan dengan jumlah surat yang terlampau banyak sehingga ada yang keluar darikotak pos permintaan.


" Wow , Hebat "


"Imran dan Hakim kalian kumpulkan semua kertasnya dan letakkan di atas meja .Kita kena baca satu persatu nampaknya ." arah Intan .


[[ Baik ! ]]


.................................


"SUDIKAH KAMU MENJADI KEKASIH SAYA , TOSHIO ."


"SUDAH LAMA SAYA MEMENDAM CINTA KEPADA SAYANG ."


"MARILAH KITA BERKAHWIN , JODOH KE ."


" SAYA DARI KELAS I 0 .BOLEH SAYA BERJUMPA DENGAN KAMU DI BELAKANG SEKOLAH. "


Semua isi surat hanya menyatakan perasaan kepada Toshio dan tiada satupun dari itu yang ingin membuat permintaan .


" Bencinya aku baca semua suratnya ."


" Semuanya tentang Toshio dan luahan cinta mereka ."


" Aku pun sama . Semua tidak faham makna peti pos ini . Dan ramai pula yang suka Toshio lebih dari 100 orang ." kata Intan .


" Intan , kamu tidak tahu bahawa di kelas selalu akan ada surat di lokanya dan di bawah mejanya akan banyak surat dan coklat bahkan itu dari sekolah rendah lagi . Kami bahkan selalu jadi mangsa ." jawap Imran .


" Saya turut berduka cita kepada kalian berdua .Tetapi kita kena cari cara untuk pastikan yang menghantar surat adalah sebab ada masalah sebenar ? "


" Kalau tentang itu kita tidak boleh berbuat apa Intan sebab ini adalah sifat manusia dan tiada cara untuk hentikan sifat manusia itu sendiri .Hanya masa yang akan memperlahankan mereka ."


[[[ Uhhhh ]]] 😩.


Mereka pun sambung membaca surat-surat sehinggalah ....


" Intan , cuba baca yang ini ... " jerit Hakim .


Hi kelab W ,


Saya Zhoung Yi dan saya memiliki adik lelaki di universiti ini yang bernama Lee Pang Yuan kelas 2 Prinsip Akaun .Sejak akhir-akhir ini , saya nampak adik saya sudah berubah kerana sudah tidak seceria dahulu dan bahkan selalu senyap sahaja di rumah Saya takut ada yang berlaku kepada adik saya di universiti jadi saya ingin Kelab W membantu mencari punca adik saya sangat tidak bersemangat seperti dahulu .


Saya tahu tentang kelab anda kerana adik saya bawanya ke rumah dan tidur disebelah poster ini jadi saya merasa dia pun ingin meminta bantuan kelab W tetapi ada yang ia takuti .


Saya tinggalkan nombor telefon saya disini : 01x -xxxxxxx .


" Itulah yang ditulis ." baca Intan .


" Aku rasa adiknya mesti kena buli di universiti ini . " spekulasi Imran.


" Tetapi kita tidak tahu pasti mungkin ...." jawap Hakim yang perbicaraanya dipotong oleh ketukan pintu .

__ADS_1


Knock, Knock


" Boleh aku masuk ? " tanya Toshio .


[[[Jangan !! ]]]


" Toshio , kamu tunggu dulu disana " ucap Intan .


Mereka dengan cepat memasukkan semua surat yang tidak berguna di dalam plastik sampah hitam dan mengisakan hanya satu surat sahaja iaitu surat dari Zhoung Yi .


" Kamu boleh masuk , Toshio ."


"Kalian buat ap.. itu permintaan hari ini ke ? "


"Iya , bacalah ." kata Hakim .


Sebaik sahaja Toshio memegang surat itu , sebuah misi utama baharu dari system dipaparkan .


...Misi Utama :...


Mencari siapa yang membuli adik kepada si penulis surat dan pastikan pembuli menerima akibat dari sikapnya.


...Hadiah : Sihir Elemen dan 5 Juta coin...


...Hukuman : Mendaki gunung selama 3 jam...


" Sial system ." kata hati Toshio.


Toshio membaca suratnya dan mengetahui awal permasalahan .


"Intan , kamu salin nombor ini di telepon kamu dan kamu tolong beritahu Zhoung Yi bahawa kita telah terima misinya dan akan cuba menyelesaikan dalam masa terdekat .Hakim kamu cari maklumat tentang Lee Pang Yuan seperinci mungkin . Imran , whatsApp professor dan beritahu tentang aktiviti kita hari ini.


[[[ Baik! ]]]


Intan yang mengurus perbualan antara Yi segera mendapat balasan daripada Yi tidak selang dari 1 minit .


" Toshio , kita sudah dapat balasan ."


^^^Terima kasih kelab W , saya Zhoung Yi .Adakah kita boleh berjumpa selepas tamat waktu persekolahan anda ?^^^


" Intan jawaplah iya dan mari berjumpa pada pukul 5.00 dan tempat kamu sahajalah yang tentukan Intan ."


" Okey ."


...Saya Intan , Ketua kelab ini .Kami tamat waktu persekolahan pada pukul 5.00 petang .Jika anda memiliki masa terluang , maka kita boleh berjumpa di kafe kucing berbelang yang dekat dengan universiti kami ....


^^^Baiklah .Jumpa anda disana .^^^


" Kalian , aku sudah dapat semua maklumatnya dan sekarang aku akan hantarnya di iPad itu , kalian lihatlah sendiri ." jerit Imran .


[ Terima kasih kerana membaca ]

__ADS_1


__ADS_2